Sunday, October 26, 2008
Growing Up in Trengganu.
Tadi selepas balik dari pejabat [Ya, Ahad pun lela kerja :(( ], singgah sebentar di Jaya Jusco ... makan makan di food court. Selepas makan, masuk ke kedai buku ... untuk melihat apa yang menarik ...
telah menjadi hobi setiap bulan mesti membaca satu buku baru!! tak sempat baca pun mesti beli satu ... simpan je dulu mana tahu nanti bila pencen boleh membaca semahunyer ... mana lah tahu tiba menganggur setahun dua nie cukup lah stok untuk membaca tak yah pi beli buku lagi ... kira kira macam simpanan lah juga nie ... hahahahah a
Maka terminat lah kita kat satu buku nie "Grwong Up in Terengganu", salah satu sebab nak beli buku nie sebab tak banyak buku yang menceritakan tentang negeri terengganu, cerita tentang masyarkatnyer ... yang saya tahu terengganu punya pantai yang cantik, nasi dagang yang sedap dan cuaca nyer yang panas kedeking (itu ayat tok saya!!). Kerna info tentang negeri ini sangat sedikit maka saya pun beli lah buku ini... and i did a good investment !!!. buku ini menceritakan tentang masyarakat terengganu dan kisah kisah di sana.
Ketika membaca buku tulisan Adibah Amin - As I passing by mengingatkan saya tentang baju kurung berkain kapas, masak asam pedas dan berbagai budaya orang johor / melaka yang saya terlupa ... tetapi kini saya cuba menanam sedikit unsur unsur kemelayuan riau kedalam diri saya setelah membaca buku buku tulisan beliau.
dengan membaca buku buku tulisan dari pak hamka saya dapat mengenali budaya orang minang dan mendalami hati budi mertua saya, begitu juga bila saya membaca buku buku tulisan Shanon Ahmad saya mengenali cara hidup petani dan orang kampung.
Berbalik kepada buku tulisan Awang Goneng ini saya mengenali masyarkat pertengahan / kelas atasan orang terengganu... mmmmm... menarik juga orang ganu nie ya ... dan yang pasti raja raja nyer hensom hensom belaka!!.
Dan yang menariknya buku ini terbit dari hasil tulisan blog beliau .... huhuuuuu .. check this out + kecek-kecek (cerita sikit)
Saturday, October 25, 2008
Terima Kasih
sayang
sepuluh tahun
melayari bahtera ini
mengharungi ombak dan badai
terima kasih
kerana sudi membimbing
aku yang tidak punya apa apa
menjadi
pelindung dan
meng-ngasihi aku
yang sehina ini
semoga kita akan bersama
menhadapi dugaan dan cabaran
yang bakal menjelma
yang pasti
kau adalah yang terbaik ...
setelah sepuluh tahun
sepuluh tahun
melayari bahtera ini
mengharungi ombak dan badai
terima kasih
kerana sudi membimbing
aku yang tidak punya apa apa
menjadi
pelindung dan
meng-ngasihi aku
yang sehina ini
semoga kita akan bersama
menhadapi dugaan dan cabaran
yang bakal menjelma
yang pasti
kau adalah yang terbaik ...
setelah sepuluh tahun
ULANG TAHUN KE-10
Kejam kelip ... aku meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10. Oh tuhan rasanya baru benar kami membina mahligai ini. Rasa macam baru 10 bulan ... ya tak tipu.
yang paling menyedihkan aku dan suami menyambut nyer di office masing masing ... busy ... sepanjang hari aku di sessi brain storm ... dan aku pulang jam 3 pagi!!!. Tuhan saja yang tahu perasaan ku ketika ini. Sedih pun ada lah jugak ...
Masih ingat lagi 10 tahun yang lepas ... asalkan kawin je .. maklumlah gawat ... lepas kawin susah kerana aku tidak bekerja maka tak dapat lah nak pi honey moon or jalan jalan ... aku merancang berbagai atur cara ... tido di hotel atau pergi bercuti, paling tak pun ke genting or cameron (aku suka tempat tinggi dan sejuk) ... tapi nampaknyer cuma angan angan ku , masa tidak mengizin kan ... entah bila baru dapat berhoney mooonnnnnnnnnnn....

Thursday, October 23, 2008
MASA DAN WANG
Kita telah menjual masa untuk keselesaan
Masa dan wang tidak boleh seiringan
Punya banyak masa
tidak punya wang
maka apa yang perlu kita lakukan untuk
punya banyak wang dan
punya banyak masa
Masa dan wang tidak boleh seiringan
Punya banyak masa
tidak punya wang
maka apa yang perlu kita lakukan untuk
punya banyak wang dan
punya banyak masa
Saturday, October 18, 2008
PERTAMA KALI
Masanya sudah tiba. Lambat 1 minggu dari tarikh yang dijangka. Lebih kurang jam 2 lebih pagi, kami menyambut seorang lagi waris yang akan memakmurkan muka bumi ini. Isteri adik lelaki ku sudah selamat melahirkan seorang puteri . Syukur Alhamdulillah. Sihat dan cergas .. cukup segala sifat, tidak ada kekurangan dan penyaki dan itu saja yang kami doa kan dari dahulu. Kata adik ku wajahnyer seiras wajah ibu ku, putihnya seperti aku, rambut nyer hitam ... ya darah kami pekat mengalir di tubuhnya.
Tubuh kecilnya sudah dikamatkan, dia diam dalam dakapan ayah nya. Moga dia akan menjadi anak yang baik perwaris darah kami ini .
Dan pertama kali ketika adik ku bertanya apa yang perlu dia lakukan dengan uri anaknya membuat aku kehilangan kata-kata. Ketika inilah aku cuba menahan air mata dari tumpah. Tuhan, ku mohon kekuatan dari-Mu kerana ketika ini lah tugas orang tua tua diperlukan. petua itu tidak diturunkan kepada ku ... aku meraba dalam kegelapan tetapi Tuhan mendengar dan syukur ada yang datang membantu.
Adik lelaki dan suami ku membasuh uri dari darah dan aku sibuk mencari limau dan asam ... mencari segugus bunga yang harum dan paku untuk di bungkus bersama uri ... sepanjang mencuci ayat suci tidak lepas dari mulut kedua para lelaki :). Dan kami tanam uri di atas gunung di banjaran titiwangsa ... di surau di tepi sungai.

kegawatan ekonomi
saya masih ingat lagi ketika kegawatan ekonomi 1997 dan ketika itu saya tidak mempunyai pengalaman untuk menghadapi nyer ... memang teruk benar rasa tekanannya ... saya diberhentikan kerja, kawin ketika gawat .. dan yang paling parah sikap saya yang tidak pandai mengurus kewangan membuat keadaan kami perit kerana hutang keliling pinggang.
tetapi saya bangun dan mula belajar disebalik kegawatan, belajar apa itu kewangan, berbelanja secara berhemah dan reda dengan segala yang datang dan belajar bahawa hidup perlu diteruskan ... semuanya perlu di telan dan perlu ada rasa syukur dan mengharap kan bahawa ada cahaya di setiap penghujung jalan ...
Dan kini setelah sepuluh tahun - ekonomi kapitilis gawat sekali lagi ... menguncup untuk mungkin melantun ... dan seperti dicatatkan di dalam Al-quran surah Yusuf ... setiap tujuh tahun kita akan merasa kesusuahan ... maka bila senang jangan lupa bahawa satu hari kita akan merasa susah !... oleh itu saya pegang satu konsep ... bila senang jangan boros !!! perlu menyimpan ... seperti kisah semut dan nabi sulaiman ... walaupun nabi sulaiman memberi makan yang cukup untuk setahun .. sang semut hanya makan setengah dari yang diberi .. kerana takut nabi sulaiman terlupa .. maka akan ada separuh lagi ... konsep inilah yang perlu kita pegang .. jangan habis kan semua yang kita ada ... perlu simpan simpan simpan ... kita tidak tahu apa yang akan berlaku ...
maka setelah saya mendapat pekerjaan semula ... perkara yang pertama saya laku kan adalah membayar semua hutang lapuk saya... kemudian saya membayar bil utility in advance for a year!!! sebab kalau saya tak bekerja, ini semua masih ada untuk meneruskan kehidupan untuk setahun. dan yang paling penting adalah jangan boros .. cuba sedaya upaya memasak dan makan dirumah .. beli barang yang perlu saja ... dan jangan tambah hutang seperti membeli kereta baru
tapi jangan terkejut ... kegawatan 2008 sebenarnya lebih parah ... ianya bukan seperti gawat di kala 80'an atau 90'an ... tetapi ini adalah gawat in 100 tahun ... kegawatan ini lebih parah ketika 1930an ... dan ketika gawat 1930 ianya membawa kepada perang dunia pertama dan kedua ... maka anda yang masih ingat gawat 2008 ini tidak ada apa apa ... tolong bersedia ... kali ini ekonomi kapitalis musah ... hancur ... sehingga USA god to kapitalis system telah mengubah dasar dengan meng Negara kan semua kepentingan seperti bank dan business .. kita antara negara yang akan merasakan bahang ini .... kemungkinan syarikat syarikat gergasi dan multi nasional akan menarik balik kepentingan masing masing dan kita akan kekurangan pekerjaan .. apa lagi ya!!! harga makanan akan melonjak naik !!! apa bila ekonomi tergugat ... jenayah boleh terjadi kerana rakyat sekarang nak kerja mudah!!! so what should we do? ... entah saya pun tidak punya jawapan yang khusus...
tetapi yang boleh saya katakan .. berjimat, menyimpan dan berserah ... rezeki halal berada di mana mana...

HUJAN
hujan hujan hujan
di petang hari
ini bukan lagi rahmat tuhan
tetapi amaran dari NYA
hujan hujan hujan
setiap hari
tanda alam sudah mula
berubah
adakah ini tanda tanda
nabi nuh menanggil
untuk naik ke kapal
agar manusia tidak
karam kali kedua?
hujan hujan hujan
bumi menangis minta simpati
manusia masih leka
mencari sesuap nasi
yang tidak punya apa apa
di petang hari
ini bukan lagi rahmat tuhan
tetapi amaran dari NYA
hujan hujan hujan
setiap hari
tanda alam sudah mula
berubah
adakah ini tanda tanda
nabi nuh menanggil
untuk naik ke kapal
agar manusia tidak
karam kali kedua?
hujan hujan hujan
bumi menangis minta simpati
manusia masih leka
mencari sesuap nasi
yang tidak punya apa apa
Tuesday, October 14, 2008
KAPUT
Router ku kaput !!!!... so internat access ku sangat limited ...
so tunggu gaji baru boleh beli router yang baru sebab poket ku pun kaput ...
so tunggu gaji baru boleh beli router yang baru sebab poket ku pun kaput ...
Wednesday, October 08, 2008
LETIH
Aku letih.
Masih "raya mood" dan aku berharapkan weekend datang dengan cepat. Tidak perlu menghadap boss yang makin menggila.
Dan aku bertambah penat apabila melihat e-mail memasuki peti suratku , melihat Boss mengarah. Aduh, punyalah banyak e-mailnya. Satu ayat yang pendek makan masa 5 minit untuk aku habiskan membaca. Kurang pahala puasa enamku kerana banyak menyumpah boss. Ah! mungkin lepas ini aku kehilangan pekerjaan.
Oh ya, atau mungkin gaji ku tak akan naik naik... Nasib lah labu
Saturday, October 04, 2008
dipagi hari raya
tahun ini raya saya agak simple dan sweet ... pulang ke kampung suami pada hari selasa, malam nyer sibuk buat persiapan takbir... sudah menjadi tradisi kampung suami melakukukan takbir disetiap rumah diseluruh kampung dimalam raya .. satu kampung akan bergema takbir dan takmid hingga ke dini hari ... hidangan sungguh mudah karipap dan teh o panas ... dan duit raya di sedekahkan kepada para tetamu diakhir atur cara.
Pagi saya bangun awal ... mandi sunat hari raya dan pergi menunaikan sembahyang sunat di masjid... sesudah solat kami pulang bersarapan bersama dan bergambar sambil meminta ampun dan maaf dari kedua orang tua kami ... jam 10 pagi kami mula bergerak keseluruh kampung untuk menziarahi sanak saudara ... terutama warga warga emas ... dan akhir nyer sakan berjamu selera dan sampai demam demam .. yelah mana tak perut terkejut semuanya dalam sehari .. tapai, itik, ayam, paru ... belum lagi lemang, ketupat , laksa dan entah apa apa ... last last tak leh tidur sebab dok pi tandas sepanjang malam. adik adik sedara semua gelak kan kata mereka "kak lela macam budak kecik beraya sampai demam demam ..." mmmmm
raya kali nie saya dapat sesuatu yang istimewa saya dapat makan tapai di rumah hisamuddin rais idola saya dan beramah mesra dengan beliau sendiri... selalunya saya cuma melihat beliau dari jauh ... tapi kali ini saya memberanikan diri untuk bergambar dan bercerita ... eheeehheheh seronak gilerrrrrr ...membaca tulisan beliau mengenai tapai membuat saya rasa teruja untuk menjamah tapai orang jelebu ... memang power ... siap ada gas lagi ... dan besok nyer tapai ini membuat saya demam ... saya memang suka kan tapai ... masa di kampung nenek dan makcik saya akan membuat tapai jika ada majlis perkahawinan atau pun kenduri kendara .. tapi sebab semua dah ada kencing manis tradisi membuat tapai di hentikan ... maka kalau teringin bebenar saya akan beli di pasar malam .. dan saya suka makan tapai dng ais krim ... atau kek cokelat ... sedap sekali ...
tapai tapai ...
Subscribe to:
Posts (Atom)