Saturday, October 18, 2008

PERTAMA KALI

Masanya sudah tiba. Lambat 1 minggu dari tarikh yang dijangka. Lebih kurang jam 2 lebih pagi, kami menyambut seorang lagi waris yang akan memakmurkan muka bumi ini. Isteri adik lelaki ku sudah selamat melahirkan seorang puteri . Syukur Alhamdulillah. Sihat dan cergas .. cukup segala sifat, tidak ada kekurangan dan penyaki dan itu saja yang kami doa kan dari dahulu. Kata adik ku wajahnyer seiras wajah ibu ku, putihnya seperti aku, rambut nyer hitam ... ya darah kami pekat mengalir di tubuhnya.

Tubuh kecilnya sudah dikamatkan, dia diam dalam dakapan ayah nya. Moga dia akan menjadi anak yang baik perwaris darah kami ini .

Dan pertama kali ketika adik ku bertanya apa yang perlu dia lakukan dengan uri anaknya membuat aku kehilangan kata-kata. Ketika inilah aku cuba menahan air mata dari tumpah. Tuhan, ku mohon kekuatan dari-Mu kerana ketika ini lah tugas orang tua tua diperlukan. petua itu tidak diturunkan kepada ku ... aku meraba dalam kegelapan tetapi Tuhan mendengar dan syukur ada yang datang membantu.

Adik lelaki dan suami ku membasuh uri dari darah dan aku sibuk mencari limau dan asam ... mencari segugus bunga yang harum dan paku untuk di bungkus bersama uri ... sepanjang mencuci ayat suci tidak lepas dari mulut kedua para lelaki :). Dan kami tanam uri di atas gunung di banjaran titiwangsa ... di surau di tepi sungai.

No comments: