Saturday, October 18, 2008

kegawatan ekonomi

saya masih ingat lagi ketika kegawatan ekonomi 1997 dan ketika itu saya tidak mempunyai pengalaman untuk menghadapi nyer ... memang teruk benar rasa tekanannya ... saya diberhentikan kerja, kawin ketika gawat .. dan yang paling parah sikap saya yang tidak pandai mengurus kewangan membuat keadaan kami perit kerana hutang keliling pinggang.



tetapi saya bangun dan mula belajar disebalik kegawatan, belajar apa itu kewangan, berbelanja secara berhemah dan reda dengan segala yang datang dan belajar bahawa hidup perlu diteruskan ... semuanya perlu di telan dan perlu ada rasa syukur dan mengharap kan bahawa ada cahaya di setiap penghujung jalan ...



Dan kini setelah sepuluh tahun - ekonomi kapitilis gawat sekali lagi ... menguncup untuk mungkin melantun ... dan seperti dicatatkan di dalam Al-quran surah Yusuf ... setiap tujuh tahun kita akan merasa kesusuahan ... maka bila senang jangan lupa bahawa satu hari kita akan merasa susah !... oleh itu saya pegang satu konsep ... bila senang jangan boros !!! perlu menyimpan ... seperti kisah semut dan nabi sulaiman ... walaupun nabi sulaiman memberi makan yang cukup untuk setahun .. sang semut hanya makan setengah dari yang diberi .. kerana takut nabi sulaiman terlupa .. maka akan ada separuh lagi ... konsep inilah yang perlu kita pegang .. jangan habis kan semua yang kita ada ... perlu simpan simpan simpan ... kita tidak tahu apa yang akan berlaku ...



maka setelah saya mendapat pekerjaan semula ... perkara yang pertama saya laku kan adalah membayar semua hutang lapuk saya... kemudian saya membayar bil utility in advance for a year!!! sebab kalau saya tak bekerja, ini semua masih ada untuk meneruskan kehidupan untuk setahun. dan yang paling penting adalah jangan boros .. cuba sedaya upaya memasak dan makan dirumah .. beli barang yang perlu saja ... dan jangan tambah hutang seperti membeli kereta baru

tapi jangan terkejut ... kegawatan 2008 sebenarnya lebih parah ... ianya bukan seperti gawat di kala 80'an atau 90'an ... tetapi ini adalah gawat in 100 tahun ... kegawatan ini lebih parah ketika 1930an ... dan ketika gawat 1930 ianya membawa kepada perang dunia pertama dan kedua ... maka anda yang masih ingat gawat 2008 ini tidak ada apa apa ... tolong bersedia ... kali ini ekonomi kapitalis musah ... hancur ... sehingga USA god to kapitalis system telah mengubah dasar dengan meng Negara kan semua kepentingan seperti bank dan business .. kita antara negara yang akan merasakan bahang ini .... kemungkinan syarikat syarikat gergasi dan multi nasional akan menarik balik kepentingan masing masing dan kita akan kekurangan pekerjaan .. apa lagi ya!!! harga makanan akan melonjak naik !!! apa bila ekonomi tergugat ... jenayah boleh terjadi kerana rakyat sekarang nak kerja mudah!!! so what should we do? ... entah saya pun tidak punya jawapan yang khusus...

tetapi yang boleh saya katakan .. berjimat, menyimpan dan berserah ... rezeki halal berada di mana mana...

No comments: