Saturday, October 25, 2008

ULANG TAHUN KE-10

Kejam kelip ... aku meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10. Oh tuhan rasanya baru benar kami membina mahligai ini. Rasa macam baru 10 bulan ... ya tak tipu.

yang paling menyedihkan aku dan suami menyambut nyer di office masing masing ... busy ... sepanjang hari aku di sessi brain storm ... dan aku pulang jam 3 pagi!!!. Tuhan saja yang tahu perasaan ku ketika ini. Sedih pun ada lah jugak ...

Masih ingat lagi 10 tahun yang lepas ... asalkan kawin je .. maklumlah gawat ... lepas kawin susah kerana aku tidak bekerja maka tak dapat lah nak pi honey moon or jalan jalan ... aku merancang berbagai atur cara ... tido di hotel atau pergi bercuti, paling tak pun ke genting or cameron (aku suka tempat tinggi dan sejuk) ... tapi nampaknyer cuma angan angan ku , masa tidak mengizin kan ... entah bila baru dapat berhoney mooonnnnnnnnnnn....

No comments: