Saturday, August 08, 2009

Bunyian silam

Sudah agak jemu untuk ke acara acara seni yang sungguh sungguh penuh lakonan ... penuh dengan data dan ucapan ucapan, penuh dengan kertas kerja tetapi hasilnyer tidak sampai ke akar, ada orang seni yang gemar membaca puisi berteriak di bilik bilik beku yang tanpa ada gerak kerja untuk melakukan sesuatu ...

saya secara peribadi lebih menyukai seni di jalan, seni yang tidak di buat buat, seni yang datang secara semula jadi yang terbit kerana rasa cinta dan bangga untuk bangsa dan agama.

ketika menyidai kain di jendela saya terdengar bunyi gegendang dan tiupan serunai ... hati kecil tergarit garit untuk pergi melihat kerana terlalu sukar untuk mendengar bunyi bunyi silam kecuali dimajlis majlis rasmi yang tidak mungkin warga seperti saya betah untuk menhayatinya...

setelah menyidai kain ... ku turun ke padang untuk berkenalan dengan anak anak muda berhati melayu... ingin ku tanya kenapa dan mengapa ... duduk di taman dipagi hari bersama anak anak muda, dibawah teduhan pokok pokok dan burung berkicauan .. membuat hati yang resah dengan tekanan kerja menjadi damai dan tenteram .. rupa rupanya bunyian tersebut datang dari sekumpulan anak muda sedang berlatih bermain gendang dan serunai untuk persatuaan silat mereka. Mereka berlatih silat setiap pagi sabtu ditaman maka bulan puasa sudah tiba aktiviti silat mereka akan diganti berlatih bermain gendang dan bunyi-bunyian perang ... hebat bukan...

Hati berbunga riang .. masih ada lagi anak anak muda yang berminat untuk mengetuk gendang dari drum .. meniup serunai dari trumpet ... wahhhh masih mekar seni melayu di dunianya sendiri ...

ini antara gambar yang telah kurakam kan

sekumpluan remaja sedang berlatih gendang ...

melihat masih ada lagi anak muda dan belia yang pandai bergendang ... ku pasti tradisi melayu tak akan hilang dibumi ini .. cuma kita perlu mekar dan sebarkan ia agar ia menjadi nadi dan gerak budaya seni warisan bangsa.

kadang kala rasa kagum melihat kegigihan mereka ini ... tanpa ada dana dari pihak kerajaan atau pun sesiapa, tanpa ada asas muzik ... mereka masih boleh lakukan ... ya seni hanya boleh mekar dengan minat dan niat...syabas anak muda!!


No comments: