entah kenapa hari ini kepala pening sesangat .. maka sebelum makan panadol aku sediakan sandwich untuk makan sahyur nanti .. suami tidak suka makan nasi dipagi hari .. maka aku buat kan menu sarapan pagi untuk nyer.
setin kecil tuna digaul mesra dengan sedikit mayo, tomato merah ranum dipotong dadu campur bersama racitan timun hijau. Ditabur sedikit lada hitam dan garam .. gaul gaul gaul .. masukan kedalam peti sejuk.
Ingatkan ingin bersayur bersama sama .. mungkin kerana ubat aku tidur dengan agak lena .. sedar sedar azan subuh bergema nyaring memecah hening pagi. ah tidak bersayur lah aku.. nasib baik aku ingat untuk membaca niat puasa....
setiapkan bulan puasa datang aku sering merasa bersalah .. kalau boleh aku ingin mengurangkan aktiviti keduniaan dan lebih menumpukan kepada amal ibadat di bulan yang mulia nie tetapi entah lah bila dapat aku untuk melakukan perkara perkara sunat dan yang remeh .. seperti berpuasa 3 bulan sebelum tiba ramaddan .. mandi limau ketika datang ramadan .. memasak rendang dimalam anak bulan, memasak lauk pauk atau kuih muih dan dapat mensedekahkan kepada jiran dan masjid.. duduk membaca alquran .. dan menzirahi kubur kubur orang yang aku sayangi...
badan agak lemah , dipejabat semua bergerak agak perlahan .. ya dapat aku melepaskan lelah. aku tiba agak awal .. seperti biasa membuka e-mail membaca tanpa kopi dan roti di meja kerja .. berbincang seperti biasa.. tiba waktu rehat masih di meja kerja .. ya aku mahu siapkan kerja dng awal maka boleh aku pulang awal tanpa kerja tertunggak. mesti tunjuk pada non muslim bahawa kita juga cergas dikala menjalankan ibadat puasa.
Cuaca diluar begitu mendung tetapi tidak hujan .. suam suam kuku bagai tahu warga nyer sedang berpuasa .. ada adik adik yang sudah kepenatan .. aku pujuk mereka .. kalau begini sudah lelah bagaimana nanti ketika perang atau ketika dipadang mashyar .. tuhan itu sungguh sungguh menduga..
Semua berjalan agak lancar hinggalah satu e-mail masuk .. perlu hadir di sessi perbincangan jam 5.30 ptg .. ah aku terpaksa menukar semua jadual .. telephone segara sang suami .. perlu ambil jam 6.30 .. aku terpaksa balik lewat ... bincang bincang .. aku cuma pulang jam 7.00 ptg .. tergesa gesa pulang membeli makan di pasar ramadan .. sampai dirumah .. aduhi kerna tergesa kunci rumah tertinggal dikilang .. nasib abang ada dirumah .. kami tumpang makan dirumah abang aran ... berkongsi berbuka beramai ramai amat amat meyeronokan ... selepas berbuka kami ke pejabat semula ( nasib lah pejabat dah dekat.. kalau tak mahu tidur di pintu pagar... ) Ke pejabat .. balik kerumah terus suami mandi mandi ... ke masjid untuk terawih ... ahhhh moncong sungguh si suami kepenatan .. maaf sayang ..
suami disurau aku di rumah berkemas ala kadar .. meyiram pohon pohon yang agak kelayuaan ... menyediakan air kopi utuk suami .. pulang saja .. ditujunyer air kopi panas dan terus masuk tido... aku .. meyediakan sarapan bersahyur nanti .. ahhhh tugas isteri tiada penghujungnyeer.
No comments:
Post a Comment