Saturday, August 07, 2010


rabu ini, bulan yang mulia akan tiba.. ramadan bulan seribu bulan .. yang ditunggu tunggu... bulan rahmat dari allah untuk umat islam seluruh alam.

Setiap kali bulan ini tiba saya cuba untuk mengurangkan aktiviti keduniaan untuk menyerah diri kepada allah .. akan tetapi ianya masih belum mencukupi.

Tahun ini persiapan ala kadar saja. Tadi petang sudah kekedai membeli beras, tepung dan makanan dalam tin untuk bekal diwaktu subuh nanti. Agak rindu masa masa lalu ... kedatangan ramadaan emak dan ayah agak sibuk ke pasar membeli ayam atau daging untuk dibuat rendang ... dan nasi brani... ah kerana anak emak sebatang kara .. maka tak tahu lah apa yang akan saya sediakan nanti.. yang pasti anak emak kesuntukan masa dan tenaga... saya juga tidak dapat kekubur emak dan ayah kerana kesibukaan .. ah entah bila dapat agaknya anak mu ini mempunyai masa yang cukup ...

No comments: