Monday, August 09, 2010

finally we move in


syukur kepada allah kerana mempermudahkan segala perjalanan kami. Memindahkan seisi rumah ke rumah yang lain bukan lah satu yang memudahkan dan menyenangkan. Ianya mengambil banyak masa dan tenaga.

Terlalu banyak keputusanan yang perlu diambil .. ya jika tersilap langkah berbagai masalah dikemudian hari .. dan itu yang cuba kami elakkan .. pertama lokasi, kedua budget, ketiga tuan rumah itu sendir .. dan berbagai lagi .. dan yang sebenarnya benarnya kami tidak ingin pun untuk berpindah .. kami ingin rumah sendiri .. akan tetapi kerja saya amat jauh dan yang menjadi mangsa adalah suami ...

Setiap hari berulang alik dari setiawangsa ke rawang kemudian ke pejabat nya di pj dan pulang begitu juga membuat saya merasa sangat sangat kasih kepadanya ... maka kami mengambil keputusan untuk berpindah ke loksai yang lebih dekat dan menyenangkan ke dua dua belah pihak .. saya juga tidak mahu kerana saya pretasisi kerja suami saya akan terjejas.

ini bukan lah satu keputusan yang mudah .. kami tidak tahu apa yang bakal terjadi di hari hari mendatang. ya langit tidak selalu cerah .. dan kami cuba untuk menyesuaikan diri kami di persekitaran yang baru .. bukan mudah .. rakan yang baru, suasana rumah yang baru, jiran yang baru.. semuanya perlu kami telan dan hadam .. tetapi suami selalu berfikiran positif ... ya mungkin ini yang terbaik untuk kami... moga moga perjalananan kami nie diberkati oleh Allah sang perancang yang terbaik.

1 comment:

Anonymous said...

slmt berpindah ke tmpt baru lela...