Thursday, July 01, 2004

MESTI TONTON

::Sinopsis BANGSAWAN TUN FATIMAH:: Kategori : Teater
Tarikh : 9 Jul 2004 - 18 Jul 2004
Masa : 8.30 Malam
Tempat: Istana Budaya




Tun Fatimah mendapat alamat mimpi yang tidak baik sekiranya perkahwinan beliau dengan Tun Ali diteruskan. Namun segalanya telah diatur, perkahwinan di antara Tun Fatimah dengan Tun Ali tetap diteruskan. Sultan Melaka ikut dijemput sama untuk meraikan majlis perkahwinan dua mempelai tersebut. Sultan amat murka kerana Bendahara tidak menyembahkan kepada baginda bahawa beliau memiliki anak gadis yang cantik. Sultan meninggalkan majlis perkahwinan tanpa menyentuh santapan.

Raja Mandaliar dan Kitul dengan dipersetujui sama oleh Laksamana Khoja Hassan telah sepakat memfitnah Bendahara Seri Maharaja, yang Bendahara itu telah menempah kaus dan cerek yang semuanya daripada emas kerana ingin merampas takhta Melaka. Sultan bertambah murka, dan tanpa usul periksa lantas menyerahkan keris kuasanya kepada Tun Sura dan Tun Setia untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada seluruh keluarga Bendahara. Terbunuhlah Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan dan Tun Ali kerana titah Sultan tersebut.

Tun Fatimah akhirnya bersetuju menjadi permaisuri Melaka. Dengan menjadi permaisuri Melaka, Tun Fatimah dengan dayang-dayang Istana telah berjaya menangkap orang-orang yang memfitnah keluarganya. Raja Mandeliar, Kitul dan Laksamana Khoja Hassan telah menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Sultan Melaka kembali insaf dengan segala kesalahan yang dilakukannya selama ini.

No comments: