Monday, April 11, 2005

AHAD YANG TIADA HENTINYA

::Kuasa Alam::

Adik dari Port Dickson telephone … banyak timun laut muncul di sana… dia risau takut kena Tsunami berulang… saya suruh dia bawa bersabar … kata saya Tsunami tak mungkin muncul cuma takut tanah mendap atau banjir kilat itu saja …(Selat Melaka tak seluas lautan Hindi).

Pagi Ahad suami menghantar keluarganya pulang ke Jelebu…. Rumah ibu mertua terkena tempias banjir lumpur… habis anak ayam mati direban, habis bilik airnya disalut lumpur, habis batang pokok durian berendam lumpur (rosok lah putik durian) … tapi ibu lebih bernasib baik … jiran di hulu habis tilam dan bantal dibawa air…..dan kata saya kepada suami …sama ada bumi bergerak tanpa kita sedari atau pembalakan tidak terkalau dihujung hulu sungai ….

Baby seriau sehariannya … ketakutan … entah mengapa … terketar-ketar badan nya … saya ingat kan dia merajuk kerana kami lebih kan si-kuning yang tertapa dirumah selama seminggu …. Saya pujuk Baby tapi dia masih ketakutan … dia tak mahu makan atau pun minum … dan duduk dibawah katil.

Malam tadi …menonton berita … rupanya bumi bergoncang lagi, alunan nya dapat dirasa dari cheras hingga ke singapura … ini adalah gempa yg ke-3 ….entah bila semuanya akan berakhir.. apa firasat saya yg hina ini … Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya tidak akan terkena tempias Tsunami tetapi kemungkinan besar kita akan merasakan banjir besar dan tanah mendap….. jadi apakah bersediaan kita??? Sudah kah kita bersedia menghadapi acaman alam?

::Ladies Days::

Dah lama aku tak berjalan-jalan bersama mama dan renee … maklumlah semuanya sibuk bangat…. Oleh kerana diawal pagi suami menjalankan tanggungjawap sebagai seorang anak - menghantar emak, abah, along dan si-kuning pulang kekampung dan aku mengambil keputusan utk window shopping. Kali ini aku bawa sam dan ita sekali …maka terjadilah “ladies days”…. Mula-mula pi kerumah Renee utk bersarapan … kemudian terus ke Alpa Angle … kami orang pertama yang menunggu didepan pintu …huhuuuu jalan jalan dan pusing pusing ...seperti biasa kami ke household department … aku pun membeli beberapa keping “bedsheet” … dah 7 tahun tak tukar dan kali ini aku pilih kain kapas berwarna putih… memang telah menjadi tema rumah ku … semuanya putih … kemudian kami ke bahagian wanita … renee, ita dan sam memborong pakaian dalam murah murah …. Sudah membeli kami ke giant di taman permata pula … kerana perut sudah berbunyi … kami pun ke food court …makan dan makan sambil bercerita-cerita ... dan akhirnya kami ke bahagian pasar … membeli belah utk barangan dapur … tengah sibuk membeli belah … tiba-tiba telepohe berbunyi …ha ha ha ha suami sudah sampai ke rumah …. Dia terkejut kami tidak ada dirumah … hahahahhhahah ya para isteri semua sedang menghabiskan wang para suami …. Kesihaannnnn…maka terpaksalah kami menamatkan sesi ladies days utk minggu ini …. Mungkin bulan depan boleh buat lagi …. Dan balik ….huahhhhhhhhhhh den kena masak …laki tak makan lagi …. Kenapalah dia tak beli je nasi campur … geram betullah …

No comments: