Friday, May 11, 2007

SYUKUR

Hujan lebat pagi ini, Angin bertiup kencang, jari-jari ghaibnya menggegar pintu tingkap kaca kamar tidurku, lantas menghasilkan siulan nyaring persis menyanyi alunan lagu sedih. aku yang masih dikatil hangat tidak ingin bangun. Tidak mahu berganjak, tetapi disini. Tetapi detikan jam didinding membuat aku memaksa aku untuk bagun untuk ke pejabat.

Syukur ketika keluar dari rumah hujan sudah mulai berhenti, membonceng motosikal dikala hujan renai bukan lah satu perkara yang indah. Aaku tidak ingin ke tempat kerja dengan cuaca yang begini rupa. Ingin saja aku mengambil cuti agar dapat aku berlingkar ditilam empuk di bilik hangat. Nampaknya hari nie sialan tidak kehabisan. Pesta lampu merah sudah bermula dari aku keluar dari rumah... berlanjuntan hingga ke keramat... dan disitu tiba tiba saja tayar motosikalku pecah tetapi nasib masih dipihakku... kedai motor hanya beberapa meter dihadapan ... Kerana tayar dipagi hari sudah terbang puluhan ringgit tetapi syukur kami terselamat dari sebarang bencana.

Selesai segalanya kami meneruskan perjalanan ... nampaknya langit masih tidak mahu berhenti mencurahkan air kebumi.... ya mungkin bumi terlalu panas dan ianya rahmat allah untuk mendinginkan mahkluk yang melata ini. Baju ku basah kuyup dek hujan. Aku sampai lewat ke pejabat hari nie ... bajuku yang kuyup, rambut ku yang kusut membuat aku tidak ada mood untuk meneruskan tugas dipejabat ... dahi sudah terasa panas dan dada sudah terasa dingin. itu tanda demam sudah datang.

aku masuk ke tandas, mengunakan pengering untuk mengeringkan baju dan rambut ku. Mengemaskan diri dng merias wajah, mencalit sedikit pemerah bibir agar tidak dapat aku keletihan dipagi hari... ya aku masih ada 8 jam untuk bertugas. Setelah selesai segalanya ... aku membuat secawan kopi panas dan duduk ditempatku. Membuka e-mail untuk membaca apa yang perlu dibuat hari ini.

percaya atau tidak hari ini ketua jabatan ingin berjumpa untuk mengesahkan perkhidamatanku yang sudah mencacah 8 bulan - begitu pantas masa bergerak. Nasib aku tidak mengambil cuti hari nie, nasib aku tidak mengikut hati yang panas. betul kata orang "No pain, No gain". Rupanya hujan, tayar pancit dan kuyup badanku dek air hujan ada hikmahnya ... rezeki dari langit rupanya ...

Kini aku sudah disahkan perkhidmatan ku disini. Syukur tangga gaji pun sudah dinaikkan. syukur kepada allah kerana kemurahaannya. Segala puji bagi Allah semesta alam.

No comments: