Thursday, July 12, 2007

letih dan lesu

sejak ambil ubat nie... badan terasa benar lesunya. Kalau makan lambat sikit, gigil satu badan, rasa macam seram sejuk. Betul betul rasa macam orang tua. Tak tahulah kerana ubat or kerana mindset. Tapi yang pasti lepas je pukul enam petang badan akan terasa amat lemah. Sengal segala sendi. Terpaksa berbaring dulu... pukul 8.30 baru lah ok sikit. masa tulah baru boleh buat kerja rumah sikit-sikit. Tapi sejak makan ubat nie senang tido. Letak je kepala terus lena bukak je mata dah kul 6.30 pagi. Tak delah bangun sampai 5 hingga 6 kali semalam. Tak delah nak ke tandas lah, nak minum air lah, berpeluh sampai rambut basah kuyup. Lagi satu lela dah kurang panas baran... kalau tak mahu macam nak pecah urat di tengguk, rasa tenggang dan suhu badan membara je. kalau dulu di office hujan turun ke salji turun ke selamba je dengan baju nipis tapi kini kalau pakai baju kurung mesti kena pakai blazzer kalau tak beku.. Sekarang nie lela tengah makan ubat kencing manis dan darah tinggi... minggu depan pula baru start treatment for kelestoral ...harap harap kencing manis dan darah tinggi lela akan turun dalam sebulan nie... lela tak nak makan ubat seumur hidup ...
Entah kenapa sejak akhir akhir nie, lela selalu teringat emak dan ayah.. agaknya macam nie lah mereka rasa. Syukur keadaan lela lebih baik .. at least medical ditanggung oleh company, keje pun tak seteruk ayah dan emak dan lela pun tak de anak ... kalau sengal sengal tu boleh terus baring... sekarang lela sedar kesihatan adalah segala-galanya. Tapi lela tak nak berserah 100% pada nasib ... sekarang nie lela sudah kurang kan makan nasi ... breakfast yang ringan ringan je , sekeping roti dan secawan susu. lunch - nasi 1/4 or setengah senduk dan 3 jenis sayur... petang buah..malam susu ... kalau tak kurang lagi entah lah ... lela jugak try to banyak berjalan ... kalau dulu nak ke surau pun naik lif kini lela naik tangga , naik lrt pun panjat tangga tak guna exkelator... nak balik rumah pun tak naik taxi ... naik bas kalau boleh berdiri je ... biar darah bergerak sedikit ... nampaknya lela betul betul kena ubah cara hidup :(
TAPI kehidupan perlu diteruskan ... lela perlu kerja dan menyumbang tenaga dan kemahiran untuk keluarga dan agama. lesu lesu pun tiap hari kena pergi keja... sebulan sekali kena pergi kelas penulisan dan seminggu dua kali perlu bersenam. Sakit bukan halangan daripada berjaya. banyak lagi yang perlu lela lakukan... ya kini lela perlu cepat mengejar masa. banyak perkara yang tertangguh. Hooo terlalu banyak ... nampak nya lela masih belum boleh berehat...

No comments: