Wednesday, November 14, 2007

BUMI MAHSURI



mendarat di bumi langkawi - 9.00 pagi











Mercu tanda di pulau mahsuri - burung helang diatas batu kawi





Pulau dayang bunting - gunung seakan seorang wanita bunting sedang berbaring

Gunung mat cincang


Menikmati pengalaman menyeronokkan ialah matlamat utama apabila bercuti. Jika itu yang anda inginkan apa kata pergi ke Langkawi kerana di sana ada segala-galanya iaitu lokasi menarik untuk dilawati, makanan enak, kemudahan pengangkutan, masyarakat ramah-tamah dan barangan yang sangat murah. Saya pergi atas sebab tugas - lawatan kerja sambil melancung "Away-day from office" pada 1 November hingga 3 November 2007 tidak saya lepaskan.

Rombongan kami menaki kapal terbang dari kuala lumpur ke langkawi. Perjalanan hanya mengambil masa 45min dan kami dikelilingi dengan pelancung dari Russia dan timur tenggah dan rombongan kami tiba di Hotel Langkawi Laggon pada jam 9 pagi.
Pulau Langkawi terletak di utara selat melaka adalah pulau yang terbesar di semanjung malaysia, kecil sedikit dari pulau Temasik .


Pada hari pertama, kami bertolak dari Hotel untuk ke puncak gunung raya iaitu gunung yang tertinggi di langkawi. Dari atas puncak gunung kami dapat melihat Laut Andaman dan Pulau Ko Taurutau di Selatan Patani dengan panorama yang sangat indah sekali. Rombongan kami juga di bawa ke Pantai Pasir Hitam untuk membeli barang-barang laut seperti ikan bilis dan belancan . Lokasi ini menenangkan dan sesuai untuk percutian keluarga. Apabila menyususi pantai ini, kelihatan rakyat tempatan menjaja cenderamata berbentuk t-shirt dan kain batik dan barangan hasil laut .


MEMBELAH LAUT MENALUKI KEPULAUAN
Selepas makan tengahari, kami membelah laut untuk menaluki beberapa pulau kecilnya. aktiviti ini dinamakan "island hopping" kami ke 3 pulau , pulau tasik dayang bunting, pulau tuba dan pulau karang. Kami dibawa menaiki bot laju dengan muatan 8 orang settiap satu . lautnya hijau dan langit nya biru. Saya dapat lihat burung helang terbang bebeshinggap di pulau pulau diatas pokok kayu yang menjadi rumah mereka. Tasik dayang bunting yang terkenal dengan mistiknya kami teroki... airnya payau dan suhunya suam suam kuku sungguh menarik untuk berenang . Keistimewaan Pulau Tuba pula pengunjung boleh menyaksikan spesises burung helang yang menjadi mercu tanda dilankawi. kami dapat melihat dengan lebih dekat burung burung helang terbang diangkasa. Di pulau karang kami turun untuk bermandi di pasir yang putih dan air yang jernih. Perjalanan mengelilingi tasik dan pulau mengambil masa ialah hampir 4 jam.


MELAWAT KILANG GAMAT
Keesokan hari nya kami dibawa melawat ke kilang gamat. Disini berbagai peroduk gamat di jual dengan harga yang amat murah. kami di bawa juru mudi kami ke pekan kuah dah idaman suri kerana ianya ialah lokasi di Langkawi yang paling menarik untuk membeli belah selain murah pengujung ada banyak pilihan. Pun begitu anda perlu bijak menawar ketika berbelanja. Saya memborong cokelat dan kain batik.

Pada hari terakhir hati bagai berat meninggalkan Pulau lagenda ini kerana masih banyak tempat yang belum dapat saya lawati seperti makam mahsuri dan beras terbakar... begitu juga beberapa buah pulau yang sangat menarik seperti pulau air panas masin dan Geo-park yang berusia ribuan tahun. Jika ada rezeki pasti saya akan kembali untuk teroka keajaiban pulau ini.




No comments: