Tuesday, November 20, 2007

SERUMPUN SEBUDAYA

Saya diajak oleh sang puteri untuk menemani beliau ke simposion budaya datu nusantara yang dianjurkan oleh PENA di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16 - 18 November 2007. Pada mulanya saya agak keberatan untuk menghadirkan diri atas sebab sebab ke penatan yang amat sangat. maklumlah sudah 3 hujung minggu saya tidak berehat. Saya ingin bersantai diatas katil sambil membuat aktiviti dirumah seperti mengemas.
Hati sudah dirumah dan kalau boleh ingin membatalkan apa saja yang telah dijanjikan. Bersarapan nasi goreng malas bersama kopi hitam, dan telepone bimbit saya berdering. memang sudah di duga dihujung corong suara sang puteri memaksa janji ditunai. Ya! saya rasa bersalah terlalu banyak janji telah terbatal, akhirnya saya terpaksa mengalah. Kalau lembu berpegang pada tali manusia pula pada janjinya. Saya tidak mahu digelar munafik...
Setelah dua hari mengikuti kertas kerja dari para ilmuan seluruh pelusuk nusantara membuat saya rasa sangat gembira. Benak dimasuki berbagai ilmu dan cerita membuat ianya menjadi tepu sehingga ke hari ini.
Saya masih ingat lagi saya mengimpikan satu hari nanti saya akan duduk bersama-sama saudara senusantara dibilik dan meja yang sama. Duduk berbincang dan bercerita. Walaupun kami serumpun tetapi bezanya tetap ada. Melayu patani sangat lembut dan sopan, melayu brunei masih muda belia, melayu singapura nampak cerdik dan licik, melayu malaysia tegas dan garang, melayu sumatera walaupun sudah hilang identitinya dan melayu jawa? sudah tentu matang tetapi misteri. Itulah warna warna satu pokok lain berbeza dahannya.
Saya mengharapakan lebih banyak forum forum keilmuan begini akan diajurkan ... agar dapat kita mengenali saudara kita serumpun ....

No comments: