Saturday, May 31, 2008

SAHABAT

"Some people come into our lives,
leave footprints on our hearts,
and we are never the same."
- Unknown

Saya mempunyai ramai kenalan tetapi bukan sahabat. Ketika ini semua kenalan saya tidak boleh diketegorikan sebagai "sahabat" . Tiada seorang pun. Saya rasa suami saya lah sahabat saya ketika ini.

saya mudah mesra dengan sesiapa pun tetapi mungkin selalu terkena saya semakin berhati hati. kenalan saya bukan lagi sahabat ... dan semakin dewasa semakin saya memilih kenalan dan taulan. ketika ini terlalu sukar untuk saya mempercayai sesiapa walaupun adik beradik mahupun ipar duai. Saya juga tidak seperti dahulu ... mempercayai dan sanggup berkorban jiwa raga dan harta demi sahabat mahupun saudara.

Kalau dulu terlalu sukar untuk saya menolak sesautu permintaan ... tetapi kini tidak lagi ... saya akan mendahuluikan diri saya dahulu ... setelah lepas diri sendiri baru lah saya boleh membantu sesiapa yang memerlukan bantuan saya. kerana bagi saya ... tiada siapa yang boleh membantu saya kecuali diri saya sendiri... maka saya perlu bantu diri saya dulu ... saya perlu selesai kan diri saya dahulu barulah saya boleh membantu orang lain ... apa guna membantu kenalan yan tidak akan menghargai diri kita ... ibarat melepaskan anjing tersepit ..

No comments: