Tuesday, July 31, 2007

CERITA CERINTI.

Sejak seminggu dua nie cuaca teramat lah sejuknya. Hujan hampir setiap masa... pagi petang siang malam. langit mendung ...tiada mentari terik. yang paling tak larat nak pergi keje, naik motor hujan lenjan. Naik kereta pasti jam jam dan jam ... begitu juga dengan public transport ... sesak dan menyesakan ... akhirnya motorsikal adalah pilihan yang terbaik ... hujan dan kuyup asalkan tak sampai lewat.
Pagi isnin we had a lovely breakfast with our new CEO at our sky garden on the 50th floor in the middle of the valley ... CEO yang hesom dan cun melecun ... kacukan Spain & Melayu berasal dari Filipina. Pukul 11 pagi, our department had a face to face discussion with him ... wahhhh mata saya tak kelip kelip melihat keindahan ciptaan Tuhan. And we had lunch together in the board room... pembetulan bukan lela seorang je .. satu department ... hahahahahahha tapi dapat duduk sebelah dia .. nampaknya tak sia-sia berbasah kuyup naik motor .. kalau ikut kan hati nak mc je dah ... heheheheheh.
malam tadi saya bermimpikan nende... mungkin dia rindukan saya dan datang menjenguk seketika. Pagi di office saya telephone uncle buah ...
Lela : Uncle, pisang adakah
Uncle : Ada...mahu bagi orang sembahyang ka? (uncle buah berbangsa cina)
Lela: ya uncle.
Uncle : apa jenis lu mau
Lela : tak kisah asal bagus..
Uncle : ok nanti petang saya hantar rumah ... saya bagis bagus bagus punya sebab mahu sembahyang ..
Lela : ok uncle, jangan lupa ya, bye.
Sampai dirumah, pisang sudah tergantung di depan pintu di bungus baik-baik .. bila dibuka kulitnya bagus tidak ada yang lebam lebam tak ada cacat celanya ... saya tersenyum puas. macam mana nak beli dng melayu harga nya sama tapi services nya A+++ dan pisang yang dibeli disedekahkan kepada surau dan tidak lupa adik adik jaga yang setia menjaga kawasan perumahan lela.
Ingat tentang kegilaan remaja membaca buku Harry Potter. Wahhh lela juga sudah terkena tempiasnya walaupun sedang masih baru di siri pertama nampaknya penulisnya berjaya membawa pembaca nya untuk membaca buku yang seterusnya ... rasanya kena lah beli koleksi Harry Potter sebagai simpanan peribadi ... Bila membaca buku Harry Potter terasa bagikan lela kembali ke zaman kanak-kanak. Mula-mula baca bukunya kemudian macam teringin pulak nak beli apa yang dipunyai oleh si Potter nie contohnya a cloak (jubah???) , cauldron ( yang nie betul betul nak nie ), crystal phials, a cat? ( ya lela dah ada baby!!!) and a broomstick. Tolonggggggggg... i'm into it now ... tulah masa kecik tak merasa benda benda nie ... dah tua tua teringin lah pulak ... dan yang paling parah ..kena simpan duit nak pi london nak melawat lokasi harry potter... mati lah suami lela ... hahahahhaa.
Rasanya lela perlu berehat seketika ... terlalu banyak beraktiviti .. sampai macam tak larat lah pulak. ingat sebulan dua nie nak slow down sikit ... ya lah dah nak puasa ... maybe lepas raya baru ligat balik. so lela dah kensel bowling tournoment (sebab tak larat nak berlatih tiap hari sampai akhir bulan nie), yoga pun stop sampai raya (cikgu pi india)... kurang pi melepak kurang pi event ... nak tido, kemas rumah, buat kuih raya? amal ibadat... apa lagi ya ... nak rehat tu je ...

Saturday, July 28, 2007

UNTUNGNYA KAK LELA ...

sejak akhir-akhir ini ada bisik-bisik yang tersampai ke telinga saya ... "Beruntung si lela tu... gaji untuk diri sendiri... suami baik... kerja mudah .. tak de anak..."

saya ketawa sendirian ... betapa beruntungnya saya

untungnya diri saya :- kedua ibu dan bapa saya tidak meninggalkan apa-apa harta ... walaupun sepuluh ringgit....
untungnya diri saya :- semasa saya ingin melangsungkan perkahwinan saya semuanya saya yang uruskan termasuk RM RM RM. satu sen pun sedara tak tolong
untungnya diri saya :- selepas berkawhin dengan suami, kami ke rumah sewa sehelai sepinggang... suami saya dari n9 semua yang dibeli terus jadi hak milik saudara perempuannya... hahahhahahahah
untungnya diri saya:- belajar pun pinjam duit kawan, sedara tak ambil kisah
untungnya diri saya :- ayah meninggal ketika umur saya 17tahun dan ibu saya menninggal ketika saya baru berumur 28tahun ...
untungnya diri saya :- saya pernah berjalan kaki 5 km kerana tak cukup tambang bas .

kadang kala bila duduk bersendirian begini saya terfikir sampai bilakan saya perlu terus tabah?? entah lah mungkin untuk menjadi insan yang istemewa kita perlu menempuh berbagai rintangan dan halangan.

DISUDUT HATI KERDIL INI

entah mengapa pulang saja ke kampung halaman (tidak kira disebelah ayah mahupun ibu ) hati saya akan terguris dan berbulan-bulan mood saya tidak baik. Saya cuba tidak mahu pulang tapi ianya seakan meronta-ronta untuk menjengah dan menghirup bau udara dimana saya dibesarkan.
Hari ini saya mengambil cuti .. pulang ke Melaka kerana ingin menguruskan hal ehwal keluarga . Pulang ke kampung halaman dimana saya dan keturunan saya dilahirkan membuat saya rindu dibumi melaka. tetapi kerinduaan saya tidak berbalas... mungkin saya rindu kepada yang telah tiada... maka saya perlu belajar untuk menjadi jiwa yang kental tidak goyah dengan apa juga keadaan.
Tetapi tuhan itu maha penyayang, maha kasih dan maha pemurah. Dia memberi saya suami yang sangat baik dan memahami diri saya, tempat saya bermanja dan tempat berteduh. Walaupun saya tidak punya ayah dan ibu untuk bermanja ... saya mempunyai suami, sahabat dan jiran yang sangat memahami. Saya cuba melihat hijau di padang yang saya berlari ... cuba dan cuba dan cuba...
ah kita lupakan kisah sedih... suami bawa saya ke IKEA .. ya pi shopping shopping menghiburkan hati yang lara. Minggu lalu sebuk betul pasal buku Harry Potter - Book 7. entah apa yang sedapnya sehingga berjuta-juta sudah terlanggan. Maka saya pun tak nak ketinggalan lah kononnya ... oleh kerana si penulis sudah kaya raya saya pun baca buku buku nya melalui e-book... free . tapi jangan tak percaya saya bukan baca buku yang ke-7 tapi buku yang PERTAMA ... hahahahhaha betul betul saya sudah ketinggalan keretapi... so this weekends saya cuba habiskan book 1 & 2 .. Boleh? hahahhahahahaha
Niat hati nak jadi penulis yang terkenal ... tapi setakat berangan je ... mana boleh kan ... action a must to makes our dream become reality ... setakat berangan tanpa usaha itu angan angan si-jenin. last week saya ke MPH membeli kamus ... ha ha ha ya jangan tak percaya selama nie dari tadika hingga ke tingkatan lima - lela tak ada kamus (padan lah tak pandai) umur dah mencecah 30 dekad baru ada kamus peribadi ... salah satu sebabnya mahal....nampaknya bulan depan kena beli kamus lagi ... bm - bi lah pulak ... huhuuuhuuhuuuu nasib badan lah

Thursday, July 19, 2007

KERANDA TERBANG

ini versi terbaru kapal terbang nuri - jerman

Saya rasa bukan saya seorang saja yang merasa sedih apabila 6 wira negara terkorban. Kita bukan saja kehilangan wira tetapi isteri kehilangan suami, anak kehilangan ayah dan ibu kehilangan anak gadisnya. Isteri yang begitu muda sudah menjadi janda. Maka nanti jawab lah Najib dan kuncu kuncu di dalam ATM di akhirt kelak ... mengapa orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Jeneral Jeneral patungan Najib di ATM mula memukul canang mempersalahkan cuaca... hahahhahahahah dan lihat betapa bodohnyer Jeneral Malaysia ... NURI hanya jatuh di hutan Genting Sempah (yang kita semua tahu bahawa sudah digondolkan oleh sultan pahang yang kalah judi di genting) berdekatan lebuhraya pun hampir berminggu untuk mencarinya. Mana pergi barang canggih yang di beli dari russia, dan merata dunia. Dari sini kita nampak sebenarnya ATM tidak membeli peralatan cahnggih sebalik nya wang yang keluar untuk perut najib rosmah dan kuncu kuncu nya .. akhirnya tenaga manusia yang terpaksa dikerah masuk kedalam hutan untuk mencari bangkai NURI...

Dan lepas ini jangan terkejut bila kita mendengar wira negara kita lemas di dalam kapal selam ... atau mati terbakar didalam kapal angkasa ... kerana politukus dan Jeneral di ATM membeli besi besi buruk yang tidak boleh digunakan lagi ...

Dan yang paling kelakar .. Najib dan isteri nya macam lembu masuk kampung ... ada ke pi jumpa waris waris terdekat pakai tali leher ... jam rolex .. sepatu berkilat dan bini je ...bermake up tebal... gelang sampai ke lengan dan subang sebesar batu lesung ... itulah bila pemimpin sudah tidak turun melihat rakyat jelata ... asyik duduk di gedung gedung besar dan bontot terhempok di sofa hempuk ... hanya 30min bersama waris sudah berpeluh peluh ... dan mana pergi Perdana Menteri kita ... tengah meratah daging serani mungkin ... atau isteri barunya sedang memasak Devil Carry didlam kapal layar yang baru dibeli di Austorlia???/

Saturday, July 14, 2007

HARI REHAT


maaf kita tak ambik gambar so kita ambil gambar dari hanieliza ...



Dah lama betul tak berehat di rumah dihujung minggu. Selalunya setiap sabtu or ahad pasti ada hal. Pi sana lah pi sinilah, jumpa orang nie lah jumpa orang tu lah ... tapi minggu nie memang dah janji dengan suami nak duduk rumah je ... tak nak kemana mana ..so lela pun buat kuih onde-onde atau lebih dikenali sebagai kuih buah melaka ... sebagai terapi.
ahadnya pula lela ke hospital melawat makcik sakit.. sekarang nie dok dengar orang sakit je. 3 minggu lepas makcik lela sebelah ayah meninggal dunia akibat kencing manis. kakinya dipotong 4 kali dan akhirnya dia tak dapat bertahan.. ya lebih baik dia di ambil dari merana seumur hidup. kedua dua kak lela pun dah start on medication. Wah nampaknya semua dah tua .. kubur sudah panggil ...

Thursday, July 12, 2007

letih dan lesu

sejak ambil ubat nie... badan terasa benar lesunya. Kalau makan lambat sikit, gigil satu badan, rasa macam seram sejuk. Betul betul rasa macam orang tua. Tak tahulah kerana ubat or kerana mindset. Tapi yang pasti lepas je pukul enam petang badan akan terasa amat lemah. Sengal segala sendi. Terpaksa berbaring dulu... pukul 8.30 baru lah ok sikit. masa tulah baru boleh buat kerja rumah sikit-sikit. Tapi sejak makan ubat nie senang tido. Letak je kepala terus lena bukak je mata dah kul 6.30 pagi. Tak delah bangun sampai 5 hingga 6 kali semalam. Tak delah nak ke tandas lah, nak minum air lah, berpeluh sampai rambut basah kuyup. Lagi satu lela dah kurang panas baran... kalau tak mahu macam nak pecah urat di tengguk, rasa tenggang dan suhu badan membara je. kalau dulu di office hujan turun ke salji turun ke selamba je dengan baju nipis tapi kini kalau pakai baju kurung mesti kena pakai blazzer kalau tak beku.. Sekarang nie lela tengah makan ubat kencing manis dan darah tinggi... minggu depan pula baru start treatment for kelestoral ...harap harap kencing manis dan darah tinggi lela akan turun dalam sebulan nie... lela tak nak makan ubat seumur hidup ...
Entah kenapa sejak akhir akhir nie, lela selalu teringat emak dan ayah.. agaknya macam nie lah mereka rasa. Syukur keadaan lela lebih baik .. at least medical ditanggung oleh company, keje pun tak seteruk ayah dan emak dan lela pun tak de anak ... kalau sengal sengal tu boleh terus baring... sekarang lela sedar kesihatan adalah segala-galanya. Tapi lela tak nak berserah 100% pada nasib ... sekarang nie lela sudah kurang kan makan nasi ... breakfast yang ringan ringan je , sekeping roti dan secawan susu. lunch - nasi 1/4 or setengah senduk dan 3 jenis sayur... petang buah..malam susu ... kalau tak kurang lagi entah lah ... lela jugak try to banyak berjalan ... kalau dulu nak ke surau pun naik lif kini lela naik tangga , naik lrt pun panjat tangga tak guna exkelator... nak balik rumah pun tak naik taxi ... naik bas kalau boleh berdiri je ... biar darah bergerak sedikit ... nampaknya lela betul betul kena ubah cara hidup :(
TAPI kehidupan perlu diteruskan ... lela perlu kerja dan menyumbang tenaga dan kemahiran untuk keluarga dan agama. lesu lesu pun tiap hari kena pergi keja... sebulan sekali kena pergi kelas penulisan dan seminggu dua kali perlu bersenam. Sakit bukan halangan daripada berjaya. banyak lagi yang perlu lela lakukan... ya kini lela perlu cepat mengejar masa. banyak perkara yang tertangguh. Hooo terlalu banyak ... nampak nya lela masih belum boleh berehat...

Monday, July 09, 2007

TOLONG

kan saya ada cerita tentang kesihantan saya yang tidak begitu baik. Sekejap demam sekejap ok. Baru baru nie ... saya bagaikan tak bermaya. Kurang tido sebabnya asyik terjaga kerana nak pi tandas.. baru nak terlelap terasa nak terkucil, lepas tu tido kejap terasa dahaga, lepas tu susah nak tido balik .. last last selalu kelewatan kepejabat sebab tak cukup tido.
Seminggu yang lalu saya ada terbaca di surat khbar tentang sintom sintom kencing manis ... keturunan saya semuanya ada kencing manis, nenek, tok ayah dan emak...makcik makcik saya pun ada yang kena. Diantara sintom nya selalu terasa lesu, selalu bangun malam untuk membuang air dan terasa panas membahang.
Maka saya pun mengambil keputusan untuk membuat appoitment dengan panel doc nak buat full body check-up. Saya pun berpuasa lah .. dari pukul 11.00 malam hinggalah ke pukul 10 pagi. Saya buat ujian untuk kencing manis, darah tinggi, ujian darah, buah pinggang dan hati... dan keputusan membuat saya hampir mati. Teramat buruk bagi saya yang sebegini muda...
Tekanan darah saya 180/100, gula dalam badan - 9, ujian darah terlalu tinggi tahap kelestoral ... keputusan buah pinggang dan hati belum diterima dari lab. Doctor pun terkejut, siap kena bebel ... nampaknya saya kena ubah cara hidup saya .. pemakanan dan bersukan ... rasanya dah mati dah... saya belum 40tahun tubuh saya dah macam nie ... macam mana nak hidup sehingga 150 tahun????
Nampaknya tidak cukup beryoga, kini saya perlu ke gym dan berjogging. Bukan itu saja saya juga kena jaga pemakanan... dah tak leh makan lemak lemak ... nasi kena cut cut cut (saya perut melayu ) nampaknya kenikmatan dunia saya telah ditarik balik ...

Thursday, June 28, 2007

THE ROAD NOT TAKEN?

sepetang di Janda Baik, Bentong Pahang
::THE ROAD NOT TAKEN::
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood,
and I— I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
lela kurang / jarang / tak pernah punya favourite poem mungkin kerana bahasa kedua lela agak lemah maka lela tak dapat menghayati sepenuh apa yang ingin disampaikan. Lela mengenali puisi ini melalui pembacaan dimana seorang CEO berbangsa Jerman yang sangat menyukai puisi ini. Katanya dibangku sekolah gurunya telah mengajar tentang makna yang tersirat puisi ini. Dan bila lela hayatinya memang betul ... jalan yang kurang dilalui adalah jalan yang terbaik untuk kita sebenarnya ... Jika jalan yang sudah ramai dilalui dan ketahui orang ... keuntungan kurang tetapi jalan yang jarang dijelajahi itu lah yang terbaik buat kita. Semakin sukar semakin banyaklah lamanya ... tidak kira dari segi business, pendidikan mahupun kemanusiaan.

Thursday, June 14, 2007

HIJAUKAN BUMI MALAYSIA????


Sempena World Enviroment Day 2007 - 5 June , lela pun bersemangat lah kononnya hendak menyelamat bumi kita yang sedang sakit nie. Tapi bila lela fikir tak guna kalau lela seorang je beriya iya untuk menyelamatkan bumi ini... seumur hidup lela tak pernah tebang pokok, lela tak pernah buang sampai kedalam sungai, tak pernah tuba sungai tak pernah rosak kan karang dilaut, tak pernah bunuh gajah untuk gading, tak pernah bunuh rimau sebaliknya setiap malam khamis lela beri bertih pada rimau piliharan tok moyang lela ... dari kecil lela memang sayangkan pokok ... kalau pokok kunyit lela mati pun lela sedih ini kan pokok yang besar dan tua ...tebang tebang pokok nie semua kerja orang kerajaan dan ahli politik dan hantu yang paling besar sekali adalah RAJA... mereka lah manusia manusia SIALAN yang sanggup memotong pokok pokok balak, mencemari sungai kita dan menarah gunung ganang ciptaan tuhan. Lepas tu melaungkan jangan buang sampah ... jangan potong pokok .. jangan tarah gunung ... gila ke tak? Bila banjir kuala lumpur, bila banjir kota tinggi salah kan rakyat - cakap rakyat tak bersediah , rakyat pengotor. kalau kita fikir secara waras rakyat sekarang nie pun dah tak de tanah .. duduk kat rumah haram ... apa pulak nak tebang balak ... apa pulak nak tarah gunung ... sapa yang bagi konsasi lebuh raya? siapa yang bagi konsasi balak? siapa yang menukar status tanah? siapa yang memberi AP? siapa yang nak jual kereta murah sampai kalau boleh anak yang baru lahir dari perut pun mereka suruh dapat kan lesen kereta?? siapa dan siapa???? Bila rakyat menolak projek highway, menolak projek padang golf mereka kata rakyat tolak kemajuanan bla bla bla ...bila udara dah tercemar salah kan rakyat membakar sampah? bila hutan dah tak de rimau, gajah dan badak dah mengamuk salahkan rakyat... kata rakyat yang tebang hutan, kata rakyat yang pengotor dan berbagai lagi... semua salah kan rakyat ... bila malaysia dah gondol dan kotor cakap lah pula menjadi tanggungjawab rakyat untuk menanam pokok ... besok kita puas tanam pokok so nanti anak dan cucu cicit raja dan pak menteri boleh tebang jual balak ... bila kaya tak nak lah pulak bagi kat rakyat ... tak nak kawin dng perempuan melayu ... bila kaya anak raja sebuk nak kawin dengan mat saleh yang berkulit macam kulit babi pak menteri sebuk nak kawin dng org france yang hanya bertudung bila piliharaya .... tak pandang melayu tapi bila susah orang melayu kena berkorban ... hisap darah orang melayu sampai habis ... itulah celaka nya politikus dan raja melayu ...
::Green Day::


kuala lumpur yang sudah tiada warna kehijauan

Semalam lela pergi ke FIRM - untuk menghijaukan hari hari dikota batu dan berlumpur nie. Berbagai aktiviti hijau cuba dicadangkan... cara menghijaukan bumi cara menghijaukan otak manusia tapi seperti yang lela katakan tak guna rakyat je yang beriya iya ... menteri alam sekitar dok belek t*t*k bini je. Menteri Alam sekitar bukan setakat pi tengok sungai lepas tu bagi komen itu ini ... Menteri Alam Sekitar perlu rombak undang undang yang dah lapok tu, bawa ke dewan parlimen untuk diperbahaskan... sesiapa yang belajar law - tahu betapa rapun nya akta tanah negara, betapa hinanya akta hutan negara. pi buat undang undang bagai mana nak penjara kan business man yang bertopeng kan datuk ship, politikus yang bertopengkan malaikat, dan raja yang bertopengkan tuhan.

So lela pun pi lah jalan jalan, sebenarnya sengaja nak pi tengok Taman Rimba FRIM - rasa rasa nya ramai lah businessman ak pak menteri ak kerabat selangor yang bermimpikan tanah di sini... mana tak nyer orang sekarang pantang lihat hijau, mula lah terfikir projek rumah banglo lah, padang golf lah... itulah inilah... ada je idea, mungkin manusia kini benci / alah melihat warna hijau, alah melihat pokok menjulang ke langit. Geli tengok tanah dan becak kononnya... takut kepada nyamuk dan katak... kalau boleh seluruh Malaysia nak di turap dengan tar atau lebih canggih lagi dipasang batu mamar disetiap inci bumi Malaya ini. Begitu sombongnya manusia kini. Masa Lela sampai di FIRM, bergegarlah hutan dengan Sinar FM, bertambah sampah-sarap yang dicipta oleh STAR dan UTUSAN. Kereta kereta dengan gahnya membelah hutan di FIRM. Kata nak hijau kan bumi? kenapa tak suruh pelawat berjalan kaki dari pintu masuk di FIRM, kenapa perlu gegaran kan bumi FIRM yang sepi dan damai? ini bukan nak hijaukan bumi tapi semua hanya topeng topeng yang berkepentingan. Maka beberapa orang anak peribumi didatangkan khas dari Ulu Jelai Pahang.. menyanyikan lagu alam, bersawang dan meniup seruling bambu meniup lagu sedih. Kemudian di panggil Zainal menyanyikan lagu HIJAU dan setelah selesai upacara, pengujung dan penganjur menodai hutan dengan membuang sampah...hahahhahahah its a GREEN DAY for me...

Sunday, June 10, 2007

I CAN MAKE A DIFFERENCE

Hanya Bumi saja tempat yang kita ada.. Bumi ibarat sebuah pulau di lautan yang luas.. maka kita patut menjaga amanah yang diberi untuk anak cucu kita. Saya dan suami sudah mula membuat resolusi untuk menyelamatkan bumi yang semakin nazak .. antara yang saya lakukan adalah

- menggunakan public transportation untuk kepejabat
- berjalan kaki kepasar
- Car pool jika ingin pulang kekampung
- menanam sayuran didalam pasu
- menanam pokok-pokok di kawasan perumahan seperti pokok jati atau pokok buah-buahan...
- Eat less on prcessed food.
- Membeli makanan tempatan
- membeli barangan di pasar tempatan dengan tanpa mengunakan kenderaan .
- mengambil buah-buahan dan sayuran - kurangkan memakan Mc'D, KFC dan sewaktu dng nyer . Kurang mengambil daging, ayam dan ikan.
- Tidak membazir dalam pengambilan makanan - kurangan membeli barang yang mempunyai least packaging.
-Reduce, Reuse, Recycle. Saya pakai barang sehingga habis - selagi boleh guna saya tak akan buang ... baju kalau boleh jahit jahit ... katil selagi tak reput takkan beli baru, begitu juga dng langsir, sofa dan lain-lain. Kalau orang nak buang barang saya pungut .... Jika barang yang saya tak pakai saya akan berikan kepada orang lain ... sebagai hadiah or door gift ..
- Vegetarian 1 minggu sekali.
- Jimat, jimat , jimat pengunaan air, api - tutup komputer jika tidak guna...tutup kipas jika tidak digunakan ... saya tidak menggunakan air-con, saya menggunakan lampu kalimantan yang lebih cerah .. saya mengeringkan baju dengan cahaya matahari , saya tidak menggunakan orang gaji , saya membersihkan rumah dengan tenaga saya sendiri, saya tidak membeli surat khbar - saya membaca di office.
-Kurang makan dikedai, memasak dirumah

Anda bagaimana???