Friday, August 29, 2008

aku dan kerja

hujan dingin sejuk membeku
banjir lagi kota lumpur
merangkak bangun dari tidur ku
untuk mencari sesuap nasi

itulah resam warga lumpur
terbit mentari
terbenam matahari
dipejabat menyambung sesuap nasi

kalau lah tuhan memberi rezeki
tinggal dirumah lebih bererti
dari seharian menjadi hamba abadi

tapi apakan daya
rezeki ku tiada
menjadi lah aku hamba
selamanya?

Wednesday, August 27, 2008

PERMATANG PAUH


Hujan sepanjang hari dari pagi hingga ke petang
setiap saat terasa lamanya bagi tidak ada penghujung
jam ditangan bergerak keangka enam
berbunyi telephone bimbit, suara dicorong teriak gembira
penanti berpihak ditangan anwar

kota lumpur dilanda garuda
jalan raya tak punya kereta
jam 8 mengadap berita
berita yang dinanti tak kunjung tiba

sms mula masuk bertanya kan khabar
entah menang entahkan kalah
keputusan akhirnya ketahui jua
kemenangan telah diraih bersama

SMS masuk tanda ceria
tertera didepan kekaca
"salam. Syabas dan Tahniah! Semoga allah memberi ganjaran kepada semua diatas pengorbanan dan kesetiaan dlm perjuangan. Bersama kita membwa perubahaan...Ameen - YB Zuridah P99 ampang...

malam ini tidur ku lena
berlagukan hujan
bermimpikan tuhan...

BERSARA


malam tadi kami makan makan

tanda terima kasih kepada pekerja yang akan bersara

yang telah berkhidmat 30 tahun lama

30 years experience nothing compare to A new blood !!!

itulah hakikatnyer bagaimana setia seorang pekerja kepada majikan ianya tetap seorang hamba ... hamba di zaman batu dan pekerja dizaman moden tapi asasnya tetap sama. yang pasti saya perlu bersedia dari segi mental untuk menghadapi ambang 55tahun ...

Saturday, August 23, 2008

PERSIMPANGAN

Kehidupan memerlukan pengorbanan. Kadang kala kita akan berada disatu persimpangan dan keputusan yang tepat diperlukan. Apabila keputusan telah diambil... tiada lagi kata kesal ... kalau keputusan itu mendatangkan kebaikan maka syukur kepada Allah dan jika keputusan itu mendatangkan keburukan kita terpaksa terima dengan hati yang reda.

Saya juga selalu terpaksa membuat pilihan dan dari dulu saya tidak suka untuk memilih kalau boleh semua pelawaan dan undangan saya cuma penuhi tetapi mana mungkin dan pengalaman akan mematangkan kita dan kini saya selesa apabila sesuatu keputusan dibuat.

Dalam membuat pilihan, my first priority will be always my abang first (suamilah) dan kerja ... kemudian baru lah keluarga dan hari ini saya terpaksa mengambil satu keputusanan yang amat sukar, dan saya memilih pekerjaan yang perlu di utamakan dahulu kerana that is my bowl of rice ... and i still have month to feed offff.... jika saya tidak mempunyai pekerjaan siapa pula yang akan menanggung saya dan dari mana ingin saya dapatkan dana untuk kerja kerja amal saya kan?
----------------

Pagi tadi saya bersessi amal, kami menderma peluh dan lemak untuk dibakar . Saya dan rakan rakan pejabat turun bermain badminton bersama-sama, setiap tahun persatuan sukan kami akan menganjurkan pertandingan badminton. Ha sebenarnya saya dipaksa bermain atas alasan orang human resource kena ada sebagai PR . and i take it just for fun . Mana tak nyer dah hampir 20tahun saya tak pegang reket apatah lagi berlawan, seingat saya ketika saya bermain dengan arwah ayah saya, bulu tangksi sering tak pernah melepasi jaring... hahahahahha biasalah orang pendek dan seperti biasa saya cepat putus asa.

Pagi tadi i have a bit of fun ... yang kelakar sampai pihak lawan dan pengadiil siap ajar , lela jauh sikit ...lela kiri, lela kanan mungkin kesian tengok kami dapat kosong ... tapi ok lah untuk orang seperti saya nie (dari kecil saya memang tak pernah minat untuk bersukan)...dapat lepas jaring dan masuk box pun dah kira power lah tu ... dan hadiah hari ini so hadiah nyer saya dapat rekit ... hahahhahahah.. dan selepas main saya ke mid velly pi cari satu lagi ... mana tahu besok besok boleh main dengan suami di padang kat rumah ...



Bercerita pasal sukan ... i'm not a sport person... dari kecil saya tak suka bersukan terutama benda yang melibatkan perlawanan... mungkin kerana di sekolah saya sering tewas bila bersukan ... kalau lari mesti dapat tempat yang paling last ... main hoki pun macam tu jugak ... mmm so selalunya kalah dan kalah ... heheheheheh lepas tu kena main soft boll lagi lah sampai kena bola dan kayu ... apa lagi ... tapi bila ingat ingat balik sekolah saya dulu antara sekolah yang terbaik di negeri sembilan ... pasukan renang mewakili negeri.. pelajar kami menjadi wakil negara untuk pasukan hoki ... begitu juga bola sepak dan acara padang .. mungkin sebab tu tu pasal lah saya selalu kalah ... i'm among the best kot ... so bila dah besar saya sering kata saya tak boleh lakukan sebab dulu kat sekolah selalu kalah ... saya memang terus mengaku kalah bila orang ajak bertanding ...

bila fikir balik ok juga bersukan nie ... bukan saja badan sihat dan peluh busuk keluar tapi bersukan nie mengajar kita untuk fokus dan reach to the limit. Untuk menang mental kena kuat walaupun badan dah tak larat ... so nilai nilai bersukan dan bertanding ini perlu ada dalam budaya bekerja juga ... mental perlu kuat untuk melaksanakan projek yang diberikan oleh bos ... mmm

Sunday, August 17, 2008

HISTROY IN MAKING

Saya baru pulang dari P44 untuk menyaksikan "Mother of all election". Sejarah sedang ditulis dan diukir. Peristiwa di P44 ini akan menjadi titik perubahaansejarah di Malaysia. Disaat ini segalanya akan berbeza berbanding 50 tahun yang lalu dan saya tidak mahu melepaskan peluang keemasaan ini untuk sama sama berada di sini merasai apa yang akan berlaku. Bukan mudah untuk kita berada didalam sejarah yang akan diukir maka saya bersyukur saya diantara yang akan berada didalam lipatan sejarah itu kelak.

Kami pergi tanpa ditaja oleh sesiapa ... kami berempat semuanya wanita ... ya wantia melayu yang kental jiwa nyer. Meredah apa jua halangan untuk melihat sejarah. Kami bertolak tanpa ada peta. Cuma panduan kami hanya lah no telephone wakil disana dan rahmat dari Allah pencipta alam. Kami bertolak jJumaat petang (gue sanggup ambil cuti setengah hari beb!!) dan sampai di Permatang Pauh kira kira jam satu pagi. Keadaan di sini sungguh luar biasa rasanya. Dari segenap pelusuk Malaysia sudah mula berkampung disini... ada yang datang dari kelantan ada yang datang dari johor dan singapura, maka saya menjadi malu.. begitu kecil rupanya pengorbanan saya.. Cina dan India juga tidak mahu ketinggalan. Kaum wanita diberi rumah untuk menginap dan kaum lelaki sanggup tidur didalam kereta atau beratapkan langit dan berlantaikan bumi. Kami berkampung di Peranti utk dekat dengan Dewan penamanan calon... bukan kami dan mereka mereka ini tidak mampu untuk sewa hotel di Pulau Pinang tapi kami tidak mahu kelewatan untuk berarak bersama sama ke dewan nanti. Takut nanti kelewatan atau jem ... kalau boleh kami mahu terus tidur di padang tempat percalunan tersebut .. hahahahahah. Yang kelakar ada yang sudah menempah tempat di Jawi untuk kami tetapi oh tidak kami tidak mahu nanti kelewatan atau tercari cari maka kami redah juga ke Penanti didini hari ... yang kelakar kami pergi tanpa ada peta atau alamat ... dan syukur allah bersama kami kerana niat kami yang murni dan jujur ... perjalanan menjadi mudah dan teratur.

Suasana sekitar tempat kami duduki itu bagaikan mahu menyambut pengantin ... semua tidak tidur ... ada yang memasak ada yang memasang bendera ... bunyi motor dan sorakan refomasi tidak henti henti ... dan rumah kami di ketuk setiap masa oleh tetamu yang ingin menumpang tidur ... telephone kami juga tidak henti henti berbunyi ... ada yang ingin bertanya arah ke Penanti adayang ingin tanya apa yang terjadi di sana ketika itu ...

Kaum wanita bersiap dan keluar dari rumah jam 6.45 pagi ... ketika itu orang sudah mulai ramai ... bas bas dah kereta sudahi penuh dengan warga yang entah dari mana ... pesta sudah mulai terasa... tanpa sarapan dan minum setitis air kami mula berarak berjalan untuk ke dewan, dipertengahan jalan kira kira jam 8.00 pagi bas bas dari kuala lumpur sampai membawa penyokong penyokong wanita dan perarakkan kami pun bermula ... satu pengalaman yang tidak akan saya lupai ... semangat kami mulai berkobar ... melihat begitu ramai warga yang inginkan perubahaan sudah mulai berkumpul... berbagai lapisan masyarakat, bangsa, ugama dan jantina telah sama sama datang untuk datang. Ketika ini saya sudah didalam lautan manusia. Mereka datang dengan panji panji, dengan gendang dan gong, mereka datang dengan suara keramat ... Makal sakti - suara rakyat ... laungan takbir dan selawat dan refomasi bergema disetiap sudut membuat saya menjadi begitu semangat ... air mata saya dan peluh menitis ... saya bagai kan berada 50tahun kebelakangan ketika orang melayu bersatu menentang malayan union. rasa macam mahu ke medan perang lah pulak ...



Kami berarak kira kira 1 kilometer dan ketika memasuki padang semangat refomasi kian terasa. Para pendongkong sanggup berpanas terik tidak berganjak menunggu keputusan dari SPR sama ada Anwar layak bertanding atau tidak sambil berteriak refomasi tanpa henti ... jam menunjuk tepat jam 12 tengah hari dan SPR telah mengumumkan bahawa P44 akan dilawani dengan 3 penjuru dan para penyokong kedua pihak bersorak gembira ... di hari ini, pembangkang (parti keadilan rakyat ) telah meraikan 2 kemenangan ....kemenangan pertama: anwar sudah boleh masuk gelanggang semula setelah 10tahun haknya dinafikan ... dan kedua: hari ini adalah hari demoraksi dan refomasi berjaya menyatukan segenap lapisan masyarakat tanpa ada rasa perkauman, perbezaan pangkat dan darjat ... seluruh rakyat telah menunjuk satu sokongan yang sangat mengkagumkan .. mereka datang tanpa di bayar oleh sesiapa, dberjalan kaki, menaiki kenderaan persendirian, bas dan ada melalui keretapi... sanggup berdiri hampir 5 jam dibakar mentari terik tanpa bekalan air yang mencukupi dan melaungkan jeritan refomasi... ketika ini saya sudah berpisah dengan rakan rakan .. tetapi saya rasa selamat walaupun saya tidak mengenali sesiapa ketika itu. Service line telekomunikasi pun terputus hampir 3 jam ... saya cuma berdoa agar saya akan berjumpa dengan rakan rakan di rumah nanti.

Selesai penamaan calon saya pulang ke rumah ... baru terasa lapar dan dahaga ... dan baru saya sedar bahawa saya tidak menjamah setitik air dan sebutir nasi pun sejak dari malam tadi... yang saya jamah cuma lah secubit biskut kering yang dikongsi bersama sama rakan rakan (biskut dari isteri tan sri kalid - so ambil berkat lah mana tahu boleh jadi toh puan seri nanti) ... betapa perjuangan menuntun pengorbanan... sepanjang perjalanan pulang ke rumah baru saya sedar betapa jauh perjalanaan perarakan yang kami sertai... saya berhenti sebentar untuk membeli mee dan sungguh baik hati orang Permatang Pauh .. mereka tidak menjual dng harga yang mahal ... tidak mengaut keuntungan diketika ini ... sebungkus mee cuma berharga rm1, air juga berharga rm1. saya membeli 3 bungkus mee utk berkongsi dng rakan rakan ... mmmm kalau di tempat kita ... peniaga akan menghisap darah sepuas puasnyer ketika ini. ketika itu hujan turun dengan lebat ... wahhhh inilah harga reformasi ... jika tidak dengan air dari FRU turun pula hujan rahmat ... kami semua termasuk anwar dan isteri dibasahi dengan hujan ... sampai di rumah semuanyer kuyup ... dan kerana terlalu lapar .. mee yang dilingani dengan air hujan saya makan dengan rasa begitu nikmat sekali ... maaf saya tidak mengambil gambar ketika hujan kerana takut camera saya akan rosak...

selepas makan ... saya mandi ... dan tido (saya tidak tido more than 24 hours) dan rakan rakan yang lain belum sampai mungkin mereka sedang berteduh ... setelah hujan berhenti ... rakan rakan pulang .. semuanya bermuka ceria walaupun basah dan lapar ... semua berpuas hati dapat melihat anwar selamat dlm proses penamaan calon ... jika dilihat kedatangan dan semangat .. anwar pasti sudah menang ... tetapi apa juga boleh berlaku .. terutama dipilihanraya kecil .. semua jentera kerajaan pasti berhempas pulas ... saya rasa bersyukur bila terlihat kelibat nik aziz bersama sama anwar ... tanda sokongan PAS terhadap Pakataan Rakyat masih utuh dan jitu ... wakil dari DAP dan warga india juga sangat memberangsangkan... syukur syukur Pakataan Rakyat tetap utuh dan jitu demi demoraksi yang lebih cerah ...

Kami tinggalkan bumi Permatang Pauh kira kira jam 3 petang untuk pulang ke kuala lumpur .. yang pasti mata dunia pasti tertumpu di sini untuk 10 hari yang akan datang ... kepada semua pengundi Permatang Pauh di luar kawasan, pulang lah untuk mengundi ... tunai kan hak anda sebagai pengundi demi demokrasi yang lebih cerah.... saya akan kesana lagi untuk merasai bau demokarsi pada 26 nanti untuk melihat detik detik sejarah .. yang pasti anwar sudah menang di pusingan pertama ini... sama sama lah kita berdoa agar semua nya akan selamat .... semoga suara rakyat, suara keramat ini bergema dipelusuk buana ... maktal sakti ... refomasi .. ALLAH HU AKBAR ..

dan kalaulah arwah ayah dan datuk saya ada tidak saya tahu apa perasaan mereka ketika ini , bangga bercampur marah? hahahaha mana tidaknyer mereka orang kuat UMNO ... perjuangan kami tetapi sama seperti 52 tahun yang lalu cuma ketika ini parti saja yang berbeza ... dan kalau nenda dan tok muda melihat gambar saya diatas pasti mereka mengeleng kepala ... hahahahahah

Saturday, August 09, 2008

MANA BAHASA KU...

susah sangat ke nak print "Saya sukakanNYA", bahasa yang kita tak paham pun boleh print

yang kelakar nyer siap tulis printed in Malaysia so product malaysia lah kotak nie tapi bahasa kita langsung tak diletakkan.

Memang dari dulu dulu suami ku menyukai makanan segera terutama Mc'D. Paling tidak seminggu sekali mesti ke sana untuk mencari Big Mac or Mc Chicken. Entah bagai mana tengah makan makan terpandang lah kita kat pembukusan ... yang paling kelakar jugak semua bahasa ada kat situ sampai ke bahasa entah apa apa yang tak diperlukan di malaysia pun di print TAPI yang amat menyedihkan BAHASA MALAYSIA langsung tak de. Entah lah kekadang bukan saya nie terlalu berkira sangat ... cuma kalau dah letak macam macam bahasa tak kan lah bahasa malaysia langusng terlepas pandang ... we have to do sometimes here ... so saya pun pi lah kat web site mereka dan buat complaint. Sehingga kini masih tak de jawapan dari mereka ... saya minta kepada para pembaca yang menyayangi bahasa kita ... mari lah kita sama sama pi buat aduan kat website mereka ... mungkin dengan cara itu mereka tahu we care...

if we care pls go here : - http://www.mcdonalds.com.my/contact.asp

Thursday, August 07, 2008

Mengampai mimpi

Semasa saya kecil saya suka berangan. Ingin membuat itu dan ini ... ketika saya muda belia saya menjadi manusia yang mudah berputus asa kerana semua yang ingin saya lakukan tidak tercapai .. apa yang dicita cita kan bagai kan hanya mimpi disiang hari ... saya mencari dimana silapnyer ...

kini setelah melalui berbagai onak dan duri baru lah saya tahu cara untuk mengampai mimpi mimpi indah itu .. ya kita perlu bermimpi tetapi kita juga perlu berusaha untuk mengampainya ... bukan cuma terlentang perlu ada daya untuk bangun dan bergerak. Jika tidak kita cuma akan bermimpi dan bermimpi sahaja ...

SIAPA SANGKA??

Pagi tadi seorang kenalan menegur saya ... katanya saya nampak ceria dan muda ... saya ucapkan syukur kepada tuhan yang mengembirakan saya. Ya kini saya betul betul gembira dari semua segi ... saya gembira dengan cara hidup saya ketika ini... gembira dengan kerja kerja di pejabat dan gembira dengan kerja kerja amal yang sudah menampakkan cahaya....

Saya masih ingat lagi satu ketika dulu saya hampir hampir putus asa dengan kehidupan saya. Saya menjadi begitu negatif sekali tentang kehidupan ... syukur saya punya suami yang amat memahami saya teruskan kehidupan dan setiap pagi saya berdoa agar hidup saya akan lebih ceria.

Siapa sangka satu ketika dulu saya cuma pencuci tandas di restoren makan segera.. datang ke kuala lumpur menumpang rumah kakak untuk mencari sesuap nasi dan membantu keluarga. Tapi pengalaman itu sungguh berharga sekali ... dan setiap kali saya melihat adik adik muda yang menjadi juru wang saya cuma tersenyum ... jangan pandang rendah kepada mereka mungkin 10 atau 15 tahun yang akan datang mereka akan menjadi YB ...hehehheheheeh atau seorang menteri.

Dan siapa sangka seorang lelaki yang begitu berkarisma dan cerdik boleh masuk penjara dan dihina begitu rupa... dan siapa mengyangka seorang wanita yang begitu lemah boleh menjadi wanita pertama yang menjadi ketua pembangkang ... tidak ada siapa yang menyangka ... untung nasib seseorang itu hanya allah yang akan mengaturkannya... kita cuma boleh merancang.

Wednesday, July 30, 2008

MISI KEMANUSIAAN 2008

ikhlas dari kami
nasi brani titik peluh orang kampung menjadi jamuaan kaya dan miskin

a simple but meaning ful lunch

para jemputan dan fakir miskin duduk sama rata... tiada perbezaan

ini adalah entry terakhir saya di negeri perak. saya tidak mahu menulis dengan panjang lebar mengenai misi ini takut nanti di tuduh riak tetapi saya berpuas hati dengan aturcara dan apa yang telah kami capai. kalau dulu saya menderma dalam skala yang kecil ... kini syukur jaringan rakan rakan bertambah besar. dulu saya pergi bersama beberapa teman teman kini sudah boleh ikut rombongan cik kiah .... kalau dulu masa ikut pak ali kami berkonvoi dengan beberapa bijik kereta kekelantan ... dengan deebers pula lain cara nyer ... ada artis dan kami ke rumah anak anak yatim ... tapi dengan wirda ada wanita, kanak kanak dan fakir miskin dan juga kaum orang asli dari suku kaum temenggur dari ulu perak. Mereka di beri sedikit keperluan dapur untuk meringinkan beban kenaikan harga minyak dan beras... memang apa yang kami beri tidak dapat meng-kayakan mereka tetapi kami ingin menghantar isyarat kepada orang orang yang kurang berkemampuan bahawa kami tahu akan kepayahaan mereka... mereka tidak berseorangan bila menghadapi kegawatan ini.
kami juga di jamu dengan nasi minyak yang dimasak secara gotong royong oleh penduduk padang regas ... dah lama betul sebenarnya saya tidak makan nasi minyak di tepi kemah berpanas terik ... it such as simple dish but with a love ... di kuala lumpur mana nak rasa macam nie lagi .. semua di dewan bercatering ... walaupun tak cukup meja dan kerusi .. kami makan dengan tangan tanpa air basuh dan duduk mencakung atau berdiri tapi kami gembira dan puas pabila melihat kanak kanak makan dengan gembira ... mmmm syukur kepada allah kerana memberi saya pengalaman yang begitu menarik sekali ... air sirap kampung dengan ais paling enak sekali diwaktu panas terik ... teringat semasa saya kecil dikampung halaman ketika buat kenduri perkahwiaan ... begini lah rasanya. Yang kelakarnyer walaupun makan tanpa sudu dan tidak cukup air ... perut tak merangam ... walaupun makan berdiri .. enaknyer tidak terperi ... mungkin air tangan orang kampung yang iklas memasak membuat semuanya menjadi begitu molek dan enak sekali ....
yang pasti saya tidak akan serik untuk mengjoin kan diri dlm acara acara sebegini rupa dimasa yang akan datang ... dengan izin allah juga.

Sunday, July 27, 2008

KUALA KANGSAR II

Saya datang ke kuala kangsar bersama beberapa rakan atas misi kemanusiaan .. menderma sedikit apa yang kami ada kepada mereka yang memerlukan ... akan saya tulis satu entry mengenainya kelak. Ianya satu perjalanan yang saya nanti nantikan ... dan tidak terlintas dihati saya bahawa rombongan cik kiah kami nie di beri layanan yang begitu baik sekali ... saya ingat cuma pi melawat fakir miskin beri sumbangan dan pulang ... tetapi mungkin rezeki tuan puteri datang melawat negeri tok nenek nya ... tuan puteri di bawa bersiar siar sambil makan makan di kuala kangsar ... best bukan... hehehehhehe..

kami bertolak dari kuala lumpur tepat jam 7.00 pagi ... kalau diikut kan hati mahu saja saya batalkan hasrat saya untuk mengikuti rombongan ini, saya terlalu kepenatan .... sudah dua minggu saya tidak berehat ... dan jumaatnyer saya pulang kerumah jam 2 pagi ... menghabiskan segala kerja yang tertunggak ... kemudian saya terpaksa bangun jam 6.00 pagi untuk bersiap ... rumah bagai kan tongkang pecah ... mujur suami memahami saya ... memahami minat dan cita cita saya ... he give me full support... jika tidak saya sudah menyerah kalah ketika ini.

kami sampai jam 10.00 pagi dikuala kangsar ... selepas berjumpa dengan fakir miskin dan orang asli dari suku temengor kami bergerak ke bandarnya dan ini lah hasil nyer ... seperti biasa picture show thousand words....

muara sungai kuala kangsar


Selepas penat berjalan jalan sekitar bandar diraja, kami turun dan pi makan makan... biasalah orang malaysia ... sambil berlibur sambil makan makan ... Negeri Perak yang memang sudah terkenal dengan buah durian maka petang tadi kami dijamu durian sepuas puasnya ... bukan saja durian bahkan rambutan dan manggis juga dapat kami rasai. Yang lebih menarik kami makan di tepi sungai kuala kangsar di dalam park gitu ... ini lah kali pertama saya makan durian di park di tengah tengah bandar ... terasa macam di luar negara pun ada ...

makan durian di tepi sungai


minum cendol ... juga di tepi sungai

Angin yang menyapa lembut, deruan air sungai yang mengalir bersama kiauan burung menyanyi riang menambahkan kenimakatan kami menjamu buah buah tempatan ... cuaca yang sungguh molek sekali ... mungkin tuan puteri datang bertandang maka segalanya berjalan begitu teratur.. heheheheheheh .. selepas makan durian ... kami di bawa pi minum cendol lah di muara sungai ... sayang sekali air nyer keruh .. jika airnya jernih pasti ianya lagi menarik .. bandar diraja ini memang satu bandar yang unik ... dilingkari gunung ganang di sekeliling, gunung semangkol berbalam balam ... sungai yang melingari bandar ini sunguh meyamankan dan bangunan bangunan yang dibena sungguh cantik sekali ... selesai makan cendol ... kami dibawa pula makan laksa kuala kangsar ... mmmmm bagi yang sudah biasa dengan laksa nyonya ... laksa kuala kangsar kurang menarik rasanya... cair ... tapi mungkin sudah menjadi tradisi orang disini ... yang menarik mee laksanya dibuat sendiri dan rasanya seperti mee laksam .... lebih segar dan enak ...

pi makan laksa ...

selepas makan laksa perut semua dah macam bom ... mana taknyer .. durian + cendol + laksa ... huhuuuhuu very the malaysian right ... dlm bas ada yang kentut pun bau durian hahahahhahah ... mungkin semua telah kepenatan maka kami pun tido ... mana tak nyer perut dah kenyang, bas air-con best giler ... the best is tido ... lagi pun kami bangun seawal 6.00 pagi .. dah macam rombongan cik kiah lah pulak ...



penjual buah buahan , they look happy ya!!

sedar sedar bas dah berhenti rupanya dah sampai di tapah ... berhenti beli buah-buahan ... mmmmm kena lah balik bawa buah tangan ... so tapah terkenal dengan buah jambu dan limau bom ... hahahah saya tak paham kenapa ada orang suka lah sangat makan limau bom nie ... setahu saya limau bom nie untuk di beri kepada kuil kuil cina untuk persembahaan tok moyang mereka .. kita orang melayu do pi makan buah tu ... hahahhahaha ... so saya beli jambu yang tak de biji ... untuk abang kat rumah ... sebenar nyer ada beberapa tempat yang tak sempat kami lawati ... pokok getah yang pertama dan tertua di bawa kemalaysia dan pi makan kuih pau di tanjung malim ... dan sedih sebab tak dapat solat kat masjid ubaidah .... so mungkin sebulan dua nie nak ajak suami pi jalan jalan ki kuala kangsar sekali lagi lah ... huuhuuu macam tak puas lah pulak...