Monday, January 31, 2005

HUJUNG MINGGU

:: BACAAN HUJUNG MINGGU – MERAH SILU/ MALIKUS SALLEH – ::

Hujung minggu yg lalu aku terlalu sibuk ..bukan dipejabat tetapi dirumah …Malam Sabtu seluruh keluarga suami ku berkumpul di teratak buruk kami..aku suka kerabat datang bertandang tetapi aku kurang selesa jika tetamu datang menerjah tanpa aku diberi amaran…..saya tidak suka melakukan kerja “double work” or “doing things without paparation …itu saya …kalau boleh saya ingin yg terbaik …dan jika saya membuat kerja tanpa perancangan ..saya akan cepat kepenatan dan akhirnya semuanya seperti hampeh…tapi lantak lah labu …apa nak buat …kalau semua macam saya dunia tak kan meriah …betul???

Sabtu

Setelah semua keluarga suami pulang kekampung ….(rumah kami menjadi transit….) kami membuat satu projek yg telah lama dirancang …operasi mengemas ….pukul 5 nanti telah saya sewa sebuah lori utk membawa semua barang yg tidak diperlukan kerumah di Port Dickson (rumah ibu saya ) ….hahahhhh …saya mahu kosong kan sebuah bilik utk dijadikan bilik membaca + menontong dan….PLAY ROOM ….. suami bertanya mengapa kami perlu wujudkan play room …sedangkan kami belum mempunyai cahayamata…jawapan nya mudah sekali …kami sering dikunjungi kenalan yang mempunyai anak kecil …jika disediakan Playroom dirumah kami …anak-anak mereka tak kan menganggu perbualan kami yg dewasa ini …pasti mereka leka dng permainan yg disediakan …bagus bukan …???

Badan seletih-letihnya…mengucur peluh, habis mendirus sekujur tubuhku ….akhirnya semuanya beres ….Cuma sekarang aku perlu membeli belah utk permainan ….cawan & pinggan plastik dan toto kecil utk menukar lampin (macam aku plk yg nak beranak) …

Kalau sudah mengemas begini …aku dah tak larat utk memasak …nasi ayam madu menjadi taruhan …sedap tidak terperi….

Pukul 6 petang suami ikut naik lori ….bawak barang ke PD…ingat kan semua dah selesai ..magrib dapat sms..lori habis minyak kat Nilai …larrrr kesihannyerrrr..semasa sembahyang doa agar semua nyer selamat ….suami pulang ke KL pukul 3 pagi ….mmmmm nasib lah dapat suami yg best ..kalau tak mahu bergaduh sepanjang tahun ….

Ahad

Seperti biasa aku yg bangun lambat …hahahah org lain yg penat ikut lori aku yg kepenatan …indah nyer dunia bangun je ..kak ipar dah buat sarapan (untung ya ….) tapi aku pun tahu malu jugak so aku buek juak lah nasi goreng…lepas sarapan di tengah hari ..hahahhaha aku dan suami ke Giant ..beli pasar utk seminggu …balik balik …kemas lagi (aku tengah ada mood mengemas minggu nie )…kali nie dapur pula menjadi lokasi dan sambil buek “laundry” …macam lah dapur tu besar sangat ..berjam-jam aku mengemas sampai kepala lutut bergegar ….suami kata tak nak makan nasi ..aku buek lah western food …hahhahah steak segera (burger daging ) …kentang putar…telur dan kacang panggang dan roti …pencuci mulut nyer …ice-cream malaysia …hahahahha ..lepas tu kita lepak lepak tengok tv sambil makan buah limau (kan tengah nak CNY nie ) …tetiba tiba angin ribut datang menjelma ..kami bersorakan ..tu petandanya hujan nak tiba …dah lama tak dapat merasa hujan di petang hari ….apa lagi ..tutup tv …masuk bila …tutup langir ….hujan dah datang ..aku terus landing diperaduaan ….memang enak tidur diwakktu petang apatah lagi ketika hujan …nikmat yg sukar dicari…tido punya tido sampai ke pukul 6.30 …bangun golek golek …sementara menunggu magrib kami di depan tv , menonton …suami kata lapar yg amat sangat ..nak makan nasi …(memang perut melayu …) masak simple je …nasi panas, ikan tenggiri goreng kicap, sayur rebus , telur dadar ….huhuuuu habis 3 put nasi …tetiba dah pukul 9.30 ada jiran telefone nak datang rumah …..(kenapalah mereka suka datang tanpa amaran …)mmmmmmmm…..suka tak suka …mee goreng lela menjadi sandaran ….10 min dah siap …mereka suka …aku lagi suka …10.30 mlm baru mereka pulang ..kemas lagi …akhirnya pukul 11.00 barulah dapat bernafas …menonton The appreanceite di tv3 sampai kul 12.000… sembahyang .. masuk tido…penatnya …sampai bila lah aku akan begini …hahahahha

Thursday, January 27, 2005

kiamat???

ohhh entahlah mungkin dunia terlalu tua …bumi sudah sakit-sakit ..sudah kerap benar terbatuk-batuk …bumi bergegar sehingga paksinya bertukar arah …macam org kena sawan ….dan mungkin setelah terkena sawan kini bumi sudah nyanyuk agaknya …tempat yang sepatutunya hujan telah sepanas sahara [baca] , turun pula hujan di mekah dan madinah (mungkin bumi terlupa …) dan sawan bumi belum sembuh …bergegar lagi taiwan dan sulawasie ….apakah perlu kita lakukan sekarang ???? semua org tahu yg paksi bumi telah berubah …adakah kiblat juga telah berubah??? Kalau sudah berubah bagaimana ya???? Sedar atau tidak, mahu atau tidak kita telah diakhir zaman rupanya …..Ya Allah tunjukkan aku jalan yg lurus ….

Wednesday, January 26, 2005

Lamanya

Dah lama rasanya saya tidak menulis …hampir 2 minggu ya …sibuk mungkin ……

-i-

Saya betul betul seronok tahun nie …apa tidaknya akhirnya kali pertama saya dapat beraya dirumah saya sendiri …dan lebih manis ianya bersama TOK dan Mama (ibu renee) bersama kami …inilah pengalaman yang paling manis…menu saya nasi impit berkuah kacang dan rendang minang …dessertnya pula puding buah …saya tidak tidur sepanjang malam …huhuuuu….mungkin kerana kegembiraan …selepas memasak saya mengemas rumah …kemudian saya mengosok baju utk suami dan tok ….saya tidur sebenar….

Saya bangun pukul 6.00 pagi …memanaskan rendang dan kuah kacang …suami pergi ke masjid bersama tok …saya menghantar rendang kepada jiran-jiran terdekat (itu tradisi ibu saya…) dan akhirnya sekeluarga kami bersarapan bersama setelah suami selesai bersembahyang….seronok hingga tak terkata …kami berkumpul bagaikan satu keluarga yg diidamkan…

Lunch time ….saya menjemput saudara terdekat utk makan bersama ….petang dan malam nya pula saya memenuhi jemputan beberapa rakan ….seronok betul beraya di kl kata suami saya …ya saya pun rasa begitu …

Mungkin satu hari nanti…impian saya tercapai jua ..hari raya puasa beraya di kampung halaman ….hari raya korban akan beraya dirumah sendiri ..baguskan begitu …heheheheheheh

Ohhhh ya saya rasa saya perlu belajar masak nasi berani …..orr paling tidak nasi tomato ….utk persiapan raya haji tahun hadapan ….

-ii-

bercerita pasal raya ini …ramai yg kata raya haji / quban tidak meriah …entah mengapa tidak pula diketahui sedang kan dlm ugama sendiri hari ini lah hari yg meriah sekali (3 hari utk bertakbir dan bertasmid)….ramai yg beranggapan bahawa hari raya quran adalah hari dimana umat islam memperingati peristiwa nabi Ibrahim dan nabi Ismail …maka kita patut mengkorbankan kambing ataupun lembu …..bagi saya pula hari raya korban bukan utk dikorban kan lembu dan kambing (itu adalah pengorbanan yang paling lemah) …tetapi sepatutnya perlu dijadikan hari dimana kita sanggup berkorban diri dan nyawa utk menegakkan agama yg tercinta seperti mana ismail menurut perintah Allah (utk disembelih) tanpa ada soal jawap…itu yg kita perlu lakukan …sama sama berjihad kejalan Allah tanpa mempersoalkan tentang nasib kita ....Setakat setiap tahun kita memotong berpuluh-puluh ekor lembu apakah relevant nya lagi …(sekarang terlalu mewah utk mendapat sekilo daging)...

Wednesday, January 19, 2005

ACHEH LAGI ....

Ini e-mail yg saya dapat dari seorang rakan, bacalah dah lihat lah sendiri …apa sudah jadi …wang ihsan juga tidak sampai ke mangsa diacheh ..mana pergi wang wang tersebut …ya tepat sekali ..ke Jakarta ..disana ramai lagi org jawa yg kelaparan bukan ???? hina nya mereka bukan ...

Sukarelawan M'sia dipaksa beri wang rasuah dalam perjalanan ke Aceh Arfa'eza A Aziz Jan 13, 05 6:08pm

Sekumpulan sukarelawan Malaysia terpaksa memberi wang suapan sewaktu melalui pusat pemeriksaan tentera di sempadan Medan-Aceh semalam ketika dalam perjalanan untuk menghantar bekalan perubatan dan bekalan lain kepada mangsa tsunami. Rombongan 16 orang itu, dari Yayasan Amal Malaysia, terpaksa membayar RP500,000 (kira-kira RM250) kepada anggota tentera yang mendakwa kini terdapat peraturan baru yang tidak membenarkan penghantaran bantuan melalui jalan darat. Anggota-anggota tentera tersebut pada mulanya menuntut bayaran RP2 juta tetapi selepas sukarelawan tersebut merayu, mereka bersetuju mengurangkan jumlah tersebut. "Wang tersebut kami kumpulkan dari rakyat Malaysia untuk diberikan kepada mangsa di Aceh. Jika kami ambil jumlah yang banyak, nanti hanya sedikit sahaja tinggal untuk mereka yang benar-benar memerlukannya," kata ketua kumpulan tersebut, Dr Lo'Lo' Ghazali kepada anggota tentera terbabit. Rombongan tersebut sedang dalam perjalanan yang dijangka mengambil masa 15 jam dari Medan ke Aceh dalam empat kenderaan yang disewa. Amalan rasuah ketika ditahan di pusat memeriksaan tersebut kira-kira jam 1.30 pagi, anggota tentera di situ meminta ditunjukkan senarai anggota rombongan tersebut dan permit yang dikeluarkan oleh pihak imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Medan. Walaupun semua dokumen yang diminta, diserahkan kepada mereka, tetapi anggota tentera berkenaan masih enggan membenar mereka lalu, dengan alasan kini terdapat `peraturan baru'. Dr Lo' Lo' kemudiannya memberitahu anggota tentera terbabit bahawa pihaknya sudah mendapat permit dari pihak imigresen Indonesia, tetapi mereka menunjukkan pula satu salinan arahan yang dilekatkan di pondok kawasan di situ."Baca ini. Ia menyatakan bantuan tidak boleh dihantar melalui jalan darat. Saya tidak boleh membenarkan kami lalu," kata seorang anggota tentera di situ. Apabila kumpulan sukarelawan itu merayu, barulah anggota tentera tersebut memberitahu salah seorang pemandu tempatan bahawa masalah itu boleh diselesaikan jika membuat `pembayaran'. Sementara itu, Dr Lo' Lo' melahir rasa kecewanya dengan amalan rasuah anggota tentera terbabit, kerana mereka sepatutnya lebih simpati dengan nasib yang menimpa mangsa tsunami. "Saya pernah mendengar perbuatan rasuah ini, tetapi ini adalah pengalaman pertama yayasan ini. Saya harap kerajaan Indonesia akan meningkatkan usaha membanteras amalan ini kerana ia menjejaskan usaha pihak asing untuk membantu rakyat Aceh," katanya. Perbuatan rasuah didakwa semakin menjadi-jadi di Medah dan Aceh ketika pasukan sukarelawan kemanusian asing terus tiba untuk membantu mangsa dalam bentuk wang ringgit dan bekalan lain. Tidak mendapat bantuan Penduduk tempatan yang ditemui di Aceh mendakwa amalan rasuah itu semakin menjadi-jadi sehingga ramai mangsa tsunami yang masih belum mendapat sebarang bantuan pun. Sekumpulan penduduk di Inderapuri, kira-kira satu jam perjalanan dari Banda Aceh, mendakwa mereka juga belum menerima sebarang bantuan. Penduduk tersebut, yang menumpang di rumah saudara-mara, mendakwa agensi-agensi kerajaan Indonesia yang ditugaskan untuk mengedarkan bantuan, tidak berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang tinggal di luar khemah perpindahan. Sanian, yang berusia dalam lingkungan 30-an, ketika ditemui di sebatang anak sungai membasuh pakaian yang sempat diselamatkan, juga mengadu belum menerima sebarang bantuan. "Jika saya memberitahu kamu yang saya belum menerima apa-apa bantuan pun, kamu mungkin tidak mempercayainya. Tetapi itulah yang sebenarnya. Kami dengar ramai orang dari luar yang menghulurkan pelbagai bantuan. "Tetapi sudah dua minggu (sejak tsunami melanda pada 26 Disember), saya belum mendapat apa-apa," kata Sanian yang kehilangan abangnya yang terkorban dalam bencana tersebut. "Kerana itulah kami membasuh pakaian yang sempat diselamatkan; Jika dijual mungkin dapat membeli sedikit makanan," tambahnya. Ketika kumpulan sukarelawan itu bergerak meninggal kampung tersebut, seorang lelaki berlari ke arah kenderaan yang mereka naiki sambil merayu agar mereka datang kembali dengan membawa bantuan. "Tolonglah datang semula dan bantu kami. Beritahu mereka (pihak berkuasa Indonesia) yang saya melihat mereka yang tidak terjejas dengan bencana tersebut, telah diberi bantuan. Malah, sesetengah daripada mereka telah menjual barangan bantuan tersebut...kami memerlukan bantuan," rayu lelaki itu.


Tak tahu sama ada betul atau tidak e-mail ini tetapi saya telah mendengar dari beberapa org ustaz juga ….dikatakan terjadi nya gemba ini kerena beberapa org tentera jawa berugama kristin telah membuat sambutan hari natal di kubur seorang ulama ….entahlah

Subject: Pengalaman Pelajar Malaysia yang terselamat di Acheh

Aceh 26 Dis 2004, kronologi secebis pengalaman Syafarini antara 18 pelajar Malaysia yg terselamat. Dengan lafaz Bismillahi tawakaltu alaLah yang menjadikan sebahagian peristiwa di Aceh untuk menjadi pengalamanku. Pagi itu tenang,sunyi,ye lah pagi hari minggu.Tak ada aktiviti kuliah pada pagi-pagi cuti.Selalu nya lepas solat subuh pelajar² biasa nya membaca Alquran,berwirid,mentelaah kitab²,menyiapkan tesis sambil duduk depan pc laptop,mencuci pakaian dan mengemas rumah. Pagi itu sibuk mengemas pakaian,membersihkan bilik rumah pelajar di Kompleks Ruzi,Jln Tengku Diblang,Banda Aceh kedudukan nya lebih kurang 3 hingga 4 km daripada persisiran pantai. Sambil asyik melipat pakaian dan mendengar lagu drp laptop kawan,lagu nya pulak lagu "Balik Kampung" dendangan Allahyarham Sudirman,cukup menyentuh hati hai lama tak balik kampung,terasa la rindu nak balik.Hari raya baru ni pun memang tak balik kampung. Rindu benar nak main dengan anak-anak saudara, Syairah, Syafiqah, Zikry, Hareez, Syahmi, Zufayri terhibur dan terkenang satu persatu wajah-wajah dan kenakalan deme tu. Tapi apakan daya tuntutan menuntut ilmu mengatasi segala-galanya demi memenuhi cita-cita yang tersemat di lubuk hati. Lebih kurang jam 7 am lebih atau dekat²jam 8 pagi keadaan sekeliling terasa> berayun-ayun, terbuai-buai.Kitab-kitab dan buku-buku nota jatuh daripada rak.,dibetulkan kembali..lalu jatuh balik. Eh kenapa ni,apa yang tak kena ni? pening ke ni? atau....? Haa ye lah gempa bumi ni.,memang ada kawan pernah bagi tahu yang Aceh biasa dilanda gempa bumi 2,3 thn lepas.tapi kini aku merasakannya sendiri la. Kedengaran kat luar rumah org hiruk pikuk bunyi suara kawan kawan bertempik,gempa bumi,..gempa bumi..keluarr..keluar dari rumah...!! Masa tu hanya terlintas nak capai passport, hp dan tudung kepala.lari keluardan duduk di luar rumah.Tanah terus bergoyang-goyang,bukan setakat bergegas kecik anak tapi betul-betul bergoyang goyang kiri dan kanan sama macam naik buaian besi ditolak orang waktu tu. Pening kepala tak stabil tak tahu nak cakap la. Tak dapat nak berdiri langsung waktu tu.,yang boleh hanya duduk mencangkung. Nampak jelas ada tanah yang terbukak,merekah luas,ternganga macam nak telan si anak derhaka je gaya nya. Cukup kalut,cemas dan panik sungguh tak pernah rasa sebelum ni. Bekalan letrik terputus,talian handphone tidak berfungsi sama sekali. Gerak bumi bergempa terus menerus lebih kurang hingga 20 minit,fikiran tak menentu waktu tu.,rasa macam mimpi pun ada. Perasaan terkejut menyelubungi hati,betul ke gempa bumi ni? Bila gerak gempa bumi mulai reda seketika,aku masuk balik rumah,kemaskanbalik almari dan peralatan rumah yang dah jatuh jatuh. Dalam pada masa dok asyik kemas balik buku buku dan almari tu, dengar lagi sekali jeritan orang ramai kat luar tu..air naik..air naik..,air naik..! lari cepat..keluar..keluar dari rumahhh!! Tersirap darah dan tergamam dengar tempikan orang kat luar tu,terus je capai 1 beg kecil yang dalamnya passport, sedikit duit rupiah dengan tangan yang terketar-ketar akibat panik dan terkejut yang luar biasa benar tu. Rupa nya aku dah ditinggalkan oleh kawan-kawan yang lain,rupa nya aku yang terakhir sekali keluar dari rumah tu., langsung tak nampak kawan-kawan se-kampus,se negara.hilang lesap entah ke mana mereka tu.sampai hati tinggalkan aku sorang diri-detik hati kecil ni.sayu sebak kejap masa tu. Terus lari ikut arah penduduk kampung tu lari,nampak mereka menuju ke masjid.! Ya Masjid Jamek Al-Unshiah yang dikenali dengan sebutan masjid seribu tiang tu. Dalam masa yang sama jeritan amaran dan suara-suara menyuruh kami lekas berlari yang keluar drp mulut pak polisi jelas di gegendang telinga ni.Merasa la juga kena jerkah dan hamun drp sorang pegawai polisi itu.."goblok kamu..!kenapa lambat sangat berlari?? mahu mati yaa..! tak nampak air bah besar tu??!!-dia juga dalam keadaan termengah mengah mencukupkan langkah seribu nya. Sesampai je kat masjid tu,memang orang kat situ dah beratus-ratus bilangannya,keadaan cukup sesak berhimpit-himpit.Semua muka-muka tak kenal,rasa terasing sangat.Air mata ku dah mula mengalir,hiba sesangat.Mana la kawan kawan dan orang yang aku kenal... Nampak satu kawasan ruang bawah tangga,terus je duduk kat situ ambil tempat berlindung.,gempa terus datang balik.lagi sekali kepala pening dan macam nak kena migrain pun ada. Seingat waktu tu dekat pukul 9 pagi. Masa tu harapan dan kekuatan berdoa kepada Allah terasa berlainan sangat drp hari hari biasa.Tak ada apa lagi ayat2 bacaan doa,hanya semacam Allah bersaksi di depan ku.,aku bersaksi kepada Nya. Datang kekuatan berdoa.."Ya Allah tolonglah tunjukkan pada hamba dengan orang yang ku kenali kat sini.."-Terpancang satu sumber kekuatan yang entah dari mana sumber nya dalam doa itu. Tak semena-mena kaki terasa nak cuba naik ke atas ruang masjid,rupa2 nya kat situlah dapat berjumpa dengan sekelompok kawan-kawan perempuan ku serumah dan pelajar pelajar satu negara. Semua wajah wajah muram,sedih,terkujat,terkejut,terlopong.yang gelak tawar2 pun ada datang menerjah pada ku.,sambil berpeluk menenangkan antara satu sama lain yang jelas masing-masing tak reti nak berkata apa apa.Tapi yang pasti hampir semua kawan2 ku menangis. Ruang masjid cukup sesak sampai aku tak ada ruang nak duduk.hanya berdiri je sambil menangis senyap-senyap. Bunyi tangisan,teriakan,ratapan kat dalam masjidi dah macam pesta sapa yang paling kuat je laku nya.Satu persatu suara terdengar "ratus dah tewas,ratus2 dah mati.dah jadi korban air naik pak"". Bunyi air bah menyapu bumi Aceh seperti bunyi guruh.,se iring dengan bunyi suara sayup2 mintak tolong,bunyi suara kanak2 panggil ibu mereka.,suara wanita dan lelaki tua makin lama makin tak dengar lagi dah.Orang lain waktu tu tak ada dah ingat dan sempat nak tengok orang lain lagi..semua nya nafsi nafsi. Gambaran kiamat betul-betul depan biji mataku.! Kiamat dah start ke ni?? Takut bukan kepalang.kecut bukan main.Nampak ada yang terkincit bincit dalam masjid, bauan hancing pun ada,rupa nya ada yang terkecing dalam seluar sebab ketakutan tahap maksimum menerpa. Dicelah suasana kelam kabut dan hiruk pikuk tu,ada seorang ustaz atau pak imam masjid tu mula memegang mikrofon dan memasang pembesar suara yang bekalan elektrik nya dijana daripada sumber generator, mententeramkan orang ramai,minta semua bertenang..ingat pada Allah Ta'ala.sejurus lepas tu pak imam mula.. mengalunkan zikir kalimah ..Lailah haillaLah... Lailah haillaLah... Lailah haillaLah... Lailah haillaLah.....Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. AstaghafirulLahala'zim... AstaghafirulLahala'zim... AstaghafirulLahala'zim.....SubhanalLah... SubhanalLah... SubhanalLah... Dan bermacam-macam bunyi munajat yang terhambur keluar drp para penduduk yang lari berlindung kat masjid jamek Al-Unshiah tu tak henti-henti,..kadang-kadang kuat..kemudian perlahan..diselangi dengan suara sayu mendayu yang cukup menusuk kalbu sesiapa sahaja yang ada di situ.Tetiba je rasa masa tu nak bertaubat nasuha terpa kat hati ni.""Ya Allah hamba ni banyak lalai dan dosa,ampunilah diri ini Ya Allah,sesungguh nya Engkau Tuhan yang Maha menerima ampun.Ampuni lah hamba yang lemah dan tak terdaya ini.Siapa lah hamba di sisi Mu." Terdetik masa tu aku nak isikan zikir lataif yang aku terima baiah drp murshid kat surau Jerlun yg abgLie bawakkan aku dulu. Jarang isi dan amalkan sebab sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja metelaah di samping ibadah rutin yang lain. Masa tu sedang asyik dalam kewaridan nur zikirullah latifatul qalbi 5000 tu,terlintas semacam nak hantar mesej kat abgLie kat Malaysia.ni kalau abgLie dapat tangkap perkabaran cara ruhani drp adik dia ni,elok juga ni.tak lah deme risau kat sana.Kurang-kurang pun dapat keluarga kat sana mendoakan keselamatanku kat sini Ingat masa tu pukul 10 pagi lebih. Dalam pada doa dan orang ramai berzikir tu, bumi terus bergerak gempa, mata orang-orang dalam masjid tu tertumpu satu haa ye..kat kubah masjid tu.Kalaula jatuh ke bawah, memang mati terbunuh serta merta la jawab nya menhenyakkan tubuh2 manusia yang ada di antara nya sedang cedera parah dibawa masuk akibat terpelanting ditolak air masa bah datang menerjah kampung tadi.serba salah dibuat nya aku..nak keluar masjid air bah laut laju melanggar, nak duduk dalam masjid,kubah nya pulak macam nak goyang dan runtuh je.aku lari keluar di satu kawasan lapang di sudut yang tak dilanda air bah bagi menenangkan perasaan. Dengan tak semena-mena nampak segerombolan manusia yang lari drp satu arah lagi menuju ke arah kami di masjid,melompat pagar masjid mencari tempat perlindungan.masa tu aku berlari sama untuk masuk ke dalam masjid balik.,waktu dalam berhimpit2 masuk ke ruang pintu utama masjid berkriuk-kriuk bunyi tulang manusia patah masa berebut2 tu.sempat aku capai tangan seorang kawan ku yang jatuh masa berebut masuk tu,nasib baik dia tak jadi mangsa dipijak oleh ratusan kaki2 manusia yang cemas dan panik itu. Kaki kanan ni dan terasa perit akibat dilanggar oleh seorang penduduktempatan,masa tu betul2 kena keraskan semangat,memang kena ada sikitperasaan nafsi-nafsi,kalau tidak memang nahas menimpa bagi yang lembik dan patah hati pada waktu tu. Tengahari-mula lapar,kawan-kawan lelaki mula mencari bekalan air untuk kami minum,keadaan kami pelajar perempuan memang lemah sangat,sebab terkejut dan tak menjamah apa-apa makanan dari pagi tadi. Pelajar lelaki keluar setelah air bah mulai surut.Pekedai dan peniaga dah tidak lagi berurus niaga barang2 runcit mereka, semua nya dah bersedekah membantu mangsa-mangsa bencana pada hari itu. Dapatlah kami beberapa botol air mineral,sedikit biskut kering dan beberapa bungkusan maggi makan kering untuk alas perut buat bekalkan tenaga balik. Datang seorang perempuan tua kepada ku mintak sekerat maggi kering kata nya nak dibagikan kepada anak nya yang kelaparan,dengan titisan air mata ku hulurkan sebahagian nya walaupun kita sendiri lapar...tak sampai hati kecilku... Mayat-mayat manusia dan binatang berselerakan,darah-darah sana sini, ada yang putus tangan,ada yang bebola mata nya tersembul,ku terpandang juga mayat seorang kakak usia nya,di mana rambut panjang nya tersangkut pada pagar rumah dan tak sempat lari mati di situ juga dilanggar air bah tsunami,tubuh tertusuk kayu dan atap-atap zink.Jasad² manusia leper bawah runtuhan² batu bangunan. Terhidu bauan darah yang hanyir,tak pernah ku hidu pun sebelum ini. Pada mula nya memang seram dan ngeri nak toleh pun,tapi lama kelamaan ku gagahkan tengok juga. Bermalam di satu kawasan lapang berbumbungkan langit beralaskan plastik,memang tak dapat nak lelap sepicing pun, kawan-kawan sebelah ada yang dah mengigau,tak dapat nak tidur,perasaan libang libu sebab gegaran masih selang seli datang menggempa. Hari ke 2 keadaan sedikit kurang cemas,dah boleh balik rumah. Keadaan rumah memang mengejutkan.palitan tanda air bah terlihat nampak melepasi kayu gelegar bumbung rumah.almari tonggang terbalik,cermin meja tercampak keluar,Cuma satu keadaan yang agak aneh.Al-quran yang biasa aku baca selepas solat terapung-apung atas tilam tanpa basah walau sikit pun.! Maha suci Allah yang memelihara mukjizat Rasul Nya.! Terngiang-ngiang kat telinga drp penduduk setempat selepas kejadian bencana tu yang baru melanda semalam.,bahawa ada sekumpulan tentera Indonesia yang berpengkalan di sekitar Banda Aceh yang buat konsert berhampiran makam seorang waliyulah Syeikh Al-Unshiah (kalau tak silap saya),kumpulan itu ditegur oleh seorang pakkiyai di situ,tetapi dibalasi dengan ugutan muncung pistol oleh salah seorang drp mereka yang sedang bergembira di situ. Lalu pak kiyai itu memberi amaran,hati hatilah kalian semua,tunggulah tidak lama lagi.Entahlah.tak berani saya nak buat apa-apa persepsi. Syukurlah semua pelajar Malaysia dilindungi Allah dan terselamat dalamkejadian yang maha dahsyat pada kami dan rupa-rupa nya terjadi juga oleh sebahagian penduduk di negara-negara lain.,kami tak menjangka kan sebegitu.sangka kami di Aceh sahaja. Seorang pelajar lelaki yang saya panggil Own,.(Sharul Anwar Idris-drp Kedah) menceritakan dan mengadu yang dia pagi tu memang tak sedap hati langsung.serba serbi tak kena.malam tu buat tahajud tak kena,bertadarus tak kena,telaah kitab rasa tak selesa.memang luar biasa sungguh malam tadi,"dah nak mati aku ni kut"...-kata nya seorang diri pada masa tu. Tak sangka tanda-tanda itu merupakan isyarat awal mereka bakal berhadapan dengan peristiwa bencana yang tak di duga itu. Kami kumpulan pelajar Malaysia mula berlepas ke Medan pada hari Rabu.,menaiki pesawat TUDM C130-Hercules. Daripada masjid Al-Unshiah,berdekatan Institut Agama Islam Negeri(IAIN)-Banda Aceh,kami menaiki pikap kecil yang digunakan sama untuk membawa mayat-mayat untuk menuju ke Lapangan Terbang Iskandar Muda Aceh.Terasa duduk di bandar zombie.Habis baju jubah ku melekat bauan mayat. Terasa sayu dan sebak sungguh tak terkata sewaktu kami meninggalkan Banda Aceh. Terasa ingin sama sama turut tinggal merasai penderitaan penduduk2 di situ.Mata insan mana yang sanggup menatap tubuh bayi yang comel,se comel anak anak saudara ku yang sedang rancak bermain,..kini kaku dengan keadaan tubuh yang ada di antara nya luka dan cacat anggota jenazah nya,terbayang imbasan anak-anak kakak dan abang ku di kepala. Tampak wajah-wajah memohon simpati drp kami.Apa daya kami... Antara mereka ada yang tahu kami rakyat Malaysia,tentu saja akan pulang bersama sama keluarga tercinta,bebas drp belenggu derita yang sedang mereka>tanggung itu,bertapa bertuah nya kami. Mungkin itu yang sedang mereka ngomelkan di sudut sanubari mereka. Di Medan kami ditempatkan di pejabat konsulat Malaysia. Selamat tinggal tanah Aceh dan penduduk nya yang pernah aku kenali,menjadi jiran-jiran ku setahun yang lalu. Selamat tinggal tempat ku menuntut ilmu Allah ini,ustaz ustaz ku,pensyarah2 ku,kawan-kawan warga Aceh yang pernah ku kenal,mungkin ada yang dah kembali menemui Ilahi dalam bencana ini.Di sinilah tempat aku memahami cabaran jalan fi sabililah,erti jihad yang sebenar.Aceh,memberi aku seribu pelajaran,sejuta makna guru kepada ku. Mungkin daku akan kembali ke sini,entah kan bila... Salam rindu tanah Aceh...

Saturday, January 15, 2005

berJEDA

semalam aku ponteng kerja ….ambil mc …tak larat dah …aku ingin bersantai ..jika tida, mungkin nanti aku terus terkojol di pejabat…merehatkan badan yg telah longlai ini….golek golek diatas katil sedar tak sedar separuh hari telah berlalu, itu pun kerna rona mentari perit membakar….bangun, mandi dan tergolek terus disofa…membuli guli-guli punat astro ....ditekan secara rawak …. membelek-belek buku buku resepi, akhirnya setelah sekian lama nafsu makan ku tiada kini ia kembali muncul ….atau mungkin kerana dek aura “Jewel in Palace” yg kutonton di TV8 setiap malam aku tetiba tiba rajin pulak utk memasak dan akhirnya ikan merah masam manis bersama kerabu mangga menjadi pertaruhan untuk hidangan malam nanti …dessert- nya pula puding jagung …bagus bukan …….kerana terpowernya aku memasak….belum pukul 3 petang aku sudah bergolekan kembali …tiba tiba barulah ku perasaan yg berpuluh-puluh makhluk asing telah terdampar lemas di bilikku ( lipassss kelemasan disebabkan aku tidak menyapu hampir sepurnama lamanya )….ku gagah kan semangat yang tinggal …aku membuat pembersihan secara rawak …sabtu nanti akan ku pastikan gotong royong bersama suami menjadi kenyataan….ohhhh kain baju yang berlonggokkan telah pun mencecah ketinggian Gunung Nuang dihadapku ini terpaksa ku lipat jua (malas nyerrrr) dan agenda utk hujung minggu ini utk mendobi setong baju ….. aduhai penatnya menjadi seorang wanita …tolongggggggggggggggg

pengajarannya : dulu tak nak belajar rajin rajin kalau tak boleh cari maid seorang….

Iternery hujung minggu

Sabtu : gotong royong bersih rumah : Menu – Nasi Lemak buah bidara, Puding jagung lemak manis
Ahad : gotong royong bersih badan …hahahhahahahah : Menu – Nasi Ayam, Karipap kentang
Isnin : kalau lah boleh mc lagi ???? mesti best kan mmmmmmmmmm

--------------

kekadang saya selalu terlupa kenikmatan yg telah diberikan yg Esa kepada saya selama nie….saya selalu merungut kerana tidak punya wang yg banyak…tidak punya rumah sebesar istan.. tidak cukup ilmu dan tidak cukup masa...Sebenarnya semenjak ramadaan yg lalu saya tidak berehat …terkejar sana dan sini …hidup saya begitu laju rasanya ..ingat kan selepas syawal…semua nya akan selesai ..nampak nya dunia semakin laju dan laju seolah-olah tiada hentinya…ketika syawal, saya terpaksa memenuhi undangan rumah terbuka dan meraikan rakan yg datang melawat hampir saban hari…makan makan sehingga ke 31 Disember ..bagaikan tiada penghujungnya ….

Ingatkan semua telah selesai tetapi tidak, kali ini sibuk nya akan lebih dasyat lagi ..saya perlu membuat persiapaan pertunangan adik bongsu saya…itu janji saya kepada arwah ibu …dari mengecat rumah, mengemas, membeli langsir, membuat barang hantaran dan bermacam lagi …entah dari mana kekuatan ini saya dapat ... saya cuba buat apa yg termampu saja……….mungkin selepas tahun baru cina ini saya akan dapat mengirup udara kedamaian ....ohhh..tidak saya sudah punya aturcara yang lain pula ....ke bangkok dan mungkin april membuat krusus di UIA selama setahun ...entahlah ....mungkin akan berehat panjang setelah saya menutup mata dialam fana ini....

Tuesday, January 11, 2005

ACHEH OH ACHEH

:: nyanyian getir tanahair ::

seringkali aku terjaga
terusik dari tidurku
sepertinya ku dengar suara
jeritan yang menyayat

mungkin hanya mimpi yang tak punya makna
atau ini isyarat agar aku mulai berbicara
seringkali aku mencoba membenamkan kepalaku
bersembunyi dari harukpikuk suara yang memilukan

mungkin aku bodoh atau tak perduli
percaya kegetiran tak selalu berbuahkan duka
ku saksikan tangan kotor mulai mencengkam
tak ada siapapun yang dapat mencegah

orang orang pandai hanya diam menonton
atau bahkan hanya saling menuding
mulai kehilang hasrat kemaknusiaan
mulai kehilang rasa saling memiliki
para pemimpin pun tak ada yang perduli

lagu dan lirik Ebiet G Ade
(lagu ini saya tujukan kepada semua....)
Sudah kering air mataku …setiap kali menonton berita air mata pasti terurai ..setiap kali membaca suratkhbar ia tertumpah lagi ….cuba jua untuk menahan tetapi entah mengapa bila melihat Acheh saya kesedihan lagi ….saya manusia yg lemah ..selemah lemah nya …yg dapat saya lakukan hanyalah dengan berdoa….itu saja ….

Walaupun bala menimpa dibumi Acheh tetapi masih ada sinar harapan ….mungkin Tuhan mahu mengajar manusia yang selalu lupa pada jalur susurnya tetapi Acheh bumi yg penuh dengan keajaiban yg tidak putus putus …dari zaman zaman Merah Silu sehinggalah kini bangsa ini ditekan oleh Jawa sialan ….kalau dulu seluruh keluarga Merah Silu dibunuh didalam peperangan sehingga menjadi yatim piatu tetapi Tuhan masih bersama Melayu , Merah Silu bangun dan membina Melayu Raya …mungkin akan bangun seorang lagi anak yatim dari Acheh membina kembali Melayu Raya yang saya idamkan, itu doa saya ……Acheh penuh dengan cerita legenda sehingga kini , setiap hari kita dihidangkan dengan penemuan warga Acheh yang hanyut berhari hari tetapi masih mampu hidup hanya dengan sejenkal doa ….kalau lah kita entahlah …hanya ketiadaan periuk untuk menanak nasi sudah boleh kebulur agaknya ….bila ditanya kepada anak anak yatim Acheh tentang makanan mereka menjawab …makanan sudah mencukupi tetapi mereka inginkan tempat tinggal dan pakaian …betapa mewah nya mereka sebenarnya .berlainan kita disini …kita hanya kaya dng pakaian ….diAcheh saja rakyat Malaysia menghantar lebih 1000 guni pakaian …tidak termasuk di Sri Lanka dan Kuala Muda….betapa berbezanya kita dan mereka ….

Saya cuba tidak mahu membenci bangsa jawa tetapi benci saya sudah tidak bertepi lagi sehinggakan setiap hari saya menyumpah Tanah Jawa..doa saya setiap hari agar Karakatau dan Merapi meluahkan api neraka, biar segala dikepulauan Jawa berantakan...biar tenggelam segala kemungakaran ...pulau itu telalu padat dng dosa yg tidak boleh diampunkan lagi ..kalau dulu saya masih boleh memaafkan mereka kerna membenci Sumatera...kerana Jawa ketika itu berugama Hindu tetapi saya tidak dapat memaafkan mereka yg bercakaran sesama Islam... Kalau saya ini yang bukan anak Acheh sudah membenci mereka ditahap dewa apatahlagi bangsa Acheh itu sendiri....kalau lah saya mempunyai kesaktian akan saya sembelih pemimpin Jawa sialan ini sehingga berantakkan dan yang pasti akan saya salibkan mayat mayat mereka dijadikan peringatan kepada semua pemerintah diNusantara yang berkilbatkan dajal….bahawa nyawa kami orang melayu jua mempunyai harga ...kami juga berdarah sama seperti anda yg dari Kraton mungkin lebih mulia.... Ingat Zulkanian bapak kami pernah menaluki buana satu ketika dahulu, bangsa didalam Kraton jua berak dan kentutnya busuk seperti kami ..ingatlah setiap nyawa yg kamu cabut ini akan kami tuntut diakhirat kelak …menjawablah kamu pemimpin berhati dajal bila nanti kamu menghadap sang dewata dihari pengadilan kelak...itu doa khudus saya ….

Saya sedikit terhibur apabila Pak Lah telah melakukan yg terbaik ..membuktikan Malaysia Boleh Tanah Jawi sangat akrab dengan tanah Sumatera.. ibarat peha kanan dan kiri.... Sumatera patut bersama kami sewaktu merdeka dahulu...ia kan lebih manis ..kini sudah terbukti bangsa jawa tidak layak memerinatah nusantara ...mereka berhati dajal….…saya bangga yg kita sampai dahulu di Acheh baik badan-badan NGO (Mercy) dan badan badan kerajaan …saya bangga yg Pak Lah boleh menjejakkan kaki di bumi Acheh (ianya satu penghormatan), sedang kan Bapak Presiden & Kofi Anan sendiri takut untuk menjejaki tanah Acheh.... mungkin mereka takut kemuntahan darah dek disumpah berjuta warga Melayu diseluruh dunia…

::---------------::


wajah-wajah anak melayu patani islam
Bangunlah pewira-pertiwi Acheh
Acheh pasti berdiri tegak kembali
MINANG, BANJAR, PATANI, BUGIS , CAMPA , MINDANAO
Kita berarak seiringan
Membulat muafakat serantau utk
bangun membina cinta-cita MELAYU RAYA …
Akan bersama kita nanti kibarkan panji-panji hitam itu
untuk menawan serata buana
sejarah zulkarnaian pasti berulang
Bersama doa lanzuardi dewata
Agar nanti dapat kita mencicip cinta
seperti yang telah dimertai di alam mafuz …

Patani bagaimana kah kau??? ---> ::LIHAT ::


Wednesday, January 05, 2005

TSUNAMI

sebenarnya sehingga kini saya masih marah , geram dan sedih …kalau boleh saya tidak mahu menulis tentang tsumami tetapi saya rasa saya perlu tulis apa yang saya rasa ….walaupun pahit kita perlu belajar dari apa yang terjadi dan menjadi pelajaran & peringatan kepada kita terutama bangsa melayu yang berugama islam….didalam keadaan yang menyedihkan ini …banyak perkara yang perlu kita lihat kembali dan perlu dijadikan pendoman…setiap yg didatang kan oleh Allah adalah peringatan kepada kita….

Memang tidak dapat disangkal segalanya datang dari Yang Esa tetapi Allah tidak kejam kepada umatnya…..sebelum terjadi sesuatu bencana yang besar, DIA pasti memberi petanda kepada makhluknya …contohnya gerhana matahari, ikan paus yg terdampar, ikan yang luar biasa banyak nyer….dan berbagai fenonomena yg tidak terfikir dek akal….itu tanda-tanda akan terjadi sesuatu mala petaka, ini bermakna Allah masih kasih kan kita…tetapi kita yg bodoh tidak memikirkannya…..

Sebenarnya saya ingin menceritakan tentang Acheh, amatlah menyedihkan bila melihat di keadaan diAcheh…secara peribadi …Bandar Acheh, Tanah Acheh, bangsa Acheh adalah sesuatu yang sungguh berharga ianya semacam “sentimental value” kepada diri saya sebangai seorang Melayu berugama Islam…jika anda membaca sejarah Acheh, tempat ini telah digelar SERAMBI MEKAH dinusantara berkurun lamanya, Pulau Sumatera ini juga digelar tanah syurga didunia …..bangsa Achehlah bangsa pertama diislamkan sendiri oleh Nabi kita melalui mimpi (Hikayat Raja-Raja Pasai – Merah Silu ) dan sehingga kini masih bangsa ini masih berpegang teguh dengan ajaran Islam. Walaupun seluruh nusantara pernah ditawan oleh Portugis, Belanda dan Britih tetapi tanah Acheh tidak dapat ditakluki….. ….Acheh juga diidamkan setiap penakluk dunia kerana tanah nya sangat kaya dengan minyak, emas dan kazanah laut dan rakyatnya berhati waja dan kasa, mereka pahlawan terbilang..

Di katakan sebelum gempa ini berlaku ….polis dunia (USA) telah pun tahu ianya akan terjadi …tetapi kerana sebab politik dan ugama …mereka mendiam kan diri…dikatakan kerajaan indonesia juga telah diberi amaran beberapa hari sebelum terjadinya gempa ini …jadi persoalaanya kenapa pihak Indonesia mendiamkan diri???? Hanya disebabkan Aceh menuntut kemerdekaan dari Indonesia……yg dicop sebagai pengganas bersarang…???? Maknanya perkara nie segaja di diam kan …Kejadian gemba diAcheh sebenarnya adalah pembunuhan entik yg maha dasyat dan telah dirancang dengan teliti selama 50 tahun Acheh tidak boleh dimasuki oleh tentera indonesia dan sekarang mereka memasuki bandar acheh tanpa sebarang sekatan atas nama kemanusiaan……ketika saya menulis kapal selam US sedang menuju ke Acheh atas nama kemanusiaan jua…mereka bukan datang utk menolong rakyat Acheh sebenarnya tetapi lebih untuk melihat tempat tempat strategi diperairan Acheh…. Dari segi ketenteraan jika Acheh jatuh ketangan USA ..ini bermakna org islam diseluruh Nusantara boleh disembelih seperti ayam….Inilah kemanusiaan moden …..setelah dibunuh rakyat Acheh atas nama bala tuhan yang mereka sembah (ingat…orang kafir datang memberi pertolongan dan dimasa yg sama bertanya tentang kenapa tuhan begitu kejam kepada mahkluknya)….ini bukan pertolongan tetapi ini pembunuhan….Mungkin anda akan tanya kenapa kerajaan indonesia berkehendakkan acheh ….ya pulau jawa telah padat dan hasil bumi nya telah kering ….kalau bangsa acheh telah mati disebabkan gemba bumi …maka amat mudahlah penghijarahan entik jawa ke pulau sumatera ..nampak ?????mereka tidak perlu megeluarkan seringgit pun utk membeli peluru dan sejarah akan merakamkan yang Tuhan tidak merestui perjuangaan rakyat Acheh, mereka sungguh kejam hanya kerana ingin mendaulatkan puak mereka ….apatah lagi pulau sumatera sangat besar dan subur tanah nya …

Dan ketika umat islam mati bergelembangan dimana pak pak arab yang kaya raya???? Kenapa tidak dibantu??? Mana pergi OIC??? …..mana raja yang kita sembah???? Mengapa Yang dipertuan Agung cuma pergi melawat di hospital selepas 3 hari kejadian ini berlaku ….Raja Kedah hanya melawat tapak yang telah dibersihkan dari lumpur dengan berpayung kuning…inikah raja yang kita sembah??? Kalau beginilah keadaan raja tidak perlu disembah lagi ..sebaliknya perlu disanggah…. ‘RAJA YANG ADIL RAJA DISEMBAH”……mungkin raja melayu lebih suka ke tayangan perdana puteri gunung ledang dari melihat rakyat yang menyembah mereka kepayahan & kesensaraan…..saya rasa Yang dipertuan Agung perlu meletakkan jawataan nya …sultan kedah perlu turun takta.. bagi pada yang lebih layak ….jika tidak negeri langkasuka ini akan dilanda garuda lagi…..itu sumpah saya….

Ini menjadi pengajaran kepada kita …ingatlah bangsa melayu …telah dituliskan didalam sebuah kitab lama sebelum turun nya imam mahadi nusanatara akan tengelam…..tanah melayu akan hanyut …dan ianya semacam sudah pasti……..

Nota : Tetapi allah lebih berkuasa…allah lajukan air dilaut …..dan ingatlah …kiamat itu terjadi bukan atas tangan Allah tetapi tangan-tangan manusia jua…..

Tuesday, January 04, 2005

selamat tinggal 2004

alam mengamuk
semuanya dimuntahkan
kerana tangan tangan
manusialah juanya

alam memberotak
semua bertaburan
atas tangan tangan
yg tidak pernah tahu
perasaannya

alam menangis
kerana penjaganya sudah
tidak lupa adat-adatnya lagi

dan akhirnya
penjaganya sendiri
yang bergelempangan …

31 december 2004

…kuala lumpur sepi dan kelam …semuanya kesedihan …bulan mengambang tetapi tidak bercahaya ditutupi awan tebal, angin bukan lagi sepoi sepoi bahasa tetapi mengalunkan lagu pilu, sudah seminggu aku tidak mendengar bunyi kicauan burung dan unggas…alam semakin sepi ..sesepi di tanah pekuburan …aku dan suami membuat sembayang gahib dan membaca yassin utk yg pergi…itu saja yang dapat kami lakukan ….

1 January 2005

aku pulang port dickson melawat adikku …sudah lama aku tidak merasakan kedamaian ..selalunya jika cuti port dickson semacam penuh dng berbagai kereneh manusia ..tetapi hari ini ..tiada kesesakan di lebuhraya …tiada kesesakan di pantai mahupun di pekan ….memang lumrah manusia ..mereka takut kepada mati …tetapi manusia mudah lupa …mungkin minggu depan port dickson akan penuh seperti sediakala????

2 January 2005

Pulang ke Kuala Lumpur …ya lebuh raya lengang …tidak meyesakan …bagus …tetapi alam berlainan sekali ..burung layang-layang terbang rendah ..serendah aras laut ??? adakah ini petanda lagi??? Ya allah jauhkan malapetaka ini ..jangan kau hapus kan kami dari pandangamu ya allah…