sebenarnya sehingga kini saya masih marah , geram dan sedih …kalau boleh saya tidak mahu menulis tentang tsumami tetapi saya rasa saya perlu tulis apa yang saya rasa ….walaupun pahit kita perlu belajar dari apa yang terjadi dan menjadi pelajaran & peringatan kepada kita terutama bangsa melayu yang berugama islam….didalam keadaan yang menyedihkan ini …banyak perkara yang perlu kita lihat kembali dan perlu dijadikan pendoman…setiap yg didatang kan oleh Allah adalah peringatan kepada kita….
Memang tidak dapat disangkal segalanya datang dari Yang Esa tetapi Allah tidak kejam kepada umatnya…..sebelum terjadi sesuatu bencana yang besar, DIA pasti memberi petanda kepada makhluknya …contohnya gerhana matahari, ikan paus yg terdampar, ikan yang luar biasa banyak nyer….dan berbagai fenonomena yg tidak terfikir dek akal….itu tanda-tanda akan terjadi sesuatu mala petaka, ini bermakna Allah masih kasih kan kita…tetapi kita yg bodoh tidak memikirkannya…..
Sebenarnya saya ingin menceritakan tentang Acheh, amatlah menyedihkan bila melihat di keadaan diAcheh…secara peribadi …Bandar Acheh, Tanah Acheh, bangsa Acheh adalah sesuatu yang sungguh berharga ianya semacam “sentimental value” kepada diri saya sebangai seorang Melayu berugama Islam…jika anda membaca sejarah Acheh, tempat ini telah digelar SERAMBI MEKAH dinusantara berkurun lamanya, Pulau Sumatera ini juga digelar tanah syurga didunia …..bangsa Achehlah bangsa pertama diislamkan sendiri oleh Nabi kita melalui mimpi (Hikayat Raja-Raja Pasai – Merah Silu ) dan sehingga kini masih bangsa ini masih berpegang teguh dengan ajaran Islam. Walaupun seluruh nusantara pernah ditawan oleh Portugis, Belanda dan Britih tetapi tanah Acheh tidak dapat ditakluki….. ….Acheh juga diidamkan setiap penakluk dunia kerana tanah nya sangat kaya dengan minyak, emas dan kazanah laut dan rakyatnya berhati waja dan kasa, mereka pahlawan terbilang..
Di katakan sebelum gempa ini berlaku ….polis dunia (USA) telah pun tahu ianya akan terjadi …tetapi kerana sebab politik dan ugama …mereka mendiam kan diri…dikatakan kerajaan indonesia juga telah diberi amaran beberapa hari sebelum terjadinya gempa ini …jadi persoalaanya kenapa pihak Indonesia mendiamkan diri???? Hanya disebabkan Aceh menuntut kemerdekaan dari Indonesia……yg dicop sebagai pengganas bersarang…???? Maknanya perkara nie segaja di diam kan …Kejadian gemba diAcheh sebenarnya adalah pembunuhan entik yg maha dasyat dan telah dirancang dengan teliti selama 50 tahun Acheh tidak boleh dimasuki oleh tentera indonesia dan sekarang mereka memasuki bandar acheh tanpa sebarang sekatan atas nama kemanusiaan……ketika saya menulis kapal selam US sedang menuju ke Acheh atas nama kemanusiaan jua…mereka bukan datang utk menolong rakyat Acheh sebenarnya tetapi lebih untuk melihat tempat tempat strategi diperairan Acheh…. Dari segi ketenteraan jika Acheh jatuh ketangan USA ..ini bermakna org islam diseluruh Nusantara boleh disembelih seperti ayam….Inilah kemanusiaan moden …..setelah dibunuh rakyat Acheh atas nama bala tuhan yang mereka sembah (ingat…orang kafir datang memberi pertolongan dan dimasa yg sama bertanya tentang kenapa tuhan begitu kejam kepada mahkluknya)….ini bukan pertolongan tetapi ini pembunuhan….Mungkin anda akan tanya kenapa kerajaan indonesia berkehendakkan acheh ….ya pulau jawa telah padat dan hasil bumi nya telah kering ….kalau bangsa acheh telah mati disebabkan gemba bumi …maka amat mudahlah penghijarahan entik jawa ke pulau sumatera ..nampak ?????mereka tidak perlu megeluarkan seringgit pun utk membeli peluru dan sejarah akan merakamkan yang Tuhan tidak merestui perjuangaan rakyat Acheh, mereka sungguh kejam hanya kerana ingin mendaulatkan puak mereka ….apatah lagi pulau sumatera sangat besar dan subur tanah nya …
Dan ketika umat islam mati bergelembangan dimana pak pak arab yang kaya raya???? Kenapa tidak dibantu??? Mana pergi OIC??? …..mana raja yang kita sembah???? Mengapa Yang dipertuan Agung cuma pergi melawat di hospital selepas 3 hari kejadian ini berlaku ….Raja Kedah hanya melawat tapak yang telah dibersihkan dari lumpur dengan berpayung kuning…inikah raja yang kita sembah??? Kalau beginilah keadaan raja tidak perlu disembah lagi ..sebaliknya perlu disanggah…. ‘RAJA YANG ADIL RAJA DISEMBAH”……mungkin raja melayu lebih suka ke tayangan perdana puteri gunung ledang dari melihat rakyat yang menyembah mereka kepayahan & kesensaraan…..saya rasa Yang dipertuan Agung perlu meletakkan jawataan nya …sultan kedah perlu turun takta.. bagi pada yang lebih layak ….jika tidak negeri langkasuka ini akan dilanda garuda lagi…..itu sumpah saya….
Ini menjadi pengajaran kepada kita …ingatlah bangsa melayu …telah dituliskan didalam sebuah kitab lama sebelum turun nya imam mahadi nusanatara akan tengelam…..tanah melayu akan hanyut …dan ianya semacam sudah pasti……..
Nota : Tetapi allah lebih berkuasa…allah lajukan air dilaut …..dan ingatlah …kiamat itu terjadi bukan atas tangan Allah tetapi tangan-tangan manusia jua…..
No comments:
Post a Comment