Monday, June 27, 2005
Senandung Cinta
"Manusia Tuhan mabuk tanpa anggur:
Manusia Tuhan Kenyang tanpa daging.
Manusia Tuhan adalah raja di bawah selubung sederhana:
Manusia Tuhan adalah harta kekayang pada reruntuhan,
Manusia Tuhan terpesona, kagum;
Manusia Tuhan tidak mempunyai makanan atau tidur.
Manusia Tuhan bukan dari angin dan bumi:
Manusia Tuhan Bukan dari apai dan air
Manusia Tuhan adalah tanpa pantai:
Manusia tuhan berhujan mutiara tanpa awan.
Manusia Tuhan mempunyai seratus bulan dan langit:
manusia Tuhan mempunyai seratus sinar mentari.
Manusia Tuhan adalah arif melalui kebenaran;
Manusia Tuhan bukan cendikiawan dari buku.
Manusia Tuhan adalah diluar kepercayaan dan juga ketidakpercayaan;
bagi Manusia Tuhan 'dosa' dan 'pahala' adalah disana?
Manusia Tuhan memacu berlalu dari ketiadaan;
Manusia Tuhan dengan agungnya telah datang.
Manusia Tuhan Tersembunyi, oh Syamsuddin!
Carilah, dan temukan manusia Tuhan."
Jalaluddin Rumi
604 H/1207M
Nota:
Tidak banyak buku atau puisi Rumi didlm bahasa Melayu. Setelah lama mencari akhirnya saya mendapat beberapa buah buku puisi beliau dari toko seberang dijalan masjid india... Saya belum dapat men"diajest" puisi-puisinya (mungkin takpaham) kerana tingginya ilmu beliau ... saya sukakan puisi diatas...mungkin nanti akan saya post lagi puisi-puisinya selepas saya tepu dengan mabuknya...
Friday, June 24, 2005
MEMULAKAN BISNES SENDIRI ???
Buku ini boleh di beli disini
Banyak buku telah saya baca ..berbagai cara ditulis tetapi akhirnya saya tahu saya ditipu oleh mereka … mereka tidak jujur bila menulis buku bagaimana utk menjadi kaya … kerana bagi saya kalau rahsia itu disebarkan tentu semua org akan kaya …. Akhirnya saya bertemu sebuah buku yang patut kita semua baca … (ini dah kira promot secara free lah nie) takpe lah saya promot agar org melayu boleh berjaya …mudah-mudahan… Buku ini bertajuk : MEMULAKAN BISNES SENDIRI oleh Ainon Mohd terbita PTS professional … www.pts.com.my
Kita sering mendengar atau ingin punya perniagaan sendiri… kita selalu lihat orang berniaga itu mewah hidup ya ... tetapi kenapa orang melayu jarang jadi jutawan …yang kita selalu dengar bila orang melayu berniaga pasti jatuh muflis… kalau kaya pun sekejap saja… setahun dua…tapi mengapa bangsa cina dan india boleh jadi jutawan hanya dengan berniaga …. Apa silap kita …adakah cara kita tidak betul atau bangsa lain mempunyai ilmu yg tidak ada kepada kita …
Banyak buku telah saya baca ..berbagai cara ditulis tetapi akhirnya saya tahu saya ditipu oleh mereka … mereka tidak jujur bila menulis buku bagaimana utk menjadi kaya … kerana bagi saya kalau rahsia itu disebarkan tentu semua org akan kaya …. Akhirnya saya bertemu sebuah buku yang patut kita semua baca … (ini dah kira promot secara free lah nie) takpe lah saya promot agar org melayu boleh berjaya …mudah-mudahan… Buku ini bertajuk : MEMULAKAN BISNES SENDIRI oleh Ainon Mohd terbita PTS professional … www.pts.com.my
Diantara ilmu yang saya kutip dari buku ini :
- Sebelum kita memulakan bisnes Sendiri
- Mitos dalam Dunia Bisnes
- Cara milih syarikat dan sektor bisnes
- Perkara yg boleh memusflikan usahawan dan berbagai lagi
- Sebelum kita memulakan bisnes Sendiri
- Mitos dalam Dunia Bisnes
- Cara milih syarikat dan sektor bisnes
- Perkara yg boleh memusflikan usahawan dan berbagai lagi
Tetapi yang paling menarik … Pn Ainon menyarankan bahawa usahawan yang berjaya bukan terletak pada universiti atau pun wang ringgit… tetapi jauh dari itu …
Jika anda ingin membuka perniagaan apa yang perlu pada anda adalah :
a] Tidak mempunyai masalah kewangan seperti berhutang dengan bank, card credit dan lain-lain. Ramai diantara kita yang ingin membuka business kerana ingin membayar hutang… kalau anda ada hutang peribadi lebih baik anda bekerja makan gaji dan langsaikan hutang-hutang anda dahulu …
b]mempunyai cukup modal at least 1 tahun … peniaga cina membayar sewa kedai in advance selama 2 ke 5 tahun …mereka tidak membayar sewa secara bulanan…belum lagi benda lain …. Kerana apabila kita membuka kedai at least 6 bulan ke setahun orang tak kenal kita lagi …
c]pilih lah bisnes yang kita ketahui selok-beloknya dan modalnya kecil kerana 93% bisnes ditutup dalam masa 3 tahun.
d]Mempunyai rangkaian yang kuat – rakan business, supplier dan customer
e]Jaga hati supplier anda – menjadi satu trand kepada businessman melayu …mereka liat utk membayar hutang supplier… peniaga cina sangat menjaga hati supplier mereka … hutang dibayar pada waktu yang tepat kerana supplier / sub contractor lah yang menjadi tualang belakang kita …tanpa mereka kita tidak boleh bergerak kehadapan…

Menarik bukan??? Bagaimana …ingin membuka perniagaan??? Heheheheheh utk diri saya sendiri … saya kerja makan gaji lah dulu nampaknya … bayar segala hutang ….berniaga sambilan cari pengalaman dah pencen baru buka kedai …entah entah dah dlm kubur…heheheheh
[Data yang menarik ]
Penyelidikan yang pernah dijalankan mendapati, usahawan yang amat berjaya (para jutawan tidak masuk bisnes disebabkan mereka ingin kaya raya tetapi kerana tiada peluang lain utk mencari RM dengan cara lain.

Thursday, June 23, 2005
Yes..akhirnya....walaupun didalam keadaan yang tertekan tetapi ada jua sinar mentari memancarkan cahaya..walaupun ianya masih samar dihujung buana tetapi terangnya sudah ternampak dek mata....
Saya telah diterima masuk sebagai seorang pelajar di IIUM, walaupun bukan sepenuh masa tetapi akhirnya ... dapat jua saya merasa menjadi pelajar. Dari dulu saya berangan-angan memasang impian untuk belajar kemenara gading..sudah lama impian ini sebenarnya dan akhirnya syukur kepada yang ESA kerana membuka jalan... betullah kata orang "jika ada kemahuaan disitu ada jalan".
Saya ingat lagi betapa sedihnya saya apabila mendapat keputusan yang baik didlam peperiksaan SPM, 15 tahun yang lalu ...dan ayah tidak mampu membiayai saya ke IPTA apatah lagi ke kolej swasta... akhirnya saya bekerja di restoren makanan segara ...ketika itu saya selalu mencemburi sesiapa yg bergelar siswazah...melihat betapa enaknya mereka menuntut ilmu dah saya terpaksa mencuci tandas membuat saya terlalu sedih... ahhhh lupakan saja cerita sedih itu ...mungkin anda jemu membacanya
Tetapi kini saya bangga... saya mampu berdiri sendiri...membayar duit kemasukaan dengan hasil titik peluh saya ... tanpa bantuan keluarga mahupun dari kerajaan... saya bangga mengatakan saya bangsa melayu yg tidak pernah menagih simpati, saya bangga yang saya tidak pernah menggunakan hak istimewa saya untuk mendapat koata ataupun biasiswa utk pergi belajar nanti... saya juga tidak meminjam dari mana-mana bank ataupun ceti dan saya bangga bangga berbakul-bakul kerana tidak menggunakan sesen pun duit sesiapa kecuali semuanya dari hasil titik peluh saya dan rahmat dari yang ESA....
ya allah ya tuhanku, limpahkan lah segala nikmat mu dah redakanlah segala perjalanan hidupku ini ...

Sunday, June 19, 2005
KEPADA MU KEKASIH
Dari Kekasih Kepada Kekasih (Hattan)
Entah berapa kali
Kucuba membohong hati ku ini
Hebat dilanda
Rindu padamu
Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tidak pernah abadi
Dan terlalu cepatnya berlalu
Pabila di giring angin
Dan mudah pula layu
Selepas ia melimpahkan
Titis-titis ehsan
Kini hatiku sangat terdesak
Untuk memilikimu
Agar bisa aku meneruskan
Sisa-sisa hidupku ini
Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih
@@@@@@@@
tidak dinafikan aura m.nasir terlalu kuat untuk saya sehinggakan saya akhirnya mengalah *menonton AF tetapi tidak meng AFundi... saya suka lagu-lagu yang dipilih oleh sifu ini utk pelajar-pelajar nya ... lagu yg dipilih semua mempunyai jiwa dan jisim yang tersendiri... dan dia terlalu hormat kan sesebuah lagu dan lirik tersebut dengan tidak mengubah lagu sebenar...
secara peribadi saya tidak tahu menilai sesebuah lagu tersebut ... temponya, melodi nya atau apa apa pun ... bila suami saya bertanya apa kah jenis lagu yang saya anggap bagus dan super... saya pasti akan katakan kepada nya ... saya mendengar lirik lagu tersebut bukan muziknya ... saya amat mengembari lagu lagu yang mempunyai roh mereka sendiri ...apalagi yg dimasukan jiwa kemelayuaan...
Lagu DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH bukan lagu sebarangan... lagu ini adalah lagu kerohanian yang sangat tinggi rohnya ... lagu yg ditujukan kepada SANG PENCIPTA...alangkah bagus jika saya dapat menulis puisi seperti diatas...mungkin satu hari nanti ...dengan izinya...

Friday, June 17, 2005
AKU INI ...
Aku berdansa dihujung dunia
Untuk mencari engkau kekasihku
Malam-malamku bagai bintang diangkasa
Menyenari hidupmu hingga keakhirnya
Cintamu terlalu agung
Untukku memiliki seluruh dari mu
wlaupun pendih menghiris
aku tetap mencicip sekancir madu bersamamu....

Monday, June 13, 2005
KESEDERHANAAN
Sabtu lepas saya pergi ke perpusatakan negara bersebelahan dengan istana budaya … membaca buku secara percuma disana *maklumlah tengah zaman merundum nie* . terbaca satu buku mengenai kesederhanan dalam hidup … mat salleh yg tulis … di bawah ini saya tuliskan cara-cara utk hidup secara sederhana dan gembira … mungkin ada yang bagus dan ada yg tidak .. terpulang lah pada anda utk menilainyer ….
*Rumah tangga*
buang barang yg tidak dipakai
mengurangkan waktu / jangan membazir waktu
beli dlam kuanti yang banyak
tanam sayuran sendiri
buat semua urusan di satu tempat
kurangkan mencuci, api & air
jangan beli baju dry-clean
buka kasut di dlm rumah / office
*Gaya hidup*
Rumah yang kecil
Kereta yang sederhana
Baju
Kurang kan hiburan
Makan dirumah
Jangan menonton
Hentikan kiriman , kad ucapan, suratkhbar, hadiah, majallah, astro, kelab dan telephone
Bercuti di rumah
Jika tidak suka – jangan raikan hari keramaian seperti hari raya, hari bapa dan on and on
*Kewangan*
Jangan berhutang
½ pakai ½ simpan
kawal perbelanjaan
ubah cara belanja
kurangi keperluan
1 credit card sahaja
kukuhkan pelaburan
langsaikan bil
beli kereta terpakai
beli rumah yg kecil tetapi selesa
sewa rumah yg murah
*Pekerjaan*
jangan jadi budak harian
berkerja & tinggal di tempat yg dekat
buat pekerjaan yang kita minat
jadi kan hobi sebagai pekerjaan
*Kesihatan*
Makanan secara sederhana
Makan buah dan jus
Minum air putih
Bawa bekal ke office
Jangan pergi ke club kesihataan – berjalan kaki
Bangun 1 jam awal
Tidur 9 mlm
Buang semua vitamin
Belajar ketawa
Buat yoga
Tafakur / sembahyang
*Kehidupan peribadi*
Jangan pandu laju
Jadi diri sendiri
Percaya pada diri
Apabila sukar, lupakan
Jangan ubah orang lain
Luangkan masa sehari dlm sebulan utk diri anda
Bersendirian
Berlibur setahun sekali
Tulis diary
Buat satu perkerjaan dlm satu masa
Luang kan masa melihat alam – sejam sehari
Jauhi orang / organisasi yg anda tidak sukai
Mempuyai visi yg berbeza pada setiap keadaan
Ubah cita cita
Hidup secara sederhana
*Lain-lain*
menyewa lebih baik dari membeli
tiada kereta
tiada h/p
tidak payah kemas … jika penat
jangan beli barang yang tidak perlu
sederhana dlm kecantikan

Thursday, June 09, 2005
KASIH
Kasih …
Dari hati dari rasa ,
memberi dan menyintai
Kerana ia adalah satu pengorbanan ...
-I-
Entah mengapa, keluarga saya memang tidak pandai meluahkan rasa KASIH mereka terhadap seseorang seperti kita dizaman kini … ibu bapa sekarang kalau KASIHKAN anaknya akan diberikan permainan, baju yang mahal … kucupan setiap malam untuk menunjukkan KASIHnya … keluarga saya mencurahkan KASIH mereka melalui masakan…cooking with love … mungkin kerana iut setiap kali saya memakan sesuatu masakan itu pasti mengingatkan saya kepada KASIH yang telah dicurahkan …..dan ianya mengusik hati kecil saya buat seketika.
Keluarga saya mempunyai trend-mark mereka sendiri, … mungkin kerana air tangan mereka membezakan masakan mereka dari yang lain …cari lah dimana pelusuk dunia … tiada duanya dan petuanya cuma campurkan secawan air KASIH ketika memasak… arwah ibu terkenal kerana asam pedas ikan tenggirinya … huhuhuuu lawannya pasti daging masak kicap. Arwah ayah pula pandai memasak nasi brani dan mee bandung maka setiap puasa dan malam raya …nasi brani ayah menjadi hidangan utama dan arwah nenda pula sambal tumis ikan bilis kalau seluruh keluarga berkumpul, sekawah nenda memasak. Pabila saya memakan kuih koci atau rambutan ingatan kepada arwah datuk akan menjelma (saya pernah mencuri rambutannya didalam peti sejuk … tetapi yang kena marah adalah busu … padanlah jakinya kepada saya tidak pernah padam ) kenangan itu sungguh indah … dan tiada sapa yang boleh mengambil memori itu dari saya dan kini baru lah saya mengerti apa itu nilai dan rasa KASIH yang dicurahkan. KASIH tidak perlu diperluahkan tetapi perlu dirasai …
Saya juga suka memberi cop mohor kepada sesiapa yang mempunyai specialities dalam sesuatu masakan mereka …sebagai contoh …terpandang kak long saya pasti teringat ayam … cara western …dipanggang bersama kentang, itu KASIH beliau kepada kami … kalau saya terpandang kak we … laksa penang dan ketupat palasnya (dia hanya memasak ketika open house …huhuuuuuu itu pun laki nya yg buek ) …. Kalau suami kata ingin balik ke Jelebu …saya akan teringat masak lomak cili padi dan kuih koci …. Bila memakan kuih tat pasti saya teringat arwah mak long …. And the list goes on and on …. Itulah nilai KASIH seseorang kepada kita … mereka kadang kala sanggup berhutang (membeli berasmati), bercengking hanya ingin memberi yang terbaik kepada saya ... sedih bukan … kerana KASIH adalah pemberian yang paling berharga dan hanya boleh diluahkan jika kita meyintai seseorang itu ….
-II-
Saya selalu merungut kepada suami kerana saya merasakan yang ibu mertua saya tidak meyanyangi saya seperti beliau sayangkan biras atau pun anak-anaknya sendiri … perasaan cemburu lebih bersarang apabila saya sudah ketiadaan ibu untuk berkasih…. Saya menjadi jauh hati apabila melihat mertua saya bermesra dengan mereka…. Mungkin kerana saya rindu kan arwah ibu … dan saya selalu berkata kepada suami yang keluarganya sungguh bertuah kerana masih mempunyai jalur yang panjang … dia masih mempunyai tok dan wan ….ibu dan ayah …kak dan abang …tidak seperti saya … sebatang kara menagih kasih ….
Tetapi kini saya mengerti yang mertua saya, sangat kasih kan saya sama seperti beliau kasih kan anak gadis nya …atau mungkin lebih dari itu …. Kini saya sedar yang ibu mertua saya sama seperti ibu, ayah dan nenda saya …mereka tidak pandai meluahkan perasaan kasih mereka melalui ucapan …ibu mertua pun melakukan benda yang sama kepada saya – melalui masakan … dan luahan beliau kepada kami setiap anak dan menantu berbeda …. mungkin dia tahu saya ini buruk lantak…heheheheheheh…. Setiap bulan pulang ke jelebu, pasti dia akan memasak makanan kesukaan saya … MASAK LOMAK CILI PADI ….. kalau dia tidak berwang… lomak telur saja lah … kalau duit getah sudah dipungut … lomak daging salai atau tembusu menjadi hidangan … itulah tanda kasihnya….
Bagaimana tanda yg ESA kasih kan kita ya ???
Friday, June 03, 2005
Tanam Anggur ??
Entah betul entah kan tidak tetapi sekarang ini saya dengar ramai betul yang tengah menanam anggur … mengapa ya ?? ekonomi sudah tidak serancak dulu ??? atau lambakkan siswazah dipasaran yang tidak memenuhi cita-rasa pasaran, mungkin ada kebenaranya jika ekonomi merundum kerana dua bulan yang lalu lela pun terkena tempiasnyer, boss ditempat kerja dah suruh pi cari keje lain , risau nyer hanya tuhan je yang tahu … duit kini ibarat petrol untuk bergerak terutama di kota lumpur ini... kini suami isteri bukan lagi terpaksa bekerja 9-5 tetapi terpaksa membuat kerja sambilan untuk mengreliasisikan sebuah impian… Jadi apabila ada dikalangan ahli keluarga yang berhenti kerja sesuka hati hanya untuk menanam anggur, saya menjadi marah dan sedih kerana dizaman ini bukan lagi zaman berehat dan bergembira.. kini bukan zaman pergi melancung ke sana kemari … zaman kini zaman bekerja dan kerja dan kerja… jika tidak kita akan ketinggalan dari segala segi.
Kira-kira setahun setengah yang lalu, adik bongsu saya telah mendapat ijazah tetapi malangnya tiada pekerjaan untuk nyer – terlalu untuk diperolehi memasuki sesebuah syarikat… mereka kata beliau tak ada pengalaman, dilancar berbahasa english, tidak up to date (semuanya alasan utk menjatuhkan melayu) … maka untuk mencari pengalaman, adik saya bekerja sebagai kerani stor bergaji RM300 sebulan, sedih bukan ? Setelah bertungkus lumus selama 5 tahun di menara gading mereka hanya membayar perahan otak nya dengan nila rm300 akan tetapi beliau tidak mahu menanam anggur, walaupun hanya bergaji 300-00 beliau tidak putus asa dan akhirnya dengan kesabaran yang ada didalam dirinya kini terbayar dan kini beliau diberi kepercayaan menerajui bahagian kewangan disebuah hotel di Port Dickson… beliau adalah executive termuda di sana … saya tumpang gembira …
Oleh itu saya tidak paham jika ramai yang mengeluh kerana terpaksa menaman anggur … di bumi bertuah nie tidak ada istilah penggangguran sebenarnya … Cuma ketika ini kita tidak boleh memilih kerja … carilah pengalaman walaupun bergaji kecil kerana pengalaman itu sangat penting … Dizaman kini semua nya bergerak sangat laju .. kita perlu memperkasakan diri dng berbagai bidang … bukan satu bidang saja tetapi kalau boleh kita perlu menjadi multi-tasking utk bersaing… Pendidikan itu penting … tetapi jika anda anda pendidikan dan pengalaman akan menjadikan anda seorang yang lebih kehadapan dari orang lain … dan mungkin saya contoh yang terbaik … walaupun saya bukan lulusan menara gading saya tidak pernah mengganggur (dulu saya tanam anggur sebab saya yg tak nak cari kerja – malas dengan sikap manusia ) saya tidak tahu kenapa saya mudah mendapat pekerjaan … tetapi yang pasti saya suka belajar benda yang baru dan saya tidak pernah merasa selesa dengan apa yang saya ada … dulu saya hanya bekerja hanya sebagai pelayan di restoren makan segera … malam hari saya mengambil kelas computer … kemudian saya menjadi kerani am … dengan hanya bergaji rm600-00 sebulan saya bercengking mengambil krusus setiausaha disebelah malamnya … dan kemudian saya mengambil kelas-kelas jangka pendek seperti kelas bahasa english, kelas penampilan diri dan berbagai lagi … dan tahun nie saya mengambil satu lagi kelas di UIA secara sambilan (5 tahun lagi saya akan menjadi lesen sec ) … kerana bagi saya pendidikan adalah pelaburan didalam bidang pekerjaan … mungkin kerana itu saya mempunyai nilai didlam pasaran pekerjaan …doa kan saya ya ….

Thursday, June 02, 2005
DAMAI
Sudah agak lama saya tidak merasa sebegini damai. Kedamaian di rumah sendiri amat menyenangkan tetapi mungkin kenyataan ini berbaur keegoan . Setelah mendirikan rumah tangga 7 tahun yang lepas aktiviti saya lebih tertumpu didalam rumah dan oleh itu say merasakan saya lah raja yng mengatur segalanya. Saya membuat undang-undang yg tidak bertulis .. dan saya amat selesa dengan nyer. Tetapi setahun yang lepas semua nya berubah … apabila ekonomi meruncing kedua ipar saya dibuang kerja …salah seorang dari mereka terpaksa menumpang dirumah saya… dan akhirnya saya merasakan berada didalam penjara kerna saya tidak betah utk melakukan apa yang saya sukai tanpa diperhatikan seperti contoh … tidur di hall, tidak berpakaian sekali sekala dan banyak lagi…J dan yang lebih merimaskan apabila setiap minggu rumah saya ada pelawat (saya sukakan tetamu tetapi bukan setiap minggu…)
Mungkin saya yang terlalu cerewet tetapi salahkan saya begitu ??? Dan akhirnya doa saya termakmul..saya kini kemali sendirian di rumah saya tanpa ada sekatan lagi… dan bau kedamaian memenuhi seluruh ruang rumah saya – inilah dikatakan “RUMAH KU SYURGA KU”
Antara peraturan yg perlu di ikuti semasa dirumah saya …
Tidur di bilik tidur – bukan di sofa atau di hall
Makan di meja makan – bukan di sofa atau pun di bilik tido
24 hours kipas terbuka – paneh

Subscribe to:
Posts (Atom)