Kasih …
Dari hati dari rasa ,
memberi dan menyintai
Kerana ia adalah satu pengorbanan ...
-I-
Entah mengapa, keluarga saya memang tidak pandai meluahkan rasa KASIH mereka terhadap seseorang seperti kita dizaman kini … ibu bapa sekarang kalau KASIHKAN anaknya akan diberikan permainan, baju yang mahal … kucupan setiap malam untuk menunjukkan KASIHnya … keluarga saya mencurahkan KASIH mereka melalui masakan…cooking with love … mungkin kerana iut setiap kali saya memakan sesuatu masakan itu pasti mengingatkan saya kepada KASIH yang telah dicurahkan …..dan ianya mengusik hati kecil saya buat seketika.
Keluarga saya mempunyai trend-mark mereka sendiri, … mungkin kerana air tangan mereka membezakan masakan mereka dari yang lain …cari lah dimana pelusuk dunia … tiada duanya dan petuanya cuma campurkan secawan air KASIH ketika memasak… arwah ibu terkenal kerana asam pedas ikan tenggirinya … huhuhuuu lawannya pasti daging masak kicap. Arwah ayah pula pandai memasak nasi brani dan mee bandung maka setiap puasa dan malam raya …nasi brani ayah menjadi hidangan utama dan arwah nenda pula sambal tumis ikan bilis kalau seluruh keluarga berkumpul, sekawah nenda memasak. Pabila saya memakan kuih koci atau rambutan ingatan kepada arwah datuk akan menjelma (saya pernah mencuri rambutannya didalam peti sejuk … tetapi yang kena marah adalah busu … padanlah jakinya kepada saya tidak pernah padam ) kenangan itu sungguh indah … dan tiada sapa yang boleh mengambil memori itu dari saya dan kini baru lah saya mengerti apa itu nilai dan rasa KASIH yang dicurahkan. KASIH tidak perlu diperluahkan tetapi perlu dirasai …
Saya juga suka memberi cop mohor kepada sesiapa yang mempunyai specialities dalam sesuatu masakan mereka …sebagai contoh …terpandang kak long saya pasti teringat ayam … cara western …dipanggang bersama kentang, itu KASIH beliau kepada kami … kalau saya terpandang kak we … laksa penang dan ketupat palasnya (dia hanya memasak ketika open house …huhuuuuuu itu pun laki nya yg buek ) …. Kalau suami kata ingin balik ke Jelebu …saya akan teringat masak lomak cili padi dan kuih koci …. Bila memakan kuih tat pasti saya teringat arwah mak long …. And the list goes on and on …. Itulah nilai KASIH seseorang kepada kita … mereka kadang kala sanggup berhutang (membeli berasmati), bercengking hanya ingin memberi yang terbaik kepada saya ... sedih bukan … kerana KASIH adalah pemberian yang paling berharga dan hanya boleh diluahkan jika kita meyintai seseorang itu ….
-II-
Saya selalu merungut kepada suami kerana saya merasakan yang ibu mertua saya tidak meyanyangi saya seperti beliau sayangkan biras atau pun anak-anaknya sendiri … perasaan cemburu lebih bersarang apabila saya sudah ketiadaan ibu untuk berkasih…. Saya menjadi jauh hati apabila melihat mertua saya bermesra dengan mereka…. Mungkin kerana saya rindu kan arwah ibu … dan saya selalu berkata kepada suami yang keluarganya sungguh bertuah kerana masih mempunyai jalur yang panjang … dia masih mempunyai tok dan wan ….ibu dan ayah …kak dan abang …tidak seperti saya … sebatang kara menagih kasih ….
Tetapi kini saya mengerti yang mertua saya, sangat kasih kan saya sama seperti beliau kasih kan anak gadis nya …atau mungkin lebih dari itu …. Kini saya sedar yang ibu mertua saya sama seperti ibu, ayah dan nenda saya …mereka tidak pandai meluahkan perasaan kasih mereka melalui ucapan …ibu mertua pun melakukan benda yang sama kepada saya – melalui masakan … dan luahan beliau kepada kami setiap anak dan menantu berbeda …. mungkin dia tahu saya ini buruk lantak…heheheheheheh…. Setiap bulan pulang ke jelebu, pasti dia akan memasak makanan kesukaan saya … MASAK LOMAK CILI PADI ….. kalau dia tidak berwang… lomak telur saja lah … kalau duit getah sudah dipungut … lomak daging salai atau tembusu menjadi hidangan … itulah tanda kasihnya….
Bagaimana tanda yg ESA kasih kan kita ya ???
No comments:
Post a Comment