Entah betul entah kan tidak tetapi sekarang ini saya dengar ramai betul yang tengah menanam anggur … mengapa ya ?? ekonomi sudah tidak serancak dulu ??? atau lambakkan siswazah dipasaran yang tidak memenuhi cita-rasa pasaran, mungkin ada kebenaranya jika ekonomi merundum kerana dua bulan yang lalu lela pun terkena tempiasnyer, boss ditempat kerja dah suruh pi cari keje lain , risau nyer hanya tuhan je yang tahu … duit kini ibarat petrol untuk bergerak terutama di kota lumpur ini... kini suami isteri bukan lagi terpaksa bekerja 9-5 tetapi terpaksa membuat kerja sambilan untuk mengreliasisikan sebuah impian… Jadi apabila ada dikalangan ahli keluarga yang berhenti kerja sesuka hati hanya untuk menanam anggur, saya menjadi marah dan sedih kerana dizaman ini bukan lagi zaman berehat dan bergembira.. kini bukan zaman pergi melancung ke sana kemari … zaman kini zaman bekerja dan kerja dan kerja… jika tidak kita akan ketinggalan dari segala segi.
Kira-kira setahun setengah yang lalu, adik bongsu saya telah mendapat ijazah tetapi malangnya tiada pekerjaan untuk nyer – terlalu untuk diperolehi memasuki sesebuah syarikat… mereka kata beliau tak ada pengalaman, dilancar berbahasa english, tidak up to date (semuanya alasan utk menjatuhkan melayu) … maka untuk mencari pengalaman, adik saya bekerja sebagai kerani stor bergaji RM300 sebulan, sedih bukan ? Setelah bertungkus lumus selama 5 tahun di menara gading mereka hanya membayar perahan otak nya dengan nila rm300 akan tetapi beliau tidak mahu menanam anggur, walaupun hanya bergaji 300-00 beliau tidak putus asa dan akhirnya dengan kesabaran yang ada didalam dirinya kini terbayar dan kini beliau diberi kepercayaan menerajui bahagian kewangan disebuah hotel di Port Dickson… beliau adalah executive termuda di sana … saya tumpang gembira …
Oleh itu saya tidak paham jika ramai yang mengeluh kerana terpaksa menaman anggur … di bumi bertuah nie tidak ada istilah penggangguran sebenarnya … Cuma ketika ini kita tidak boleh memilih kerja … carilah pengalaman walaupun bergaji kecil kerana pengalaman itu sangat penting … Dizaman kini semua nya bergerak sangat laju .. kita perlu memperkasakan diri dng berbagai bidang … bukan satu bidang saja tetapi kalau boleh kita perlu menjadi multi-tasking utk bersaing… Pendidikan itu penting … tetapi jika anda anda pendidikan dan pengalaman akan menjadikan anda seorang yang lebih kehadapan dari orang lain … dan mungkin saya contoh yang terbaik … walaupun saya bukan lulusan menara gading saya tidak pernah mengganggur (dulu saya tanam anggur sebab saya yg tak nak cari kerja – malas dengan sikap manusia ) saya tidak tahu kenapa saya mudah mendapat pekerjaan … tetapi yang pasti saya suka belajar benda yang baru dan saya tidak pernah merasa selesa dengan apa yang saya ada … dulu saya hanya bekerja hanya sebagai pelayan di restoren makan segera … malam hari saya mengambil kelas computer … kemudian saya menjadi kerani am … dengan hanya bergaji rm600-00 sebulan saya bercengking mengambil krusus setiausaha disebelah malamnya … dan kemudian saya mengambil kelas-kelas jangka pendek seperti kelas bahasa english, kelas penampilan diri dan berbagai lagi … dan tahun nie saya mengambil satu lagi kelas di UIA secara sambilan (5 tahun lagi saya akan menjadi lesen sec ) … kerana bagi saya pendidikan adalah pelaburan didalam bidang pekerjaan … mungkin kerana itu saya mempunyai nilai didlam pasaran pekerjaan …doa kan saya ya ….

No comments:
Post a Comment