Saturday, June 02, 2007

KEHIDUPAN

Minggu ini minggu yang sungguh sungguh memenatkan. Aku sudah kehilangan punca. demam masih tidak kebah kebah .. sekejap panas sekejap sejuk... kali ini batuk pula mula menyerang... suami sudah mula bersungut walaupun dengan nada manja dan sayang tetapi aku menganggapnya sebagai satu amaran .

"Yang kenapa selalu benar sakit sakit ya" lembut katanya tetapi bagi aku yang mendengarnya bagai racun pahit untuk ditelan.

Dioffice juga aku mula datang lewat kerana malam tidak keruan tidur maka bila hendak kepagi ubat batuk yang ku ambil baru mendatangkan kesan... akhirnya aku selalu kelewatan. Mei, aku sudah 3 hari mengambil MC maka tak mungkin aku akan mengambil MC lagi... memang kalau sakit ambil lah cuti .. tapi kalau terlalu kerap boss akan menjeling manja ... kita tak fit untuk bekerja .. jika kamu tidak fit lebih ramai yang fit for it ... itu amaran yang tidak bertulis yang perlu diketahui oleh semua pekerja didunia. Maka demam demam pun terpaksalah bekerja.

Bila sakit macam nie baru lah terfikir ... bagaimana indahnya jika ada kedua ibu bapa... walaupun air panas suam disuapkan kemulut ianya ibarat madu.. saya masih ingat bila saya sakit (saya selalu sakit).. ibu hanya mengusap tangannya yang lemah ketubuh saya... mulutnya kumat kamit membaca doa ... sejam kemudian kebah lah sakit saya ... itulah kasih ibu... dan bila sakit menyerang saya terfikir mengapa saya tidak berkawin dengan anak raja (ada ke anak raja inginkan saya - anak raja sekarang gilakan pan-asia) kalau sakit sakit tak pahaya pergi kerja ... entahlah bagaimana nasib saya bila tua nanti .. tiada ibu, tiada bapa, tiada saudara apatah lagi anak untuk menjaga .. nampaknya saya cuma ada YANG KUASA untuk mencurahkan kasih dan sayang kepada saya ... untuk menjaga saya dimuka bumi yang sangat sukar ini.
Berbalik pasal kehidupan, kawan kerja dah naik pangkat so kena tukar department - sudah 11 tahun dia ditempat sekarang ... walaupun berat hati untuk melepaskan dia tapi it life kan ... takkan kita nak tahan orang dah tak suka kerja, biar lah dia pergi. Nanti baru dia kenal dan dapat membezakan hijau mana yang lebih bening. Saya percaya bahawa setiap kehiduapan ada putarannya kadang kala diatas kadang kala dibawah. Maka kita kena bersedia untuk hidup sukar dan bukan setiap masa kita akan senang sentiasa. Bila ketiadaannya saya keseorangan... kerja yang sepatutnya untuk dua orang telah jatuh beban-bebannya semua dibahu saya... dan kerja disyarikat besar ini, warganya terlalu "kiasu". Lagi kita yang berpangkat kecil nak minta tolong dng siapa ... maka isu untuk mengantikan saya diwaktu rehat diperbesarkan - tidak mengapa saya ambil segalanya secara positif, dikala ini baru saya nampak bagaimana permainan politik dikalangan staff dan siapa yang boleh dijadikan kawan dan siapa pula yang ingin berlawan. So memang this week memang tension dengan tempat kerja - ada rasa nak quit je ... tapi bila fikir fikir balik ... lela dah selalu lari dari masalah... kali nie lela cuba berhadapan dengan nya ... lantak lah kalau orang boleh stay kat situ 30 tahun , malu lah kita baru tak sampai setahun nak berhentikan... i will show to them ... sapa yang tahan !!! hehheheheheheh
Dah hampir 3 bulan kita tak balik kampung. banyak faktor antaranya sebab busy, busy , busy dan malas. macam mana pun kampung itu tetap rumah orang dan saya masih dianggap "orang luar" bila demam dan tak sihat nie tak selesa bila berada dirumah orang ..malam mesti batuk batuk nanti macam mana orang lain nak tidur kan... lepas tu bila demam selalu ke bilik air .. karang dok turun naik turun naik payahlah pulak ... lepas tu bila dah demam takkan nak duduk je ... kalau rumah sendiri nak berbaring ke nak telangkup ke tak siapa yang peduli maka suami pun pulang lah sendirian ... tinggalah kita sendirian ... mula mula sedih lah juga suami tinggal kan kita .. takut pun ada
(bersambung.....)

No comments: