Thursday, June 14, 2007

HIJAUKAN BUMI MALAYSIA????


Sempena World Enviroment Day 2007 - 5 June , lela pun bersemangat lah kononnya hendak menyelamat bumi kita yang sedang sakit nie. Tapi bila lela fikir tak guna kalau lela seorang je beriya iya untuk menyelamatkan bumi ini... seumur hidup lela tak pernah tebang pokok, lela tak pernah buang sampai kedalam sungai, tak pernah tuba sungai tak pernah rosak kan karang dilaut, tak pernah bunuh gajah untuk gading, tak pernah bunuh rimau sebaliknya setiap malam khamis lela beri bertih pada rimau piliharan tok moyang lela ... dari kecil lela memang sayangkan pokok ... kalau pokok kunyit lela mati pun lela sedih ini kan pokok yang besar dan tua ...tebang tebang pokok nie semua kerja orang kerajaan dan ahli politik dan hantu yang paling besar sekali adalah RAJA... mereka lah manusia manusia SIALAN yang sanggup memotong pokok pokok balak, mencemari sungai kita dan menarah gunung ganang ciptaan tuhan. Lepas tu melaungkan jangan buang sampah ... jangan potong pokok .. jangan tarah gunung ... gila ke tak? Bila banjir kuala lumpur, bila banjir kota tinggi salah kan rakyat - cakap rakyat tak bersediah , rakyat pengotor. kalau kita fikir secara waras rakyat sekarang nie pun dah tak de tanah .. duduk kat rumah haram ... apa pulak nak tebang balak ... apa pulak nak tarah gunung ... sapa yang bagi konsasi lebuh raya? siapa yang bagi konsasi balak? siapa yang menukar status tanah? siapa yang memberi AP? siapa yang nak jual kereta murah sampai kalau boleh anak yang baru lahir dari perut pun mereka suruh dapat kan lesen kereta?? siapa dan siapa???? Bila rakyat menolak projek highway, menolak projek padang golf mereka kata rakyat tolak kemajuanan bla bla bla ...bila udara dah tercemar salah kan rakyat membakar sampah? bila hutan dah tak de rimau, gajah dan badak dah mengamuk salahkan rakyat... kata rakyat yang tebang hutan, kata rakyat yang pengotor dan berbagai lagi... semua salah kan rakyat ... bila malaysia dah gondol dan kotor cakap lah pula menjadi tanggungjawab rakyat untuk menanam pokok ... besok kita puas tanam pokok so nanti anak dan cucu cicit raja dan pak menteri boleh tebang jual balak ... bila kaya tak nak lah pulak bagi kat rakyat ... tak nak kawin dng perempuan melayu ... bila kaya anak raja sebuk nak kawin dengan mat saleh yang berkulit macam kulit babi pak menteri sebuk nak kawin dng org france yang hanya bertudung bila piliharaya .... tak pandang melayu tapi bila susah orang melayu kena berkorban ... hisap darah orang melayu sampai habis ... itulah celaka nya politikus dan raja melayu ...
::Green Day::


kuala lumpur yang sudah tiada warna kehijauan

Semalam lela pergi ke FIRM - untuk menghijaukan hari hari dikota batu dan berlumpur nie. Berbagai aktiviti hijau cuba dicadangkan... cara menghijaukan bumi cara menghijaukan otak manusia tapi seperti yang lela katakan tak guna rakyat je yang beriya iya ... menteri alam sekitar dok belek t*t*k bini je. Menteri Alam sekitar bukan setakat pi tengok sungai lepas tu bagi komen itu ini ... Menteri Alam Sekitar perlu rombak undang undang yang dah lapok tu, bawa ke dewan parlimen untuk diperbahaskan... sesiapa yang belajar law - tahu betapa rapun nya akta tanah negara, betapa hinanya akta hutan negara. pi buat undang undang bagai mana nak penjara kan business man yang bertopeng kan datuk ship, politikus yang bertopengkan malaikat, dan raja yang bertopengkan tuhan.

So lela pun pi lah jalan jalan, sebenarnya sengaja nak pi tengok Taman Rimba FRIM - rasa rasa nya ramai lah businessman ak pak menteri ak kerabat selangor yang bermimpikan tanah di sini... mana tak nyer orang sekarang pantang lihat hijau, mula lah terfikir projek rumah banglo lah, padang golf lah... itulah inilah... ada je idea, mungkin manusia kini benci / alah melihat warna hijau, alah melihat pokok menjulang ke langit. Geli tengok tanah dan becak kononnya... takut kepada nyamuk dan katak... kalau boleh seluruh Malaysia nak di turap dengan tar atau lebih canggih lagi dipasang batu mamar disetiap inci bumi Malaya ini. Begitu sombongnya manusia kini. Masa Lela sampai di FIRM, bergegarlah hutan dengan Sinar FM, bertambah sampah-sarap yang dicipta oleh STAR dan UTUSAN. Kereta kereta dengan gahnya membelah hutan di FIRM. Kata nak hijau kan bumi? kenapa tak suruh pelawat berjalan kaki dari pintu masuk di FIRM, kenapa perlu gegaran kan bumi FIRM yang sepi dan damai? ini bukan nak hijaukan bumi tapi semua hanya topeng topeng yang berkepentingan. Maka beberapa orang anak peribumi didatangkan khas dari Ulu Jelai Pahang.. menyanyikan lagu alam, bersawang dan meniup seruling bambu meniup lagu sedih. Kemudian di panggil Zainal menyanyikan lagu HIJAU dan setelah selesai upacara, pengujung dan penganjur menodai hutan dengan membuang sampah...hahahhahahah its a GREEN DAY for me...

No comments: