Thursday, June 07, 2007

DUIT DUIT DUIT RM RM RM

Setiap hari kita celik je mata ... kita ingat nak pergi cari duit... pi kerja ingat duit duit duit, duduk makan cerita duit duit duit, balik rumah duit duit duit, balik kampung mak pak kita dok cerita duit duit.. kalau tak straight to the point pun morol of the story adalah duit duit duit harta harta harta... orang tu buat rumah baru, polan beli kereta baru, bini baru dan semuanya baru baru ..sehingga kadang kala duduk di surau pun cerita projek itu, pelaburan ini. Sampai di dalam LRT pun dok cerita billion billion. Kadang kala tertawa sendirian ... bila mendengar cerita juta juta ringgit dan dollar.
Hari ini terlalu sukar untuk mencari manusia yang berhati ikhlas ... jika baik mesti bersebab dan diakhir cerita pastilah wang wang duit duit rm dan rm ... tidak kira rakan ataupun sedara. Tiada duit jangan cerita ... air liur saja tidak akan dilayan. Budi dan bahasa bukan lagi ukuran. Berbahasa kini adalah wang. Ada wang anda dilayan bagai kan raja.
Satu ketika dahulu saya memandang wang adalah tuhan dan segalanya. Tiada wang tiada ertinya ... semuanya memerlukan wang wang wang ... apa yang saya nampak semuanya boleh mendatang kan wang ... sehingga kini saya nampak RM disetiap sudut mata saya.... sehinggkan suami selalu bergurau bahawa jika ada setitis darah cina ditubuh sesiapa, wang akan tergambar dimata. Memang ada kebenarannya...
Tetapi pengalaman dan kedewasaan mematangkan saya... kini wang bukan lagi ukuran segalanya. Ya Wang penting sebagai petrol untuk bergerak tetapi kini petrol juga boleh diganti dengan air atau lembu untuk bergerak. Itu yang saya lakukan ... wang bukan lagi ditempat pertama bagi saya. Wang adalah ditempat terakhir didalam list saya. Kini saya gembira bila bekerja bukan kerana gaji tetapi kerana minat terhadap kerjaya saya. Kini saya gembira bila menuntut ilmu bukan kerana ingin kan gaji yang lumayan, duduk di tempat yang selesa tetapi menuntut itu adalah makanan rohani saya. jika ingin kan kekayaan bukan menuntut ilmu tetapi menjual nasi lemak atau membuka kedai toto!!!
Saya menjadi manusia yang gembira bila saya membuat benda yang saya sukai yang saya jadikan hobi dikala tengah tension seperti memasak, menulis dan lain yang akhirnya menjadikan saya manusia yang lebih berilmu dan disegani. Yang paling membahagiakan akhirnya segalanya diakhir perjalanaan wang duit dan rm akan datang secara tidak disedari tanpa perlu kita cari dan kejar. Kerana apa saja apabila dikejar akan lari sepantas kilat...

No comments: