Sunday, June 10, 2007

SELAMAT HARI DUNIA?

5 June - hari bumi? Setiap hari di suratkhbar utama melaungkan selogan SELAMAT KAN BUMI KITA - mengajar kita untuk meyelamatkan dunia yang semakin nazak..
Saya masih ingat ketika saya kecil ... ibu selalu menitik berat kan tentang menjimatkan tenaga eletrik .. ibu akan bising jika lampu terbuka begitu saja ... begitu juga dengan pengunaan air ... sehingga kadang kala saya berasa lemas .. mengapa ibu terlalu menjaga benda-benda yang remeh-temeh. Saya masih ingat ibu menggunakan pengosok baju mengunakan arang. Jika saya pulang ke kampung sebelah ibu ... malam hari nenda akan mengunakan pelita bila kami sudah tidur ... itu pun hanya sebuah... saya pelik kenapa nenda menggunakan pelita walaupun sudah ada lampu eletrik ... Nenda masih menggunakan kayu dapur untuk memasak cuma bila cucunya pulang barulah dia menggunakan dapur minyak tanah...
Ibu selalu berkata bahawa zaman saya zaman yang terlalu mudah ...mudah segalanya ... sehingga menjadi pembaziran.. kini apabila bumi semakin tenat saya toleh kebelakang dan saya lihat memang betul ... abad 20 adalah zaman pembaziran ... kita terlalu membazir dan terlalu rakus dan tamak sehingga akhirnya bumi semakin sakit... Kita sudah tidak mahu berkongsi .. kita ingin punya rumah sendiri kalau dulu adik beradik anak beranak tinggal disebuah rumah seperti di sarawak dan negeri sembilan (rumah panjang dan rumah soko), kita sudah tidak mahu naik kendaraan awam - kalau boleh satu orang satu kereta maka terlalu banyak petrol dan CO2 dibebaskan ... gunung dan hutan dirogol untuk membuat jalan raya maka binatang yang tidak berdosa menjadi mangsa. Kita salah kan gajah mengamuk, kita salahkan bila rimau membaham anak anak kecil tapi kita lupa kita tidak tinggalkan secebis hutan untuk mereka berteduh. Untuk kesenangan kita lagi kita mengorek telaga minyak (yang sepatutnya menjadi pelincir diantara plak plak bumi) untuk kita perniagakan ... kita gali batu batan untuk menjadi kalungan didada yang sepatutnya menjadi pasak bumi untuk kita hidup dengan damai buat sementara waktu. Kita semacam tidak puas dengan apa yang tuhan berikan kepada kita .. kalau boleh kita ingin memiliki jet peribadi - satu orang satu??? maka bumi menjadi mangsa dan kita salah kan tuhan? Bumi menjadi panas , ais mencair ... gunung yang dulu diliputi salji kini sudah mula kering ... cuaca sudah berubah .... alam seakan sudah menjadi musuh kepada manusia ... kalau dulu alam adalah kawan tetapi kini alam & haiwan sudah memusuhi kita.
Bila terjadi kemusnahan, peperangan dan bencana - kita salah kan tuhan ... tetapi Allah sudah berkata "Kiamat terjadi atas tangan tangan manusia jua..." maka jangan salahkan Allah apabila bencana terjadi...
Kita diturunkan didunia bukan untuk selama-lamanya... kita diturun kan didunia untuk sementara waktu sahaja ... kita diturun kan kedunia untuk beramal ibadat - untuk menebus dosa kita kerna engkar dengan arahan Allah kerana memakan buah kuldi... jadi mengapa kita merosakkan segalanya .. bumi hanya persinggahan sementara saja - kemudian kita akan ke alam yang kekal ... itu saja ... tidak lebih dari itu .. maka manusia tugas nya di muka bumi ini cuma beramal ibadat, berpesan-pesan kejalan kebaikan kemudian dipindahkan ke alam yang kekal abadi ... kita dilantik sebagai kalifah untuk menjaga amanah allah itu menjadi penjaga kepada seluruh makhluk dibumi - nampaknya manusia yang mengakui sebagai orang islam dan ataupun berugama tauhid, kita sudah gagal dalam tugas tugas kita.
Tugas menyelamatkan bumi adalah tugas setiap manusia tidak kira apa ugama yang kita anuti ... kerana bumi berhak untuk diselamatkan .. jika tidak diakhirat nanti bumi akan meminta pengadilan mengapa dia tidak dibela ...

No comments: