Saturday, June 09, 2007

YANG PERGI...

Tiada yang kekal kecuali Allah yang maha besar. Isnin, terpampang dihampir semua suratkahbar tentang kematian LOGA - Alleycats - aku membaca tanpa sebarang rasa bagi ku tiada yang kekal. Mungkin aku telah banyak kehilangan dan perpisahaan membuat aku sebati dengan kematian.

Kematian dan perpisahan terlalu sebati dengan aku - semua orang yang aku sayangi pergi diambil oleh Penciptanya. Aku cucu kesayagan Datuk ku. Dia pergi ketika aku berumur 7 tahun... kemudian makcik makcik ku .. kemudian nenda ketika aku berumur 12 tahun kemudian ayah menyusul ketika aku baru 18tahun dan ibu pula meninggalkan aku ketika aku berumur 28 tahun ... mereka meninggalkan aku ketika aku betul betul perlukan mereka tetapi aku reda kerana semuanya adalah hak milik Pencipta yang abdai.

Maka bila ada yang tidak tidur malam, sedih sepanjang minggu hanya kematian artis pujaan mereka aku tidak dapat merasakan sama seperti mereka. Mungkin aku telah tepu dengan kepermegian membuat aku sudah tidak punya deria kesediahan...

Yang pergi tetapkan pergi .. kita perlu meneruskan hidup dan berjuang hingga ke hujung nyawa.

No comments: