a simple but meaning ful lunch
Wednesday, July 30, 2008
MISI KEMANUSIAAN 2008
a simple but meaning ful lunch
Sunday, July 27, 2008
KUALA KANGSAR II
kami bertolak dari kuala lumpur tepat jam 7.00 pagi ... kalau diikut kan hati mahu saja saya batalkan hasrat saya untuk mengikuti rombongan ini, saya terlalu kepenatan .... sudah dua minggu saya tidak berehat ... dan jumaatnyer saya pulang kerumah jam 2 pagi ... menghabiskan segala kerja yang tertunggak ... kemudian saya terpaksa bangun jam 6.00 pagi untuk bersiap ... rumah bagai kan tongkang pecah ... mujur suami memahami saya ... memahami minat dan cita cita saya ... he give me full support... jika tidak saya sudah menyerah kalah ketika ini.
kami sampai jam 10.00 pagi dikuala kangsar ... selepas berjumpa dengan fakir miskin dan orang asli dari suku temengor kami bergerak ke bandarnya dan ini lah hasil nyer ... seperti biasa picture show thousand words....
Saturday, July 26, 2008
SEHARI DIKUALA KANGSAR
Dan saya sangat menyukai bandar diraja ini... sungguh romantis tempatnya ... sungai kuala kangsar adalah tarikan utama bandar lama ini. Rumah rumah lama yang utuh menceritakan tentang kegemilangan orang melayu satu ketika dulu. Sungguh sayang generasi muda tidak menjaga rumah rumah lama ini. Pihak majlis pebandaran juga perlu menjaga rumah dan bangunan lama disekitar bandar ini ... kalau semua bangunan lama ini di cat dng warna putih pasti bandar ini akan menjadi lebih istemewa...
Wednesday, July 23, 2008
POLITIKUS
Ketika ini menyampah, meluat, geram dan benci semua nyer bercampur baur .... kalau saya jumpa Pak Lah, Najib, Anwar, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Karpal pasti saya meludah mereka dan menyumpah ... saya betul betul meluat dng sikap mereka yang tidak berhati perut ...
GUYS... pls pls sit down and pls do your workkkkkk!!!!. Kini saya merasakan bahawa orang politik memang macam sial baik BN atau pun PKR atau pun PAS ... semuanya macam sial dan babi .... POLITIKUS IS SUCK... yang menderita adalah rakyat rakyat dan rakyat ... GAJAH DAN GAJAH BERPERANG KANCIL MATI DI TENGAH TENGAH...
Mereka bagaikan kanak kanak yang sedang berebut permainann... mereka tidak lagi ingin mengetahui kira perasaan rakyat ... yang mereka tahu ego dan kepuasaan nafsu mereka tercapai, agenda melayu dan islam cuma dibibir , isu yang digunakan untuk kepentingan peribadi dan survival mereka.... saya tidak paham mengapa PAS begitu bodoh dan bangang untuk sanggup sanggup bersetongkol dng UMNO... rakyat mengundi PAS bukan kerana mereka bangus sangat tetapi rakyat dah tak tahan dengan Barisan Nasional maka saya tidak paham kenapa PAS begitu bodoh dan bahalul untuk bermuzakarahhhhh.... terlupa kah PAS bagaimana kamu di tipu oleh orang orang UMNO .. kalau sekali mungkin boleh maafkan tapi kalau sudah berkali kali di tipu ... itu BODOH BANGANG namanya ... hahahahahahaha
Kini yang penting saya tahu saya cukup makan dan pakai, saya jaga keluarga saya dan periuk nasi saya ... orang politik, kerajaan, raja apa kebenda sudah tidak boleh membantu saya walaupun untuk menurunkan harga beras dan minyak, they are @#^%$##$%^& ... rakyat perlu berusaha sendiri... rakyat perlu bijak berpolitik ... raja dan wakil rakyat bukan lagi pemimpin yang mempunyai rasa belas kepada rakyat ... mereka lah hantu hantu yang tidak mempunyai rasa belas terhadap rakyat yang lemah ... rakyat perlu bijak agar tidak dipijak oleh hantu hantu ini. Ketika ini orang politik tidak boleh membantu saya jika saya kelaparan dan kesejukkan dan sebenarnya org politik lah yang memerlukan kita ... tanpa kita mereka cuma kucing kurap yang kesejukkan..
Saturday, July 19, 2008
SESI KUTIPAN AMAL -2008
barang harian untuk ibu tunggal dan anak yatim disekitar kuala lumpur
beras beras - makan asasi orang malaysia - yang semakin naik naik dan naik harganyer
Sebenarnya dah lama jugaklah lela buat kutipan amal nie. Mula mula dulu belajar tengok-tengok dari arwah Pak Ali and The Geng. Bila tiba bulan puasa Pak Ali sibuk mewarwarkan kepada rakan rakan beliau untuk kumpul beras dan dia akan pi hantar sendiri kepada fakir miskin di kelantan. Lela pun join bagi sekampit dua untuk sedekah arwah ayah dan emak - yalah tu yang termampu lela lakukan untuk membalas kedua jasa arwah. Lepas tu macam dah syok lah pulak, ikut sama sama dengan group pak ali pi distribute barang barang tu ke rumah rumah. terasa macam satu kepuasaan melihat mereka menerima pemberiann kita yang tak seberapa. Kalau dulu lela rasa tak de penting nyer barang barang nie tapi bila tengok betapa gembira dan terharu mereka menerima barangan tu lela jadi insaf. Lepas arwah Pak Ali meninggal ... kutipan ini lela lakukan sendiri dengan dana sendiri ... tapi lela tak larat nak pi kat kelantan .. so lela pun cuba cari dekat dekat kuala lumpur nie. Tahun lepas lela hantar ke 2 buah rumah di kuala lumpur dan sebuah keluarga dan surau di janda baik.
Tahun nie syukur, adik dan kawan kawan pun join sekali, tong tong sama sama so dapat banyak sikit ... kalau dulu lela cuma dapat bagi kepada 3 keluarga dan sebuah surau di janda baik, kini dapat bagi lebih sikit .. antara barang yang kami terima adalah
a. beras
b. milo
c. susu
d. gula
e. tea
dan kami akan agih agih kan kepada kepada
a. seorang ibu tunggal yang berusia 60tahun di kelumpuk serunding malam
b. sekeluarga anak anak yatim, 4 orang anak dijaga oleh seorang abang yang berumur 19tahun di kelumpuk mawar
c. sekeluarga, 4 orang anak, isteri tidak bekerja suami kerja buruh am di kelumpuk teratai
d. sekeluarga , 4 orang anak, isteri tidak bekerja , suami kerja tanam kacang di janda baik
e. di surau janda baik yang sering didatangi oleh musafir .
f. sekeluarga orang asli berugama islam di janda baik.
g. 10 keluarga fakir di perak.
tujuan lela letak disini bukan nak menunjuk tetapi nak galakkan kepada semua diluar sana.. sebagai orang islam kita patut banyak menderma dan bersedekah ... tapi lela tahu ramai yang suka bersedkah tapi tak tahu nak hantar kan mana kan... sama macam lela ... tapi syukur sekarang nie tuhan bukak mata dan minda lela macam mana nak gerakkan ia. ramai lagi diluar sana memerlukan bantuan kita tapi tulah kadang kala orang kebajikaan nie tak buat kerja .. ketua kampung pun pilih bulu... dana dari kerajaan tu kadang kala tak sampai pada warga sasaran...
Semalam lela pi satu rumah anak yatim pi hantar barang barang nie ... abang dia punya lah gembira sampai tak tahu nak cakap apa .. dia kata tak sangka ada orang yang nak bagi barang barang nie .. maklum lah sekarang harga barang barang nie pun mahal mencancak cacak... lela senyum je .. syukur kerana barangan kami sampai ke sasaran. so kawan kawan apa lagi ... mari lah kita menderma ... walaupun sedikit .
Tuesday, July 15, 2008
I NEED A BREAK
Salah satu cara untuk saya memusabah adalah dng menghadiri kelas kelas agama. Setiap sabtu kariah surau akan menganjurkan kuliah kepada muslimah. Saya rasa inilah cara yang paling baik untuk saya melihat diri saya kembali ... saya masih ingat lagi pesan tok muda kepada saya ... berikan at least 5% masa utk Allah.... maka setiap saya macam mana sibuk nyer saya ... saya cuba untuk menghadiri kuliah kuliah yang dirancang... ya sometimes we have to go to basic ... baru kita menghargai kehidupan. duduk didalam rumah allah terasa amat kerdil sekali ... terutama perlu berselimpuh membuat kita merasa betapa hinanya kita di mata Allah.... ketika inilah baru mengenali jiran jiran tetangga...
i think this is the best break that i had...
PROBITION PERIOD
dimana aku tuai kesabaran ... ya setiap 21 hari bulan bila bank ku menunjukkan angka angka yang amat payah untuk di capai jika aku duduk dirumah. maka setiap kali rasa marah dan dengkel berlubuk dihati akan ku lihat angka angka di dalam bank untuk memujuk hati ... agar bersabar...
Bekerja dengan syarikat multi nasional bukan sesautu yang mudah... rat race ada dimana mana, politik sudah sebati dengan jiwa mereka. tetapi ada kebaikannya ... we work more faster than other ... to be a head from others... kadang kala aku terfikir kesibukan ini yang membuat kami terus bernafas dan bertenaga ... kepuasan kerja membuat aku terus hidup.
Syukur kepada Tuhan yang Esa kerana menunjukkan jalan yang lurus ... memurah kan rezeki dan memudahkan segala perjalanan hidup ku kini .... tanpa pedomannya tidak mungkin aku disini dan mengecapi kenikmatanNYA.
Monday, July 07, 2008
KERAS TANGAN
lela melangaui satu lagi fasa ... setahun dua nie lela start masuk bengkel kraf tangan , jahit menjahit ... sebab lela nie memang keras tangan so nak lah melembutkan jari jemari supaya menjadi perempuan sejati ...
lela dari kecil memang tak minat kerja kerja jahit menjahit nie ... kerja kerja seni nie memang bukan jurusan lela ... lela cuma tahu keje dan membaca ... hahahahah ...
so last week lela dan rakan rakan duduk di dewan memulakan bengkel jahitan ... kami buat cover kusyen ... start pukul 12 habis pukul 6 petang .. itu pun tak siap lagi ... 2 minggu lagi kena sambung belajar ... huhuhuuuhuuu
buat masa nie hobi yang paling best masih membacalah tapi i think to do this kind of krafting thing make us to learn how to be sabar yelah buat benda nie kan kena teliti .. kemas .. comel comel ... kita nie tangan je nampak gebu tapi keras berdetum .. hahahahahha sometimes i think i dont have the women side of me ...