Wednesday, July 30, 2008

MISI KEMANUSIAAN 2008

ikhlas dari kami
nasi brani titik peluh orang kampung menjadi jamuaan kaya dan miskin

a simple but meaning ful lunch

para jemputan dan fakir miskin duduk sama rata... tiada perbezaan

ini adalah entry terakhir saya di negeri perak. saya tidak mahu menulis dengan panjang lebar mengenai misi ini takut nanti di tuduh riak tetapi saya berpuas hati dengan aturcara dan apa yang telah kami capai. kalau dulu saya menderma dalam skala yang kecil ... kini syukur jaringan rakan rakan bertambah besar. dulu saya pergi bersama beberapa teman teman kini sudah boleh ikut rombongan cik kiah .... kalau dulu masa ikut pak ali kami berkonvoi dengan beberapa bijik kereta kekelantan ... dengan deebers pula lain cara nyer ... ada artis dan kami ke rumah anak anak yatim ... tapi dengan wirda ada wanita, kanak kanak dan fakir miskin dan juga kaum orang asli dari suku kaum temenggur dari ulu perak. Mereka di beri sedikit keperluan dapur untuk meringinkan beban kenaikan harga minyak dan beras... memang apa yang kami beri tidak dapat meng-kayakan mereka tetapi kami ingin menghantar isyarat kepada orang orang yang kurang berkemampuan bahawa kami tahu akan kepayahaan mereka... mereka tidak berseorangan bila menghadapi kegawatan ini.
kami juga di jamu dengan nasi minyak yang dimasak secara gotong royong oleh penduduk padang regas ... dah lama betul sebenarnya saya tidak makan nasi minyak di tepi kemah berpanas terik ... it such as simple dish but with a love ... di kuala lumpur mana nak rasa macam nie lagi .. semua di dewan bercatering ... walaupun tak cukup meja dan kerusi .. kami makan dengan tangan tanpa air basuh dan duduk mencakung atau berdiri tapi kami gembira dan puas pabila melihat kanak kanak makan dengan gembira ... mmmm syukur kepada allah kerana memberi saya pengalaman yang begitu menarik sekali ... air sirap kampung dengan ais paling enak sekali diwaktu panas terik ... teringat semasa saya kecil dikampung halaman ketika buat kenduri perkahwiaan ... begini lah rasanya. Yang kelakarnyer walaupun makan tanpa sudu dan tidak cukup air ... perut tak merangam ... walaupun makan berdiri .. enaknyer tidak terperi ... mungkin air tangan orang kampung yang iklas memasak membuat semuanya menjadi begitu molek dan enak sekali ....
yang pasti saya tidak akan serik untuk mengjoin kan diri dlm acara acara sebegini rupa dimasa yang akan datang ... dengan izin allah juga.

No comments: