Saturday, July 19, 2008

SESI KUTIPAN AMAL -2008

10 pax teh untuk fakir miskin di perak

barang harian untuk ibu tunggal dan anak yatim disekitar kuala lumpur

beras beras - makan asasi orang malaysia - yang semakin naik naik dan naik harganyer


Sebenarnya dah lama jugaklah lela buat kutipan amal nie. Mula mula dulu belajar tengok-tengok dari arwah Pak Ali and The Geng. Bila tiba bulan puasa Pak Ali sibuk mewarwarkan kepada rakan rakan beliau untuk kumpul beras dan dia akan pi hantar sendiri kepada fakir miskin di kelantan. Lela pun join bagi sekampit dua untuk sedekah arwah ayah dan emak - yalah tu yang termampu lela lakukan untuk membalas kedua jasa arwah. Lepas tu macam dah syok lah pulak, ikut sama sama dengan group pak ali pi distribute barang barang tu ke rumah rumah. terasa macam satu kepuasaan melihat mereka menerima pemberiann kita yang tak seberapa. Kalau dulu lela rasa tak de penting nyer barang barang nie tapi bila tengok betapa gembira dan terharu mereka menerima barangan tu lela jadi insaf. Lepas arwah Pak Ali meninggal ... kutipan ini lela lakukan sendiri dengan dana sendiri ... tapi lela tak larat nak pi kat kelantan .. so lela pun cuba cari dekat dekat kuala lumpur nie. Tahun lepas lela hantar ke 2 buah rumah di kuala lumpur dan sebuah keluarga dan surau di janda baik.

Tahun nie syukur, adik dan kawan kawan pun join sekali, tong tong sama sama so dapat banyak sikit ... kalau dulu lela cuma dapat bagi kepada 3 keluarga dan sebuah surau di janda baik, kini dapat bagi lebih sikit .. antara barang yang kami terima adalah
a. beras
b. milo
c. susu
d. gula
e. tea

dan kami akan agih agih kan kepada kepada
a. seorang ibu tunggal yang berusia 60tahun di kelumpuk serunding malam
b. sekeluarga anak anak yatim, 4 orang anak dijaga oleh seorang abang yang berumur 19tahun di kelumpuk mawar
c. sekeluarga, 4 orang anak, isteri tidak bekerja suami kerja buruh am di kelumpuk teratai
d. sekeluarga , 4 orang anak, isteri tidak bekerja , suami kerja tanam kacang di janda baik
e. di surau janda baik yang sering didatangi oleh musafir .
f. sekeluarga orang asli berugama islam di janda baik.
g. 10 keluarga fakir di perak.

tujuan lela letak disini bukan nak menunjuk tetapi nak galakkan kepada semua diluar sana.. sebagai orang islam kita patut banyak menderma dan bersedekah ... tapi lela tahu ramai yang suka bersedkah tapi tak tahu nak hantar kan mana kan... sama macam lela ... tapi syukur sekarang nie tuhan bukak mata dan minda lela macam mana nak gerakkan ia. ramai lagi diluar sana memerlukan bantuan kita tapi tulah kadang kala orang kebajikaan nie tak buat kerja .. ketua kampung pun pilih bulu... dana dari kerajaan tu kadang kala tak sampai pada warga sasaran...

Semalam lela pi satu rumah anak yatim pi hantar barang barang nie ... abang dia punya lah gembira sampai tak tahu nak cakap apa .. dia kata tak sangka ada orang yang nak bagi barang barang nie .. maklum lah sekarang harga barang barang nie pun mahal mencancak cacak... lela senyum je .. syukur kerana barangan kami sampai ke sasaran. so kawan kawan apa lagi ... mari lah kita menderma ... walaupun sedikit .

No comments: