Friday, December 26, 2008

HARI NATAL

kalau setahun lepas aku menyambut natal di singapura ... memang niat di hati ingin ke pulau temasik untuk bercuti ... sehingga hujung tahun tapi bila dah jadi macam nie ... semua aktiviti ku di tangguhkan untuk seketika ... anak anak itu lebih penting ... telah menjadi impian melihat anak anak itu nanti berjaya satu hari kelak.

Ada yang bertanya mengapa aku perlu susah susah ... seperti yang ku kata kan ... aku tidak mahu mereka merasakan seperti yang aku rasa .. dan bagi diri ku biar susah setahun dua nie dari merana seumur hidup ... ah tentu kamu jemu membaca cerita sedih ini ya .. berbalik kepada hari natal ...
tahun ini aku menyambut nyer di bangsar ... nampaknyer ia tidak sehebat ditahun tahun lalu ... tidak banyak kerena dan warga mat salleh berlepakkan dan mabuk mabukan ... mungkin kerana gawat ... kadang kala ada baiknyer gawat ...

mula mula aku ke bangsar village untuk pergi ke MPH ... kosong ... tidak terasa santa akan turun ... apabila natal dijadikan produt maka bila gawat roh natal itu sendiri menjadi kosong dan hampas ... nampak orang orang kaya dijalan telawi lebih rela duduk di rumah dari mencicip secawan kopi berpuluh ringgit .. gawat sudah terasa mungkin.

selesai membelek buku ... aku dan suami menyusuri jalan di telawi menuju ke mc'd ... mc'd bangsar tempat sentimental bagi kami berdua ... dikala bercinta kami lepakking di sini ... duduk duduk sambil minum coke melihat gelagat manusia yang ingin menyambut hari natal ... nampaknyer kemeriahaan sudah hilang ... anak anak gadis menjual pre-paid lebih ramai dari warga yang datang untuk meraikan malam natal ... anak gadis melayu menjual pre-paid kad... anak anak lelaki india berkeliaran menjual tin-tin party pack ... mmmm ... nampaknyer kota kita sudah menuju kearah kota jakarta , delhi dan mana mana kota kelas 4... lebih ramai menjual dari membeli ... tawar menawar sudah merata ... membuat kami tidak betah duduk ...

kami pulang jam 1 pagi ... tiada keseronaokan yang cuma ada harapan yang akan hilang di telan kegelapan malam ...

Thursday, December 25, 2008

BANGSARIAN

Kini aku berkampung di bangsar ... huuuuu canggihkan ... yes i'm offically a bangsarian for a year or two... memang sebelum aku kawin aku tinggal di bangsar ... tapi sudah hampir 11 tahun aku meninggalkan tempat ini...

selepas berkawin aku beli rumah di setiawangsa .. sehinggalah semuanyer terpaksa berubah ... tapi yang kelakar memang dah dua tiga bulan di aku dok cerita dng suami nak duduk dibangsar je ... mudah .. dapat sewa rumah di pantai hill park pun ok la ... sebabnya semua family ku ..kakak, makcik, mak sedara ... sepupu sepapat dari suami dan aku semua menetap di kawasaan bangsar dan pj... dah hampir 4 tahun aku bekerja di bangsar juga ... so its a very ideal place to live in ..

tapi biasa lah bangsar, harta tanah mahal gila ... tak mampu orang seperti aku untuk duduk dan menyewa disini... tiba tiba kena pulak diduduk berkampung dirumah kakak ku ...

bangsar tidak seperti 10 tahun yang lalu ... ya masa bergerak dan berubah ... try to get in track ... benda yang pertama kami lakukan sebagai warga bangsar adalah ... huhuuuu menebeng setiap pagi di kedai mamak .. hahahahaah ... yes we had a good breakfast to a diff mamak resotoren a very day ...restoren mamak di bangsar terutama di telawi dan lucky garden bersih dan canggih ... kalah mc'd di setiawangsa...


family kakak ku try to live with the life ... but there is a empty inside of everyboday... so yang penting aku lah yang kena kuat ... benda pertama yang aku lakuka adalah ... membasuh semua kain cadar dan sarung bantal ... ya bau badan abang ipar ku melekat sehingga ke sanubari ... it quite sad to see all the children hugging the bantal to smeelll the father sweat ... walaupun nampak aku kejam but life have to gooooo on ... aku panas kan bantal di mentari pagi .. syukur kini bantal bantal sudah garing di bakar sang suria,

dan aku start mengemas bilik study nyer ... benda pertama yang aku buang adalah abuk rokok dan kotak kotak rokok ...bau rokoknyer akan mengingatkan kami kepada beliau ...

semuanyer berubah kini

abang ipar ku telah selamat di kebumikan ... dia telah berjumpa dengan Sang Pencipta .. selamat dia di dunia sana.

Maka dia meninggalkan seorang balu (kak ku) 2 puteri dan 2 putera ... he has been a very good husband and father.... meninggalkan segalanyer ... cuma kini anak anak dan isteri nyer memerlukan moral support ... ya lah meninggal secara mengejut ... semua tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab...apabila suami atau ayah berada bersama kita tak terasa keujudan dan tanggungjawabnyer atau kita merasa selesa dan selamat kerana kita tahu ayah , suami atau abang akan ada bila ada sesautu terjadi ...

tapi kini segalanyer perlu berubah ... ibu mesti memenganggan 2 tangunggjawab.. anak mesti memainkkan peranaan juga .. sudah tidak boleh manja dan setiap keputusan mesti tepat dan cepat ...

dan aku ... kehidupan ku juga kini berubah ... kalau dulu selesa hidup bersama suami di rumah ... kerja , balik, kemas rumah menjadi aturan hidup ... buat seketika aku dan suami akan berpindah rumah ... duduk di rumah kakak ku .... anak anak dan kakakku memerlukan lelaki di rumah ... untuk menjadi pembakar semangat dan tunggak kekuatan ... ada yang berkata mengapa perlu bersusah susah biar saja mereka berdikari .. sampai bila pula ingin bergantung hidup ..

aku juga pernah merasa kehilangan ayah diwaktu begitu muda... tidak siapa yang ambil peduli ... jadi aku faham perasaan anak anak sedara ku ... mereka ibarat anak ayam kehilangan ibu .. helang sentiasa berlegar ingin menyambar jika terlalai ... kalau bukan helang diangkasa musang sentiasa mengunggu.... maka menjadi tanggungjawab bukan seorang adik, emak sedara tetapi sebagai islam kita perlu menjaga sehinggalah mereka boleh berdikari ... besar pahala menjaga dan mengasihi anak anak yatim ...

berbalik kepada atauran hidup ku kini .... semua nyer berubah ... aku juga dalam proses penyesuaiaan ... kalau dulu semua sendiri ... kini ... anak anak sedara pasti call jika aku pulang lewat (huhuuuuuu) ... keselesaan sudah tidak ada dlm kamus ketika ini ... yang penting kini cuma anak anak ini perlu hidup dlm suasana ceria dan mampu berdikari kelak ... aku tidak mahu kesilapan yang sama berlaku kepada adik adik ku ketika ayah ku sudah tiada.

Friday, December 19, 2008

kepada jua ia kembali

seluruh keluarga sedang bersedih ... beliau bukan saja abang ipar dari kak sulung tetapi sepupu ku dari sebelah ayah ku ... bukan itu saja dia ibarat "pillar" of the family ... not only for his own family but kepad keluarga ku dan seluruh clan di melaka .

beliau adalah anak sulung lelaki dan cucu sulung lelaki ... berkawin dengan kak sulung ku .. membuatkan dia betul betul yang mengetuai segalanya ... kalau ada apa apa masallah kepada beliau lah kami jadi rujukan ...

isnin lepas dia telah meninggalkan kami .... yes the pillir of the family has gone ... bukan saja anak anaknyer terkapai kapai tapi kami juga terbabit ... ia satu kehilangan yang amat besar bagi keluarga kami ... bila sauk sudah tiada kapal pasti terkapai kapai ... seperti anak ayam kehilangan ibu... helang menanti mencari mangsa.

beliau meninggalkan 4 waris dan seorang balu ... masih bersekolah semuanyer ... buat seketika aku dan suami akan berpindah sebentar ke rumah mereka ... sehingga mereka boleh menerima hakikat bahawa sauh nyer sudah tiada....

kehilangan ini sungguh menyakitkan ... tetapi hidup perlu di teruskan ... semuanya adalah hak Allah juga dan kita tidak boleh bertanya mengapa dan kenapa ... sudah menjadi hukum alam setiap yang hidup pasti mati ... maka aku dan suami mesti kuat ... ketika ini kami lah yang menjadi sauh dan pillir sehingga anak anak nyer kuat untuk mengharungi dugaan dan badai ...

Thursday, December 11, 2008

MELAYU?



hahahahah aku bangga jadi anak melaka... SHAHRUKH_KHAN telah kita melayukan seperti mamak kuti mahadir mengaku diri nyer MELAYU .... seperti dato k yang mengaku diri nyer melayu ... nie lah baru nama gokal ....

Monday, December 08, 2008

HARI RAYA QURBAN

Cuaca sungguh lembab. Sana sini hujan turun dan turun ... kabus tebal menutupi bumi ... tahun ini kita beraya dengan kopi panas .. sungguh enak sekali ...

menu di pagi raya kali ini amat menyeronokkan ... sup daging , nasi impit dan kopi panas ... sesuatu yg istemewa lain dari yang lain ... pagi yang dingin kabus dan hujan mengindahkan lagi suasana, suara takbir berkumbandang segenap alam menyeru agar manusia kembali kepada fitrahnyer dan jam 12 , mentari masih tidak muncul langit masih kelabu ...

ketika kita sedang enak menghirup air renehan daging apa khabar pada saudara saudara kita di kelantan dan terengganu ... banjir tetapi yang pasti mereka tidak sekalut orang orang kaya di bukit antarabangsa ... perlu bantuan tentera dan kapal terbang ... tak ramai pun tapi kecuh nyer satu dunia ... begitu lah adat orang kaya dan terkenal ...

sehari sebelum raya, aku menyebuk kan diri ke pasar keramat ... suasananya meriah sekali .. ramai yang membeli belah untuk hari lembaran ... daun ketupat merata rata ... mmmm... kedai jual kelapa beratur menanti giliran ... malamnyer pula aku ke gombak melawat adik lelaki ku ... membawa redang untuk mereka sekeluarga ... sepanjang perjalanan dunia dan melayu telah banyak berubah ... di balik kemordenan mereka sudah lupa kemeriahan hari raya ... wanita wanita melayu beratur panjang membeli rendang di tepi zoo negara ... makcik makcik kampung yang duduk di bandar sudah lupa bagaimana cara untuk mengayam ketuapt dan mereneh rendang ... anak anak lelaki tidak reti untuk mencari buluh untuk dibuat lemang ... mereka di kedai kopi berbual kosong ... maka mati lah kenikmatan takbir di malam hari ...

anak anak melayu bergitu gayat melihat lembu lembu di ikat untuk dibuat korban... mungkin nilah kali pertama mereka melihat lembu hidup ... gayat nyer sehingga sanggup mengerumi lembu lembu sehingga berjam jam .... ohhhhh anak anak melayu kampung yang sudah disunatkan menjadi orang modern kononnyer.

hari ini bukan mengenai lembu, rendang atau baju ... ianya lebih bermakna ... hari dimana hari meraikan cinta, kasih dan pengorbanan sejagat .. hari untuk kita meraikan dengan kasih dan sayang, bersaudaraan dan kesatuaan ... hari ini kita patut jadi kan hari dimana hari pertemuaan dua kasih suami isteri dan anak bersatu ... hari dimana kita patut berkorban apa saja demi ugama bangsa dan tanah air ... menyembelih lembu adalah qorban yang paling nipis sekali .. pengorbaan yang lebih besar di tuntut ... menyatukan keluarga ... balik berkumpul bersama ibu bapa sanak saudara mengeratkan persaudaraan ... hari dimana kasih sayang dipupuk ... hari kita mengikat janji dengan allah untuk berjihad mencurahkan selurah jiwa dan raga demi islam dan melayu tercinta....

Sunday, December 07, 2008

RAYA HAJI

seperti biasa bila tiba hari raya haji saya akan sibuk kerana sudah hampir 4 tahun kami menyambutnyer di rumah sendiri dikuala lumpur . Ingat ingat dan cadang kan tahun nie nak beraya di rumah suami tetapi entah macam mana plan terpaksa berubah maka kami sambut je lar di sini. Salah satu sebabnya adik saya yang bongsu bersalin ... ya kami tak de orang tua maka terpaksa lah pergi jengok jengok tengok apa yang patut.

Sudah menjadi kebiasaan saya bila hari raya mesti ada baju kurung, rendang ketupat dan saudara mara berkumpul ... memang kalau ikut zaman sekarang ketika musim akhir tahun, cuti sekolah dan bonos nak je pi melancung bersama suami tapi oh tidak saya tidak mahu budaya melayu islam telan di arus zaman.

hari raya adalah satu kenangan yang mengembirkan bagi saya . yalah masa dulu kita tak de pi mana mana, makan sedap sedap dan pakai baju yang cantik cantik hanya bila tiba hari raya keluarga dapat berkumpul makan sedap sedap dan semua nampak bergembira .... kini tidak lagi .. modensasi telah menukar cara hidup kita dan adat lama sudah dipandang kuno ... tapi tidak bagi saya semoden dan sepandai mana pun saya akan tetap meraikan hari raya seperti mana mak ayah saya meraikan ..

hari ini rumah saya di sapu bersih, lantai dimop ... dapur saya yang sudah hampir setahun tidak berasap ... berbau rempah ratus , bau santan dimasak mengingatkan saya nostalagia yang tidak mungkin akan kembali lagi ... tahun ini seperti biasa saya jemput keluarga dan kenalan yang tidak pulang berhari raya ... saya masak rendang, menanak wajid dan pulut dan menapai tapai untuk menu dipagi raya ...

Saturday, December 06, 2008

LUPA LEKA ATAU DEGIL??

Manusia sering lupa leka dan terlena .. entah mengapa manusia tidak pernah belajar dari sejarah dan akhirnyer inilah berlaku ... kepada sesiapa mahu kita tuding jari ...

yang perlu menjawap segala persoalan nie adalah orang orang yang telah meluluskan segala projek projek ini .. bawa ke muka pengadilan ...

tetapi tuhan amat adil .. kali ini bencana di beri kepada orang kaya dan berpangkat ... bayang kan jika orang seperti kita yang terkena ... orang orang kampung di hulu hulu ...

dan melihat pada gambar gambar diatas ini, tanah runtuh diakibat kan ada projet diatas ... ya manusia ini lebih dari orang lain ... lebih tinggi bagi mereka lebih baik .. dan ini lah jadinyer ... inilah jawapan alam kepada kita bila kita tidak mahu bersahabat dengan mereka lagi ... jangan salah kan tuhan, air , angin atau apa apa ... kita menumpang di sini sepatutnya kita kena menghormati mereka ... so nasib kamu lah labi

Thursday, December 04, 2008

PANTAS

Betapa masa berlalu dengan begitu pantas sekali ... 2008 akan melabuhi tirai ... banyak yang berlaku dan perlu di halusi dan diperbaiki. Masa tidak bergerak pantas ... masih 24 jam sehari 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun tetapi kita yang terlau mengejar dunawi sehingga kita lupa untuk meraikan setiap detik kehidupan....

kepantasan kehidupan seharian telah membuat kita menjadi manusia yang beku dan bodoh ... mengejar bayang bayang sendiri akhirnya tulang dilepaskan kedalam air ... dan bila kita menoleh kebelakang baru lah kita tahu ... manusia telah rugi dengan kerja yang sia sia

kekadang kita perlu memperlahankan sedikit kehidupan ini agar kita dapat meraikan setiap detik kehidupan ... kita lupa pada alam yang sentiasa dekat dengan kita ... kita lupa pada sahabat yang setia pada kita dan kita lupa kepada kedua ibu bapa kita yang telah melahirkan kita hanya untuk mengejar wang yang sedikit.

apalah ada pada wang yang cuma besi besi yang boleh dijual beli... tetapi besi besi ini yang boleh membutakan mata setiap insan yang bergelar manusia mawas.

kita sudah lupa bagaimana manis nyer rasa madu, sejuknya rasa salju dan hijau nyer warna dunia...


perlahan kan masa kita ... melihat betapa alam menangis kesakitan... melihat kerinduan ibu menagih sedikit perhatian ... melihat ungas dan magasaktwa yang minta di bela dari kita bernama manusia.... duduk sejenak bertafakur kepada Yang Esa yang mencipta kan kita dari setitis air yang busuk.

TERLEKA

Manusia
seakan lupa kepada janji janji
kepada pencipta
yang satu

manusia
merogol dan membunuh alam
dan
akhirnya alam sudah mulai
memusuhi manusia

sabtu lalu terjadi lagi tanah runtuh, 2 terkorban. Kita tidak pernah belajar dari sejarah dan ya manusia adalah makhluk yang lupa dan ego. apabila bumi sudah tidak di hormati inilah jadinyer . maka jangan salah kan tuhan untuk apa yang terjadi.

Tetapi sebagai manusia yang berjiwa murni ... kita patut menghulurkan apa juga bantuan...