seluruh keluarga sedang bersedih ... beliau bukan saja abang ipar dari kak sulung tetapi sepupu ku dari sebelah ayah ku ... bukan itu saja dia ibarat "pillar" of the family ... not only for his own family but kepad keluarga ku dan seluruh clan di melaka .
beliau adalah anak sulung lelaki dan cucu sulung lelaki ... berkawin dengan kak sulung ku .. membuatkan dia betul betul yang mengetuai segalanya ... kalau ada apa apa masallah kepada beliau lah kami jadi rujukan ...
isnin lepas dia telah meninggalkan kami .... yes the pillir of the family has gone ... bukan saja anak anaknyer terkapai kapai tapi kami juga terbabit ... ia satu kehilangan yang amat besar bagi keluarga kami ... bila sauk sudah tiada kapal pasti terkapai kapai ... seperti anak ayam kehilangan ibu... helang menanti mencari mangsa.
beliau meninggalkan 4 waris dan seorang balu ... masih bersekolah semuanyer ... buat seketika aku dan suami akan berpindah sebentar ke rumah mereka ... sehingga mereka boleh menerima hakikat bahawa sauh nyer sudah tiada....
kehilangan ini sungguh menyakitkan ... tetapi hidup perlu di teruskan ... semuanya adalah hak Allah juga dan kita tidak boleh bertanya mengapa dan kenapa ... sudah menjadi hukum alam setiap yang hidup pasti mati ... maka aku dan suami mesti kuat ... ketika ini kami lah yang menjadi sauh dan pillir sehingga anak anak nyer kuat untuk mengharungi dugaan dan badai ...
No comments:
Post a Comment