seperti biasa bila tiba hari raya haji saya akan sibuk kerana sudah hampir 4 tahun kami menyambutnyer di rumah sendiri dikuala lumpur . Ingat ingat dan cadang kan tahun nie nak beraya di rumah suami tetapi entah macam mana plan terpaksa berubah maka kami sambut je lar di sini. Salah satu sebabnya adik saya yang bongsu bersalin ... ya kami tak de orang tua maka terpaksa lah pergi jengok jengok tengok apa yang patut.
Sudah menjadi kebiasaan saya bila hari raya mesti ada baju kurung, rendang ketupat dan saudara mara berkumpul ... memang kalau ikut zaman sekarang ketika musim akhir tahun, cuti sekolah dan bonos nak je pi melancung bersama suami tapi oh tidak saya tidak mahu budaya melayu islam telan di arus zaman.
hari raya adalah satu kenangan yang mengembirkan bagi saya . yalah masa dulu kita tak de pi mana mana, makan sedap sedap dan pakai baju yang cantik cantik hanya bila tiba hari raya keluarga dapat berkumpul makan sedap sedap dan semua nampak bergembira .... kini tidak lagi .. modensasi telah menukar cara hidup kita dan adat lama sudah dipandang kuno ... tapi tidak bagi saya semoden dan sepandai mana pun saya akan tetap meraikan hari raya seperti mana mak ayah saya meraikan ..
hari ini rumah saya di sapu bersih, lantai dimop ... dapur saya yang sudah hampir setahun tidak berasap ... berbau rempah ratus , bau santan dimasak mengingatkan saya nostalagia yang tidak mungkin akan kembali lagi ... tahun ini seperti biasa saya jemput keluarga dan kenalan yang tidak pulang berhari raya ... saya masak rendang, menanak wajid dan pulut dan menapai tapai untuk menu dipagi raya ...
No comments:
Post a Comment