tepat jam 8.30 malam.. saya menutup semua lampu di rumah. semua yang menggunakan alatan eletrik saya padam kan termasuk peti tv tetapi diluar masih terang benderang ... mungkin didalam kegelapan mata lebih fokus di luar kerana terang .... tidak banyak rumah yang menutup lampu mungkin kerana mereka tidak tahu atau tidak ambil peduli.
Aktiviti satu jam bergelap ... sudah dalam fikiran saya dan suami sejak seminggu yang lalu ... tutup semua yang menuggunakan barang yang mengunakan eletrik bergelp dan terus masuk bilik tidur untuk kami berhibernasi .... ya saya tidak mahu melakukan apa pun aktiviti selama satu jam kerana ianya akan meningkatkan gas karbon di udara. Biarlah hari ini bumi dan kami berehat seketika...
Didalam kepekatan malam tanpa sebarang lampu .. fikiran mengembara jauh .... apa akan jadi jika bumi tidak mempunyai cahaya diwaktu malam ... mmmm... yang pasti saya perlu akui satu jam tanpa lampu membuat kan masa bergerak terlalu perlahan dan juga malam sudah hilang serinyer .. ketika saya kecil di waktu malam saya boleh mendengar cengkerik bernanyi riang ... katak bersahut sahutan. Suara anjing menyalak akan membuat saya cepat cepat menutup mata takut hantu dari kubur menjelma dihadapan saya.
Tapi kini didalam gelap nyanyian nostalgia itu sudah berlalu ... ketika dibilik tidur yang kedengaran bunyi kereta.. suara nyanyian tv jiran yang sedang menonton AF ..tida bunyi katak atau cahaya kelip kelip dan menyedihkan terang bintang juga tidak kelihatan mungkin ditutupi dengan habuk dan jerebu!!
kami tertidur didalam gelap ... dan terbangun semula jam 11.00 malam ... perut lapar terus turun dan ke kedai mamak!!! ha bumi ku semakin tua dan kami semakin melupakan jasa jasa mu.
Saturday, March 28, 2009
Thursday, March 26, 2009
LESUNG BATU
Bukan melayu jika di rumah tidak mempunyai lesung batu.
Lesung batu kini menjadi pilihan rakan rakan saya dari eropah. Jika datang kesini pasti mereka mencari lesung batu ... tanya saya buat apa dengan lesung batu ... mereka kata dok tumbuk rempah ratus ... wahhhhhhhh ... sudah gokal rupanya lesung batu ...
ketika saya berkahwin ibu mertua menghadiahkan kami lesung batu ... mula mula tergelak lah jugak ... tapi kini ia adalah diantara koleksi peribadi yang paling saya sayang ... ia bila menumbuk sambal belacan pasti teringat kan ibu mertua ...
yang paling meriah apbila menumbuk tengah tengah malam buta ... satu bangunan terasa gegarannya ... mmmmm
dan saya sukakan lesung yang kasar ... dan semakin lama memakai ia akan menjadi licin dan bulat ... dan lesung batu dirumah saya sama umurnya dengan umur perkahwinan kami ...
Saturday, March 21, 2009
MAIN MASAK MASAK
.sup ayam
mmm nasib badan lah bila orang tua tak de .. buat mana yang reti je lah ..nie lah nasib bila orang tua tak de ... bila kenduri kendara kena pandai pandai sendiri je lah ... beruntung sesiapa yang ada mak ayah yang boleh menguruskan benda benda macam nie ... dan ketika ini terasa betul susahnyer bila tak de orang tua untuk bertanya dan mengarah...
apa apa pun kami berjaya memasak seekor kambing !!! power tak ... jangan ingat orang muda tak reti memasak ... heheheheheh
Wednesday, March 18, 2009
hujung minggu ...
Hujung minggu lalu saya ke bandar tasik puteri ... menghadiri majlis kenduri menyambut kelahiran insan baru .. dalam kedinginan hujan kami menghangatkan badan dengan daging kambing berempah kari ... sungguh enak malam itu .. dingin dan mendamaikan, suara zikir menyambut kedatangan bayi baru juga menyegarkan suasana malam .
sudah lama sebenarnya saya tidak merasakan suasana ini... riuh rendah anak anak kecil bermain ... suara kanak kanak menagis diusik abang dan berlarian meniti tangga dan kedengaran suara nenek mereka menjerit supaya turun .. membuat saya terkenang semasa kecil .. satu rasa yang tak mungkin akan kembali semula.
aku akan semakin tua .. meninggalkan zaman itu .. yang lain sudah pun tida dan kini dunia seakan terasa begitu sunyi dan sepi .. ramai orang yang kita sayangi telah pun pergi berjumpa dengan sang pencipta dan kita tidak tahu bila pula hari kita nanti.
sudah lama sebenarnya saya tidak merasakan suasana ini... riuh rendah anak anak kecil bermain ... suara kanak kanak menagis diusik abang dan berlarian meniti tangga dan kedengaran suara nenek mereka menjerit supaya turun .. membuat saya terkenang semasa kecil .. satu rasa yang tak mungkin akan kembali semula.
aku akan semakin tua .. meninggalkan zaman itu .. yang lain sudah pun tida dan kini dunia seakan terasa begitu sunyi dan sepi .. ramai orang yang kita sayangi telah pun pergi berjumpa dengan sang pencipta dan kita tidak tahu bila pula hari kita nanti.
Friday, March 13, 2009
HUJAN
Hujan
yang turun bagaikan mutiara
Hari jumaat hari penghulu ..
hujan turun di pagi hari ...
mengenakkan rasa ...
memalas kan tenaga.
Hujan di pagi hari
secakir kopi
sekeping roti
mengindahkan suasana
hujan di pagi hari
enak di peluk
bantal busuk
menghangatkan tilam kekabu
bila agakanya akan ku rasai nikamat
hujan di pagi jumaat ..
tanpa perlu kerja
untuk ke pejabat?
yang turun bagaikan mutiara
Hari jumaat hari penghulu ..
hujan turun di pagi hari ...
mengenakkan rasa ...
memalas kan tenaga.
Hujan di pagi hari
secakir kopi
sekeping roti
mengindahkan suasana
hujan di pagi hari
enak di peluk
bantal busuk
menghangatkan tilam kekabu
bila agakanya akan ku rasai nikamat
hujan di pagi jumaat ..
tanpa perlu kerja
untuk ke pejabat?
Sunday, March 08, 2009
jalan jalan cari makan - brunei
nasi katok .. sedap giler .. nasi beras panjang panjang .. sambal dan ayam goreng seketul .. satu dollar je .. untuk sarapan pagi ..
apam ... macam kuih pelita di sini kan
kuih udang sebesar pinggang ....
kuih udang sebesar pinggang ....
tak sah kalau jalan jalan ke mana mana tak cari makanan terutama yang tak de di tempat kita ... disini makanan mereka hampir sama seperti di tanah melayu cuma design nyer agak berlainan .. sudah tentu besar .. tak seperti disini semua nyer kecil kecil .. saya ingat lagi waktu saya kecil nenek dan emak kalau buat kuih pasti besar besar .. tapi bila dah kawin rupa nyer belah suami saya buat kuih comel comel .. sekali ngap je ... terus masuk mulut ... so bila sampai disini tengok kuih besar besar teringat nenek dan emak ... makan seketul dah kenyang giler .. hahahah
disini mereka suka makan roti dan kek .. banyak kedai kek dan roti (maaf terlupa nak ambil gambar )... tapi saya giler bila tengok banyak benar kuih melayu yang dah tak dapat di tempat kita .. terutama apam yang besar besar .. atau apa sekarang lebih kepada apam nyonya .. satu lagi yang saya suka .. NASI KATOK , kami makan waktu pagi .. macam makan nasi lemak lah disini .. sedap dan kenyang .. saya berkongsi berdua .. tak habis kalau makan seorang seorang ...
satu lagi .. saya mabuk cokelat .. disana murah murah ... mmm
Saturday, March 07, 2009
SEKITAR MASJID NEGARA - demo PPSMI
3 generasi
tak kira tua muda ... orang melayu turun untuk mempertahanankan bahasa ibunda mereka di tanah air sendiri.... beliau seorang pejuang yang tidak bernama ..
tak kira tua muda ... orang melayu turun untuk mempertahanankan bahasa ibunda mereka di tanah air sendiri.... beliau seorang pejuang yang tidak bernama ..
lambaian kasih kepada Mat Mat FRU ... semoga mereka kasih kan bahasa dan bangsa mereka... (lela bertopi biru)...
orang ramai di perkarangan masjid negara bersama Pak Samad
AYUH BANGSAKU, SELAMATKAN BAHASAMU...
tiba tiba kami bergerak didalam kumpulan PKPIM.
Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundur
ke Masjid Negara.
Arahan telah di buat untuk kembali berkumpul ke Masjid Negara.
Dalam masa yang sama kawasan Masjid Negara dan di sekitarnya masih dikawal oleh mata-mata dan FRU.
KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.
JAM 3.32 - RAKYAT KE MASJID NEGARA
Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundur
ke Masjid Negara.
Arahan telah di buat untuk kembali berkumpul ke Masjid Negara.
Dalam masa yang sama kawasan Masjid Negara dan di sekitarnya masih dikawal oleh mata-mata dan FRU.
KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.
Pihak polis sedang bercakap melalui alat pembesar suara memaksa warga yang berada didalam Masjid Negara agar meninggalkan masjid.
Pihak polis sedang melarang warga dari datang ke masjid.
Pihak polis meminta para demonsran meninggalkan kawan Masjid Negara.
Pak Samad Janggut atau A. Samad Said atau Mat Bunga Bangsar Utama baru sajaha masuk ke perkarangan Masjid Negara.
Beliau yang berumur 72 tahun kelihatan masih bersedia untuk bertempur.
ramai anak anak muda mengelilingi Pak Samad ketika Pak Samad manaiki tangga ke Masjid Negara.
Pak Samad telah ' mengkentutkan ' cap Sasterawan Negara.
Sasterawan Negara di Malaysia ini banyak kaki bodek dan cari makan bukan dengan karya agung tapi dengan bodek agung!
Datuk Hassan Ahmad Pengersui Gerakan Mansuhkan PPSMI baru sahaja berucap. Berterima kaseh atas sokongan.
Beliau meminta semua para demonstran bersurai.
Hujan mula turun setitik setitik tanda menangisi kejayaan para demonstran dan tanda alam berterima kaseh kepada para penunjuk perasaan.
Di belakang Istana Negara telah kelihatan gelap. Helikopter masih berkeliaran.
Nota:
Tulisan di ambil dari tukartiub. blogspot tetapi lela dapat merakam kat detik detik apa yang tukartiub lapurkan ... gambar dirakam ketika diwaktu orang orang melayu ingin perlembagaan malaysia - akta 152 dilaksanakan. Ketika ini akta ini telah dirogol dan dikebumikan...
Tuesday, March 03, 2009
SYAIR RAKIS dalam pelukan
memang telah menjadi harapan dan impian untuk memilik buku syair rakis karangan pengiran shahbandar pengiran md salleh ini. Syair rakis menceritakan bagaimana sarawak dan sabah yang satu ketika dulu adalah tanah jajahan brunei telah di beri kepada inggries ...
Pengiran salleh telah cuba untuk menasihati sultan dan kaum kerabat diraja tetapi nasihat beliau tidak diendahkan bahkan beliau dibunuh .. dan akhirnya sarawak dan sabah jatuh ketangan britih !!!. Syair ini patut di milik setiap bangsa melayu untuk dijadikan pedoman.
memang menjadi niat untuk mencari naskah syair ini apabila saya ke brunei .. puas mencari di toko toko buku tetapi hampa .. tetapi buku ini saya jumpai di tempat yang sungguh tidak disangka sangka .. ketika ke pasar Tamu Kiianggeh - terjumpalah saya satu gerai menjual barang barang lama ... dan disebalik ada buku ini ... gireng betul hati saya ... saya terus membeli dengan harga 10 dollar ... sedang saya melihat lihat .. pakcik yang menjaga gerai memberitahu bahawa pengiran md salleh dikebumikan di belakang gerai beliau .. saya sungguh terkejut .. ya dibelakang gerai tersebut ada tanah perkuburan ... terus saya ke sana dan membaca sepotong dua ayat .. impian saya menjadi kenyataan ... dapat buku dan ketemu dengan kuburnyer sekali ...
MASJID DI BRUNEI
Kalau ke Brunei mesti pergi melihat masjid masjid disana ... wah sungguh sungguh mewah ... kubah kubah bersalut emas .. dah yang lebih menarik ... bangunan masjid masjid selalunyer tinggi dari bangunan disekitar kawansan tersebut , diletakkan diaras yang tinggi .. selalunyer kalau di tepi muara mesti nampak kubah kubah masjid yang keemasan dipancari cahaya sang mentari ... hiasan dalaman jangan cerita lah .. semuanya bersalut dng emas ... dan mamar yang sangat cantik .. taman taman di tanam dengan pokok pokok berbau harum .... kawansan sekitar masjid berbau harum dan semerbak ...
ketika melawat perkampungan air, kami menjumpai sebuah masjid / surau yang dibena di atas air ... mmm walaupun biasa tapi lebih menarik dari di masjid terapung di terengganu !!!
cantik kan .. tengok sungainyer sungguh bersih .. tiada berbau hamis dan hapak ... alangkah moleknyer jika sungai kelang / gombak begini atau pun sungai pahang ... islam dan tourism pasti akan menjadi sumber menjana ekonomi kan ..
saya rasa kalau kubah di malaysia begini mahu mat mat pet sudah mencongkel nyer ... mmmm...
Sunday, March 01, 2009
BRUNEI DARUL SALAM
Saya baru pulang melihat lihat negeri orang ... ya bak kata pepatah "Jauh berjalan luas pemandangan.." Bila saya kata saya ingin ke Brunei ramai yang tertawa dan mencebik ... kata mereka tak de apa yang hendak di lihat di Brunei .. satu jam pusing pusing pekan dah boring ... lebih bagus ke Kota Kinabalu atau ke Kucing, lebih happening nasihat sang sahabat...
Memang sangat sukar untuk ke Brunei .. terutama bagi saya yang agak takut bila ingin berkelana luar dari di luar tanah melayu seorang diri ... saya selalu pastikan jika ingin keluar melawat diluar negara perlu berteman atau secara berkumpulan ... jika ke singapura masih boleh saya gagahkan kerana mempunyai saudara mara disana ...
Kali ini ada sahabat yang ingin ke sana dan ajakan beliau bagaikan disorong kan bantal ... saya .. secara berkumpulan untuk menghadiri satu majlis undangan NGO dari sana, meraikan kanak kanak istemewa... apa lagi terus bersetuju dan terus korek tabung cap ayam ...
tidak banyak aktiviti yang dapat saya terokai .. ya lah cuma sehari di sana ... yang pasti saya akan datang kembali ... saya sangat sukakan negeri ini .. penuh dengan adat resam orang melayu dan ciri ciri islam dan kemelayuan masih tebal disini...jika anda ingin merasaikan bagaimana rasa kesultanan melayu dahulu kala ... brunei akan memberikan rasa itu...
Disana saya pi sight seeing di sekitar bandar ... sungguh menarik .. menaiki bot pusing pusing melihat perkampungan air- indah seperti di venice, pi melihat istana, pi melihat masijd yang disaluti emas dan makan nasi katuk (sungguh murah hanya 1 dollar sahaja...), dan orang brunei pandai masak ... masakan melayu dan cina dimasak dengan enak sekali ... mereka pandai buat tapai dan apammmmm - walaupun hanya di jual di tepi jalan, oh ya saya juga mabuk cokelat disana .. semua nyer murah murah belaka ... saya borong hampir 50 dollor hanya untuk cokelat (kalau orang malaysia ... pergi kemana pun mesti memborong..hahhhahaha) ya kalau di bandung anda perlu membeli pakaian dan kalau disini mesti mencari nasi katuk dan cokelat ... jangan beli di airport ... tetapi mesti membeli di pasar raya ...tersangat lah murah nyer ...
orang brunei sangat ramah dan berbudi bahasa terutama kepada kaum wantia dari malaysia ... hehehhe ya kata mereka orang wanita melayu dari semenanjung amat lembut dan berbudi bahasa ... mereka mudah tersenyum kepada sesiapa ... mereka suka makan kek dan roti ... air kelapa amat mudah didapati ... sungguh enak minum air kelapa ditepi muara sungai ... bandar mereka sungguh bersih tidak seperti di kuala lumpur ... kotor dan berdebu dan berbau hamis ... sungai mereka di jaga rapi ... walaupun rumah di bena di tepi tepi sungai tetapi sekeping sampah pun tidak ada yang terapung di dada sungai ... sekolah, masjid dibena di atas air ... sampah dibungkus rapi dan diletak di tepi tangga .. ada bot sampah yang akan menganggkut sampah ... sesuatu yang boleh kita pelajari dari mereka cara menghormati sungai yang dianugerahkan oleh sang esa kepada manusia....
sesiapa yang suka barang lama ... brunei adalah syurga ... ya saya menjumpai buku lama , bertulisan jawi ... buku syair rakis karangan pengiran shahbandar md salleh sayayang ingin saya miliki sekian lama telah juga saya jumpai di pasar tamu kianggeh... dan saya juga bertuah kerana di belakang pasar tersebut bersemadinyer pengiran salleh ... dapat saya memyedekah sepatah dua surah kepada beliau ...
cuma saya kesal kerana tidak dapat melawat Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ... tension betullah ... nampaknyer saya perlu kesana lagi ... tidak kira berapa harga akan ku terbang kembali kenegeri ini ...
Subscribe to:
Posts (Atom)