Wednesday, March 18, 2009

hujung minggu ...

Hujung minggu lalu saya ke bandar tasik puteri ... menghadiri majlis kenduri menyambut kelahiran insan baru .. dalam kedinginan hujan kami menghangatkan badan dengan daging kambing berempah kari ... sungguh enak malam itu .. dingin dan mendamaikan, suara zikir menyambut kedatangan bayi baru juga menyegarkan suasana malam .

sudah lama sebenarnya saya tidak merasakan suasana ini... riuh rendah anak anak kecil bermain ... suara kanak kanak menagis diusik abang dan berlarian meniti tangga dan kedengaran suara nenek mereka menjerit supaya turun .. membuat saya terkenang semasa kecil .. satu rasa yang tak mungkin akan kembali semula.

aku akan semakin tua .. meninggalkan zaman itu .. yang lain sudah pun tida dan kini dunia seakan terasa begitu sunyi dan sepi .. ramai orang yang kita sayangi telah pun pergi berjumpa dengan sang pencipta dan kita tidak tahu bila pula hari kita nanti.

No comments: