tepat jam 8.30 malam.. saya menutup semua lampu di rumah. semua yang menggunakan alatan eletrik saya padam kan termasuk peti tv tetapi diluar masih terang benderang ... mungkin didalam kegelapan mata lebih fokus di luar kerana terang .... tidak banyak rumah yang menutup lampu mungkin kerana mereka tidak tahu atau tidak ambil peduli.
Aktiviti satu jam bergelap ... sudah dalam fikiran saya dan suami sejak seminggu yang lalu ... tutup semua yang menuggunakan barang yang mengunakan eletrik bergelp dan terus masuk bilik tidur untuk kami berhibernasi .... ya saya tidak mahu melakukan apa pun aktiviti selama satu jam kerana ianya akan meningkatkan gas karbon di udara. Biarlah hari ini bumi dan kami berehat seketika...
Didalam kepekatan malam tanpa sebarang lampu .. fikiran mengembara jauh .... apa akan jadi jika bumi tidak mempunyai cahaya diwaktu malam ... mmmm... yang pasti saya perlu akui satu jam tanpa lampu membuat kan masa bergerak terlalu perlahan dan juga malam sudah hilang serinyer .. ketika saya kecil di waktu malam saya boleh mendengar cengkerik bernanyi riang ... katak bersahut sahutan. Suara anjing menyalak akan membuat saya cepat cepat menutup mata takut hantu dari kubur menjelma dihadapan saya.
Tapi kini didalam gelap nyanyian nostalgia itu sudah berlalu ... ketika dibilik tidur yang kedengaran bunyi kereta.. suara nyanyian tv jiran yang sedang menonton AF ..tida bunyi katak atau cahaya kelip kelip dan menyedihkan terang bintang juga tidak kelihatan mungkin ditutupi dengan habuk dan jerebu!!
kami tertidur didalam gelap ... dan terbangun semula jam 11.00 malam ... perut lapar terus turun dan ke kedai mamak!!! ha bumi ku semakin tua dan kami semakin melupakan jasa jasa mu.
No comments:
Post a Comment