Friday, January 06, 2006

Meniti masa …

selamat hari raya korban
Masa begitu pantas bergerak … hingga tak terkejer dekat kaki kerdilku ini …bila ku toleh kebelakang terlalu banyak yg ketinggalan tapi yang pasti aku tidak boleh berundur …tulah hukum alam ..bergerak kehadapan …kesilapan lalu dijadikan pedoman, kejayaan menjadi perangsan kerna semuanya akan ditinggalkan dibumi hina ini, kita hanya pelakon pelakon kerdil yang tidak tahu apa dilarakan.

Sebulan dua nie atur-cara hidup saya begitu padat dan kadang kala bila tubuh berlabuh di tilam terfikir … inikah tujuan dan hala hidup yang aku pilih … kadang kala kita memikirkan itu adalah cara yang paling molek tetapi dipertengahan jalan akan ada persimpangan yang perlu dibuat keputusan … simpangan jalan yang dilalui kelak tika nya tidak tahu dimana penhujung dan ada kalanya simpangan itu berbalik ke jalan dibelakang …masa dan tenaga berbuang begitu saja ….

Tok nenek kita sering berpesan “sahabat ketawa senang dicari ..sahabat menangis nak dapat kan seorang pun payah..” dan inilah kesilapan yang sering aku lakukan …terlalu percayakan sahabat, terlalu baik dengan orang yang hati budinya tak kan sama dengan kita … “rambut sama hitam hati lain-lain” tapi aku percaya disebalik awan hitam sinar mentari akan menjelma jua…. Yang pasti aku akan lebih berhati hati utk mencari sahabat … "saudara masa berada, adat berlandaskan emas "… itulah budaya melayu yang tak lekang dek paneh, tak luntur dek hujan…

Dikala hujan turun membasahi bumi gerasang nie… atau mungkin untuk membersihkan daki-daki dosa bangsa melayu, aku menemui sinar emas dibalik-balik awan gemawan nun dihujung sana …. Kelahiran Tahun Baru Al-Mashei ku sambut dipuncak gunung … sungguh mendamaikan …hutan, sungai dan surau membuat aku melupakan kota lumpur dan warganya buat seketika … kami mandi dihujung Kali, kami masak menggunakan kayu hutan, kami makan ikan kering berulamkan sambal kicap sambil duduk berselimpuh berlantaikan tanah beratapkan langit biru bertabirkan rimbuan dedaun hijau dan berhempusan angin dari sejuk dari utara sungguh mendamaikan …bagaikan dunia berhenti berputar utk seketika… bunyi ungas dan air lebih indah dari bunyi gomelan teman sepejabat, bunyi air mendamaikan dari suara jiran-jiran yang begitu materrialstik… dan bunyi siamang lebih merdu dari suara tuan-tuan yang tidak pernah dengan apa yang telah diberi… kalau boleh aku tak ingin pulang …

Aku percaya ajal maut, jodoh pertemuan dan kaya miskin sesorang itu terletak ditangan TUHAN…. Kalau sudah ajal sesaat pun tidak boleh di tangguh lagi lihat saja apa terjadi kepada arwah Endon ..suaminya pemimpin negara ..duit dan kepakaran didalam gemgaman tapi maut tidak pernah alpa dan ditahan tahan … tak kira raja, menteri kaya berair …dia akan datang tanpa tertangguh … begitu juga KAYA MISKIN sesorang ..semuanya telah ditentukan oleh Allah.. ada orang kaya duit tapi miskin masa… ada orang kaya duit tapi miskin anak … itu semua kerja tuhan allah ..ada orang pula … gaji nya berpuluh ribu tapi tak pernah cukup ..tapi ada orang gaji beratus tapi boleh punya rumah, tanah, anak berjaya dan kemekah … ada orang senang dimasa muda susah dimasa tua … ada orang merempat diwaktu muda menjadi tuan diwaktu tua… itu semua bahagian masing masing … jika kita beringat … berjaya lah kita insyaallah ..dengan izin nya juga.

Ada dikalangan jiran, rakan dan sedara yang mencemburi saya, kata mereka hidup saya mewah dan senang … suami isteri bekerja…masih muda sudah menduduki rumah beratus ribu (muka saja nampak muda tapi sebenarnya umur sudah dikala 30an)…tidak punya anak, ada tanah getah… ada rumah kampung … ada tanah sawah … saya dikatakan tamak … sudah bekerja tapi masih mahu membuat wang sampingan… dikatakan hidup saya terlalu mudah dan mewah …perabut tidak perlu diganti … kerana setiap tahun pasti datang lori memunggah barang barang masuk kerumah saya secara percuma…setiap bulan pasti ada keramaian diteratak buruk saya … setiap minggu pasti ada yang menjemput saya kepasar dan kekelas … indah betul dunia saya kata mereka …

Hidup ini adil … rezeki yang terbaik adalah rezeki yang diberkati oleh Allah … biar sedikit tapi berkat hingga ke akhir… memang betul saya tidak pernah membeli perabot ..pinggan mangkuk… saya tidak pernah membeli tanah kerana itu semua diberi oleh ibu saya …yang saya beli cumalah sebijik rumah … yang lain nya semua diberi oleh rakan, sedara dan orang .. dari baju hinggalah ke periuk belangga ke sofa, tilam, komputer, perabut pejabat saya …motosikal pun diberi orang …emas, batu-batu permata, barang barang lama, tv, kipas dan lain lain … tapi saya tidak pernah meminta … saya bukan peminta sedekah … tidak pernah saya meminta walaupun sebutir beras, garam dan gula … saya pegang pepatah ini “u have to be nice to people than people will tread u nicely …” kita jangan memilih bulu … hanya berkawan dengan orang yang lagaknya seperti orang kaya tetapi sebenarnya kayap … orang susah tak akan seumur hidup akan susah … begitu juga kita tidak tahu orang yang kita senyum dan bermanis muka itu adalah seorang raja dari negeri antah berantah …

Saya punya ramai kawan yang pada mulanya saya ingat sama seperti saya … hanya seekor burung kedidi tetapi setelah sekian lama adakalanya mereka rupanya helang diangkasa raya atau kadang kala rezeki tuhan, kedidi bertukar menjadi merak dikayangan..

Ada seorang dua yang suka berfikiran mereng… menyangkakan saya dibela oleh sugar daddy… kerana mereka yang begitu … maka diingat semua akan seperti mereka … mereka fikir suami saya dayus seperti suami mereka … mereka fikir saya selalu keluar bersama rakan-rakan maka saya juga “makan luar” seperti mereka…mereka tidak tahu bahawa semua yg saya keluar itu sebenarnya sepupu sepapat saya…

Ditahun baru ini … dugaan datang lagi ….kali ini saya reda dengan apa yang diberikan dan saya sudah kerap kali beralah … bila kita tunduk mereka fikir kita tidak punya harga diri … bila kita merendah diri mereka ingat kan kita papa kedana … this year I will rise and fight for my dignity ….

Tuesday, December 27, 2005

Tanggal 26 Disember

setahun selepas bencana ... seluruh asia masih bersedih ... tetapi diselatan thailand lain pula jadinya ..kalau di Malaysia, Acheh sembahyang dimasjid utk memperingati yang dikasih tetapi negara gajah putih, tanggal 26/12 telah dijadikan satu pesta untuk menarik pelancung dan pelawat ... mungkin utk menampung kerugian tahun lepas ... tahun ini diperah poket pelawat sebanyak yang mungkin...


/-/
semua bagai kelegaan kerana 26 dis 2005 tiada bencana besar yang datang kedunia. Tapi bencana akan diturunkan tidak kira waktu dan masa ... yang pasti apabila manusia leka dan alpa ia akan datang seperti malaikat maut datang mencabut nyawa...

/--/

Hari-hari terakhir dihujung tahun semuanya bercuti ... ada yang sibuk membuat persiapan anak-anak untuk masuk sekolah... tahun ini saya juga terasa bahanganya ... nasib lah saya masih belum ada cahayamata untuk ke sekolah ... jika tidak kopak juga rasanya ... rakan saya hangus untuk seorang anak RM500-00 kalau 4 anak berapa ya??? tugas kita sebagai ibu bapa menyekolahkan anak-anak ... bagaimana bagi mereka yang tidak berkemampuan ya ....teringat ketika kami bersekolah dulu ... ayah dan ibu tidak pernah merungut tentang yuran sekolah...semuanya telah tersedia... tapi saya masih ingat kasut sekolah tidak pernah bertukar, sehinggalah koyak dikiri dan kanang baru bertukar ... baju say, adik akan memakainya ... begitu juga buku ...sekolah hanya berbekalkan 0.50 sen itu pun sudah cukup mewah.. kini bila melihat keadaan rakan rakan ...memori ketika bersekolah dan kini baru lah teringat betapa peritnya ibu dan ayah menyekolahkan saya...

/---/

Pagi tadi terdengar dicorong radio... ramai betul yang dapat bonus ..ada yang dapat 2 bulan adayang dapat 10 bulan (star), petronas pula 6 bulan ... sapa kata ekonomi teruk ya ... yg kasap aku lah ... betapa bernasib baiknya manusia diluar sana ya ... tak seperti aku kais pagi makan pagi ... tapi tok selalu pesan bukan sikit atau banyak yang menjadi ukuran ...yang penting adalah ... keberkataannya ... tak guna gaji berpuluh ribu bonus berbulan bulan tapi tak berkat ....

Monday, December 12, 2005

::Tanggungjawab…



Anda tahumengapa penghuni dunia sekarang ini bagaikan orang gila? Ibu membunuh anak, cucu membunuh nenek, suami memukul isteri, ayah merogol anak. Atau pun anak membuang ibu, pemimpin mata duitan, polis rakus memratah tubuh gadis, guru ugama memperbodohkan anak murid dan alam dirogol sebegini rupa…

Jawapannya amat mudah … kita sudah lupa apa itu nama tanggungjawab… anak lupa tanggungjawb kepada ibu dan ayah, Lelaki tidak mengerti tanggungannya sebagai suami kepada isteri, tugasnya sebagai pemimpin keluarga, Wanita terlupa tugas-tugas sebagai seorang ibu dan isteri… begitu juga pemimpin dan manusia sudah menjadi mawas apabila kita terlupa tanggungjawab kita kepada yang ESA itu sebagai seorang kalifah yang harus dan dipertanggungjawab utk menjaga harta Allah dimuka bumi ini.

Maka apabila kita lupa dan alpa atas tanggungjawab yang diamanahkan semuanya mula memberotak …mengikut hala tuju yang berbeza…wantia terpaksa berperanan sebagai seorang lelaki kerana lelaki sudah dayus, rakyat terpaksa menjadi pemimpin kerana pemimpin sendiri tidak tahu tugas mereka… Guru terpaksa mengambil tugas ibu/ bapa dan akhirnya semua menjadi kacau bilau ….kerana tidak mengikut aturan yang sepatutnya…

Dikala ini …. Kita mengikut tanpa mengetahui apa yang patut dilakukan … kawan kawin kita nak kawin … orang beranak kita nak beranak … kawan kawin dua kita nak kawin empat…tetapi kita tidak pernah belajar apa tanggugjawab kita utk menjaga anak dan isteri ataupun suami … kita Cuma tahu bila berkawin ada orang akan support perbelajaan kita dan dikala tua nanti anak akan menjalankan tugas menjaga kita pula ???? adilkah itu??
Apabila hamba ingin menjadi raja… maka akal hamba memerintah menjadikan dunia semakin kacau … Tugas manusia sebagai khalifah utk menjaga muka bumi in, menjaga harta allah bukan membuat sesuka hati kita… menjaga segalanya hutan, mawas, unggas sehinggalah kuman dan kumat … maka bilau lah dunia kini …

Dulu saya begitu terlalu kabur tentang apa yang perlu saya galas dibahu … kini saya mengerti dan saya bersyukur … tanggungjawab saya semakin ringan … kalau dulu tanggungjawab saya kepada ayah, ibu, adik dan suami …. Kini Cuma tinggal Suami dan Yang ESA … Saya bersyukur allah melapangkan tugas-tugas saya … tak perlu saya menjadi penguasa (tugas nya lebih memeningkan) tak perlu menjadi ibu ( kerana rezeki itu datang nya dari allah… bukan boleh dibuat dan dipaksa…) ambil saja anak angkat … oh tidak mungkin … buat apa nak menyusahkan diri kerana tanggungjawabnya begitu sukar… jika kini saya menutupkan mata… saya tidak ada apa yang dirisaukan lagi … kerana tanggungjawab adalah satu beban yang amat payah utk digendong dan digalas…

Sunday, December 04, 2005

hawa oh hawa

kaum hawa kaum yang lemah? kami kelihatan lemah apabila kami tidak menggunakan akal yang diberikan allah kepada kami ...entah mengapa seminggu dua ini aku berkawan rapat dengan mak mak janda ... di tempat kerja mahupun disekolah ... entah lah ... nak cakap lebih lebih pasal mereka nie pun tak baik ... mak saya dulu pun janda jugak ... cuma kadang kala saya sedih melihat mereka seorang diri tanpa lelaki utk membesarkan anak...mencari sesuap nasi yg tidak pernah cukup di kota batu ini...
Melihatkan keadaan mereka .. saya berasa bersyukur kerana ada penjaga ketika susah dan senang... syukur saya kepada Allah kerana memberi saya seorang penjaga yg bertimbang rasa..
perlukah lelaki dalam hidup kami?
itulah persoalan yang sering berlingkar didalam minda saya apabila rakan-rakan menceritakan tentang keburukan suami yang tiada kesudahaannya ... dijaga macam menantang minyak yang penuh ... seluar dalam digosok ... sebelum tido di buat kan susu.. hubungan kelamin dijaga dengan baik tapi masih mencari yg lain ... nak kata isteri tak cantik ... tiap hari makan jamu... perut tak boncit seperti saya ... kulit bagai kan kulit telur ... tapi masih tak puas dengan satu ..kadang kala saya terfikir apa yang lelaki mahu kan dari seorang wanita ... kami bukan super women ...
saya masih ingat pesan seorang rakan saya ketika saya ingin mendirikan gerbang perkahwinan ... lelaki ingan kan ibu, isteri dan pelacur dalam masa yang sama ... dan itu lah amalan saya hingga kehari ini... kadang kala saya garang seperti ibu tiri dan kadang kala saya menjadi pelindungnya dan kadang kala i will roar in the bed ..... hahahahahah itu lah saya selama 8 tahun dialam ini ...
terdapat persamaan diantara ibu saya, rakan saya dan ipar saya .. mereka pernah menjanda ...saya dapati mereka ini terlalu tunduk kepada lelaki ... terlalu lurus dan tidak berdikari ... apabila perempuan tidak pandai menjaga hak mereka sendiri mereka akan dipijak sehingga lumat ... mereka merasakan tanpa lelaki hidup tidak akan bergerak, mereka perlu perlindungan dari lelaki membuatkan mereka dipijak ...memang hidup tidak semudah yang dirancang tapi kita perlu tahu hak kita sebagai seorang wanita.

Tuesday, November 22, 2005

KITA BERBEZA...

kita berbeza ... tak akan sama walaupun rambut sama hitam. Cara hidup kita juga berbeza... berbagai cara dan mazab asalkan kita menuju ke satu tempat yang sama.

hidup saya nampaknya kembali kucar ...(i'm happy with it)... sudah nampak sinar-sinar keemasan dihujung sana... nampaknya cuti panjang saya sudah berakhir.... betul kata rakan-rakan yang memberi semangat "hujan tak kan sepanjang hari" - semester sudah bermula, kerja rumah dan buku sudah perlu dibuka-katup, anak murid sudah mula datang belajar, aku telah mula menerima beberapa tawaran yang agak baik... dan kerja part timeku juga bermula... jadual ku sudah kembali sesibuk seperti sediakala....

Jemputan makan-makan dikalangan jiran tetangga masih diterima... sabtu ahad masih terlalu padat dengan atur-cara, sampai terpaksa kensel utk naik kepuncak gunung (kadang kala terlalu sukar untuk membuat keputusan apabila dua-duanya adalah permata hati) dan aku mengambil keputusan utk mengikut mas ke S'ban menaiki komuter tanpa ditemani suami, menghadiri jemputan seorang sifu... banyak cerita-cerinti apabila 2 tahun tidak bertemu ... aku kenyang dengan ilmu dan nasihatnya ... aku mabuk anggur sahabat ku...terima kasih... sudah lama aku tidak menjamah anggur keilmuan yang sebegitu...

Malam tadi jiran-jiran datang ke rumah, aku masak spagetti dan tempura. Kami bercerita sambil makan-makan, all in one, dari kisah artis (topik yang menarik) kepada kisah para suami hinggalah ke isu yang entah apa apa dan seperti biasa apabila wanita berkumpul mengayam ketupat (hahahhaha...mengumpat sunat) adalah acara yang paling menarik. Cerita punya cerita aku terlepas "Desperate Housewives", cerita punya cerita jam sudah ke 1 pagi ... memang sedap mengayam ketupat.. dan akhirnya keesokannya aku tersengkot di pejabat...

Saturday, November 19, 2005

MOOD RAYA LAGI KA??

Islam kata raya puasa sehari je ... kita sambut sampai sebulan ... pelik tapi benar tu lah penangan negara boleh land ...

kalau 7 hari pertama dibulan syawal dikampung meriah kini telah senyap sunyi kembali . semua telah pulang ke kota utk meneruskan segala aktiviti seperti sedia kala. ya perut perlu diisi .. kalau ikut kan hati ... sebulan mahu bercuti

Seperti tahun tahun yang lalu ... setiap hari sabtu dan ahad saya penuh dengan aktiviti berkumpul.. petang sabtu lepas saya ke rumah seorang kenalan, menghadiri kenduri utk kedua ibu dan bapanya nak gi ke Mekah ... mungkin kalau bukan kenduri itu hingga ke saat ini saya tak kan ke rumah nyer, malam kawan-kawan suami saya datang menyerang ..oleh kerana mereka buat lawatan terkejut maka kuih dan air terkejut lah saya hidang kan, kemudian kami beramai ramai ke open house depavali rakan suami saya..saya pulang pukul 2 pagi .

Keesokan harinya pula adik beradik saya datang menyerang ... kakak, adik, abang dan anak-anak sedara datang ... saya terkangkang masak sendirian .... nasib saya wanita yang hebat ... huhuuuuu hanim dan kak wei mengidam rendang minang maka terpaksa lah saya dipagi buta ahad merebus nasi impit dan memasak rondang... kerana budget kaput masakan ala kadar je ... kesian pulak tengok mereka ...tak pelah mungkin rezeki ditahun depan lebih baik ... mereka stay sampai kul 4 petang... lepas mereka balik kami lari beraya di Ampang ...rumah rakan-rakan dioffice lama .... cerita cerinti sampailah kul 8.00 malam balik sudah kepenatan .... Isnin malam anak murid datang beraya bersama ibu mereka ... seronok dan besstttttt... dah habis satu bab ... semua dah datang beraya ...

Seperti biasa ... mana rakan-rakan yang tidak dapat singgah kerumah saya ..saya dengan muka tak malu dan rasa rendah diri pergilah melawat mereka ... habis satu bangunan saya pergi beraya dng suami .... hahahahahha btw mereka tahu saya tak kutip duit raya sebab saya tak de anak ...huhuuuuuuuuu

Besok (Ahad) saya akan kerumah seorang rakan diseremban ... mulanya agak malas utk pergi ..satu jauh dan dua saya tidak selesa tapi mengenangkan tahun lepas beliau tercari-cari saya dijamuaannya tidak molek jika saya tidak mengziarahinya .... harap-harap lepas nie tak de lah lagi open house yg perlu saya hadiri.... .... tapi seperti biasa ... ada beberapa aturcara lagi yang perlu saya hadiri ... tolong saya sudah tidak larat lagi... ada sesiapa yang boleh gantikan saya???

Wednesday, November 16, 2005

Hidup ku semakin cerah...

Awan mendung berarak lalu ... mentari telah keluar dari pertapaannya tetapi masih malu untuk terik membakar... mungkin musim panas akan tiba seketika nanti. Yang pasti aku menunggu musim bunga untuk bertemasyar...

Sessi pembelajaran nun dibalik banjaran sudah bermula ... keputusan sudah ditangan ... saya agak kecewa .. semua dapat B+ je ... tak de pun A..tapi itulah hasil bila kita tidak tekun.. tapi yang paling best pensyarah selalu merendahkan kami yang tua nie ... mereka kata kami nie harapkan ada duit je belajar out ...tapi bila keluar exam slip ...semua terkejut best student semuanya dari orang tua tua macam saya ... budak budak yang makan tido dan belajar tak seorang pun dapat result yg bagusss... so sekarang nie budak budak nie dah start menebeng kat group "Power Puff Girllllll" hehehehhehehehe...dulu kita senyum mereka jeling je ... yalah kita nie tak layak dng mereka yg dipilih dari merit ....

Setelah hampir 2 bulan menganggur, semalam hari pertama saya bekerja ...sungguh memenatkan...dan yang pasti ongkosnya tidak enak...saya perlu pergi memancing lagi .... tak sanggup disitu ..bukan memilih tapi saya ingin yang terbaik buat diri saya ... kerana "DIRIKU BEGITU BERHARGA..."

Friday, November 11, 2005

Selamat berehat pejuangku…

Wahai pejuang ku
Bunga melurkan ku taburi dipusara mu
Berehatlah seketika ditempat yang mendamaikan
Jangan kau gusar tentang dunia kini
Kerana kau telah berada ditempat yang lebih mendamaikan

Mati mu tidak mati wahai pejuang ku …
Mati mu akan membangkitkan seribu pejuang
Nyawa untuk berjuang demi cita cita yang esa
atas apa yang kamu percayakan dan tegakkan

Selamat berehat seketika wahai pejuangku ….


::BELANGSUKAWA...

Dari dulu hingga lah kini … sesiapa yang memperjuangkan islam akan digelar penganas … Nabi junjungan digelar pernah digelar orang gila, penjenyah dan berbagai … sejarah mencatatkan pejuang bangsa dan agama sebagai penganas … Lihat saja Parameswara digelar pembunuh oleh Siam dan Majapahit… lihat saja kepada Shamsiah Fekah, Rashid Maiden mereka digelar penjenayah, pengganas, komunis yang tidak bertuhan … tetapi mereka lah yang bermatian ketika Jepun datang melanda … dan kini Dr Azhari Husin dicop sebagai penganas antarabangsa tanpa bukit yg kukuh. Saya tidak menyokong sesiapa tapi ingatlah jika dia dijalan yang benar … dia tak kan mati seperti Shamsiah Fekah, Tok Janggut, Mat Kilau kerana pejuang melayu terkenal dengan kesaktian mereka .. pantang anak melayu melangkah kemedan perang sebelum penuh ilmu didada…

::Surah Al-Baqarah ayat 154..

Janganlah kamu katakan, bahawa orang-orang yang gugur di medan Sibilillah itu sudah MATI. TIDAK! bahkan mereka itu sebenarnya masih hidup, hanya kamu tidak menyadarinya...

Wednesday, November 09, 2005

apa yang saya nampak

[READING PLEASURE]
:: Businessman has taken our raya & deepavali::
:: Hari Raya dan Deepavali ::

:: Wang segalanya ..

Kadang kala kita terlupa dan leka … bahawasanya saudara dan sahabat cuma datang seketika … sukar untuk mencari rakan menangis, sahabat yang mahu mendengar rintihan kita…nampaknya aku masih tidak belajar dari kesilapan yang lalu…aku tidak akan menyalahkan sesiapa kecuali aku … Kini aku menyedari bahawasanya hidup berkiblatkan wang…. Wang penentu segalanya … wang boleh mengakburi segalanya tetapi apabila tidak berwang barulah segalanya nampak nyata dan lengkap..

Saya masih ingat ketika kecil dahulu … ketika satu ketika dahulu perniagaan ayah jatuh merundum … semua saudara menjahuikan diri … takut untuk bertemu ayah …. Takut ayah meminjam wang dari mereka ….apa yang kami lakukan semuanya salah dimata mereka…. Kami hidup tanpa pertolongan dari sedara mara … sehinggalah ayah menghembuskan nafas … ayah membawa diri … tidak mahu ditanamkan dikuburan keluraga … pesan ayah agar ditanamkan dia di satu dearah yang asing tanpa dikelilingi oleh sedarahnya…

Kami yang masih mentah meniti hari hari yang kelam, tidak tahu apa yang ada dihadapan, hanya berserah pada yang Esa … sandarkan harapan kepada nya …akhirnya kami tidak diendahkan langsung .. yalah sapalah kami … tidak berguna … takut nanti kalau terlalu baik ingin meminjam wang persekolahan …

Tetapi ku pegang kata kata azimat “rezeki datang dari Allah bukan dari manusia”… sedikit demi sedikit kami bangun tegak melawan arus … dan akhirnya berjaya sekarang kami berjaya dimata mereka… dan kini mereka cuba menyambung tali persaudaraan… bagi diriku semuanya sudah terlambat … tali itu sudah tidak bermaknanya lagi … apalah guna tali yang berlandasankan wang dan darjat …


:: dimanakan pegangan saya..

Seorang pembaca ber-emilan, bertanya kepada saya, pihak mana kah saya ketika ini.. umno atau pas atau keadilan … Saya tersenyum…mungkin ramai pembaca saya yang merasakan tulisan saya selalu membangkang bermakna saya dipihak lawan …

Setuju tak semestinya saya suka dan membantah tak semestinya saya benci … saya boleh terima kedua dua belah pihak jika ia boleh membantu orang melayu dan islam secara total .. tidak kira datangnya dari pas, umno mahupun keadilan …

Saya marah apabila Dr Mahadir memalukan Anwar Ibrahim sebegitu rupa… sebagai orang Islam Anwar tidak patut dilakukan sehingga begitu …tetapi bagi saya Anwar bukan calon terbaik utk dijadikan next Perdana Menteri…

Saya marahkan UMNO kerana menipu dalam pilihanraya tetapi saya sangat sukakan Pak Lah dan arwah Endon dan Noli … mungkin kerana songket, batik dan kebaya telah terkenal diseluruh dunia… banyak idea baru telah dilakukan oleh Pak Lah … Saya sukakan Nik Aziz tapi saya tak suka PAS … mereka terlalu mengArabkan Melayu …

Tidak semua yang dilakukan oleh UMNO itu jahat … dan tidak semua yang dilakukan oleh PAS itu baik… yang penting …keduanya perlu seiringan… tetapi utk Najib (anak kepada Tun Razak) dan Hihamusddin (cucu kepada Dato Onn ) & Mukriz (anak kepada Mahadir) saya memang bangkang jika mereka dijadikan next PM kerana saya tidak mahu kerusi PM dijadikan kerusi kaum kerabat …

Monday, November 07, 2005

::HARI RAYA …

Akhirnya tuhan mengabulkan segala permintaan saya …segalanya yang saya pinta tertunai akhirnya … Tahun ini tahun yang paling bahagia bagi saya… Tok bersama kami beraya bersama dikuala lumpur, kawan baik saya bagi pinjam kereta maka dapat lah saya pulang mengziarahi pusara kedua ibu bapa saya di Port Dickson…singgah sebentar menyedekahkan doa diPusara Raja Melewar dan Raja Jumaat amat membahagiakan saya.

Tahun ini Tok inginkan redang kerbau … nasib baik di pasar chow kit ada menjual daging kerbau, tak lah saya terpaksa naik hingga ke Raub agar dapat dibuat rendang (kerbau dan minang terlalu sebati) … inilah kali pertama saya masak rendang kerbau, baru lah saya tahu betapa enaknya dagingnya berbanding dengan daging lembu …mungkin selepas ini saya akan gantikan daging lembu kepada daging kerabu untuk dijadikan menu setiap tahun …

Tahun nie saya menjadi chef … rendang minang , rendang kerbau, kuah kacang dan ketupat menjadi taruhan dipagi raya ..nasib semua nya ok tak termasin tak terpahit…malamnya pula saya membuat nasi brani (baru cuba-cuba), udang masak merah, dalca, ayam goreng mamak dan acra buah … hebat bukan…hehehehehehe

Selepas sembahyang hari raya kami pergi menzirahi pusara Pak Ali, ayah angkat Tok dibatu 16 Selayang … raya betul orang dikuburan seperti pesta lagaknya dan bauan rampai harum semerbak memenuhi disetiap sudut kawasaan itu …sungguh mendamaikan ..bacaan yassin tidak berhenti-henti kerana terlalu ramai orang yang membaca…. Saya begitu sayu …

Kemudian kami singgah di rumah arwah Pak Ali melihat anak-anaknya untuk seketika ..kemudian Tok ajak saya ke rumah beberapa orang anak angkat nyer disekitar Kota.. seronok juga rupanya beraya disini … jalan agak lengang memudahkan perjalanan kami . Selepas itu makan malam bermenukan brani, hampir jam 10 malam, kami meneruskan perjalanan kami ke nun disebuah kampung di tengah banjaran titiwangsa … tok ingin pulang kesana untuk beraya dipuncak banjaran buat seketika dan itulah janjinya berkongsi kasih maka saya terpaksa pandai membawa diri dan tidak boleh tamak untukl tidak membolot kasih tok seorang diri …

Keesokannya pagi kami pulang ke Jelebu …singgah sebentar di pusara wan sebelum kami pulang kerumah. Entah mengapa saya ingin ke Kubur Moyang Salleh utk seketika…kuburnya terlalu semak dan semakin dilupai …membuatkan saya menjadi hiba … jasanya tidak boleh dipertikaikan tetapi ianya tidak diendahkan oleh kaumnya sendiri… kalau Moyang Salleh yang begitu agung tidak diendahkan …bagaimana lah saya kelak nantinya…

Dikampung sudah ramai menunggu… sepupu sepapat semuanya menanti … bercerita sambil menjamu selera membuat kan saya terlupa seketika kesedihaan dikuburan. Seperti biasa saya dan suami berjalan satu kampung melawat sedara mara yang tua. Di petangnya pula kami membawa ibu dan ayah pergi melawat beberapa orang family di berlainan kampung … ayah terlalu gembira berjumpa dengan darah dagingnya … seharian dia tersenyum ..entah apa yang dikepalanya ..terlalu bahagia nampaknya dia.

Sabtu malam kami pulang ke Kota. Ahad saya turun ke Port Dickson kerana semua ahli keluarga berkumpul … seronok dikelilingi kakak, abang dan adik. Seronok melihat kerenah anak anak buah yang sudah membesar … kami makan makan sampai kemalam… jika arwah ibu ada ketika ini … dialah manusia yang paling bahagia …