Tuesday, July 20, 2004

SIAPA FANSURI ?

 

Hamzah ini asalnya Fansuri 
Mendapat Wujud di tanah Shahrnawi 
Beroleh khilafat ilmu yang 'ali 

Daripada 'Abd al-Qadir Jilani 

Hamzah Fansuri anak dagang  
Melenyapkan dirinya tiada sayang
Jika berenang tiada berbatang
Jika berlabuh tiada pada karang 

Hamzah Fansuri terlalu murah 
Mengata ma'rifat pada orang mudah 
Dari sekalian maqam disuruhnya ubah 
Supaya wasil tiada dengan susah

Hamzah Fansuri sunggu pun da'if 
Haqiqatnya hampir kepada Dhat al-sharif 
Sungguh pun habab rupanya khatif 
Wasilnya da'im dengan bahr al-Latif

Hamzah Fansuri asalnya 'ali 
Dengan ma' al-hayat tiada iya khali 
Seperti ombak nentiasa fani 
Haqiqatnya pulang ke laut Hayy al-Baqi

Hamzah Fansuri terlalu bebal 
Disangka dunya nin manisnya kekal 
Terlalu ghafil mencari bekal 
Tiada syak esok akan menyesal 

Hamzah gharib terlalu miskin 
Dimanakan sampai kepada Rabb al-'alamin 
Seperti mi'raj sayyid al-mursalin 
Jadi qab qawsayn dengan Tuhan Salimin   
 
Hamzah 'asi karam di dalam athim 
Minta shafa'at kepada Rabb al-'arsh al-'azim 
Kerana firman Allah dalam Qur'an al-karim 
Mengatakan 'Inna'llaha ghafurun rahim' 

Hamzah miskin amalnya tawil 
Olehnya itu menjadi bakhil 
Da'wanya tinggi kerjanya dhalil 
Manakan dapat dengan Rabbun jalil 
 
Hamzah gharib unggas quddusi 

Akan rumahnya Bayt al-Ma'muri 
Kursinya sekalian kapuri 
Min al-ashjari di negeri Fansuri
 
Hamzah 'asi karam di dalam athim 
Minta shafa'at kepada Rabb al-'arsh al-'azim 
Kerana firman Allah dalam Qur'an al-karim 
Mengatakan 'Inna'llaha ghafurun rahim' 

Ya ilahi ya wujudi bi'l-dawam 
Ukhrujkan Hamzah daripada pangkat 'awamm 
Peliharakan iya daripada kerja yang haram 
Supaya dapat ke Dar al-Salam

Hamzah Fansuri terlalu karam 
Ke dalam laut yang mahadalam 
Berhenti angin ombaknya padam 
Menjadi sultan pada kedua 'alam 
 
Hamzah miskin hina dan karam

Bermain mata dengan Rabb al-'alam
Selamnya sangat terlalu dalam
Seperti mayat sudah tertanam

Hamzah Shahrnawi zahirnya Jawi
Batinnya cahya Ahmad yang safi
Sungguh pun iya terhina jati
'Ashiqnya daim akan Dhat al-Bari 
 
Petikan dari Guridam Hamzah Fansuri – [
JawaJawi]
 
Secara jujur saya tidak pernah kenal siapakah itu Hamzah Fansuri dan hanya apabila mendengar lagu “Kias Fansuri” baru lah saya terfikir utk mengenali dng lebih dekat siapa kah gerangan tuan punya diri dan hampir 5 tahun mencari tulisan Fansuri akhirnya saya di link kan ke  Guridam Hamzah Fansuri di blog Pakdi (terimakasih pak..).
 
Dan ketika saya sedang membaca sebahagian kecil karya beliau (banyak karya beliau telah dibakar) teringat akan cerita bapa saya mengenai Fansuri….Dikatakan bahawsanya Fansuri mati dibunuh kerana ajaran sufi nyer terpesong dari ajaran islam…..Fansuri dikatakan telah mengistiharkan bahawa beliau telah bersatu dng Allah ..ibarat omak dan laut ….


Hamzah Fansuri terlalu karam 
Ke dalam laut yang mahadalam 
Berhenti angin ombaknya padam 
Menjadi sultan pada kedua 'alam 
 
 
Dikatakan juga Fansuri mendapat ilmu kesufian melalui seorang wali yg digelar Wali Cacing (ada cerita mengapa beliau digelar wali cacing, mungkin satu hari nanti akan saya ceritakan kepada kamu) ….Sebenarnya bukan Fansuri yg terpesong tetapi  beliau telah mendapat makrifat yg sangat tinggi kerana ketakwakan nyer kepada Allah …yg menjadi kesilapan kepada Fansuri apabila  beliau mengajar & menulis tentang kesufian beliau utk pelajaran kepada org lain …dalam keilmuan sufi tidak boleh diajar sebarangan / diceritakan ilmu bersatu dng Allah kecuali ia akan datang dng sendiri kepada seseorang itu melalui perantaraan Allah….Keilmuan sufi tidak boleh ceritakan kepada sesiapa kerana itu adalah rahsia Allah…….
 
Oleh itu nasihat saya kepada semua agar berhati-hatilah dengan apa yg kita baca & pelajari dan disini ingin saya tegaskan bukan ajaran / keilmuan Fansuri yg salah tetapi kita ini yg belum sampai maqamnyer utk membaca apa yg ditulis oleh nyer.
  

Sunday, July 18, 2004

TANGAN KU

Dahulu aku memang tak akan makan pakai tangan di restoren, memalukan kaum je, yg pasti cuma pakai tangan kalau di rumah sahaja kalau dirumah org pun aku makan pakai sudu..kononnyer nak jaga status tapi semua nyer berubah bila aku pergi ke Jakarta.

Apa yg aku perhatikan di Jakarta Org kaya tak kira melayu, cina mahupun mat salleh, mereka tak malu makan pakai tangan di restoren 5 bintang, tak pulak status dia org jatuh yg kelakar nyer dia org yg balik pelik bila aku dan rakan lain makan pakai sudu. Berubah muka Pak Rudy bila aku mintak sudu, termalu jugak aku kenapa kita nak ikut org barat …mesti ada sebab kenapa kita disuruh makan pakai tangan dan aku menyimpan satu azam pabila pulang ke KL yg pasti aku akan membudayakan tradisi makan pakai tangan.

Jejak saja kakiku di KLIA, suami tanya rindu apa?? Kebetulan aku memang rindu masakan malaysia (oooohhhh baru seminggu di jakarta aku dah rindu malaysia …macam mana kalau aku nak berhijrah ke London ye…) dan sejak malam itulah aku tidak lagi menggunakan sudu & graf. Pada mula nyer malu jugak bila org pandang aku macam aku ini org ulu (alien) dan kadang boss aku pun tanya kenapa tangan? Dan aku tidak dapat memberi jawapan yg jitu…Cuma aku kata nabi pakai tangan….mesti ada kebaikaan nyer kerana nabi adalah sebaik contoh…

Dan yg paling menyedikan bila rakan berketuruan cina menasihati aku supaya menggunakan sudu. “Kotor lah lela….tak tahu u pegang apa..sedang kan sudu pun tak bersih inikan tangan” Aku tak tahu nak jawap apa…tapi aku tetap dng pendirian ku, nabi tak akan memalukan umatnya, mesti ada sebab nabi makan pakai tangan, bagiku tak pelah ini satu sunnah yg perlu aku pertahankan…aku ingin tunjukan yg org melayu islam juga ada pegangan walaupun aku tak tahu kenapa…malu memang malu ….

Setelah 3 bulan baru lah aku dapat jawapannyer..masa kelas ugama disurau tempoh hari ustaz salleh menerangkan yg sebenarnya makan pakai tangan terlalu banyak khasitnya utk kesihatan, sangat elok utk perut kita…dihujung-hujung jari kita ini sebenarnya mengeluarkan satu enzim yg dapat mencernakan makan dlm perut dng lebih baik….ya!! dalam perut kita memang ada enzim tetapi enzim di hujung jari kita ini boleh membunuh kuman-kuman dan boleh mengelakkan cerit berit ..tu pasal kita tak di galak kan simpan kuku panjang….dan tu pasal nabi suruh lepas makan jilat hujung hujung jari…supaya lebih banyak enzim dapat masuk keperut….itu yg dinamakan “air tangan” yg juga boleh melazatkan masakan & menundukkan seseorang ….itulah sains dalam islam…

Tapi memang betul dari pemerhatian saya, golongan yg makan pakai sudu atau chopstik, lebih mudah kena food posioning, ulser perut dan beberapa masalah penghadaman...kadang-kadang ada bakteria yg baik utk tubuh kita …betul tak? Sebagai contoh BOTOX…..heheheh


Thursday, July 15, 2004

CUTI FREEEE??

Dah lama kami tidak ke Bandar Tasik Puteri, kali ini perjalanan kesana amat meyegarkan…maklumlah baru lepas hujan ..terasa dingin sekali …itulah nikmat tuhan, melalui jalan lama ke pekan rawang kami singgah sebentar di Templer Park…dah lama kami tak kesana …lahhhhhhhh terlupa bawa CAMERA lah tapi yg pasti Templer Park akan kehilangan kehijauannyer…pembangunan begitu rakus sekali..…

 


Sampai ke BTP, mentari telah berlabuh diufuk barat…terus mandi & bersembahyang kemudian makan malam kenapa tergopoh-gopoh makan malam....hoooo rupanyer mereka juga peminat konsert AF….mmmmm dah tak larat dah nak tengok…kesihan budak tu dok kena kutuk dari juri yg tak bertauliah sapa lagi kalau bukan aku…habis konsert kami terus bercerita tak sedar dah pukul 2 pagi dan aku pula memang tak selesa tido rumah org …kiri dan kanan tubuh berpusing mata masih tidak mahu lelap, nasib aku bawa buku, belek punya belek baru lah terlelap, bangun-bangun dah pukul 9 pagi …ohhhhhh malunya …

Muka Abang & kak ipar ku dah benyek kerana kelaparan kesihan mereka tapi aku buat muka blurrrr macam Mas AF :)) mereka memang tahu aku lah paling liat bangun pagi…nasib dirlah dapek bini pemalas. :D. Nak sarapan diluar rupanya Nasi Lemak Antarabangsa (Kg Baru) dah bukak cawangan kat BTP dan org yg tak masak kat rumah teramatlah ramainyer...tapi aku memang tak suka sambalnyer…balik dari kedai tu aku buang air besar 3 kali….yg pasti taubat tak nak makan kat situ lagi ;((

Balik dari B/fast terus berkaroookeeeee, nyanyi , makan dan nyanyi tak sedar dah pkl 3 petang…apa lagi angkat kaki balik ke kl sebab besok nak kerja…begitulah aku hampir setiap minggu tidak pernah betah tinggal dirumah, Pee Dee, Jelebu, BTP & Janda Baik adalah destinasi pilihan setiap bulan…bak kata org tua jauh berjalan luas pandangan….heheehehehe..sebenarnya ini lah satu cara aku bercuti-cuti malayisa....freee accommodiation, freee on food and free on enteritament…kalau semua org ikut jejak langkah aku pastinyer…hotel di malayisa bankrap…itulah untung nyer ramai saudara nie….heheheheheh…minggu depan mungkin Janda Baik atau Bentong…..bestnyerrrr…

Wednesday, July 14, 2004

PENANGAN AF2…

KES 1

Sue terlalu mengemari AF, pagi petang siang malam dok duduk depan tv…walaupun sudah berumur 35 tapi Sue yg masih single merasakan beliau masih remaja seperti Edlin??. Memang dari dulu Sue berangan-angan nak secantik dan sekaya Edlin tapi tuahnya tidak sehebat Edlin….Kerana terlalu leka dengan AF seluruh keluarganya tak dapat menonton berita & drama …. Kerana tak kuasa nak bertengkar dng Sue tergila nak fofular pelajar AF terpaksalah emaknya mengeluarkan duit ASB untuk membeli sebuah lagi tv utk keperluaan Si-Sue…terbanglah duit RM1200 ke poket tokey TV….

Siapa kaya : Tokey TV & Tokey Astro…..

KES 2

Gembar….sebuah kedai runcit telah dirompak petang semalam… Yang pelik bukan duit yg dicuri tetapi kad pre-paid yg berjumlah RM1500-00….mesti yg curi pre-paid kad nie nak berAFUNDI kot……melayu oh melayu….nak gelak pun ada…hanya kerana AF sanggup masuk lokap ye….

Ini lah sebahagian kisah suka duka AF….aku dah tak tahu nak cakap apa dah lagi …fikir-fikirkanlah…

Friday, July 09, 2004

KISAH 1

Salah seorang sahabt sering berpuasa berturut-turut kerana beliau tidak ada makanan utuk dimakan. Thabit r.a mengetahui perkara ini lalu beliau memberitahu isterinya:

“Pada malam in akan ku bawa seorang tetamu. Apabila kami sedang menghadapi hidangan kamu padamkanlah pelita sambil berpura-pura mahu membetulnya. Kamu janganlah memakan apa-apa pun sehinggalah tetamu tersebut kenyang.”

Rancangan mereka berjalan lancar dan kedua-dua suami isteri tersebut duduk bersama-sama dengan tetamu dan beliu tidak menyedari sedikit pun bahawa kedua suami isteri itu langsung tidak mengambil makanan walaupun mulut mereka sibuk mengunyah dan tangan mengambil makanan. Apabila Thabit r.a menemui Rasullullah saw keesokan paginya, beliau pun disambut dengan berita menggembirakan:

“Wahai Thabit! Allah sangat menghargai layananmu semalam terhadap tetamu”.

Berikutan peristiwa ini Allah mewahyukan ayt berikut:

“Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka didalam kesusahan” (al Hasyar:9)


Lihatlah betapa mulianya sahabat nabi walaupun mereka tidak mempunyai makan yg cukup tetapi masih memuliakan tetamu, tidak seperti kita dizaman moden ini, kita lebih mengutamakan perut dan nafsu anak-anak kita dan diri kita.

Banyak kisah sahabat memuliakan tetamu terutamanya dari golongan fakir dan pengembara tidak seperti kita yang kadang-kadang saudara mara datang berkunjung kerumah pun sukar untuk mendapat secawan air. Apa yg saya perhatikan orang sekarang lebih suka menujuk cawan & pinggan alatan rumah yg berharga ratusan ringgit atau kadang mencecah ribuan ringgit tetapi menghidangkan makanan yg ala kadar kepada tetamu.

Kehidupan kita dizaman jauh lebih mudah dan mewah dari kehidupun para sahabat tetapi pabila membaca kisah para sahabat pastinya kita termalu dng apa yg telah kita lakukan & sumbangkan kepada masyarakat itu sendiri….

Friday, July 02, 2004

DIBUAI MIMPI

Melayu memang tak pernah belajar dari sejarah, betullah betul kata Tun Dr Mahadir orang melayu mudah lupa. Melayu lupa bagaimana jatuhnya empayar Sri Vijaya, jatuhnya empayar Kesultanan Melaka, jatuhnya pulau Singapura…Semuanya tergadai kerana org melayu gila berkhayal…

Salah satu sebab kejatuhan bangsa melayu kerana Raja & rakyat nya suka berhibur, suka perempuan dan suka minum arak…semua benda yg menghayalkan…

Cuba lihat di sekeliling anda dunia tidak aman lagi..dimana-mana org islam dibunuh dng kejam tetapi kita tetap berpesta setiap malam bagaikan tiada esok , kita lupa apa terjadi di iraq, khasmir, acheh, patani, ambon, mindano. Umat islam & melayu disembelih macam ayam…mayat bergelimpangan dijalan-jalan raya…tetapi kita masih diamok dng demam AF, Malaysia Idol, WWW, demam Euro04 dan jangan terkejut ketika kita enak dibuai mimpi fantasia tiba-tiba kita bagun keesokan paginya kita sudah tidak mempunyai negara lagi….sedarlah bangsa melayu sebelum terlambat….

Thursday, July 01, 2004

MESTI TONTON

::Sinopsis BANGSAWAN TUN FATIMAH:: Kategori : Teater
Tarikh : 9 Jul 2004 - 18 Jul 2004
Masa : 8.30 Malam
Tempat: Istana Budaya




Tun Fatimah mendapat alamat mimpi yang tidak baik sekiranya perkahwinan beliau dengan Tun Ali diteruskan. Namun segalanya telah diatur, perkahwinan di antara Tun Fatimah dengan Tun Ali tetap diteruskan. Sultan Melaka ikut dijemput sama untuk meraikan majlis perkahwinan dua mempelai tersebut. Sultan amat murka kerana Bendahara tidak menyembahkan kepada baginda bahawa beliau memiliki anak gadis yang cantik. Sultan meninggalkan majlis perkahwinan tanpa menyentuh santapan.

Raja Mandaliar dan Kitul dengan dipersetujui sama oleh Laksamana Khoja Hassan telah sepakat memfitnah Bendahara Seri Maharaja, yang Bendahara itu telah menempah kaus dan cerek yang semuanya daripada emas kerana ingin merampas takhta Melaka. Sultan bertambah murka, dan tanpa usul periksa lantas menyerahkan keris kuasanya kepada Tun Sura dan Tun Setia untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada seluruh keluarga Bendahara. Terbunuhlah Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan dan Tun Ali kerana titah Sultan tersebut.

Tun Fatimah akhirnya bersetuju menjadi permaisuri Melaka. Dengan menjadi permaisuri Melaka, Tun Fatimah dengan dayang-dayang Istana telah berjaya menangkap orang-orang yang memfitnah keluarganya. Raja Mandeliar, Kitul dan Laksamana Khoja Hassan telah menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Sultan Melaka kembali insaf dengan segala kesalahan yang dilakukannya selama ini.

Monday, June 28, 2004

BIRU


10 sebab kenapa aku nak rumah baru aku berwarna biru…..

1… aku tinggal 19 tahun di tepi laut (laut berwarna biru)
2… di kota ini pula aku suka tempat tinggi bukan kerana kehijauannya tetapi kerana aku ingin dekat dng langit mengantikan laut yg lama kutinggalkan
3… warna rasmi ketika aku berkahwin (baju, hantaran, bunga telur bla bla bla …)
4… batu permata yg paling aku sayang & paling mahal dlm simpanan pun warnanya BIRU
4… arwah ibu pun suka warna biru….
5… rumah yg aku duduki sekarang nie pun berwarna biru (bukan aku yg cat pemaju yg cat warna tu)
6… dapur & pekasaan masakan semua nyer biru dan steel (tanpa aku sedari jua)
7… aku banyak beli baju warna biru (tanpa aku sedari jua…)
8… Microsoft pun blue juak kan???? Aku suka baca blog yg warna temanya biru….
9… aku suka tengok cerita BLUE
10.. memang dari dulu org cakap otak aku pun BLUE hehheeh

Rupanya tidak kusedari BIRU terlalu dekat dng jiwaku….

p/s: ko ada hijau aku ada biru / ko ada hutan aku ada laut / ko ada gunung aku ada langit / ko ada tasik aku ada pulau / ko makan ikan sepat aku makan ikan todak / malam ko disimpah bulan aku mengira bintang / kita serupa ke mas?? Tidak …ko menang ko redup aku terik…paneh bedeking…

Saturday, June 26, 2004

W A R N A H I D U P K U

Aku suruh Mas tolong bina rumah aku sebab aku dah jemu kat rumah lama tapi aku bukan arkitek..Mas lebih pakar dari aku dlm hal bina rumah nie… Betul kan Mas? Dia tanya aku suka warna apa, kat mana aku nak bina rumah tu, macam mana suasananya? Aku tak tahu nak jawap.. Aku cuma cakap dng Mas aku nak rumah aku berjiwa Minang..itu je yg aku tahu.

Mas pun catlah rumah aku merah, hitam dan emas…aku tahu kenapa Mas pilih warna itu, merah tanda berani kerana org Minang memang berdarah pahlawan, hitam tanda panji-panji jihad (Imam Mahadi akan membawa panji hitam dari timur) dan warna emas kerana kekayaan …

Kesihan pulak aku tengok Mas, penat betul dia cat rumah aku …bukan itu saja dia tanam pokok kelapa disekitarnya melambai-lambai ditiup bayu dari gunung di tepi danau Kerinci ….Tapi maaf kan aku Mas aku tahu kau penat …tapi aku tak suka rumah itu …bukan kerana tak cantik (cantik sangat) tapi bila aku lihat rumah yg telah engko bina itu aku pasti sedih ….aku tak nak duduk dalam rumah yg menyedihkan …..

Lama aku cari apa yg aku nak, semua rumah aku dah pergi menjengok akhirnya aku tahu apa yg aku nak, sebenarnya warna itu telah lama bersama dng aku tetapi aku tidak menyedari kehadirannya…Biasalah Mas selalunya benda yg berada dekat dng kita tidak akan diendahkan kehadirannya….

BIRU itulah warna aku Mas !!! Boleh….? Mungkin kau akan tanya aku kenapa BIRU???


Friday, June 25, 2004

SEDIKIT ILMU utk dikongsi

Ohhh sekarang saya dah pergi belajar pondok setiap hari isnin dan yg best nyer ia percuma (free education ) , ustaznya muda lagi (dari universiti al-azhar ) mungkin sebaya dng saya tapi ilmunya …terasa ceteknya ilmu saya apabila berdiskusi dng beliau…ingin saya kongsi beberapa ilmu bersama anda semua ….

::Semut

Bila hidup ok, no problem tapi kalau semut mati barulah ianya menjadi najis yg boleh membatalkan sembahyang kita….contoh kalau kita tengok semut diatas telekong kita dan kita picit dia sehingga mati…batal lah air sembahyang kita…tetapi jika semut tersebut dibiarkan saja bermain-main di telekong kita …ianya sah….

::Lalat/lipas/nyamuk

Jika kita ambil air sembahyang ada lalat mati didlm kolah (lebih 2 kolah), air kolah masih suci dan boleh digunakan utk mengambil air sembahyang (dng syarat tidak berubah warna & bau air tersebut) tetapi jika kita dng sengaja memasukkan lalat walaupun seekor air tersebut tidak suci lagi utk mandi atau mengambil air sembahyang walaupun air & bau nya tidak berubah …..

::Azan

tidak wajib menjawab azan didlm radio, tv ataupun corong pembesar suara….yg wajid dijawab pabila kita mendengar suara manusia saja…(pelik kan)

::Gambar Lucah dlm internat/Muzik

Tidak haram jika ianya tidak mendatangkan nafsu & melalaikan tanggungjawab kepada Allah (lagi pelik…manusia mana yg tak ada nafsu???) itulah yg sebenarnya membezakan insan & manusia (mawas)

::Bulu binatang

Apa cara pun bulu binatang adalah haram (walaupun binatang itu halal) tetapi kulit binantang selepas disamak adalah halal keculi kulit babi & anjing…contoh kulit biri-biri setelah disamak halal digunakan utk membuat kasut akan tetapi bulu biri-biri walaupun telah disamak haram dibuat baju atapun karpet …..ohhhh tidak dirumah saya ada 2 karpet bulu biri-biri dan nasib saya tak beli furrr kot..

::EMAS

Emas boleh digunakan sebagai barang perhiasan bagi kaum wanita sahaja (haram utk lelaki)…emas boleh di simpan utk dijadikan wang tetapi haram bila emas, perak dibuat sebagai cawan, mangkuk, sudu, kerusi, meja walaupun hanya disadurkan (glod plated) kecuali dalam keadaan darurat dimana ada penyakit yg memerlukan kita memimum didlm cawan emas (sakit sopak…)