Tuesday, February 27, 2007

Thursday, February 22, 2007

Gong Xi Fat Chai dung dung chengggg

lagi tinggi lagi ong ... kacau sampai mesra
(campuran sayuran & daging itik...yam yam yamm)
dah habis baru makan teringat nak ambil gambar :D
gambar-gambar makan besaq bersama-sama rakan-rakan sempena menyambut Lunar Year

Entah mengapa kali ini beria benar aku menyambut Tahun Baru Cina. Seumur hidup ku tidak pernah aku menghadiri makan besar apatah lagi di hotel bertaraf 5 bintang. Tahun ini aku dan suami mendapat jemputan yang sungguh istemewa - makan selagi boleh pada malam tahun baru... mungkin tahun adalah tahun permulaan yang baik untuk tahun tahun yang akan datang.

Bukan saja dapat makan sedap tapi aku juga berpeluang untuk memberi makan kepada 2 ekor naga (masuk kan buah limau didalam mulut naga yang sedang menari). Orang Cina percaya bahawa jika dapat memasuk kan buah limau kedalam mulut naga yang sedang menari rezeki akan murah selama 50 tahun .... huhuuuu itu lah harapan ku ...

Cuti Tahun Baru Cina kali ini telah kumanfaatkan dengan sepatutnya. Pulang ke kampung buat seketika. Rumah arwah ibu semakin sunyi sejak adik ku sudah berkahwin dan menetap di kota lumpur. Rumah peninggalan ibu mengamit seribu satu kenangan, sedih pula bila melihat keadaan rumah itu kosong dan tidak berpenghuni. Kalau dulu kami tidak punya bilik yang cukup untuk menampung ahli keluarga kami ... aku dan 2 orang kakak terpaksa berhimpit di bilik yang kecil dan adik lelaki ku akan tidur dilantai berlapiskan tilam yang nipis . Adik yang bongsu pula akan tidur bersama ayah dan ibu di bilik utama ... segalanya sempit dan tidak selesa... tetapi bahagia dan kemeriahan nya tetap dirasai.

Menziarahi pusara ayah dan bonda membuat aku bertambah sedih. Sampai di pusara hujan turun dengan lebatnya ... cuma dapat singgah seketika saja, membaca sepotong dua ayat - suami sudah mengarahkan supaya cepat naik kekereta. Takut nanti aku diserang semput... Nampaknya keadaan tidak mengizinkan untuk aku duduk lebih lama disitu. Janji ku kepada kedua orang tua ku akan aku selalu pulang jika masa dan kewangan mengizinkan...

Pulang ke kota lumpur semuanya lancar ... kesesakan disebelah yang berlawanan. Ya aku melawan arus membuatkan kami begitu mudah dalam perjalanan pulang. Mungkin tulah cara hidup baru dan moden ... jika ingin cepat dan pantas kita perlu melawan arus ...

Ketika sebahagian besar warga lumpur sedang berenakkan bercuti di kampung halaman aku sudah memulakan tugas. Aku tidak mengambil extra cuti cukuplah apa yang sudah diberikan oleh kerajaan. Dengan cuaca ekonomi yang tidak menentu warga malaysia tidak perlu bercuti terlalu lama sebenarnya, kita kena kuat bekerja dan tekun untuk berjaya. Siapa cepat dia menang dan kuala lumpur begitu lengang sekali. Perjalanan yang selalu nya mengambil masa satu setengah jam cuma memakan masa sekitar 20 minit... alangkah bagusnya jika setiap masa begini tidak payah bersesak bagaikan ikan sardin didalam keretapi laju. Di office pun suasana santai tidak banyak yang perlu dilakukan ... Aku cuba menghabiskan segala urusan yang tertunggak dikala ini dan syukur segalanya selesai sebelum warga lumpur pulang dari kampung halaman. Dan yang pasti sekarang ini aku semakin sibuk dengan urusan duniawi yang tak habis habis ...

Thursday, February 15, 2007

cuti-cuti malaysia: melaka watercity resort

Setelah penat berbulan bulan bersama sama sanak-saudara dan rakan-rakan untuk menjayakan berbagai aktiviti dari awal November hinggalah lah nie, lagi maka terdetik di hati saya untuk bercuti. Akan tetapi memikirkan banyak kerja perlu disiapkan saya dan budget yang agak terhad makan saya batalkan sahaja niat itu. Hati tiba-tiba melonjak kegirangan apabila mendapat panggilan telefon daripada beberapa rakan-rakan yang mahu saya ke Melaka memenuhi jemputan dari Melaka Watercity Resort. Percutian tidak dirancang ini menyeronokkan juga walaupun jarak diantara Melaka dan Kuala Lumpur hanya dua jam perjalanan menaiki kereta.



pintu masuk melaka watercity resort

::6 Febuary 2007::
Saya, suami dan rakan-rakan bertolak dari Kuala Lumpur tepat jam 12.30 tengahari menuju terus kearah selatan melalui lebuhraya. Mentari terik membakar, membuat saya tidak senang duduk didalam kereta. Mungkin musim panas telah tiba kata saya kepada suami … ya sudah beberapa purnama mentari tidak segarang ini teriknya … penghawa dingin didalam kereta juga tidak mampu untuk mengdinginkan kami…

Sebelum sampai ke bandar Melaka kami keluar ke Exit Simpang Empat menuju ke Pekan Alor Gajah yang terletak didalam dearah Naning dimana terkuburnya seorang pejuang bangsa - Datuk Dol Said yang terkenal kepewirannya sehingga ke negeri Belanda. Alor Gajah dikatakan mendapat nama kerana ianya telah menjadi jalan sekawan gajah-gajah yang diketuai oleh Gajah Putih yang mundik ke utara dan menyimpan banyak tanah ini juga menjadi satu tanda kenangan bagi orang melayu berketurunan Minang yang mendarat ke Melaka terus ke hulu Sungai Alor Gajah dan kemudian mudik terus ke Negeri Sembilan dan Pahang.

Tiba di pekan Alor Gajah kami terus menjamu selera di Pasar Menggong yang terletak betul betul ditengah-tengah pekan bersebelahan dengan perhentian bas dan pasar basah. Pasar Menggong, hanya beroperasi dari tengah hari dan ditutup sebelum maghrib menjelang akan tetapi sentiasa dikunjungi ramai pengunjung. Kami menjamu selera dengan kuih udang yang sangat terkenal bukan saja dinegeri Melaka bahkan namanya sudah dikenali sehingga ke Los Angelas dan masak lomak cili padi telur dan rendang daging yang ternyata membuka selera suami saya. Sudah lama kami tidak dapat menikamti makanan kampung yang begitu enak sekali. Harganya juga agak berpatutan. Sebelum beredar kami sempat membeli kuah kuih udang dan kuih kemboja cina untuk dibuat oleh-oleh dari Alor Gajah.

Terik panas yang membakar bumi entah mengapa tiba-tiba bertukar menjadi hujan. Alhamdulilah ianya menyejukan sedikit suasana atau mungkin bergembira kerana tuan puteri pulang menjengok tanah jajahan …huhuhuuhuuuu dan apabila hujan petang mula reda dan kami meneruskan perjalanan ke Bukit Katil Melaka.



Selepas sepetang bersiar-siar, tibalah masa untuk mendaftar diri di Melaka Watercity Resort yang terletak dipuncak Bukit Katil yang rupanya sudah begitu hampir dengan Asahan Jasin dimana terletaknya Gunugn Ledang syang sangat terkenal diserata nusantara. Resort ini adalah satu daripada rumah penginapan berkonsepkan resort hotel - sederhana dan eksklusif. Seperti namanya, semua aktiviti ada dibawah satu bumbung. Ada Western Restoren, Japanis Restoren, pusat kaeroke untuk keluarga dan taman tema air untuk anak-anak. Kepada kaki pancing anda tidak perlu pergi jauh. Mereka telah membina kolam buatan untuk pengunjung memancing dibawah satu bumbung. Pengunjung juga boleh bermain kayak di kolam buatan ini. Bukan itu saja aktiviti lasak juga disediakan seperti go-kart dan wall clambing juga disediakan.


Malamnya - aktiviti memasak di apartment - steam boat cara melayu sambil mengurut. Suami pula turun memancing dikolam. Lebih kurang pukul sebelas malam suami membawa ikan patin (tetapi minta maaf - saya terlupa nak ambil gambar ikan tersebut - mmmm mungkin kerana terkejut) dan kemudian kami dibawa oleh rakan-rakan ke kedai makan "De Nangka
Tomyam " yang terletak di kampung sebelahan.. Restoran ini menawarkan makanan tempatan & siam suasana seakan-akan anda berada didalam sebuah kampung lama sekitar tahun 60an.

Perut mula berkeroncong apabila terhidu masakan Thailand, nasi goreng, Satay dan roti jala. Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 2 pagi. Selepas makan malam, aktiviti kami diteruskan dengan acara pulang kebilik untuk menguji tilam katil bantal dan air-con yang telah disediakan …hahahhahaha



::7 Febuary 2006::

Saya bangun lewat, ingin betul betul berehat dan bersantai. Mungkin kerana keempukan tilam dan kedinggan air-con nya . Bersarapan nasi lemak sambal sotong pada pukul 11.00 pagi... kemudian kami jalan jalan disekitar resort. kanak-kanak lah yang paling gembira bermain air, saya cuma menonton mereka bermain. Saya tidak boleh begitu aktif ... ya besok tugas sudah menunggu di pejabat. Sebelum pulang kami singgah direstoren jepun untuk membasahi tekak yang kering ... cuaca agak kering dan terik tetapi nasib kami agak baik kerana angin agak kuat membuat suasana begitu nyaman.


Kami check-out dari resort pukul 2 petang. singgah sebenar ke kampung sebelah ayah melawat saudara yang sudah agak lama saya tidak menjenguk atau bertanya khabar berita. yang pasti balik ke tempat dimana saya dibesarkan membuat hati menjadi hiba... tidak tahu bila lagi saya akan pulang ... kami beransur pulang dari kampung lebih kurang pukul 4 petang dan sampai ke kota lumpur lebih kurang 6.00 petang.


gambar kesukaan saya



gambar ini saya ambil dari anjung apartment kami... ketika kami cuba mengambil gambar ini mentari sudah tidak sabar untuk melabuhkan diri ke ufuk barat.... pada mulanya saya agak pelik dengan keadaan sekeling saya... angin menderu deru tidak tahu dari arah mana... saya bagaikan ditepi laut.

Ketika mencari cari dari mana arah angin , ketika itulah berbalam balam saya ternampak banjaran itu... jika anda melihat diufuk timur akan akan terlihat balam balam gunung ledang menampakkan wajahnya... saya cuba beberapa kali untuk mengambil imej gunung ledang dengan lebih jelas tapi apa kan daya ... saya tidak berapa pakar ... ini gambar yang terbaik yang dapat saya rakam kan ... ya gunung yang penuh dengan seribu satu cerita dan misteri yang belum terunggap... sehingga kini saya masih belum dapat menaluki puncaknya... mungkin satu hari... dan dapat merasakan bayu dari gunung ini membuat saya begitu bahagia... ya sudah lama saya tidak dapat menghirup bau dari kayangan.... bayangannya muncul tidak lama... tidak sampai 10min kemudian hari terus gelap ... ia hilang dari pandangan ... firasat saya mungkin esok hari bayangan akan lebih jelas ... tetapi jangaan saya begitu meleset sekali ... walaupun langit cerah dan mentari bersinar terik .. bayangannya tidak muncul ... mungkin dia malu untuk bercerita dengan saya lagi ...

"wahai Gunung , sang putri mungkin belum bersedia untuk menawanmu ... tapi sapaan mu sudah membayangkan betapa satu hari nanti tuan puteri akan menaluki mu seperti dimasa yang lalu ..... "

Friday, February 09, 2007

deebers 2nd gethering

sponser by lanai gurney
check nama :) tak de nama, abang ombak tak bagi masukkkkk ....



lelek and lelek's - 2 generasi


red carpet :P


ajk di dera menyanyi ---> tengok lah live lela menyanyi hehehehehe



peminat lelasari (perasaan lah tu...)

deebers dari temasik ; kak leha

Sunday, February 04, 2007

aktiviti sekitar 2007

Tahun nie memang lela berazam nak lakukan sesuatu untuk diri lela sendiri. Selama ini lela selalu melupakan keperluan diri lela. Selalu beralah ... untuk orang lain dulu dan akhirnya lela tertinggal kebelakang. Tahun ini lela buat satu resolusi untuk diri sendiri. Lela kena settle kan perkara yang tertangguh. Ada beberapa perkara yang sebenarnya lela perlu lakukan 10 tahun yang lalu tapi tak terbuat-buat sebagai contoh Khatam kan Quran dan mengambil lesen memandu. sampai lah nie tak terbuat buat lagi. So sekarang nie kena lah buat, tak nak dah umur 50tahun tak khatam lagi.
every saturday 8.00 am to 9.00 am
Lela telah belajar yoga sejak tahun 2000, pi ikut kawan-kawan. Punya lah susah waktu tu ... tak banyak tempat yang ajar kelas yoga ketika itu, kalau ada pun mahal sangat. Mana tak nyer nak ke kelas kena jalan kaki lepas tu naik lrt lepas tu jalan kaki.. sampai kelas semua cina, guru yang ajar pun cakap cina langsung tak paham ikut je macam mana dia orang buat ... susah susah pun sempat lah setahun lela ke kelas . Bila berhenti keje tak join lagi... sehinggalah lela kerja ditempat baru nie... yang untung nyer kelas nie free - company tanggung bersih .. cuma perlu rajin kan diri turun ke yoga room je lah ... itu pun ramai yang tak nak join. seronok lah jugak dapat menjoinkan diri.. hari pertama macam nak patah jugak tulang tulang yang dah keras keras nie ... tapi dah lama ok lah .. keluar lah jugak peluh peluh jantan yang dah hampir 7 tahun tak keluar keluar tu ...huhhuhuuuu
every monday 5.30 pm to 7.00 pm

apa lagi ya? membizikan diri dengan persatuan dan kelab. yang nie lela mulanya tak nak mengoin kan diri... yalah nak aktif berpersatuaan nie bukan saja perlu tenaga, masa tetapi RM. kita pun tak betul lagi, setakat jadi ahli ajk biasa biasa boleh lah kot nyer kot ... huhuhuuhuhuu.. maka dairy bulanan semakin sempit antara aktivi bulanan

i) ke bangi - bengkel penulisan

ii) sekolah pondok - kelas tafsir

yang seronok join bengkel nie dapat jumpa rakan-rakan yang berbeza cara hidup dan perwatakan mereka... macam kelas tafsir ramai suri rumah tangga, best tengok hidup mereka ... duduk rumah anak semua dah besar habis kan masa terluang mereka belajar ilmu ugama seperti mengaji, ke kelas tafsir dan belajar bahasa arab... bila lah lela nak jadi macam tu ya... kena doa suami jadi ceo nie ... heheheheheheh . Komuniti penulis juga berbeza cara pemikirian mereka, mereka hidup cara sempoiiii dan bluesssss.. suka cerita yang berat berat, keazaaman mereka sangat kuat dan fantasi mereka jangan cerita lah ...

apa lagi ya.. sebenarnya ada dua tiga perkara lagi yang perlu lela lakukan .. tapi tak boleh cerita dulu lah ... sebabnya tak best lah nak canang-canang lepas tu tak jadi... ia semacam sudah menjadi prinsip hidup ... buat dan berjaya baru cerita ya...

WALITURUS...



bagai pinang di belah dua?


flower girls

raja sehari

Alhamdulliah, syukur kepada yang esa. Segala puji kepada allah atas belas dan kasihnya kepada kami ini. Kini segalanya telah selesai jua. Ini lah adik saya yang bongsu. Lega rasanya bila semua tanggungjawab sudah selesai. At least sudah ada yang menjaganya. Majlis telah berlangsung dengan sederhana tapi meriah pada 24 Disember 2006 pada hari Sabtu bertempat di Dewan orang ramai Port dickson Negeri sembilan dihadiri saudara mara dan rakan-rakan terdekat saja. Jemputan pun tak ramai.. dlm 400 orang je.

Monday, January 29, 2007

SAYA SUDAH KEMBALI....

yes!!!! i'm back in the maya... huhuhu 6 bulan tiada capaian internat saya merasakan diri saya bagaikan di zaman "stone age". Saya merasakan terlalu sunyi dan keilmuan tandus dan kering. memang benar, kekayaan dizaman kini terletak berapa banyak dan kepantasan maklumat yang boleh diserap oleh setiap individu.

Kalau dulu ditempat kerja saya disediakan kemudahaan internat, maka dengan mudah sekali saya dapat mengekses apa jua maklumat yang ingin saya idamkan- dihujung jari saya. Apabila saya berada ditempat kerja yang baru... untuk mengeses internat adalah satu mimpi buruk. Maka dengan rasa tanggung jawab kepada diri saya sendiri, terpaksa lah saya mengeluarkan sedikit belanja untuk mengadakan services internat dirumah saya sendiri dan akhirnya impian itu terlaksana jua. (rasa macam satu pencapaian peribadi lah pulak).

Kepada semua yang setia membaca ruangan saya ini... nantikanlah tulisan saya ya (macam perasaan lah pulak...) huhuuuu. Ya kini baru saya sedar untuk memudah kerja kerja amal dan peribadi dan minat , saya amat memerlukan ruangan maya ini. Jika tidak memang semua kerja tidak jalan.

Thursday, November 16, 2006

tuhan aku bersyukur kepada mu..

syukur kepada yang esa kerana mendengar setiap doa ku ... ku panjat kan syukur kepada semua yang berdoa untuk ku juga. sehingga kini aku masih merasakan aku bagaikan bermimpi. Bekerja dengan syarikat gergasi membuat aku sering ketakutan apatah lagi bekerja dengan hampir 90% bangsa asing. Mungkin ini cabaran yang perlu diharungi... kini aku merasakan seperti didalam dulang emas. semua nya telah terhidang ...
mana tak yer .. kalau dulu demam pun rasa tak mampu ke hospital.. kini tunjuk je card company ... ubatnya, servicesnya dan doctor nyer kelas pertama... sudah hampir 8 tahun aku mengidap alahan kulit, bila salah sikit mula lah merah merah seluruh badan dan .. bekas bekas gatal tadi akan menanah dan akhirnya tompak hitam menodai kulit merahku, dengan sekali rawatan, syukur sehingga kini gatal-gatal sudah kebah. Persikitaran kerja yang baik dan selesa ... sejuknya office saya sehingga asma saya muncul semula ... nasiblah saya punya doctor yang bagus ... tandas nyer ... huhuhu lantainya boleh lihat muka ku .
Kalau dulu sukarnya nak berjumpa dengan rakan baru, kini rakan office saja boleh mencecah angka 500 pa, belum lagi seluruh negara dan dunia.. belum termasuk supplier dan vendor ... membuat saya kini sudah tidak betah untuk berjumpa dengan manusia. Kalau boleh sabtu dan ahad saya ingin duduk bersendirian di gua di tengah-tengah banjaran ...
Kalau dulu nak makan tengah hari berkira-kira ...takut bajet tak cukup ... kini hampir setiap minggu ada jemputan makan ... hampir setiap 2 hari saya mendapat buah potong free dari supplier... kalau dulu terliur bila melihat rakan-rakan duduk di coffee bean menghirup secakir kopi ... kini setiap pagi saya mendapat menghirup de latte dari biji kopi terpilih...
Kalau dulu baca suratkhabar terpaksa pinjam..nak beli majalah jangan cerita lah ... kadang kala keluaran setahun yang lepas baru dapat ditangan ... kini setiap hari 5 jenis surat khbar, hampir 30 majalah bulanan belum lagi journal dan report yang perlu di baca... kalau dulu saya terpaksa join mana-mana persatuan agar saya boleh bergaul kini .. tak terjoin .. saya join persatuan sukan - ada panjat gunung, ada gim, ada yoga, persatuaan masyarakat islam ... ada kerja kerja amal dan berbagai lagi sehingga saya sudah tidak betah...
tidak terkata sudah .. apa yang ingin saya nyatakan disini .. saya bersyukur ... dan ianya tidak akan terhenti ... harap-harap yang esa tidak akan menariknya lagi dari saya ..

politik semasa

Sebagai pemerhati politik yang tidak bertauliah saya merasakan tun det betul betul ke kik off... sekarang sudah 3 for pak lah and 0 for tun det... sebenarnya apa yang tun det tu cakap ada betul gak ... pak lah terlalu lembab dalam membuat dasar... dengan tidak menjawab segala persoalan yang dikemukan kan oleh tun det saya merasakan ada yang tidak kena dengan kepimpinan pak lah... kita boleh mendiamkan diri tetapi terlampau mendiamkan diri membuat rakyat merasakan ada yang tidak betul dan tidak kena.
Sudah lah tidak menjawab segala persoalan yang ditimbulkan kemudian pak lah sudah mengamalkan politik kuku besi .. kebebasaan bersuara sudah mula dicabul kembali .. internat & blog di pantau ... penyiaran seperti tv3, tv9, 8tv, ntv7 sudah bergabung dan ada tangan dari kayangan yang tidak menampak diri sudah menguasai penyiaran utk kepentingan mereka... ekonomi semakin buruk... rakyat semakin tertekan. Banyak pembuangan kerja secara diam diam telah berlaku termasuk syarikat gergasi seperti Telekom dan TNB.
Kalau dizaman tun det kaya semakin kaya kini .. yang kaya jugak semakin kayap... islam juga dipersendakan ... dan berbagai masalah masih didalam samar...
Tetapi masalah nyer Mahadir terlupa dahulu ketika beliau memerintah beliau terlalu banyak membuat musuh ... Semua Timbalannya tidak pernah yang betul... Raja juga dilucut kan kuasa, Menteri Besar disetiap negeri banyak dikambing hitamkan, Anak-anak yang sehingga kini terpaksa disuap dan tidur dibawah ketiak nyer menjadikan Mahadir tidak punya kawan lagi ... beliau perlu bergerak sendirian dengan kapisiti yang sangat terhad ... tiada kuasa, tiada kawan, tiada duit dan tidak mempunyai perbadi yang baik ... akhirnya tersukurlah seorang negarawan di negara BOLEH LAND....

Thursday, November 02, 2006

lela sana sini

lama betul saya tak menulis ... hilang segalanya ... saya bersuluk ... tiba tiba dunia disekitar saya terbentang luas ... saya mendapat tawaran yang sungguh tak disangka-sangka dan saya perlu membuat keputusan dengan segera ... "hidup dan mati" ...
saya tak tahu adakah ketika itu ianya satu keputusan yang baik atau tidak dan akhirnya saya berserah .. alang alang pengang api biar sampai jadi bara ... tawaran datang dengan tiba-tiba dan saya juga terpaksa bersuluk secara tiba -tiba ... setelah hampir 2 bulan menghilang akhirnya saya tahu keputusan yang saya ambil itu membawa lebih banyak kebaikan...syukur saya membuat satu keputusan yang sangat bijak ... terima kasih kepada semua yang telah memberi perangsang dan nasihat.
kini saya betul betul hidup diatas kayangan ... betul kata tok saya berasal dari puteri kayangan ... kalau di rumah saya tinggal di tingkat 13 diatas banjaran titiwangsa kini berkerja di tingkat 34 di tengah-tengah lembah kota lumpur ... 24 jam sehari saya hanya memijak tanah hanya untuk 2 jam saja ...selebihnya diatas kayangan ... lebih tinggi dari awan gemawan ... saya punya sky garden saya sendiri ... padangan dari atas seluas pandangan mata helang terbang tinggi ... dan saya bersyukur ...
kini syukur segalanya mewah dan mudah ...rezeki diberi oleh allah perlu saya bersyukur dengan sebaiknya ...
jumpa lagi ya ... kepada pembaca ...selamat hari raya...