Saturday, May 21, 2011


harga petrol naik lagi .. dan akan naik lagi .. rakyat mengeluh, kapitlis terus mengunakan kenaikan petorl utk menaikkan harga barang .. ayam sekilo sudah mencecah 12 ringgit.. infalsi sudah 8% .. maka apa yang patut kita lalukan ?

Hidup perlu diteruskan .. anak perlu diberi makan , perut perlu diisi ... kerajaan mengunakan media memberi segala kaedah mengapa subsidi ditarik balik.. "kerajaan sudah terlalu lama memanjakan rakyat... 53 tahun malaysia negara subsidi " itu kata orang orang najib .. adui

rakyat mengeluh dan terus mengeluh tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan .. suara mereka tidak kedengaran .. dan yang utung adalah kapitalis menaikan harga sesuka hati .. beraja di hati dan mata... kerajaan seakan takut dan tunduk kepada mereka ... cuma ada amaran jangan naik harga barang .. itu saja ..

maka apa yang patut kita lakukan sebagai rakyat atau individu utk mengatasi masalah ini ... entah .. tapi saya sebagai seorang individu cuba mengunakan apa yang termampu ..

a. cuma mengunakan pengangukatan awam sebanyak yang mungkin ... (tapi kita tahu pengankutan awam kita macam hampeh!!!)

b. gunakan kereta yang kecil utk ketempat kerja, pasar atau aktiviti harian .. kalau boleh setakat pi pasar yang dekat dekat tu jalan kaki je ...

c. masak di rumah ... lebih jimat, bersih dan sihat

d. beli barang yang perlu saja .. kita rakyat malaysia terlalu banyak shopping ... sampai ke bandung , ho chin ming , hong kong ..london .. aduiiiii ..

e. jimat jimat jimat ... save on benda tak perlu .. pre-paid, astro, internat .. hahahaha boleh ke???

selamat mencuba .. last kalau tak leh .. bila pilihanraya nie .. pangkah je pembangakang .. hahahaha kita sama sama naik kereta lembu yek!!

Wednesday, May 18, 2011

rehat seketika

lelah kerja memang sukar utk di katakan ... maka cuti wesak kali ini saya tidak kemana .. cuma duduk dirumah berehat .. seperti biasa mengambil kesempatan untuk mengemas (saya tidak punya orang gaji ) apa yang patut ... dan juga mengambil kesempatan mengenal dengan lebih dekat kawasan rawang ini .

Setelah hampir 1 tahun setengah menetap dirawang .. kini saya tahu serba sedikit budaya dan lokasi tempat yang menarik dan yang perlu ada dirawang .. sebagai contoh di mana Giant, di mana farmasi dan dimana hendak mencari barang keperluaan dapur, rumah tangga dan juga tempat lepak yang coolllllll..

kini pekan rawang mengingatkan saya kepada pekan Port Dickson yang pernah saya duduki semasa kecil .. indah dan permai .. cuma port dickson terkenal dng laut dan rawang terletak di antara banjaran titiwangsa....

Friday, May 06, 2011

atur hidup mu satu persatu ...

sebelum kita mengatur hidup orang lain .. sudah kah hidup kita teratur ...

sehingga kini saya merasakan hidup saya tidak dan belum betul teratur... masih terkejar kejar lagi ..

ada beberapa perkara yang masih pending tapi cuba utk menyelesaikan semua .. so nanti tak pening kepala.. ada diantara nya kita rasa ia nya tak penting .. boleh tangguh tangguh tapi ... sekali bila dah tertangguh ianya akan tertangguh sampai entah bila masa.

antara benda yang masih belum saya buat

a. belajar kereta - dan ia nya semakin sukar sukar dan sukar ... i need to do this as my 1st list .. biar dunia dah nak kiamat .. duduk dirawang memerlukan kita tahu memandu utk bergerak...jika tidak banyak benda yang akan akan tertangguh lagi.

b. itu JHDN pun tak buat lagi tau .. dok tunggu mood .. last last dah habis waktu .. aduiiiii ... should do it by today!!!

c. kemas rumah ... sejak berpindah rumah masih macam tongkang pecah ... bila lah nak tunggu mood nie ..

d. etc .. banyak banyak banyak dan banyak lagi

moral of the story .. tak boleh tunggu mood. kalau tunggu mood mesti sampai kiamat pun tak settel settle ..

Monday, April 25, 2011

PAS KALAH DI SARAWAK?

Adakah Pas kalah di Sarawak?

Memang mereka kalah dan tidak mendapat apa apa kerusi di Dewan Negeri Sarawak untuk 4 tahun yang akan datang ...

Tetapi sebenarnya ... jika melihat kepada statisitik kamu pasti akan kagum .. PAS sudah mendapat tempat dihati pengundi Sarawak (UMNO nama pun tak leh masuk diSarawak tau!!!) dan peningkatan pengundi mengundi PAS juga begitu ketara sekali .. PAS telah akan menjadi alternative kepada pengundi di Sarawak...

Dengan kata lain PAS sudah boleh diterima di Sarawak ... dan perlu kita ingat ... dlm perjuangaan tidak ada tempoh yang singkat .. bak kata pepatah lama "ROM WAS NOT BUILT IN A DAY"

Moga Pas akan menjadi salah satu parti politik yang kuat dimasa akan datang ... go you boys go .. amin ..

Rakyat Sarawak ...

Tahniah rakyat bumi kenyalang... kerana pandai memilih.

Piliharaya Sarawak telah memberi signal yang sangat nyata kepada semua parti politik .. tidak kira dari sayap kiri mahupun kanan. Mereka telah membuat swing untuk survival entik mereka .. dan ianya sangat sangat memeranjatkan semua politikus.

ya rakyat sarawak nampaknya sangat pandai memilih... mereka tahu apa yang mereka mahukan ... melanau tahu apa yang baik utk mereka, begitu cina dan kampung kampung pendalaman tahu mereka masih memerlukan pemerintah yang baik hubungan dengan kerajaan pusat utk membangunakan pendalaman sarawak.

Dan jika mahu membuat piliharaya umum kelak... semua parti politik mesti bersedia kerana rakyat sudah pandai memilih .. rakyat boleh membuat swing / turn over disaat saat akhir ... seperti yang berlaku di Sarawak.

Tahniah sekali lagi kepada rakyat Sarawak kerana telah membukitkan anda sangat sangat bijak berpolitik!!!

Wednesday, April 20, 2011

DI TAMAN KERDIL KU

- kemboja cina -

pokok ini hadiah dari tok muda untuk tuan puteri .. hampir 5 tahun kami menanamnya tidak pernah berbunga .. kini saban hari bunganya mekar mewangi menyerikan tanam kami .. dan kini tok muda hilang entah kemana ..


paku pakis

ibu suka benar menanam dedaun pepakis dirumah kami di port dickson .. setiap pagi sebelum ketempat kerja saya melihat rimbunya kasih sayang ibu .... moga moga ibu bahagia di sana ...

bunga melur

nenek suka benar dengan putihnya melur .. tunas tunas melur sudah mula bercambah dan moga moga ianya menjadi pewangi ditaman kerdil kami .. sewangi rambut nenek setiap hari jumaat ...

##

Boleh dikatakan saya tidak mempunyai bakat didalam penanaman bunga ... selalunya jika saya menanam pasti tidak menjadi .. emak selalu kata tangan saya panas .. mana tidaknya .. jika disuruh mengambil daun pandan ataupun memetik cili padi di kebun ibu.. pasti pepohon itu layu dan akhirnya mati ...

Entah mengapa sejak akhir akhir nie.. semua yang saya tanam menjadi pula .. mungkin faktor umur atau pun tanah di rawang ini sangat subur sekali ... dan saya amat bahagia bila melihat bunga bunga kemboja saya kembang mekar setiap hari berbunga harum tanpa henti berbunga sejak october yang lalu .. begitu juga melihat pucuk pucuk melur mengeluarkan tunas tunas baru menghijau merimbun ... dan paku pakis yang kami beli di kedai bunga sungguh sungguh hijau merimbun...

saya menanam pepohon ini untuk mengingatkan saya kepada orang orang yang saya sayangi .. seperti melur - ingat kasih kepada nenek yang telah pergi .. nenek akan memetik putih melur setiap pagi jumaat untuk diletakkan disanggulnya ... setiap kali saya menciumi wangi melur mengingatkan tentang wanginya kasih nenek kepada kami..

begitu juga dengan pepakis liar merimbun mengingatkan saya kepada ibu yg suka benar menanam berbagai jenis pakis dirumah kami di port dickson ... setiap kami daun daun pakis menghijau saya tersenyum riang berdoa yang ibu sedang berbahagia di langit ke 7

Tok Muda menghadiahkan saya sepohon anak kemboja dan pada mulanya saya agak keberatan utuk menerima nya .. keluarga kami tidak pernah menanam kemboja dan bagi saya ianya pokok yang sukar ditanam ... kini ... dirumah kami ada dua pohon kemboja yang sentiasa berbunga tidak terhenti ... pesan tok kepada saya - " bila tok tiada disisi kamu dan kamu rindu pada tok- lihat lah mekar dan wanginya pepohon kemboja ini" - dan ketika ini saya tahu tok sedang bergembira dan berbahagia walaupun entah dimana jejaknya kini..

Anak kucing kami yang kami jagai hampir 10 tahun juga kami kuburkan di bawah pepohon kemboja dihadapan rumah kini sedang berbunga mekar .. kata orang tua tua pepohon kemboja yang sudah berakar di bumi menjadi tempat persinggahan sipari pari bila turun kebumi .. moga moga baby akan bermain main dengan pari pari yang jelita pabila bulan mengambang tiba ..

Tuesday, April 05, 2011

menu org sakit...


sudah seminggu saya tidak menjamah nasi ... dan ianya betul betul menguji keimanan saya .. ya perut melayu perlukan nasi .. berapa banyak lah makanan yang disumbat .. perut tetap menginginkan nasi....


pagi tadi suami membeli beras perang or brown rice utk sang isteri ... dan saya melalui kepakaran mencuba resepi memasak nasi ayam .. utk org sakit ... tumbuk halia, bawang putih & lada sula digaul mesra bersama ayam dan saya perap semalam.


Pulang dari pejabat terus saya steam ayam yang diperap selama sejam kemudian saya tanak bersama nasi ... sikit sayur dan kicap .. aduiiiiiiii enak sekali .. yang penting ianya sihat dan berkashiat ...

Monday, April 04, 2011

sejak akhir-akhir ini kandungan gula dalam tubuh saya agak tinggi dan saya diarah kan untuk membuat ujian saringan gula... saya perlu mengambil darah dari hujung hujung jari sebanyak 8 kali selama 3 hari... untuk melihat paras kandungan gula... proses ini sungguh sungguh memerlukan ketabahan .. mencucuk sendiri jari anda dan memicit darah antara cabaran yang memerluka kekuatan dari dalam diri kita sendiri... berpuasa, mengambil makanan seminumum mungkin dan hujung hujung jari jari membengkak .. membuat saya terkulai keletihan dan bersama bebola rantaian tasbih kasih adalah pengubat agar saya kuat dan tabah meniti hari hari hadapan... gambar diambil oleh suami ketika saya sudah terkulai layu...

Thursday, March 31, 2011

kota lumpur

entah mengapa sejak duduk di rawang .. hidup saya rasanya tak teratur .. mungkin masih tidak betah lagi dengan persekitaran disini ... saya masih tidak mempunyai jiran yang boleh dianggap saudara .. masih lagi tidak mempunyai favourte lepak .. masih tidak berjumpa dengan kedai kedai makan yang betul betul menarik hati saya.. dan paling paling saya terpaksa bergantung dengan kehadiran suami saya .. jika utk membeli walaupun sebiji bawang... saya sangat merindui kehidupan dikuala lumpur yang agak mudah.. jika suami sibuk saya masih boleh menahan teksi utk pergi ke salon rambut .. menaiki lrt utk klcc lepak di kedai buku kesukaan saya atau pun tidak bercuti sambil menonton wayang pada waktu puncak ... aduiii saya betul betul rindu kan kota lumpur!!!!

Sunday, March 20, 2011


sudah agak lama saya tidak memasak ... atas alasan tidak sihat dan tidak punya masa .. dan hujung minggu ini saya teringin benar utk memasak .. menu yang mudah mudah ... maka saya masa spaghetti dengan sos tomato berintikan daging cincang ... dan komen suami ianya amat enak sekali (walaupun dia tidak menyukai spaghetti) ohhh kasihan suami saya .. betul betul merindui air tangan sang isteri rupanya... doakan moga moga minggu depan saya boleh kedapur lagi ...