Tuesday, September 28, 2004

AKU



aku ingin hidup
10 tahun lagi!!!
melihat suria menatap purnama
aku ingin hidup
100 tahun lagi!!!
menjilat setiap sendi timur barat utara dan selatan
aku ingin hidup
1000 tahun lagi
menjadi dewata membetulkan buana
--->----@

Sedari atau tidak masa kini ibarat dedaun kering dibakar dek api, kejam-kelip kita semakin hampir ke tahun baru, sekali peredaran berlaku dan ia begitu laju tak terkejar dengan langkah longlai lagi dan jika aku mempunyai kesaktian ingin saja ku pusingkan masa lalu agar dapat ku mengutip kembali apa yang tertinggal, mungkin itu cuma angan kosong tapi mungkin ada diantara kita yang mempunyai petua untuk memanjangkan umur singkat ini???

Saturday, September 25, 2004

MESTI BACA



Dibawah ini petikan dari text ucapan dari Pak Lah di Perhimpunan Agung UMNO 2004, yang perlu diperhalusi oleh setiap warga berdarah walaupun setitik kemelayuannya. Setelah membaca text Pak Lah, saya merasakan beliau telah meyelar sebahagian besar warga UMNO ...sekali lagi tahniah kepada Pak Lah kerana berani untuk berkata benar kepada UMNO, business-men melayu yg malu bergelar melayu tetapi masih ingin bertongkat dan juga kepada melayu kelas menengah yg tidak mempunyai semagat nasionalisma didlam jiwa mereka....Marilah kita membaca text ini dengan minda yang terbuka....tidak ramai negarawana yg berani utk berkata seperti ini dan akhirnya permata yg disaluti lumpur telahpun mengeluarkan cahayanya utk mewarnai duniaku.

5. Kita terhutang budi kepada setiap seorang dari mereka yang telah mewariskan kepada kita UMNO yang kukuh lagi matang. Kepada mereka yang telah kembali ke Rahmatullah, kita doakan semoga roh mereka berada di kalangan para solehin. Sempena perhimpunan ini sama-samalah secara ikhlas kita bacakan Surah Al Fatihah. Semoga bacaan tersebut diterima sebagai amal soleh oleh Allah SWT. Semoga ganjaran dari amal ini di sampaikan kepada roh-roh para pejuang UMNO yang telah kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah. (Tidak pernah dlm ingatan saya persidangan UMNO membaca al-Fatihah utk pejuang bangsa).

10. sama-sama bekerja kuat, dengan kesefahaman erat, mendukung satu manifestasi perjuangan untuk membangunkan Malaysia yang lebih sejahtera; Malaysia yang lebih bersatu; Malaysia yang lebih maju.

ISLAM

17. Islam Hadhari memberi tekanan kepada pembangunan.

18. Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas – kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.

20. Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:

I. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI

II. Kerajaan adil dan beramanah

III. Rakyat berjiwa merdeka

IV. Penguasaan ilmu pengetahuan

V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif

VI. Kehidupan berkualiti

VII. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita

VIII. Keutuhan budaya dan moral

IX. Pemeliharaan alam semula jadi (Tak pernah selama 22 tahun ini pemimpin ingin memelihar alam semula jadi)

X. Kekuatan pertahanan (Pak Lah mahu org melayu kuat dlm ketenteraan ...sudah terbukti melayu sangat lemah dari segi ketenteran jika dibandingkan dng Thailand & Singapura)

23. Perubahan minda Melayu memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sektor atau partisan. Ini memerlukan satu perubahan tasawur adalah berkaitan dengan lima perkara seperti berikut:


I. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama

II. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal

III. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa

IV. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta

V. Menjaga, menartabatkan dan memperkasakan keturunan ( Ya ...sudah 22 tahun anak gadis kita telah dijamah tanpa paksaan, hanya memberi sebatang rokok, keturuan melayu telah tercemar, lihat raja juga sudah tidak mempunyai darah raja)

25. Bangsa Melayu perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan bangsa menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global. (Org melayu sangat cetek tentang kefahaman Islam sehingga boleh diperkotak-katikkan oleh politikus)

26. Bangsa Melayu perlu dijadikan masyarakat (Memang bangsa melayu sangat kurang semangat kemasyarakatan, tidak mahu menolong sesama melayu, lebih suka melihat bangsanya mundur..sebagai contoh..dikampung yang 90% penduduk melayu tetapi kedai cina juga yg dipergi ..kedai melayu bankrap kerana org melayu tidak mahu menolong bangsanya sendiri).

27. Melayu dan Islam di negara ini tidak dapat dipisahkan. Ianya adalah satu cantuman yang telah membina satu budaya – satu bangsa – satu identiti. (22 tahun Melayu hendak dipisahkan dari Islam ...salah satu sebab kenapa melayu mundur kerana melayu sudah jauh dari islam yg sebenar)

28.amatlah penting untuk umat manusia itu diperlengkap dengan ilmu – dengan pengetahuan – dengan kemahiran, supaya membolehkan manusia menguasai dunia. (Melayu sangat kurang ilmunya, wang tanpa ilmu manusia tidak kemana tetapi jika berilmu tanah yg tandus boleh dijadikan wang)

29. Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata. Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi.

HUBUNGAN ANTARABANGSA

31. sepakat dalam fikiran – senada dalam bersuara – selangkah dalam tujuan – seiring dalam bertindak. Segalanya kita capai – kita peroleh bersama, mencipta kejayaan – mengukir sejarah, dalam semangat bulat muafakat – dalam semangat ringan dijinjing, berat dipikul. Segalanya kita capai – kita peroleh, bersandarkan prinsip kemanusiaan – bertiangkan keadilan – berlandaskan kebenaran – bernaungkan bimbingan ILAHI.

36. Kita mahukan dunia yang aman – dunia yang damai.

39. Bahawa kedaulatan dan kemerdekaan setiap negara perlu dihormati. Bahawa corak pemerintahan sesebuah negara adalah milik warga di negara berkaitan untuk menentukannya.

40. Dunia akan menjadi lebih aman dan lebih makmur jika kekayaan dapat diagihkan secara lebih saksama – jika penindasan politik, penindasan ketenteraan, penindasan ekonomi dan penindasan perdagangan dapat dihentikan. Kekayaan dunia perlu diagihkan secara seimbang – perdagangan dunia perlu berbentuk lebih saksama. Kekayaan perlu digunakan untuk membantu membangunkan ummah dunia dari segi perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan kebajikan. Kita mahukan sebuah dunia yang memberi keadilan kepada yang lemah, yang lemah diberikan peluang, yang lemah merasakan ada harapan meningkatkan taraf sosial dan taraf ekonomi mereka. Kita akan berusaha ke arah yang dapat merapatkan jurang antara negara mundur dengan negara maju. (ini sebenarnya bukan utk antarabangsa tetapi amaran kepada pemimpin negara terutamanya org UMNO)

41. Dunia menjadi lebih bahagia dan pastinya memberi keselesaan kepada negara-negara maju, apabila manusia sejagat dapat diseimbangkan pencapaian mereka dari segi sosial dan dari segi ekonomi. Dunia tidak seharusnya dipisahkan sebagai negara maju dan negara mundur, negara kaya dan negara miskin, negara utara dan negara selatan, negara timur dan negara barat, negara Islam dan bukan Islam. Dunia bukan galeri untuk mempamerkan peralatan perang. Dunia bukannya padang sasar untuk menguji kehebatan senjata. Allah SWT tidak mencipta dunia untuk dimusnahkan oleh manusia. (ini juga utk kroni-kroni di UMNO)

PERJUANGAN BANGSA

46.kejayaan tidak akan kekal selamanya. Kejayaan akan tinggal dalam sejarah sebagai cermin lama untuk memapar wajah tua, jika kita gagal menghadapi cabaran.(jangan leka kepada sejarah keagungnan silam tetapi belajar dari sejarah kejatuhan melayu itu sendiri.)

47. Bangsa Melayu yang berupaya bersaing – berupaya merangkaikan hubungan dengan bangsa-bangsa lain di dunia – yang setanding – berdiri sama tinggi – berlari sama pantas. (utk ini kita mesti mempunyai ilmu dan kekuatan ugama)

50. meningkatkan daya saing bumiputera perlulah dihalakan kepada sektor perkhidmatan dan sektor-sektor yang mempunyai nilai ditambah (value add) yang tinggi di samping mengenal pasti sumber pertumbuhan baru ekonomi.

51. Usaha yang dilaksanakan memperlihatkan tanda-tanda positif di peringkat awal. apabila pegangan ekuiti bumiputera menguncup ke paras 18.7 peratus pada tahun 2002, penurunan 0.6 peratus.

53. Kita masih melihat bahawa pendapatan isi rumah bumiputera berada di bawah pendapatan isi rumah kaum Cina. Golongan profesional bumiputera telah bertambah, tetapi jumlah profesional bukan bumiputera masih berada di hadapan. (Melayu sebenarnya jauh lebih mudur dari didlm kertas...melayu melangkah setapak cina melangkah 3 tapak)

54. kita kurang memberi perhatian kepada aspek kualiti. Perlaksanaannya lebih mengutamakan jumlah tetapi kurang menitikberatkan faktor membina keupayaan dan nilai ditambah. (Ya kita lebih pentingkan kuantiti dari kualiti..lihat cina mereka sedikit tetapi mereka tak jadi driver & jaga. Mereka ingin menjadi ketua didlm sesebuah organisasai)

55. Revolusi mental ditegaskan amat penting. Jika kita lambat menukar sikap, kita kehilangan peluang..(kita perlu cepat mempelajari ilmu, mesti kejar ilmu 4 kali dari cina)

57. Bumiputera sedar bahawa dirinya bertongkat dan berhasrat mahu berjalan tanpa tongkat, tetapi masih berasa takut untuk membuang tongkat. Kerana kebimbangan ini, kembali berputik kecenderungan terhadap pendekatan lama, mencari jalan pintas dengan menyalahkan orang. (MEYELAR SESETENGAH KELOMPOK / KRONI DLM UMNO ITU SENDIRI)

58. Saya berpegang teguh kepada matlamat utama UMNO diwujudkan. UMNO diwujudkan untuk memperjuangkan hak bangsa Melayu. Saya berpegang teguh kepada agenda nasionalis bangsa Melayu.

59. Perjuangan terhadap hak dan nasib Melayu, UMNO harus menyediakan minda bangsa yang berupaya menghadapi realiti persekitaran perjuangan sebenar.

60. Jika kita jujur dengan diri, kita akan menerima hakikat bahawa tiada kekuatan hakiki bagi mereka yang memperoleh sesuatu dengan terlalu mudah. Tidak akan ada harga diri bagi mereka yang mendapat jawatan, peluang perniagaan atau biasiswa tanpa usaha dan keupayaan sebenar. Jika kita gagal membina daya saing bangsa, akhirnya kita akan menjadi bangsa yang kalah dan mengalah. Orang Melayu akan senantiasa dipandang rendah, orang Melayu akan terus merasa tidak yakin, orang Melayu akan dilihat sebagai beban oleh orang lain.

61. Kekuatan Melayu tidak seharusnya terbatas dengan kekuatan politik semata-mata. Kekuatan politik Melayu tidak mungkin dapat bertahan tanpa berakar kukuh dengan penguasaan ilmu. (Org melayu hanya pengang politik sahaja...itu tidak cukup)

62. Perangkaan menunjukkan bahawa prestasi ekonomi bukan bumiputera tumbuh lebih pesat. Penurunan peratus pencapaian bumiputera dua sebab. Pertama, kaum-kaum lain nyata lebih tekun berusaha dengan meletakkan fokus yang tepat lalu membolehkan mereka memiliki daya pecutan lebih laju, meletakkan mereka melonjak ke hadapan, di samping memiliki stamina untuk kekal lama dalam litar urus niaga. Kedua, yang lebih membimbangkan, kaum bumiputera tidak mempunyai daya bertahan yang lama, di samping berlakunya ketirisan kepada apa yang diperuntukkan sebagai pegangan bumiputera.....melayu terlalu leka

63. Bangsa Melayu perlu di ingatkan untuk kembali menghayati nilai-nilai murni yang menjadi sebahagian dari budaya bangsa. Budaya yang telah berjaya membina kekuatan dan tamadun bangsa. Kayakan bangsa dengan ilmu supaya mereka menjadi Melayu yang bijaksana,
Timang tinggi- tinggi, sampai cucur atapBelum tumbuh gigi, sudah pandai baca kitab. (Melayu dahulu adalah melayu yg mempunyai jati diri yg sangat tinggi tidak seperti melayu kelahiran Dr Mahadir yg ingin semua disuap)

64. Bangsa Melayu adalah bangsa yang tekun – bangsa yang rajin berusaha seperti yang terkandung dalam pepatah, ‘sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain’, ‘jika tidak dipecahkan ruyung di mana akan dapat sagunya’. Bangsa Melayu menyedari hakikat bahawa kesenangan tidak datang secara mudah, bahawa perlunya ‘berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak’, ‘berakit ke hulu – berenang ke tepian, bersakit dahulu – bersenang kemudian’, bahawa kekayaan itu perlu diusahakan secara tekun – secara gigih dan tidak berlaku secara mendadak, ‘sikit-sikit lama-lama menjadi bukit’. Bangsa yang pada keseluruhannya sedar akan pentingnya amalan berhati-hati demi menjamin survival di hari muka, ‘Jangan curahkan air tempayan bila mendengar guruh di langit’ Akan baiknya membuat persiapan untuk menghadapi kemungkinan, lalu ‘sediakan payung sebelum hujan’.

65. Tetapi! Apabila terdapatnya segelintir Melayu lebih terpengaruh kepada nilai-nilai negatif, maka rosaklah bangsa. Lalu terdapat Melayu yang ‘sedia papa untuk bergaya’, terdapat Melayu yang bersifat ‘pagar makan padi’, ada yang mengharap kepada ‘bulat datang menggolek – pipis datang melayang’. Ada yang mengharap ‘bulan jatuh ke riba’. (melayu yg dilahirkan oleh Mahadir)

66. adanya Melayu yang terpengaruh dengan nilai-nilai negatif, terbinalah budaya kerja yang songsang, imej keseluruhan bangsa Melayu tercemar, kerana yang lain bagaikan terpalit lumpur – kerana putih susu di belanga beralih warna disebabkan nila setitik. (Melayu yg dilahirkan oleh Mahadir)

UMNO

69. menjadi peneraju kepada kerajaan yang diamanahkan kuasa oleh rakyat di negara ini.

70. UMNO harus mengamalkan satu bentuk etika dan disiplin di dalam parti , UMNO tidak akan berkompromi dengan ahli-ahli yang merosakkan nama UMNO. Apatah lagi di kalangan mereka yang pernah mencerca, menghina dan menderhaka kepada UMNO. UMNO tidak harus membenarkan mana-mana pihak sekalipun memperalatkan UMNO untuk dijadikan tangga bagi melonjakkan mana-mana orang perseorangan.

71. Tidak ada pemimpin – tidak ada individu yang akan kekal hidup selama-lamanya. Pemimpin datang dan pergi. Yang kekal adalah UMNO. Kepimpinan UMNO memperkasakan parti. Kekuatan UMNO meneguhkan kepimpinan. (Ingatan kepada kuncu-kuncu Mahadir & Najib)

73. Pemimpin yang telah kita lukakan – yang telah kita calarkan, akan mempunyai parut. Mungkin kerana perbuatan kita, ada di antara rakan-rakan kita yang menjadi tempang – ada pula yang telah dicacatkan. (Jangan hina Anwar - ingatan tegas kepada Hisamuddin )

74. Begitu mudah kita melupakan keadaan genting yang kita hadapi dalam pilihanraya umum 1999. Maruah parti baru kita tebus pada pilihanraya umum baru lalu. Malah terlalu baru untuk membolehkan kita mula bersengketa. Kita tidak akan hidup selamanya. Sebagai umat Islam setiap perbuatan kita disaksikan malaikat. Orang Islam itu adalah saudara mu. Ahli-ahli UMNO itu adalah rakan seperjuangan mu. Elaklah perbuatan yang boleh memberatkan timbangan dosa. Murnikanlah hati untuk menambahkan timbangan pahala. (Ingatan kepada kuncu Najib & Mahadir)

78. tugas pemimpin itu amat berat. Tanggungjawab memimpin itu adalah satu amanah yang akan dinilai di dunia dan di akhirat (Ingatan kepada pemimpinan bahawa tugas mereka bukan mudah sebenarnya..bukan utk tempolok mereka, anak & bini sahaja)

STRATEGI


Apa juga halangan dan rintangan atau rusuhan dan keganasan, akan kita hadapi dengan penuh ketegasan berlandaskan undang-undang. (Ingatan kepada org UMNO & Barisan Nasional sebenarnya..jangan main pukul belakang)

82. Kemerdekaan negara membawa erti kepada bangsa Melayu. Pencapaian seimbang dan saksama Melayu dan dengan kaum-kaum lain, adalah faktor penentu. Orang Melayu akan menjadi lebih terbuka dan lebih bertoleransi sifatnya, jika, status sosial dan status ekonomi mereka berada di paras yang seimbang dengan kaum-kaum lain di negara ini. (Ingatan kepada org Cina & India bahawa melayulah memerdekakan tanahair nie...so jangan banyak lagak)

85. Sumber manusia bumiputera ini perlu ditingkatkan nilai ditambah mereka.

86. Sektor pertanian yang maju membangunkan ekonomi melayu.

87. profesional perlu dilipat gandakan, sektor swasta milik bumiputera hendaklah menunjukkan contoh membantu merealisasikan pencapaian semangat Dasar Ekonomi Baru dengan memberikan peranan lebih signifikan kepada tenaga profesional dan usahawan bumiputera. Kepada syarikat-syarikat milik bukan bumiputera, saya mengingatkan supaya mereka sama-sama mendukung aspirasi nasional ini dengan memberi kepercayaan kepada tenaga kerja profesional bumiputera terutama di peringkat pengurusan tinggi. (business man & profesional bumiputera perlu ada semangat nasionalis...kalau boleh jangan ambil bangsa cina & india. Lihat saja bussines-men cina & india mereka tak ambil melayu walaupun melayu lagi terror mereka sanggup ambil org asing dari ambil melayu, kenapa kita perlu kasiahan kepada mereka)

88. bumiputera yang telah berjaya supaya tampil ke hadapan bersama membantu hasrat – bersama menyokong usaha untuk melahirkan lebih ramai masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera, masyarakat usahawan bumiputera, masyarakat profesional dan teknokrat bumiputera, masyarakat sains dan teknologi bumiputera. Jadikanlah hasrat ini sebagai satu aspirasi bersama bangsa Melayu – bangsa Melayu yang tidak redha melihat ayam kelaparan di kepuk, itik kehausan di air, anak di riba mati tak makan.(Ingataan yg sangat sesuai kepada org kaya melayu yg tidak mempunyai semangat nasionalis sanggup kaya seorang diri)

89. Melahirkan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera

90. Program pendidikan, warga muda Malaysia hendaklah dididik mempercayai kepada tuhan, berakhlak mulia, menghargai nilai keluarga, berkeyakinan, dan patriotik terhadap negara.(org melayu hanya akan berjaya jika mengikut ajaran islam yg sebenarnya)

92. melibatkan pembangunan sikap. Ia melibatkan pembangunan mental. (org melayu perlu segera menukar sikap yg buruk dan kekalkan sikap yg baik dlm diri)

93. Agenda dan usaha memartabatkan bangsa adalah tanggungjawab bagi setiap mereka yang sayang dan kasih kepada bangsa. badan swasta milik bumiputera dan individu bumiputera hendaklah memainkan peranan sebagai pemangkin untuk melahirkan lebih ramai bumiputera yang berjaya. (ini adalah tugas semua anak melayu)

95. kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat. (memasyarakatkan melayu & menaikkan taraf melayu & minda melayu adalah sebagai jihad bagi setiap warga melayu)

PENUTUP

96. Bangsa Melayu di tahun 2020 hendaklah dihormati, berpendidikan tinggi, berkemahiran, berdiri sama tinggi, berlari sama pantas. Jadikanlah ini azam. Ingatlah bangsaku! Jangan kalah dalam saingan – perlu menang dalam perjuangan (BANGSA MELAYU ADALAH BANGSA YG BERMARUAH, KITA PERNAH KECAPI ZAMAN KEGEMILANGAN DAN KITA BOLEH LAKU KAN SEKALI LAGI DNG MINDA YG BERILMU DAN TUNDUK KEPADA ISLAM)

UCAPAN PAK LAH - PERHIMPUNAN AGUNG UMNO-2004

Friday, September 24, 2004

SELAMAT HARI JADI SAYANG KU

Kasih
Semoga kau dipanjangkan umur
Dan
Dimurahkan rezeki

Sayang
Semoga kau diberkati rezekimu
Dan
Diperpanjangkan tekad & azam

Untuk meniti hari mencabar ini


10.00 pagi

Dipejabat baru tersedar bahawa tanggal 22 telah menjelma dan buat kali pertamanya aku terlupa untuk mengucapkan ucapan keramat kepadanya , mungkin dek rasa bersalah bersarang disanubari, seharian aku tidak menelefon dengan harapan aku ingin membuat kejutan ketika mentari merah ufuk dibarat disaat berakhirnya detik 22 dan mungkin kecewa dengan sikap isterinya tidak memberi sebarang ucapan mahupun kucupan dipagi hari , lalu dipetang hari beliau memberi sms kepada ku dng tertera “Happy birthday to me L” …kesihannya….

5.30 petang

Walaupun hujan turun mencurah membasahi tanah tandus ini terpaksaku kuatkan jua semangat melangkah ke kedai kek…membelek kek dihias indah aku bagaikan kanak-kanak memilih permainan kesukaan, setelah dibelek-belek yang mana pilihan hati akhirnya kek keju menjadi taruhani….setengah kilo kek ku kendong erat ketika hujan masih lagi merintik dan sampai dirumah aku sembunyikan kek didalam microwave.

7.00 petang
Ayang pulang, mukanya benyek dan aku tak peduli dengan kebenyekannya, ketika menghidangkanya secawan kopi bersama sekeping kuih bakar, ku kata kepadanya “sekarang sudah hujung bulan ini dan ini saja termampu saya mampu belikan utk ayang” dan katanya sedih “tak pelah, dapat jugak merasa kek melayu” sambil meneguk kopi kelat tersenyum hiba.

7.30 petang

Dia mandi dan aku kedapur…kek keju , air anggur dan spageti berkuah cendawan disusun rapi diatas meja …selesai dia mandi aku panggil ayang kedapur dan dia terkejut gembira…sambil meniup lilin katanya “kenapa susah-susah” …hoooo tak susah Cuma tak nak suka tengok suami ku benyek sepanjang minggu…nanti lagi susah ….:) huuuuuuu mulai saat itu suami ku sudah tersenyum seperti kanak-kanak rabina sepanjang minggu.

::.

Bukan sukar untuk mengemberikan sesorang yg kita sayangi, tidak perlu wang ringgit ataupun hadiah yg mahal utk dijadikan taruhan Cuma cukup dng sedikit usaha & pengorbanan. Aku sanggup menempuh hujan dipetang hari dan balasannya mendapat kemanisan sepanjang minggu dan “wang bukan segalanya”….

Tuesday, September 21, 2004

Hujung Minggu

Cuti hujung minggu,aktiviti ku padat. Kami ke Muzium Negara membawa ayah yang kepinginan untuk ke Pameran Batu Permata Kilauan. Pameran yang sungguh berinformasi tetapi amat meyedihkan bila melihat sambutan dingin dari warga kota lebih mengemari Konsert AF, mungkin bagi mereka pameran seumpanya sudah lapuk ditelan zaman dan tidak mahu digelar kolot. Berbagai batu beraneka rupa dipamerkan dan ilmu yg dapat aku korek ketika disana, untuk membelinya memang tak termampu tapi syukurlah dapat juga melihat dan membelek batu berharga dari puluhan ribu hingga ada yang mencecah jutaan ringgit sudah dapat memberi satu kepuasan peribadi kepadaku. Kami menghabiskan hampir 3 jam, terleka dng kilauan permata dan kalau bukan kerana kepala lutut dah mula leguh mungkin sampai kemalam kami disana.

“Panas berdentum, itu tanda hujan nak tiba” kata ayah dan tekak teramat kering kami duduk sebentar di pondok muzium sambil makan ais-cream roti, mat salleh terjeling kegayatan. “Lantaklah ko Mat Salleh, ini negeriku, aku boleh buat apa yang aku suka”. Lepas jamahan kami bawa ayah ronda-ronda sekitar kota, ayah suka lihat bangunan lama. Bermula darii Muzium ke bangunan KTM , ayah tergelak bila tengok Orang Putih berduyung-duyung bervideo-cam dihadapan Banguan Sultan Abdul Samat, kemudian kami terus membelah kota menyusuri Jalan Raja Laut sehinggalah ke Chow Kit Road dan terus ke Kampung Baru. Kami singgah digerai bersebelahan Stadium Raja Abdullah untuk menjamu dan kalau disini menunya dioder pastilah capati dengan kari ikan dan susu segar, tiga keping capati diuli lembut menjadi habuan tempolokku dan ayah kekaguman bila melihat anak gadisnya bercitarasa hidustani seketika. “Darah nenda masih mengalir pekat” kata ku sinis kepada ayah.

Tepat sekali dugaan ayah, cuaca di kota tidak menentu, panas tak sampai kepetang, tanpa angin dan guruh sekelip langit menjadi kelabu dan hujan bagaikan berbaldi-baldi air dicurah dari langit, kota kembali basah, kami bergesa pulang takut kalau banjir kilat diKampung Baru, bahana jangan dicari itu pesan orang tua. Sampai dirumah hujan belum teduh dan pabila perut kenyang, badan kepenatan, suhu membeku aktiviti yang paling molek adalah beradu diperaduan hangat, aku bermimpi lena dipetang hari.

Belum puas dibuai mimpi, ayah mengejutkan aku kerana katanya dia ingin pulang ke J#### B###. Belum puas rasanya bermanja, 7 hari ayah dikota bagaikan rasa baru 7 jam bermula, "Ayah sudah mahu pulang, tidak betah tinggal dikota bersama anakmu ini", rengekku memujuk ayah tapi ayah keras ingin pulang kedesa kerana katanya sarang lebah diLentang hampir penuh, kalau ditinggalkan sarang dipuncak Tualang pasti ada yang akan mengutipnya nanti, takut nanti aku tak dapat merasa madu asli semanis halwa…huhuhuhuhu begitu rupanya kasih seorang ayah, bukan wang yang dipertaruhkan, sanggup memanjat pokok Tualang sebesar dua pemeluk untuk anak gadis kerana memang aku mengidam madu hutan untuk mengubatkan parut dimuka dan dengan perasaan berat aku tinggalkan ayah dipuncak banjaran titiwangsa dan janji ayah sebelum Ramadan berkunjung tiba dia akan turun dari gunung kembali kepada ku bersama sebotol madu… Madu kasih kepada puterinya.

Friday, September 17, 2004

HUJAN LAGI


[Kau Untuk Ku]

Kabus
Mendakap kudus
Pagi dingin ku

Mentari
Membakar hati
Menghangatkan sehari

Purnama
Menyinari buana
Malam gelita

Semoga kau dewaku
Akan teguh utk ku
Seteguh paksi dipasak
Utk aku sekara ini.


:

buat seketika hidupku begitu bahagia sekali dan jika boleh aku tidak mahu segala berlalu pergi. Tetapi tiada apa yang kekal kerana hukum alam tidak dapat diubah. Kehidupan ibarat roda yang berpusing, cuma yang berakal akan tahu ketika bila untuk mempercepatkan proses pusingan roda agar ia kembali diatas.

:.

Teringat kepada sang hujan hero yang banyak berjasa kepada kota jerebu ini, empat malam bertugas tanpa rasa jemu, ada yang gembira dan pasti ada jua yang mengeluh, begitulah adat manusia tetapi aku gemar jika hujan tengah malam terutamanya malam jumaat…Itulah rezeki rimau jawabnya…:))

Sampai saja dirumah langit bertukar kelam sehingga bisa menutupi mentari petang hangat dan kali ini ia datang bersama sahabat karib, badai di landai bertaburan, bayu ganas mengaum gila seakan mahu runtuh menara dipuncak bukit dan aku seketika bertafakur ditepi jendela, dimenara puncak kaki gunung banjaran titiwangsa untuk menikmati pemandangan yang amat indah hasil kejadian AL-KALID. Memerhatikan seketika betapa indah nya butir mutiara menari gemalai bersatu dengan nyanyian bayu berlagu halus sejuta bunyi dan melihat betapa murninya kasih sepasang merpati putih ditepi jendela berdakapan erat, menghangatkan kedinginan membuat aku terlena didalam pelukan Esa.

Hujan telah berlalu, dingin senja datang mencengkam membuat perut mula berkeroncong, niat dihati ingin mempersembahkan lempeng untuk duli tuanku tetapi akhirnya dek tersalah aduan, pankek dipersembahkan :o. Maafkan pacal lemah ini tuanku !! :)). Maka jadilah kami Mat Salleh celup untuk seketika, pankek dituang madu manis bersama kopi panas enaknya tidak terperi. Mungkin inilah nikmat hujan disenjakala.

::.

[MALAM]

MALAM tadi
Malam jamaat
Malam penghulu
Malam rahmat

Malam tadi
Hujan datang lagi
Dingin & Membeku
Bermimpi indah


Malam tadi sekali lagi sepasang merpati menumpang teduh ditepi kamar, menanti hujan teduh sebelum terbang bebas menaluki buana, sejoli duduk serapat erat agar dapat menghangatkan kedinginan malam dikala embun jantan sedang menitik. Suami yang juga menyaksikan kemesaran itu mengerling manja kepada ku dan aku tertunduk malu kepadanya sambil menjeling cemburu bayangan sejoli disimbahi cahaya, mesra sekali mereka dan aku pula terhangat dengan keintiman sang merpati dua sejoli.

Wednesday, September 15, 2004

AKU DAN HUJAN



Mas kata dia suka bila hujan tiba, alam akan sejuk buat seketika, katanya lagi bila mutiara kecil itu tiba ia tiba bersama Rahmat dan bukan saja ia menjalankan tugas membasahi buana tetapi beriringan dengan penghuni langit utk memberkati alam yang indah ini. Kata Mas lagi dia gembira bersama dakapan RAHIMnya.

Tetapi tidak padaku krana memori hujan tidaklah seindah memori si-MAS , aku seakan fobia jika hujan berkunjung tiba, mungkin kerana aku dibesarkan ditepian Selat Melaka yang tenang airnya tetapi jangan disangka selat itu setenang air disumuran kerana ada ketikanya ia boleh seganas Hang Jebat yang mabokkan darah Raja Melaka. Bila terlihat langit & laut sewarna aku tahu yg hujan & angin telah bersatu dan mereka boleh menjadi bala tentera dewana yg dapat menghancurkan buana sekelip mata.

Terlalu banyak kenangan pahit ketika hujan menjelma, kerna selalunya ia akan datang menyergah membawa kemusanahan penempatan tepian laut…kampung ditepian sungai habis ditengalami air masin, teringat kereta putih kemegahan ayah terhumban dek air deras Sungai Linggi ketika kami pulang ke Naning utk berhari raya dan jika bukan kerana orang kampung yang datang memberi pertolongan mungkin aku sekeluarga telah bersemadi aman di Lubuk Linggi…

Ketika aku bersekolah rendah, bila musim tengkujuh menjelma, adakalanya angin dan laut akan menjengok seketika menambahkan lagi ketakutan. Sekolahku yang terletak betul-betul disipi Selat Melaka yang memisahkan kami dengan Selat Melaka hanyalah tembok setinggi 2 kaki. Pabila air pasang, laut akan lebih tinggi dari tanah, kekuatan mereka tidak terlangkau dek fikiran. Omak saja boleh mencecah setinggi atap bangunan dan, kami akan duduk berpelukan ketakutan mendengar alam berkata garau dan hanya dapat berdoa agar cuaca akan berubah dan bila mereka berlalu pergi yang tinggal cumalah padang penuh dng air masin, cacing mati bertaburan dek terkena air garam meleburkan mereka bak daun kering, hanyirnya bau cacing, tak dapat digambarkan sehingga ke kini aku tidak mampu menjamah jika mee kuning digoreng bersama kicap hitam pekat….

Aku tak tahu kenapa ramai diantara kamu terlalu suka dengan kedatangan sang hujan munking kerana minda ku telah dipasak dari kecil yg hujan akan datang membawa kemusnahan kerana didlam Furqan, selalu menceritakan tentang hujan dan angin yang tugasnya untuk memusahkan kaum yg engkar. Nabi juga selalu takut pabila awan gelap menjelma, baginda akan terus ke masjid kerna ketakutan dan bila ditanya mengapa, baginda berkata yang beliau takut hujan yang datang itu bukanlah rahmat tetapi azab dari langit.


Wednesday, September 08, 2004

kita serupa rupanya....

Aku tidak punya banyak impian cuma yg aku ingat semasa kecil lagi aku inginkan sebuah bilik bacaan yg indah dan lengkap utk menyimpan segala koleksi buku seperti dikaca tv…ohhh masa tu ayah suka menonton Dallas dan aku bayangkan aku punya sebuah perpusatakan seperti itu tetapi aku tidak pernah menyuarakan hajat dihati, biasalah ketika itu kewangan keluarga kami tidak begitu mengizinkan tetapi impian itu tetap kupasak dihati…

Akhirnya tanggal 31 August, impian yg hampir pudar menjadi keyataan yg terlalu manis, aku bagaikan kanak-kanak kecil yg diberi gula-gula atau seperti mendapat hadiah dihari jadi..gembira sungguh rasa dihati pabila melihat bilik kecilku menjadi perpusatakaan mini kerana setelah hampir 20tahun aku bermimpi niat utk punya bilik bacaan sendiri akhirnya terlaksana jua, syukurlah kerana impian ku tercapai juga walaupun lambat tetapi sungguh manis pabila kita dapat melaksanakan impian itu…terima kasih ayang kerana sanggup bersusah membeli almari pasang siap, mengangatnya sudah satu beban yg teramat, kotak seberat 20kilo seorang diri dan kemudian berhempas pulas memasangnya sehingga ke dini hari….sambil aku memerhatikan ayang melakukan kerja memasang alamari buku aku teringat kata seorang sahabat ...katanya kita sebagai seorang insan mestilah memangsang niat dihati dan yg pasti Allah akan membuka jalan tak kira lambat atau cepat. Ia pasti berlaku….dan terbukti sudah.

Walaupun bilik bacaanku ini masih belum lengkap 100% tetapi ianya semacam satu kemenangan perbadi yg tidak akan dilupakan …terlupa penat seharian sewaktu membersihkan & menyusun koleksi buku-buku yg telah diperap hampir 10 tahun didlm kotak dibawah katil dan tetiba entah dari mana tidak semena-mena aku terkenangkan memori kira-kira 20tahun yg lalu, dimana gambaran wajah arwah ibuku menjelma dimataku diketika itu beliau juga ada membeli sebuah almari tetapi menyimpan koleksi pinggan mangguknya..ohhhh ibu gila pinggan dan aku juga seperti beliau pun menyimpan semua koleksi didlam kotak sebelum dipindahkan ke almari dan ketika itu baru lah aku sedar yg aku mempunyai banyak persamaan dng ibu Cuma mungkin minat & waktunya berbeza…

:: saya suka ini

[10 RANGKAP PANTUN SIASAH - FAISAL TEHRANI ]

Monday, September 06, 2004

makan tido makan

 
KREDIT GAMBAR


Sebulan sekali pasti aku akan menjengah kekampung suaminya dan seperti biasa jika dikampung aktiviti utama adalah makan, tido dan makan…. Jika dikampung masaklah apa saja, pasti masakanan akan terasa enak mungkin kerana ramuan segar dari kebun dan campur dng udara yg segar dan alam yg mendamaikan…

Jika dikampung sarapan wajib kami sudah tentu nasi lemak tetapi lauknya ringkas & mudah sambal ikan bilis, timun dan telur rebus tapi suami ku pasti bertambah 3 pinggan, mungkin juga kerna air tangan ibunya digaul mesra bau daun pisang bercampur dng nasi hangat dipagi subuh berkabus tebal. Pasti enak sekali.

Utk tengah hari kali ini menu utama adalah ayam kampong lomak cili padi dan ibu mengorbankan seekor ayam jantannya kesayangan. Pagi Ayah sudah tahu tugasnya tanpa disuruh, ayam sudah ditambat direban, pisau diasah tajam dan tugas itu disempurnakan oleh suamiku ..kata ayah biar dia belajar…, begitu juga dengan tugasnya membersihkan dan meyalai ianya disempurnkan dengan baik sekali oleh suamikuu di Penangah…harum sungguh bau ayam salai dam aku seperti biasa pergi mengutip segala bahan utk dibuat rencah seperti kelapa, kunyit, serai & cili padi segar dikebun dan tak lupa kasturi didahan rendang utk membasah tekat ketika menjamu nanti…

Kali ini makan tengah hari sungguh istemewa kerana kami menjamu bersama tetamu istimewa , “TOK HAJI” yg telah mencecah hampir 90tahun tetapi masih badannya tegap dan sasa dan memorinya masih sihat, beliau adalah ketua “PERUT” suamiku . Memang menjadi kesukaan ku bila beliau bersama kerana diketika itu lah berkumpulnya 3 generasi dibawah satu bumbung. Kalau aku ada sudah punya anak dikala ini pasti anakku sedang bergurau senda dng moyangnya…

Setiap kali setelah menjamu selera aku akan berdoa agar rahmat turun kebumi, kerana disini memang terkenal dng dearah yg paling kering, mentari disana seakan-akan sejengkal dikepala dan seperti biasa doaku termakbul. Jika hujan membasahi bumi kering ini semua akan bergembira kerana amat enak sekali bergolek-golekan diatas kekabu empuk ketika suasana dingin sambil merehatkan otot yg kejang disetelah sebulan berhempas pulas dipejabat.

Selalunya bila terjaga dari lena, minum petang telah tersedia…huuuuuuu enak betul dunia…ibu seakan tahu kegemaranku..kuih koci pulut hitam bergaul santan pekat…terliur seketika … aroma santan & daun pisang ketika hujan teduh memang tidak dapat digambarkan dng kata-kata dan kami minum petang sambil TOK HAJI dan ibu menceritakan kisah silam bermula perang jepang, pembukaan jelebu sampailah ke sawah bendang, lembo dan kambing, mereka akan bercerita sehinggalah mentari keufuk barat…Dan Abah pula sibuk membakar sabut kelapa bersama daun serai dipenangah utk menghalau nyamuk yg akan menyerang bila-bila masa bila senja menjelang kerana Abah tahu menantu seorang ini berkulit merah nipis, takut nanti kalau diserang sang nyampuk durjana pasti anaknya tidak dapat merasa lagi kulit sehalus telur…hehehehe

Begitulah istemewanya pulang kekampung …semuanya indah sekali …mengutip hasil tuaian, memasak bahan asli & dibela sendiri, bercerita sejarah silam bersama warga emas amat istemewa bagi diriku kerana aku tidak pernah mengecap ini semua didlm keluargaku krn aku dibesarkan di kota tidak pernah merasa hidup dikampung. Aku dari golongan keluarga peniaga dan walaupun aku dilahirkan sebuah keluarga yg besar (Pakcik 14 & sepupu seramai 50++) tetapi agak malang kerana keluarga kami umur nya pendek-pendek belaka dan paling tinggi umurnya hanya 45 tahun…aku sendiri dikala hanya berumur 27 sudah tidak punya sesiapa didunia nie ..yg ada cumalah kak & adik dan apabila melihat keluarga sebelah suamiku yg mempunyai generasi ke 3 atau 4 generasi membuatkan aku gembira. Mendengar pengalaman mereka & rasa kedamaian aku membuatkan aku semakin meyayangi kehidupan dikampung utk mengisi sesuatu yg tidak aku kecapi selama ini.

Friday, September 03, 2004

AKHIRNYA KAU MERDEKA JUA

 


Pahlawan

Hari ini
Khamis malam Jumaat
7 Rejab bulan Allah
2 hari bulan September
Tanggal 2004
kau meyedut kembali bau kemboja

Hari ini
Lazuardi mendung menghiba
Awan berkepul tertiba
Angin deras menganas ketika
Semangatmu yg lama terpendam terduka

Pahlawan
merdeka jua kau akhirnya
Agar dapat meratahlah raya merdeka
Agar dapat terbang seraya bebasnya

Tetapi
Ini bukan Merdeka namanya
Ini BUANGAN buana namanya !!!!!
Tak tahu bila pahlawan akan kembali
Utk ku tatap wajah akhirmu
Agar dapat kusemat bintang timur didadamu

Pintaku Cuma satu
Jangan lah kepulanganmu nanti
Hanya sebujur jasad yg tidak bernyawa
Kerana kau kami perlukan utk mengisi
Bangsa yg MERDEKA…

::sempena kemerdekaan Saudara Anwar Ibrahim::



Wednesday, September 01, 2004

AKU ANAK MERDEKA

MERDEKA???

Kamu sudah merdeka
TAPI

Tanahmu semakin kecil
Gunungmu semakin rendah
Sawahmu semakin kering
Sumurmu semakin kontang

Jiwamu semakin rapuh
Ragamu semakin ampuh
Jasadmu semakin hancur
Rohmu semakin kabur

Bagunlah dari tidur nyenyakmu
Bagunlah dari mimpi manismu
Bangunlah dari lena saktimu
Bangunlah dari beradu empokmu

Kerna
Hidupmu kini
Lebih hina
Dari tangkal keramat itu

::AKU SUDAH MERDEKA???::

KAMU kata, aku beruntung sebab aku lahir sebagai anak merdeka kerana aku tak pernah merasa makan ubi kayu, ke sawah bentang, rumah yg berlantaikan tanah beratapkan langit atau ketakutan ketika tentera jepang datang utk meratah daging perempuan melayu yg terkenal empok diseluruh dunia atau tak payah bersilat gayong seperti tun teja, tun fatimah utk melawan portugis. KAMU juga kata aku patut bersyukur kerana aku telah dilahirkan sebagai anak merdeka… segalanya mudah bagi anak merdeka, bak kata nindaku seperti air dlm bosi, api dlm kaco, duit dlm batu, tokan kiri tongah menyalo tokan kanan nun dah siap. Itulah nikmatnya menjadi anak merdeka.

Tapi itu hanyalah kemerdekaan dari segi zahir sahaja dan perjuangan kemerdekaan masih lagi jauh dihadapan. Walaupun kita telah merdeka selama 47 tahun tetapi masih ada diantara org Melayu yg kais pagi makan pagi, masih ada yg tidak mendapat pendidikan yg sempurna, masih ada gadis melayu yg dijaja tubuhnya utk melangsaikan hutang sibapa dan ingat lah wahai WARGA MERDEKA sebenarnya kita masih belum merdeka, tugas kita sebenarnya jauh lebih payah iaitu memerdekakan minda org melayu yg telah diacukan selama 500 tahun. Memerdekakan minda bukanlah kerja yg mudah, kerana sebelum membebaskan minda kita perlu membebaskan diri kita dari belenggu kemiskinan yg mutlak iaitu kemiskinan wang ringgit dan keilmuan, inilah tugas kita sebenarnya sebagai anak merdeka.

Cuba kita fikirkan jika kita mati hari ini apa agaknya kita akan tinggal kan kepada anak kita atau bangsa kita?...Ya kita akan tinggal kan hutang kereta, hutang kredit card, hutang rumah & hutang bill telephone (bill AFkan tak diselesaikan), kerana kita tidak mahu kelak kita akan dikenang seperti Raja Mahmud yg bermabukkan 3 hari 3 malam ketika Portugis datang menyerang Melaka* atau seperti Tengku Abdul Rahman dikenang kerana telah menjual Singapura ke org Cina atau mungkin dikenang sebagai bangsa yg menjual isteri dan anak hanya kerana terpaksa menglangsaikan hutang kepada ALONG? TEPUK DADA TANYA SELERA...


::minda merdeka kerna ilmu::

Suka & sayu bila aku tengok iklan Telekom edisi Hari Kemerdekaan bukan hanya kerana motonya tetapi cara mereka memuliakan kaum melayu..rasa bangga bila sejak akhir-akhirnya badan koparat telah mula mempopularkan semula bangsa dan paling aku suka part lelaki cina tu panggil MAKCIKKKK…dng rasa kagum…

memang tidak dapat dinafikan hanya dng minda yg berilmu jiwa akan merdeka utk memrdekakan diri dan bangsa ilmulah yg paling penting walaupun org melayu yg dahulu mempunyai wang berjuta-juta, tanah beratus hektar tetapi jika tidak berilmu bangsa yg berdault pun akan menjadi hamba yg hina kerana itulah pasal nabi selalu sebut “TUNTULAH ILMU WALAUPUN HINGGA KE NEGERI CHINA” dan ayat pertama yg Allah turunkan pun “BACALAH……..” begitu pentingnya berilmu dlm islam tetapi kita sering leka tentang ilmu dan org melayu memang malas bila part mencari ilmu dan ingatlah
Hanya dng berilmu kita dapat membezakan yg baik dan buruk, siapa penipu sebenarnya, hanya dng ilmu kita boleh merdeka....


[TRAGEDI PEMIKIRAN MELAYU]