Wednesday, September 15, 2004

AKU DAN HUJAN



Mas kata dia suka bila hujan tiba, alam akan sejuk buat seketika, katanya lagi bila mutiara kecil itu tiba ia tiba bersama Rahmat dan bukan saja ia menjalankan tugas membasahi buana tetapi beriringan dengan penghuni langit utk memberkati alam yang indah ini. Kata Mas lagi dia gembira bersama dakapan RAHIMnya.

Tetapi tidak padaku krana memori hujan tidaklah seindah memori si-MAS , aku seakan fobia jika hujan berkunjung tiba, mungkin kerana aku dibesarkan ditepian Selat Melaka yang tenang airnya tetapi jangan disangka selat itu setenang air disumuran kerana ada ketikanya ia boleh seganas Hang Jebat yang mabokkan darah Raja Melaka. Bila terlihat langit & laut sewarna aku tahu yg hujan & angin telah bersatu dan mereka boleh menjadi bala tentera dewana yg dapat menghancurkan buana sekelip mata.

Terlalu banyak kenangan pahit ketika hujan menjelma, kerna selalunya ia akan datang menyergah membawa kemusanahan penempatan tepian laut…kampung ditepian sungai habis ditengalami air masin, teringat kereta putih kemegahan ayah terhumban dek air deras Sungai Linggi ketika kami pulang ke Naning utk berhari raya dan jika bukan kerana orang kampung yang datang memberi pertolongan mungkin aku sekeluarga telah bersemadi aman di Lubuk Linggi…

Ketika aku bersekolah rendah, bila musim tengkujuh menjelma, adakalanya angin dan laut akan menjengok seketika menambahkan lagi ketakutan. Sekolahku yang terletak betul-betul disipi Selat Melaka yang memisahkan kami dengan Selat Melaka hanyalah tembok setinggi 2 kaki. Pabila air pasang, laut akan lebih tinggi dari tanah, kekuatan mereka tidak terlangkau dek fikiran. Omak saja boleh mencecah setinggi atap bangunan dan, kami akan duduk berpelukan ketakutan mendengar alam berkata garau dan hanya dapat berdoa agar cuaca akan berubah dan bila mereka berlalu pergi yang tinggal cumalah padang penuh dng air masin, cacing mati bertaburan dek terkena air garam meleburkan mereka bak daun kering, hanyirnya bau cacing, tak dapat digambarkan sehingga ke kini aku tidak mampu menjamah jika mee kuning digoreng bersama kicap hitam pekat….

Aku tak tahu kenapa ramai diantara kamu terlalu suka dengan kedatangan sang hujan munking kerana minda ku telah dipasak dari kecil yg hujan akan datang membawa kemusnahan kerana didlam Furqan, selalu menceritakan tentang hujan dan angin yang tugasnya untuk memusahkan kaum yg engkar. Nabi juga selalu takut pabila awan gelap menjelma, baginda akan terus ke masjid kerna ketakutan dan bila ditanya mengapa, baginda berkata yang beliau takut hujan yang datang itu bukanlah rahmat tetapi azab dari langit.


No comments: