Dibawah ini petikan dari text ucapan dari Pak Lah di Perhimpunan Agung UMNO 2004, yang perlu diperhalusi oleh setiap warga berdarah walaupun setitik kemelayuannya. Setelah membaca text Pak Lah, saya merasakan beliau telah meyelar sebahagian besar warga UMNO ...sekali lagi tahniah kepada Pak Lah kerana berani untuk berkata benar kepada UMNO, business-men melayu yg malu bergelar melayu tetapi masih ingin bertongkat dan juga kepada melayu kelas menengah yg tidak mempunyai semagat nasionalisma didlam jiwa mereka....Marilah kita membaca text ini dengan minda yang terbuka....tidak ramai negarawana yg berani utk berkata seperti ini dan akhirnya permata yg disaluti lumpur telahpun mengeluarkan cahayanya utk mewarnai duniaku.
5. Kita terhutang budi kepada setiap seorang dari mereka yang telah mewariskan kepada kita UMNO yang kukuh lagi matang. Kepada mereka yang telah kembali ke Rahmatullah, kita doakan semoga roh mereka berada di kalangan para solehin. Sempena perhimpunan ini sama-samalah secara ikhlas kita bacakan Surah Al Fatihah. Semoga bacaan tersebut diterima sebagai amal soleh oleh Allah SWT. Semoga ganjaran dari amal ini di sampaikan kepada roh-roh para pejuang UMNO yang telah kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah. (Tidak pernah dlm ingatan saya persidangan UMNO membaca al-Fatihah utk pejuang bangsa).10. sama-sama bekerja kuat, dengan kesefahaman erat, mendukung satu manifestasi perjuangan untuk membangunkan Malaysia yang lebih sejahtera; Malaysia yang lebih bersatu; Malaysia yang lebih maju.
ISLAM
17. Islam Hadhari memberi tekanan kepada pembangunan.
18. Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas – kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.
20. Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:
I. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI
II. Kerajaan adil dan beramanah
III. Rakyat berjiwa merdeka
IV. Penguasaan ilmu pengetahuan
V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
VI. Kehidupan berkualiti
VII. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
VIII. Keutuhan budaya dan moral
IX. Pemeliharaan alam semula jadi (Tak pernah selama 22 tahun ini pemimpin ingin memelihar alam semula jadi)
X. Kekuatan pertahanan (Pak Lah mahu org melayu kuat dlm ketenteraan ...sudah terbukti melayu sangat lemah dari segi ketenteran jika dibandingkan dng Thailand & Singapura)
23. Perubahan minda Melayu memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sektor atau partisan. Ini memerlukan satu perubahan tasawur adalah berkaitan dengan lima perkara seperti berikut:
I. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama
II. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
III. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
IV. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta
V. Menjaga, menartabatkan dan memperkasakan keturunan ( Ya ...sudah 22 tahun anak gadis kita telah dijamah tanpa paksaan, hanya memberi sebatang rokok, keturuan melayu telah tercemar, lihat raja juga sudah tidak mempunyai darah raja)
25. Bangsa Melayu perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan bangsa menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global. (Org melayu sangat cetek tentang kefahaman Islam sehingga boleh diperkotak-katikkan oleh politikus)
26. Bangsa Melayu perlu dijadikan masyarakat (Memang bangsa melayu sangat kurang semangat kemasyarakatan, tidak mahu menolong sesama melayu, lebih suka melihat bangsanya mundur..sebagai contoh..dikampung yang 90% penduduk melayu tetapi kedai cina juga yg dipergi ..kedai melayu bankrap kerana org melayu tidak mahu menolong bangsanya sendiri).
27. Melayu dan Islam di negara ini tidak dapat dipisahkan. Ianya adalah satu cantuman yang telah membina satu budaya – satu bangsa – satu identiti. (22 tahun Melayu hendak dipisahkan dari Islam ...salah satu sebab kenapa melayu mundur kerana melayu sudah jauh dari islam yg sebenar)
28.amatlah penting untuk umat manusia itu diperlengkap dengan ilmu – dengan pengetahuan – dengan kemahiran, supaya membolehkan manusia menguasai dunia. (Melayu sangat kurang ilmunya, wang tanpa ilmu manusia tidak kemana tetapi jika berilmu tanah yg tandus boleh dijadikan wang)
29. Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata. Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi.
HUBUNGAN ANTARABANGSA
31. sepakat dalam fikiran – senada dalam bersuara – selangkah dalam tujuan – seiring dalam bertindak. Segalanya kita capai – kita peroleh bersama, mencipta kejayaan – mengukir sejarah, dalam semangat bulat muafakat – dalam semangat ringan dijinjing, berat dipikul. Segalanya kita capai – kita peroleh, bersandarkan prinsip kemanusiaan – bertiangkan keadilan – berlandaskan kebenaran – bernaungkan bimbingan ILAHI.
36. Kita mahukan dunia yang aman – dunia yang damai.
39. Bahawa kedaulatan dan kemerdekaan setiap negara perlu dihormati. Bahawa corak pemerintahan sesebuah negara adalah milik warga di negara berkaitan untuk menentukannya.
40. Dunia akan menjadi lebih aman dan lebih makmur jika kekayaan dapat diagihkan secara lebih saksama – jika penindasan politik, penindasan ketenteraan, penindasan ekonomi dan penindasan perdagangan dapat dihentikan. Kekayaan dunia perlu diagihkan secara seimbang – perdagangan dunia perlu berbentuk lebih saksama. Kekayaan perlu digunakan untuk membantu membangunkan ummah dunia dari segi perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan kebajikan. Kita mahukan sebuah dunia yang memberi keadilan kepada yang lemah, yang lemah diberikan peluang, yang lemah merasakan ada harapan meningkatkan taraf sosial dan taraf ekonomi mereka. Kita akan berusaha ke arah yang dapat merapatkan jurang antara negara mundur dengan negara maju. (ini sebenarnya bukan utk antarabangsa tetapi amaran kepada pemimpin negara terutamanya org UMNO)
41. Dunia menjadi lebih bahagia dan pastinya memberi keselesaan kepada negara-negara maju, apabila manusia sejagat dapat diseimbangkan pencapaian mereka dari segi sosial dan dari segi ekonomi. Dunia tidak seharusnya dipisahkan sebagai negara maju dan negara mundur, negara kaya dan negara miskin, negara utara dan negara selatan, negara timur dan negara barat, negara Islam dan bukan Islam. Dunia bukan galeri untuk mempamerkan peralatan perang. Dunia bukannya padang sasar untuk menguji kehebatan senjata. Allah SWT tidak mencipta dunia untuk dimusnahkan oleh manusia. (ini juga utk kroni-kroni di UMNO)
PERJUANGAN BANGSA
46.kejayaan tidak akan kekal selamanya. Kejayaan akan tinggal dalam sejarah sebagai cermin lama untuk memapar wajah tua, jika kita gagal menghadapi cabaran.(jangan leka kepada sejarah keagungnan silam tetapi belajar dari sejarah kejatuhan melayu itu sendiri.)
47. Bangsa Melayu yang berupaya bersaing – berupaya merangkaikan hubungan dengan bangsa-bangsa lain di dunia – yang setanding – berdiri sama tinggi – berlari sama pantas. (utk ini kita mesti mempunyai ilmu dan kekuatan ugama)
50. meningkatkan daya saing bumiputera perlulah dihalakan kepada sektor perkhidmatan dan sektor-sektor yang mempunyai nilai ditambah (value add) yang tinggi di samping mengenal pasti sumber pertumbuhan baru ekonomi.
51. Usaha yang dilaksanakan memperlihatkan tanda-tanda positif di peringkat awal. apabila pegangan ekuiti bumiputera menguncup ke paras 18.7 peratus pada tahun 2002, penurunan 0.6 peratus.
53. Kita masih melihat bahawa pendapatan isi rumah bumiputera berada di bawah pendapatan isi rumah kaum Cina. Golongan profesional bumiputera telah bertambah, tetapi jumlah profesional bukan bumiputera masih berada di hadapan. (Melayu sebenarnya jauh lebih mudur dari didlm kertas...melayu melangkah setapak cina melangkah 3 tapak)
54. kita kurang memberi perhatian kepada aspek kualiti. Perlaksanaannya lebih mengutamakan jumlah tetapi kurang menitikberatkan faktor membina keupayaan dan nilai ditambah. (Ya kita lebih pentingkan kuantiti dari kualiti..lihat cina mereka sedikit tetapi mereka tak jadi driver & jaga. Mereka ingin menjadi ketua didlm sesebuah organisasai)
55. Revolusi mental ditegaskan amat penting. Jika kita lambat menukar sikap, kita kehilangan peluang..(kita perlu cepat mempelajari ilmu, mesti kejar ilmu 4 kali dari cina)
57. Bumiputera sedar bahawa dirinya bertongkat dan berhasrat mahu berjalan tanpa tongkat, tetapi masih berasa takut untuk membuang tongkat. Kerana kebimbangan ini, kembali berputik kecenderungan terhadap pendekatan lama, mencari jalan pintas dengan menyalahkan orang. (MEYELAR SESETENGAH KELOMPOK / KRONI DLM UMNO ITU SENDIRI)
58. Saya berpegang teguh kepada matlamat utama UMNO diwujudkan. UMNO diwujudkan untuk memperjuangkan hak bangsa Melayu. Saya berpegang teguh kepada agenda nasionalis bangsa Melayu.
59. Perjuangan terhadap hak dan nasib Melayu, UMNO harus menyediakan minda bangsa yang berupaya menghadapi realiti persekitaran perjuangan sebenar.
60. Jika kita jujur dengan diri, kita akan menerima hakikat bahawa tiada kekuatan hakiki bagi mereka yang memperoleh sesuatu dengan terlalu mudah. Tidak akan ada harga diri bagi mereka yang mendapat jawatan, peluang perniagaan atau biasiswa tanpa usaha dan keupayaan sebenar. Jika kita gagal membina daya saing bangsa, akhirnya kita akan menjadi bangsa yang kalah dan mengalah. Orang Melayu akan senantiasa dipandang rendah, orang Melayu akan terus merasa tidak yakin, orang Melayu akan dilihat sebagai beban oleh orang lain.
61. Kekuatan Melayu tidak seharusnya terbatas dengan kekuatan politik semata-mata. Kekuatan politik Melayu tidak mungkin dapat bertahan tanpa berakar kukuh dengan penguasaan ilmu. (Org melayu hanya pengang politik sahaja...itu tidak cukup)
62. Perangkaan menunjukkan bahawa prestasi ekonomi bukan bumiputera tumbuh lebih pesat. Penurunan peratus pencapaian bumiputera dua sebab. Pertama, kaum-kaum lain nyata lebih tekun berusaha dengan meletakkan fokus yang tepat lalu membolehkan mereka memiliki daya pecutan lebih laju, meletakkan mereka melonjak ke hadapan, di samping memiliki stamina untuk kekal lama dalam litar urus niaga. Kedua, yang lebih membimbangkan, kaum bumiputera tidak mempunyai daya bertahan yang lama, di samping berlakunya ketirisan kepada apa yang diperuntukkan sebagai pegangan bumiputera.....melayu terlalu leka
63. Bangsa Melayu perlu di ingatkan untuk kembali menghayati nilai-nilai murni yang menjadi sebahagian dari budaya bangsa. Budaya yang telah berjaya membina kekuatan dan tamadun bangsa. Kayakan bangsa dengan ilmu supaya mereka menjadi Melayu yang bijaksana,
Timang tinggi- tinggi, sampai cucur atapBelum tumbuh gigi, sudah pandai baca kitab. (Melayu dahulu adalah melayu yg mempunyai jati diri yg sangat tinggi tidak seperti melayu kelahiran Dr Mahadir yg ingin semua disuap)
64. Bangsa Melayu adalah bangsa yang tekun – bangsa yang rajin berusaha seperti yang terkandung dalam pepatah, ‘sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain’, ‘jika tidak dipecahkan ruyung di mana akan dapat sagunya’. Bangsa Melayu menyedari hakikat bahawa kesenangan tidak datang secara mudah, bahawa perlunya ‘berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak’, ‘berakit ke hulu – berenang ke tepian, bersakit dahulu – bersenang kemudian’, bahawa kekayaan itu perlu diusahakan secara tekun – secara gigih dan tidak berlaku secara mendadak, ‘sikit-sikit lama-lama menjadi bukit’. Bangsa yang pada keseluruhannya sedar akan pentingnya amalan berhati-hati demi menjamin survival di hari muka, ‘Jangan curahkan air tempayan bila mendengar guruh di langit’ Akan baiknya membuat persiapan untuk menghadapi kemungkinan, lalu ‘sediakan payung sebelum hujan’.
65. Tetapi! Apabila terdapatnya segelintir Melayu lebih terpengaruh kepada nilai-nilai negatif, maka rosaklah bangsa. Lalu terdapat Melayu yang ‘sedia papa untuk bergaya’, terdapat Melayu yang bersifat ‘pagar makan padi’, ada yang mengharap kepada ‘bulat datang menggolek – pipis datang melayang’. Ada yang mengharap ‘bulan jatuh ke riba’. (melayu yg dilahirkan oleh Mahadir)
66. adanya Melayu yang terpengaruh dengan nilai-nilai negatif, terbinalah budaya kerja yang songsang, imej keseluruhan bangsa Melayu tercemar, kerana yang lain bagaikan terpalit lumpur – kerana putih susu di belanga beralih warna disebabkan nila setitik. (Melayu yg dilahirkan oleh Mahadir)
UMNO
69. menjadi peneraju kepada kerajaan yang diamanahkan kuasa oleh rakyat di negara ini.
70. UMNO harus mengamalkan satu bentuk etika dan disiplin di dalam parti , UMNO tidak akan berkompromi dengan ahli-ahli yang merosakkan nama UMNO. Apatah lagi di kalangan mereka yang pernah mencerca, menghina dan menderhaka kepada UMNO. UMNO tidak harus membenarkan mana-mana pihak sekalipun memperalatkan UMNO untuk dijadikan tangga bagi melonjakkan mana-mana orang perseorangan.
71. Tidak ada pemimpin – tidak ada individu yang akan kekal hidup selama-lamanya. Pemimpin datang dan pergi. Yang kekal adalah UMNO. Kepimpinan UMNO memperkasakan parti. Kekuatan UMNO meneguhkan kepimpinan. (Ingatan kepada kuncu-kuncu Mahadir & Najib)
73. Pemimpin yang telah kita lukakan – yang telah kita calarkan, akan mempunyai parut. Mungkin kerana perbuatan kita, ada di antara rakan-rakan kita yang menjadi tempang – ada pula yang telah dicacatkan. (Jangan hina Anwar - ingatan tegas kepada Hisamuddin )
74. Begitu mudah kita melupakan keadaan genting yang kita hadapi dalam pilihanraya umum 1999. Maruah parti baru kita tebus pada pilihanraya umum baru lalu. Malah terlalu baru untuk membolehkan kita mula bersengketa. Kita tidak akan hidup selamanya. Sebagai umat Islam setiap perbuatan kita disaksikan malaikat. Orang Islam itu adalah saudara mu. Ahli-ahli UMNO itu adalah rakan seperjuangan mu. Elaklah perbuatan yang boleh memberatkan timbangan dosa. Murnikanlah hati untuk menambahkan timbangan pahala. (Ingatan kepada kuncu Najib & Mahadir)
78. tugas pemimpin itu amat berat. Tanggungjawab memimpin itu adalah satu amanah yang akan dinilai di dunia dan di akhirat (Ingatan kepada pemimpinan bahawa tugas mereka bukan mudah sebenarnya..bukan utk tempolok mereka, anak & bini sahaja)
STRATEGI
Apa juga halangan dan rintangan atau rusuhan dan keganasan, akan kita hadapi dengan penuh ketegasan berlandaskan undang-undang. (Ingatan kepada org UMNO & Barisan Nasional sebenarnya..jangan main pukul belakang)
82. Kemerdekaan negara membawa erti kepada bangsa Melayu. Pencapaian seimbang dan saksama Melayu dan dengan kaum-kaum lain, adalah faktor penentu. Orang Melayu akan menjadi lebih terbuka dan lebih bertoleransi sifatnya, jika, status sosial dan status ekonomi mereka berada di paras yang seimbang dengan kaum-kaum lain di negara ini. (Ingatan kepada org Cina & India bahawa melayulah memerdekakan tanahair nie...so jangan banyak lagak)
85. Sumber manusia bumiputera ini perlu ditingkatkan nilai ditambah mereka.
86. Sektor pertanian yang maju membangunkan ekonomi melayu.
87. profesional perlu dilipat gandakan, sektor swasta milik bumiputera hendaklah menunjukkan contoh membantu merealisasikan pencapaian semangat Dasar Ekonomi Baru dengan memberikan peranan lebih signifikan kepada tenaga profesional dan usahawan bumiputera. Kepada syarikat-syarikat milik bukan bumiputera, saya mengingatkan supaya mereka sama-sama mendukung aspirasi nasional ini dengan memberi kepercayaan kepada tenaga kerja profesional bumiputera terutama di peringkat pengurusan tinggi. (business man & profesional bumiputera perlu ada semangat nasionalis...kalau boleh jangan ambil bangsa cina & india. Lihat saja bussines-men cina & india mereka tak ambil melayu walaupun melayu lagi terror mereka sanggup ambil org asing dari ambil melayu, kenapa kita perlu kasiahan kepada mereka)
88. bumiputera yang telah berjaya supaya tampil ke hadapan bersama membantu hasrat – bersama menyokong usaha untuk melahirkan lebih ramai masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera, masyarakat usahawan bumiputera, masyarakat profesional dan teknokrat bumiputera, masyarakat sains dan teknologi bumiputera. Jadikanlah hasrat ini sebagai satu aspirasi bersama bangsa Melayu – bangsa Melayu yang tidak redha melihat ayam kelaparan di kepuk, itik kehausan di air, anak di riba mati tak makan.(Ingataan yg sangat sesuai kepada org kaya melayu yg tidak mempunyai semangat nasionalis sanggup kaya seorang diri)
89. Melahirkan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera
90. Program pendidikan, warga muda Malaysia hendaklah dididik mempercayai kepada tuhan, berakhlak mulia, menghargai nilai keluarga, berkeyakinan, dan patriotik terhadap negara.(org melayu hanya akan berjaya jika mengikut ajaran islam yg sebenarnya)
92. melibatkan pembangunan sikap. Ia melibatkan pembangunan mental. (org melayu perlu segera menukar sikap yg buruk dan kekalkan sikap yg baik dlm diri)
93. Agenda dan usaha memartabatkan bangsa adalah tanggungjawab bagi setiap mereka yang sayang dan kasih kepada bangsa. badan swasta milik bumiputera dan individu bumiputera hendaklah memainkan peranan sebagai pemangkin untuk melahirkan lebih ramai bumiputera yang berjaya. (ini adalah tugas semua anak melayu)
95. kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat. (memasyarakatkan melayu & menaikkan taraf melayu & minda melayu adalah sebagai jihad bagi setiap warga melayu)
PENUTUP
96. Bangsa Melayu di tahun 2020 hendaklah dihormati, berpendidikan tinggi, berkemahiran, berdiri sama tinggi, berlari sama pantas. Jadikanlah ini azam. Ingatlah bangsaku! Jangan kalah dalam saingan – perlu menang dalam perjuangan (BANGSA MELAYU ADALAH BANGSA YG BERMARUAH, KITA PERNAH KECAPI ZAMAN KEGEMILANGAN DAN KITA BOLEH LAKU KAN SEKALI LAGI DNG MINDA YG BERILMU DAN TUNDUK KEPADA ISLAM)
No comments:
Post a Comment