Monday, September 06, 2004

makan tido makan

 
KREDIT GAMBAR


Sebulan sekali pasti aku akan menjengah kekampung suaminya dan seperti biasa jika dikampung aktiviti utama adalah makan, tido dan makan…. Jika dikampung masaklah apa saja, pasti masakanan akan terasa enak mungkin kerana ramuan segar dari kebun dan campur dng udara yg segar dan alam yg mendamaikan…

Jika dikampung sarapan wajib kami sudah tentu nasi lemak tetapi lauknya ringkas & mudah sambal ikan bilis, timun dan telur rebus tapi suami ku pasti bertambah 3 pinggan, mungkin juga kerna air tangan ibunya digaul mesra bau daun pisang bercampur dng nasi hangat dipagi subuh berkabus tebal. Pasti enak sekali.

Utk tengah hari kali ini menu utama adalah ayam kampong lomak cili padi dan ibu mengorbankan seekor ayam jantannya kesayangan. Pagi Ayah sudah tahu tugasnya tanpa disuruh, ayam sudah ditambat direban, pisau diasah tajam dan tugas itu disempurnakan oleh suamiku ..kata ayah biar dia belajar…, begitu juga dengan tugasnya membersihkan dan meyalai ianya disempurnkan dengan baik sekali oleh suamikuu di Penangah…harum sungguh bau ayam salai dam aku seperti biasa pergi mengutip segala bahan utk dibuat rencah seperti kelapa, kunyit, serai & cili padi segar dikebun dan tak lupa kasturi didahan rendang utk membasah tekat ketika menjamu nanti…

Kali ini makan tengah hari sungguh istemewa kerana kami menjamu bersama tetamu istimewa , “TOK HAJI” yg telah mencecah hampir 90tahun tetapi masih badannya tegap dan sasa dan memorinya masih sihat, beliau adalah ketua “PERUT” suamiku . Memang menjadi kesukaan ku bila beliau bersama kerana diketika itu lah berkumpulnya 3 generasi dibawah satu bumbung. Kalau aku ada sudah punya anak dikala ini pasti anakku sedang bergurau senda dng moyangnya…

Setiap kali setelah menjamu selera aku akan berdoa agar rahmat turun kebumi, kerana disini memang terkenal dng dearah yg paling kering, mentari disana seakan-akan sejengkal dikepala dan seperti biasa doaku termakbul. Jika hujan membasahi bumi kering ini semua akan bergembira kerana amat enak sekali bergolek-golekan diatas kekabu empuk ketika suasana dingin sambil merehatkan otot yg kejang disetelah sebulan berhempas pulas dipejabat.

Selalunya bila terjaga dari lena, minum petang telah tersedia…huuuuuuu enak betul dunia…ibu seakan tahu kegemaranku..kuih koci pulut hitam bergaul santan pekat…terliur seketika … aroma santan & daun pisang ketika hujan teduh memang tidak dapat digambarkan dng kata-kata dan kami minum petang sambil TOK HAJI dan ibu menceritakan kisah silam bermula perang jepang, pembukaan jelebu sampailah ke sawah bendang, lembo dan kambing, mereka akan bercerita sehinggalah mentari keufuk barat…Dan Abah pula sibuk membakar sabut kelapa bersama daun serai dipenangah utk menghalau nyamuk yg akan menyerang bila-bila masa bila senja menjelang kerana Abah tahu menantu seorang ini berkulit merah nipis, takut nanti kalau diserang sang nyampuk durjana pasti anaknya tidak dapat merasa lagi kulit sehalus telur…hehehehe

Begitulah istemewanya pulang kekampung …semuanya indah sekali …mengutip hasil tuaian, memasak bahan asli & dibela sendiri, bercerita sejarah silam bersama warga emas amat istemewa bagi diriku kerana aku tidak pernah mengecap ini semua didlm keluargaku krn aku dibesarkan di kota tidak pernah merasa hidup dikampung. Aku dari golongan keluarga peniaga dan walaupun aku dilahirkan sebuah keluarga yg besar (Pakcik 14 & sepupu seramai 50++) tetapi agak malang kerana keluarga kami umur nya pendek-pendek belaka dan paling tinggi umurnya hanya 45 tahun…aku sendiri dikala hanya berumur 27 sudah tidak punya sesiapa didunia nie ..yg ada cumalah kak & adik dan apabila melihat keluarga sebelah suamiku yg mempunyai generasi ke 3 atau 4 generasi membuatkan aku gembira. Mendengar pengalaman mereka & rasa kedamaian aku membuatkan aku semakin meyayangi kehidupan dikampung utk mengisi sesuatu yg tidak aku kecapi selama ini.

No comments: