Cuti hujung minggu,aktiviti ku padat. Kami ke Muzium Negara membawa ayah yang kepinginan untuk ke Pameran Batu Permata Kilauan. Pameran yang sungguh berinformasi tetapi amat meyedihkan bila melihat sambutan dingin dari warga kota lebih mengemari Konsert AF, mungkin bagi mereka pameran seumpanya sudah lapuk ditelan zaman dan tidak mahu digelar kolot. Berbagai batu beraneka rupa dipamerkan dan ilmu yg dapat aku korek ketika disana, untuk membelinya memang tak termampu tapi syukurlah dapat juga melihat dan membelek batu berharga dari puluhan ribu hingga ada yang mencecah jutaan ringgit sudah dapat memberi satu kepuasan peribadi kepadaku. Kami menghabiskan hampir 3 jam, terleka dng kilauan permata dan kalau bukan kerana kepala lutut dah mula leguh mungkin sampai kemalam kami disana.
“Panas berdentum, itu tanda hujan nak tiba” kata ayah dan tekak teramat kering kami duduk sebentar di pondok muzium sambil makan ais-cream roti, mat salleh terjeling kegayatan. “Lantaklah ko Mat Salleh, ini negeriku, aku boleh buat apa yang aku suka”. Lepas jamahan kami bawa ayah ronda-ronda sekitar kota, ayah suka lihat bangunan lama. Bermula darii Muzium ke bangunan KTM , ayah tergelak bila tengok Orang Putih berduyung-duyung bervideo-cam dihadapan Banguan Sultan Abdul Samat, kemudian kami terus membelah kota menyusuri Jalan Raja Laut sehinggalah ke Chow Kit Road dan terus ke Kampung Baru. Kami singgah digerai bersebelahan Stadium Raja Abdullah untuk menjamu dan kalau disini menunya dioder pastilah capati dengan kari ikan dan susu segar, tiga keping capati diuli lembut menjadi habuan tempolokku dan ayah kekaguman bila melihat anak gadisnya bercitarasa hidustani seketika. “Darah nenda masih mengalir pekat” kata ku sinis kepada ayah.
Tepat sekali dugaan ayah, cuaca di kota tidak menentu, panas tak sampai kepetang, tanpa angin dan guruh sekelip langit menjadi kelabu dan hujan bagaikan berbaldi-baldi air dicurah dari langit, kota kembali basah, kami bergesa pulang takut kalau banjir kilat diKampung Baru, bahana jangan dicari itu pesan orang tua. Sampai dirumah hujan belum teduh dan pabila perut kenyang, badan kepenatan, suhu membeku aktiviti yang paling molek adalah beradu diperaduan hangat, aku bermimpi lena dipetang hari.
Belum puas dibuai mimpi, ayah mengejutkan aku kerana katanya dia ingin pulang ke J#### B###. Belum puas rasanya bermanja, 7 hari ayah dikota bagaikan rasa baru 7 jam bermula, "Ayah sudah mahu pulang, tidak betah tinggal dikota bersama anakmu ini", rengekku memujuk ayah tapi ayah keras ingin pulang kedesa kerana katanya sarang lebah diLentang hampir penuh, kalau ditinggalkan sarang dipuncak Tualang pasti ada yang akan mengutipnya nanti, takut nanti aku tak dapat merasa madu asli semanis halwa…huhuhuhuhu begitu rupanya kasih seorang ayah, bukan wang yang dipertaruhkan, sanggup memanjat pokok Tualang sebesar dua pemeluk untuk anak gadis kerana memang aku mengidam madu hutan untuk mengubatkan parut dimuka dan dengan perasaan berat aku tinggalkan ayah dipuncak banjaran titiwangsa dan janji ayah sebelum Ramadan berkunjung tiba dia akan turun dari gunung kembali kepada ku bersama sebotol madu… Madu kasih kepada puterinya.
No comments:
Post a Comment