Monday, February 21, 2005

TROMBO ASAL USUL MINANGKABAU




Bangsa Minagkabau tidak begitu cenderung untuk mencatatkan sejarah tetapi mempunyai minat yang sangat kuat untuk mengetahui asal usul suku bangsa mereka …mereka tidak mencatat tetapi mereka bertambo….. Dunia tambo ialah dunia tanpa sejarah tetapi pada masa yang sama mengandungi unsur sejarah …

Pada dasarnya tambo ini bermula dng menceritakan pembentukan Alam Minangkabau..”Pada mulanya yang ada hanya lah Nur Muhammad, dan melaluinya Allah mencipta alam , ‘langit dan bumi’. Dari Nur ini lah terbitnya malikat dan Nabi Adam a.s manusia pertama. Kemudiannya Allah memerintahkan Nabi Adam dan putera-puterinya turun kedunia, yang pada masa itu masih lagi melalui proses kesempurnannya”. Nabi Allah Adam dan Hawa mendapat tiga puluh sembilan zuriat. Putera dan puterinya mengahwini satu sama lain, kecuali ptera yang bongsu. Beliau dirancangkan supaya mengahwini seorang bidadari dari syurga, kerana Allah mahukan keturunan beliau menjadi raja di dunia. Beliau diberi nama Iskandar Zulkarnain (bertanduk dua) kerana tanduk emasnya yang melambangkan dua kerajaanya yang berbeza di timur dan barat, diutara dan selatan.

Iskandar mendapat tiga orang putera. Yang sulung dinamai maharaja Aliif, yang tengah Maharaja Depang dan yang bongu Maharaja Diraja. Selepas mangkat Iskandar, tiga beradik berlayar ketimur . Bila sampai berhampiran dengan Langkapuri (Sri Lanka) berlakulah perselisiahn faham mengenai siapa yang patut mewarisi mahkota yang ditinggalkan oleh Iskandar. Semasa perbalahan itu berlaku mahkota tersebut terlepas dari tangan ketiga beradik dan jatuh kedalam laut. Cantik Bilang Pandai, seorang pengikut Maharaja Diraja yang cekap dan bijak, telah membuat satu mahkota pendua dan menasihatkan tuanya menuntut kekuasananya dengan mengisytiharkan bahawa baginda telah mendapat semula mahkota tersebut . Setelah soal kekuasaan dapat diselesaikan ketiga beradik berpisah dan pergi ketempat berasingan dimana mereka akhirnya menjadi raja. Maharaja Alif ke Rom (Negeri Turki), Maharaja Depang ke (Jepun & Cina) dan Maharaja Diraja ke Pulau Perca atau Andalas (Sumatera) memerintah Nusantara…

Sampai di Sumateralah mereka berlabuh ditempat yang paling tinggi iaitu dipuncak Gunung Merapi dan beliau diiringi oleh empat pengiring … seekor kucing (Kucing Siam), seekor harimau betina (harimau Campa), seekor kambing (Kamping Hutan dan Seekor anjing (Anjing Mu’lium ) [ Mengkut Rasjid Manggis, keempat-empat binantang ini sebenarnya melambangkan adalah orang berbangsa Minang – Kucing siam – Patani, Harimau Campa – Burma & Kemoja (Tenggara Nusantara) , Anjing Mulim - India Selatan dan Parsi….] dan semua nya bunting dan melahirkan anak perempuan. Maharaja Diraja mengambil kanak-kanak ini sebagai anak angkat. Setelah mereka dewasa mereka dikahwinkan dengan tukang membaiki kapal .

Setelah beberapa lama, air laut pun surut. Perlahan tanah meluas dan Maharaja Diraja dan pengikutnya turun dari puncak Gunung Merapi. Dikaki gunung itu mereka membuka negeri dan penduduk pun bertanbah, akhirnya membentuk nagari. Hukum hakam dibuat dan ketua dipilih. Datuk Temenggungan dan Datuk Perpatih nan Sebatang berketurunan Maharaja Diraja memulakan dua jenis tradisi politik dan perundangan dan akhirnya semakin bertambah bilang penduduk dan lama terciptalah Alam Miangkabau yang masyhur. [Terdapat satu rujukan kepada kapal Nabi Noh a.s dalam epik Maharaj Dioraja Marsden mencatatakan bahawan Datuk temenggung dan Datuk Perpatih adalah dua daripada empat puluh orang pengiring Nabi Noh dalam kapal tersebut. Dipercayai mereka adalah saudara tiri dari ibu yang sama]


petikan dari
NASIB IBU DAN MERANTAU
TSUYOSHI KATO

No comments: