Tuesday, March 01, 2005

HARI YANG MENDAMAIKAN …


Ahad tadi ku kuak jendela pagi….udara nyaman telah tiba … sungguh menyegarkan … cahaya mentari masih malu untuk meyapa … kepulan awan bak kapas melingakari banjaran titiwangsa … wahhhhh aku gembira … melihat merpati terang disana sini … bumi telah segar kembali … betapa indah nya kurniaan ilahi …hanya semalaman ia menurun kan hujan seluruh alam telah gembira … aku terus berdoa agar hujan turun lagi … biar terhakis panas dan jerebu ini…

Ahad, hari ini ku daki banjaran titiwangasa ... kerana kasih menurui lurah hanya untuk bertemu orang tersayang , ya kasih perlukan pengorbanan ….berjumpa dengan TOK dikaki gunung amat mengembirakan hati ku yang cukup lara ini… sudah lama tak bersua muka, kali terakhir ketika menyambut hari raya korban bersama…. Tok semakin kurus dan tidak terurus … aku ajak beliau ke turun ke kota … agar dapat kubelikan dia sepasang sepatu baru dan menguting rambut yang telah panjang itu tapi beliau menolak kerana katanya ada perkara yang perlu dibereskan lagipun ….surau nya tidak berpenunggu …semua ahli turun kekota ….4 bulan baru nanti baru mereka pulang …berjihad katanya

Oleh kerana suraunya kosong …dapatlah aku melepak sakan … seronok sungguh ..rupanya dibelakang surau ini suasananya sunguh mendamaikan … mempunya sungai dan airnya yang segar …ada pohon-pohon yang merimbun, sejuk dari panahan mentari terik…. Bunyi murai dan pipit riuh sekali … suamiku tertidur dibangsal bersama putih (kucing TOK …sebijik macam Baby cuma kurus ) …. dan sedang asyik kami bermain air digigi sungai , TOK menerima beberapa orang tetamu datang dari kota dibelah timur…dan mereka merampas kemesraan kami …. Terpaksa lah TOK duduk berbincang bersama mereka didalam surau , membincangkan hal-hal duniawi seperti tiada penghujungnya … sungguh menjemukan dan aku tidak betah untuk mendengar politikus menyusun strategi … lagi bagus bermain dengan anak ikan yang jinak. Ya Allah sungguh mendamaikan disini kerana sedang aku bermain digigi air bayu datang menyapa lembut ... selembut kapas ke pipiku dan aku terus digugurkan dengan bunga tanjung menutupi lantai pasir bersama harumannya…. satu perasaan yang tidak dapat ku luahkan dengan kata-kata ...aku dan alam seakan telah bersatu … syukur aku dapat merasa kenikmatan ini untuk seketika… terasa ketika ini aku bagaikan sang puteri yang turun dari kayangan ….keadaan ini tidak dapat ku nikmati dikota batu dan kerana hari ini hari yang sungguh mempersonakan… aku seakan terlupa akan jerebu yang menyesakkan, bunyi bingar dari keriuhan kota yang menghimpit, terteduh sebenar mentari terik membakar hati... ketika ini hanya perasaan aman dan damai bersama pelukan kasih suami dan TOK …. Kalau boleh aku tidak mahu pulang ke kota …aku ingin tinggal bersama mereka disini … tetapi aku masih punya tanggung jawap yang perlu dilunaskan …. Pasti hari nya akan tiba untuk aku pulang menetap disini … dengan izinNYA jua …
:Nota:
Sebenarnya hari ini semuanya kunamapk indah belaka … kerana hari ini adalah hari dimana TOK MUDA secara terangan telah menunaikan tanggungjawapnya kepada aku…. Hari ini di hadapan para tetamunya, dia telah memperkenalkan aku sebagai puterinya yang satu …darah dagingnya sendiri … betapa bahagianya aku mendengarkan nyer …. Kalau di berikan aku intan permata….kata-kata itulah yang ku pilih ….kerana kata-kata keramat yang keluar dari mulutnya lebih berharga dari intan segunung ….dan dihari ni aku telah disahkan sebagai darah daging nyer sendiri …..

No comments: