Mungkin saya bukan org seni, saya juga tidak pandai untuk menilai seni didalam filem ..saya menonton filem untuk mendapat kan ilmu ... saya manusia yang berfakta ...itu saya ... logik dalam filem itu perlu bagi saya dan kelompok saya…saya tidak kisah melihat filem sampah tetapi logik .... sebagai contoh filem yang menggambarkan roti canai yang penuh dng peluh ...memang logik sebab saya dah nampak ...memasukkan makanan dng air kencing .... biasalah itu pelaris ... (mamak selalu buek) tapi saya amat kecewa dng SEPET yang dikatakan filem yang membuka minda bangsa malaysia…. Pada mula nya saya ingin menonton VCD tetapi setelah membaca beberapa ulasan dari beberapa blog yg berkaliber saya teruja … tetapi rupanya … SEPET tidak seperti yang saya harapkan … SEPET hanya penuh dengan jiwa-jiwa manusia yang ketandusan SEX … agak menyedihkan kerana kerna bangsa malaysia sudah tidak punya apa-apa yang ingin perdagangankan atau pertonton kan … yang tinggal hanya tubuh wanita melayu yang berkemban 24 jam 7 hari dijual diseluruh dunia … dan mungkin juga filem ini banyak menang anugerah di luar negara kerana org barat tidak pernah melihat wanita berkemban dan mengkakang semasa tido atau bergurau bersama suami sehingga nampak seluar dalam … "filem kita wajah kita" … adakah nie yang budaya orang malaysia anda semua ingin kan tonjolkan… secara keseluruhan di permulaan ceritanya bagus akan tetapi diakhirnya betul betul potong steam memang memualkan sehinggakan seluruh panggung terpaku seketika ..saya tidak sangka ..orang yang digelar sifo didalam bidang nie membuat satu kesilapan yang sangat bodoh ….kepada yasmin jika anda membaca blog saya ini … ingin saya katakan bahawa anda cuma boleh membuat iklan bukan filem …dan ketika ini saya betul betul merasa terhina dan bodoh kerana mempercayai ulasan yang digembur-gemburkan didalam beberapa blog utama kerana rupanya penyakit kroni juga telah mengular diruang maya ini … ingatlah kepada semua penulis blog – blog yang baik adalah blog yang tulus-mulus.
::pelik bin ajaib::
a) macam mana orang gaji boleh berkemban sama dng pak encik ...(kononnya hak yang sama????).... ianya boleh diganti dng cik yam makan semeja dng keluarga orkid???
b) kenapa perlu berkemban setiap hari ....apa rumah org melayu tak de air con dah ke???
c) org melayu pemalas??? bukan melayu pemalas...hahaha tetapi bangsa malaysia yang pemalas...
d) hang tuah dari cina??? memang tak baca sejarah ...gelaran "HANG" itu di berikan kepada Tuah dan sahabatnya oleh Maharaja China ..macam gelaran Dato lah .... bukan .. Tuah pergi belajar sampai kenegeri cina ... ikut sunnah nabi....
e) emak bapak orkid bergurau senda diruang tamu sampai nampak seluar dalam ..kemudian buek beromen diruang tamu ...kononnya nak tunjuk kasih sayang .... tunjuk kasih sayang berbagai cara ..kenapa cara sex ...boleh ditukar kepada ...suami menyikat rambut si-isteri or suami menyuap isteri makanan dan banyak lagi ....???
f) ending nya tidak teratur...bagaikan mahu cepat-cepat endingnya ...sebab dah meleret-leret diawal cerita...dan tidak digarap dengan teliti.
Nota
Saya ada membaca di sebuah blog yang katanya SEPET full house pada Sabtu & Ahad …. Bila saya membeli ticket pada hari Jumaat di KLCC … wahhhhhh semuanya masih kosong …dan ketika menonton malam isnin yang lepas … kerusi nya masih kosong disana sini …. Mengapa mereka perlu wawarkan benda yang tidak betul???? Sumpah saya tidak akan mempercayai mereka lagi ….
No comments:
Post a Comment