Saturday, March 26, 2005

PANTANG

Aku memang cukup pantang... kalau orang tanya soalan cepu emas … dan yang pasti mereka akan dapat jawapan cepu emas juga lah . Pernahkah anda juga mendapat soalan seperti dibawah ini …dan jika anda apa jawapannya ya????

  • “Bila nak beranak...?” jawapannya “apa u ingat I tuhan …. Boleh buat anak bila masa je”, “I dah banyak anak …anak tekak…anak mata …bla bla..”
  • “Bila nak beli kereta...?” jawapannya “bagilah duit..." sambil buat muka kesihan…
  • “Berapa harga rumah ko...?” jawapannya … sambil buat muka bodoh .. “entah ko tanyalah bank laki aku" …. heheheheheh
  • "berapa gaji laki ko...?" jawapannya "berapa gaji laki ko...?" (aku tanya balik kat dia)
  • “tak sunyi ke tak ada anak ….?” Jawapannya …. “anak kucing aku tak terlarat nak jaga…”
  • “wahhhh gemuk nya u sekarang …?” Jawapannya …. "Syukur…suami sayang …makmertua sayang dan makan sedap….huhuuuuu”
  • "Maksu tak reti masak hek....?" (nie belah laki aku lah nie, kalau belah aku mereka panggil Antiue lela ...glomer sikit...) Jawapannya.... sengaja aku jawap depan mak-maknya dan nenek-neneknya ... "Kalau Maksu tak pandai masak... dah lama dah Pakusu ko mati kebulur .... dah 7 tahun Pakusu ko makan air tangan aku tak pernah masuk hospital pun..." aku tahu nie mesti mak dan nenek mereka yang mengayam ketupat....

Lagi satu aku memang cukup hanging kalau ada umat yang mengeluarkan kata-kata "cemburu" tetapi sebenarnya nak sembunyikan kekurangan diri dia sendiri … dan kita yang selalunya menjadi mangsa mereka cemburu mereka ….

  • memang mereka yang tak pandai mengemas rumah tapi bila pergi rumah kita …dia akan kata : “Ko boleh lah …. rumah tak de budak kecik..” or kalau kita beli barang yang comel comel dan canggih manggih di rumah …dia akan kata …. “ Ko boleh lah tak de anak....” memang hanging satu badan … kak aku ada 2 anak kecik tapi rumah dia lagi cantik dari rumah ku …. Budak kecik bukan sebabnya…malas adalah sebab utama….
  • Bila kita pakai barang kemas or kita bergaya sikit …dia akan kata …. “Boleh lah dia tak de anak” …. Hahahahahhah
  • "Ko tahu ke jaga budak kecil...?" or "rumah orang tak de anak tak de barang keperluaan baby". For me ...mereka telah membuka pekung, cetek betul fikiran mereka.... kalau tak kawin tak payah belajar masak, tak yah belajar kemas rumah, tak yah gosok baju dan kalau dah kawin belum beranak tak yah belajar tentang kanak-kanak .... for mereka yang tak tahu tapi ingat mereka tahu segalanya ini nasihat aku .... Tak semestinya orang yang tak beranak tak tahu pasal kanak-kanak (mungkin lebih terrorrrrr ) dan tak semua yang dah beranak tu pandai sangat tentang kanak-kanak.... aku memang tak beranak tapi aku yang jaga kakak aku masa dia didalam pantang…aku yang masak lauknya, dia berbekam aku pun berbekam...dia berurut aku pun berurut sama... aku jaga 4 orang anaknya dari besar tapak tangan hinggalah mereka masuk U, mereka membesar didepan mata ku, kalau lah pendek umur kak long ku, aku lah ibu mereka …. sekarang nie aku ibarat ... ibu muda yang anak nya semua pergi keluar negara belajar .... aku yang buat semua persiapan pertunangan adikku dari A sampai Z.....dan sepupuku kalau ada masalah dengan suami ...mereka datang mencari aku meminta nasihat ...kira aku macam orang tua lah nie .... aku pegang kata orang bijak pandai .... tua bukan kerana umur tetapi tua kerana petua dan pengalaman.... Aku rasa aku lebih tahu pasal perkembangaan kanak-kanak, remaja dan suri rumah yang baru mendirikan rumah tangga dari ibu yang baru beranak satu …. Dan di rumah ku ada sebuah bilik yg dijadikan “playroom and reading room” (bukan utk membangga diri tetapi sebagai contoh) untuk anak buah atau rakan-rakan(yang semuanya sudah punya anak kecil) yang datang melawat …. dan aku rasa ada umat yang sudah ada 4 orang anak pun belum tentu boleh mengadakan apa yang aku ada …. Dan seperti biasa kalau orang yang dah cemburu…mereka akan kata …. "Buat apalah benda itu semua …membazir jeeee …bukannya ada budak budak..." dan yang pasti nya aku akan menjawap ... "WELLLL, duit aku, lagi pun suka hati aku lah apa aku nak beli ....bukan ko yang bagi duit kat aku .... Betul tak???" bongkaknya aku ....

No comments: