Sunday, April 29, 2007

PILIHANRAYA DI IJOK SELANGOR

- MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI -

Saturday, April 28, 2007

Dirgahayu raja kami...

Sultan Mizan Zainal Abidin
Yang Pertuan Agong ke13


:: Daulat Taunku ::

Ini pesan untuk raja kami
Semoga kamu menjadi
Raja yang adil lagi saksama
Jangan beraja dihati
Raja yang adil raja disembah
Tiada rakyat tiadalah raja
Raja adalah tonggak negara
Rakyatmu adalah amanah
Kelak kamu akan dipersoalkan
Ikutlah jalan yang lurus seperti
Jalan jalan orang yang terdahulu
Nabi, kitab, sunah dan ulama pedomanmu
bukannya hati, nafsu, harta dan keluarga...

::

Diwaktu kecil dulu saya dibesarkan dengan cerita raja-raja dan pari-pari. Nenda selalu bercerita tentang kisah Nabi Sulaiman yang bijak pandai. Kata nenda, Nabi Sulaiman bukan saja bijak tetapi juga tersangat lah kayanya. Bukan saja diangkat menjadi raja kepada manusia tetapi beraja kepada haiwan, jin dan pari-pari. Kisah Nabi Sulaiman dengan kancil, semut dan burung hud hud tertanam diminda saya. Tok Muda kata Nabi Sulaiman tu berdarah Melayu. Kata Tok lagi Nabi Sulaiman pemerintahanya sangat adil sehingga seluruh dunia tunduk kepadanya tetapi saya beranggapan itu hanyalah cerita dogengan semata-mata untuk mempasak minda saya bahawa raja seperti bapa dan rakyat seperti anak - bapa yang baik akan menjaga anak dengan kasih sayang dan kita sebagai anak akan mematuhi setiap arahan si bapa.
Pabila saya dewasa saya menonton cerita tentang raja melayu ditv, kisah hang tuah dan hang jebat - bagaimana seorang sahabat dibunuh hanya kerana ingin mendapat pengadilan, cerita tentang Raja Mahmud mangkat dijulang - hanya kerana sebiji nangka, cerita tentang Hang Nadim yang masih kanak-kanak dibunuh kerana menolong temasik yang diserang ikan todak, cerita bagaimana tun fatimah dan keluarga bendahara dibunuh hanya kerana kecantikannya. Sejak itu saya tidak suka melihat cerita melayu bukan kerana saya tidak sukakan cerita nya tetapi setiap kali menonton saya akan bersedih hati berminggu-minggu, memikirkan bagaimana bodohnya raja melayu ketika itu...hanya kerana wanita dan ego - rakyat yang cerdik dan tidak bersalah terpaksa berkorban - dari situ saya tahu bahawa bangsa melayu tidak suka rakyatnya bijak ... mereka hanya mahu rakyat nya menjadi hamba. Sehingga kini orang melayu tidak suka rakannya lebih bijak darinya, suami melayu tidak suka isterinya bijak darinya, ibu mertua tidak suka menantunya bijak darinya, kadang kala ibu bapa tidak suka anaknya lebih bijak darinya... walaupun kita bijak bila berhadapan dengan bangsa melayu kita terpaksa berpura-pura yang kita bodoh dan bahlul... bangsa melayu sangat ego dengan maruahnya - biar tergadai tanah dan kerajaan egonya jangan dicabar!!!! tetapi saya cuba melupakan teori diatas... saya cuba pujuk diri saya ... orang melayu tidak begitu.. orang melayu lembut dan pemberi dan beradat :) ...
10 tahun yang lalu rakan saya balik dari kota london menghadiahkan saya sebuah buku. Dia tahu yang saya sukakan cerita sejarah, cerita raja-raja ... dia kata buku ini tidak dijual di Malaysia... hak ciptaanya pun sudah dijual kepada putih, sedihnya saya, yang menjual tentulah bukan sebarang orang, ya hanya kerana wang orang melayu sanggup menggadaikan harta yang tidak ternilai kepada bangsa penjajah. Hikayat Raja Pasai itulah tajuk buku tersebut. Cerita mengkisahkan dari mana asal usul bangsa Melayu... Bagaimana raja melayu diislam kan oleh nabi muhammad... cerita bagaimana raja melayu mengasihi rakyat nya dan betapa makmurnya kerajaan melayu ketika itu... dan saya berlembut hati...
Hari ini saya dan rakyat Malaysia duduk dirumah untuk menonton siaran langsung pertabalan yang dipertuan agong yang ke13 - menandakan bahawa melayu masih punya raja (raja yang kacak dan gagah dan muda dan bijak), Saya merasakan bukan hanya saya seorang sahaja yang duduk untuk menonton hari yang bersejarah ini tetapi seluruh alam melayu dan bangsa melayu yang masih berbangga berdarah melayu... Saya percaya orang melayu dari patani, temasik, sumatera, pulau borneo dan mindano sehinggalah ke burma dan kemboja juga mengikuti perkembangan dan berbangga dengan pertabalan dihari ini... saya mengharapkan bahawa raja saya akan menjadi payung kepada bangsa melayu diseluruh dunia bukan saja di malaysia ... semoga bangsa melayu akan bangkit seperti sejarah silam dan raja melayu akan menjadi raja dihati setiap anak bangsanya.... Harapan saya lagi raja-raja melayu perlu membuat satu anjakan paradikma untuk meneruskan kesinambungan antara raja dan bangsa melayu ... jika tidak mungkin 100 tahun lagi raja-raja melayu hanya akan menjadi tontonan di istana-istana yang tidak berpenghuni atau hanya menjadi bahan kajian dinasional geografi ... atau takut nanti raja akan menjadi dinouser yang dipertontonkan dimuzium-muzium untuk tontonan rakyat jelata...

Thursday, April 26, 2007

cuti dan gembiralah

Wahhhhh beruntung betul jadi rakyat malaysia ya terutama orang kerajaan ... asyik cuti cuti cuti dan cuti ... keje tak nak tapi gaji nak naik ... entah lah sebenarnya saya tak setuju betul cuti banyak banyak nie ... negara kita belum mencapai status negara maju ...masih jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan temasik, taiwan dan brunei. Sekarang nie sebab kan rakyat malaysia terlalu malas bekerja kita sudah banyak ketinggalan bukan saja kita terpaksa bersaing dengan indonesia dan thailand apatah lagi dengan china dan india ... tak kena pada tempatnya dengan kemboja dan burma pun kita kantoi.

So biarlah orang dah bagi cuti kan lela pun cuti lah ... tapi hari jumaat lela kena keja ... isnin cuti balik. Selalu apa yang kita buat kalau cuti lama lama macam nie? balik kampung? holiday? cuti cuti malaysia? lela tak larat nak keluar dari kota lumpur nie ... sebab mesti orang berpusu-pusu balik kampung mesti jem dan padat ... so lela sudah mengambil keputusan cuti nie lela nak duduk rumah dan explore kota lumpur nie .. this is the time sebab kota lumpur akan sunyi untuk seketika.

Hujan turun disubuh hari ...dinginnya mengigit hingga ketulang. Mungkin ini hujan kasih ..ya hari ini hari bersejarah hari pertabalan yang dipertuan agung ... raja berdaulat raja disembah...mungkin ini pertanda baik untuk negara yang kita cintai. Raja yang adil akan menjadi payung negara ...itu doa saya untuk negara yang tercinta. Suami merungut katanya kepada saya betapa untungnya saya masih boleh berlengkar diatas katil seperti ular sawa kesejukaan... dia kena kerja - biasalah kerja dengan cina tapi itu baik juga dari pada tak buat apa baik kerja kan ... kerja itu satu ibadah - saya kata kepadanya - " pergilah kerja sayang tunjuk pada bangsa asing yang kita bukan bangsa yang malas."

Saya bangun pagi - menyediakan sarapan, menghantar suami dimuka pintu kemudian berlingkar semula dikatil... pukul 10 saya didepan tv ingin menonton peristiwa bersejarah - pertabalan yang dipertuan agung yang ke 13- Tuanku Mizan dari Terengganu. Melihat adat istiadat yang gilang gemilang dikaca tv membuat saya kagum dan terharu. Tuanku dan pemahsurinya duduk disinggah sana bagaikan pengantin !!!! huhuuuhuuuhuu sama cantik sama padan - bagai pinang dibelah dua itu yang dapat saya gambarkan tentang raja baru saya ini. Acara itu selesai lebih kurang pukul 12 tengahari ... selepas tu ada pulak rencana tentang raja kita... sambil mengemas sambil saya menonton...

Selepas sembahang zuhor saya keluar pergi ke KLCC menaiki LRT. Keretapi laju tidak ramai yang menaikinya diwaktu ini, selesa tidak seperti hari kerja kalah bas mini- Turun disysten KLCC juga tidak sesak - lega rasanya.. kurang mak mak arab ataupun orang korea. Hari ini saya terasa aura kemalaysian, selalunya jika ke klcc saya akan terasa seperti di dubai atau di mesir - pak pak arab yang kurang ajar dan ganas membuat saya tidak selesa - kali ini saya ke klcc untuk melihat pameran "Photojurnalism and the Imaging of Morden Malaysia -milestones in the last 50 years of malaysia" di Galeri Petronas ditingkat 3. Ya saya sendirian melihat gambar-gambar lama tentang rakyat dan negara malaysia. sungguh menarik. Gambar-gambar sebelum merdeka, semasa hari kemerdekaan dan selepas kemerdekaan. Saya bagaikan kebelakangan kembali mengimbau zaman lampau... kelihatan betapa solidnya muka-muka kemelayuan ketika itu - berwajah tajam dan tirus, tubuh yang tegap dan gantang, kulit yang begitu sawo matang dan mata mereka begitu tajam sekali tidak seperti orang zaman sekarang tidak kenal mana satu melayu semua sudah bercampur aduk - rojak belaka... kulit orang zaman sekarang tidak kira lelaki mahu pun perempuan terlalu lembut dan tubuh kelihatan lemah dan lembek. Tidak sasa dan tegap seperti 50 tahun yang lalu. Pemandangan 50 dahulu juga berlain dari sekarang ... hijau dan bergunung ganang dimana-mana sekarang panas dan garing dan tandus...
Yang paling ketara perbezaan 50 tahun yang lalu, orang melayu kelihatan mudah tersenyum... ianya kelihatan diwajah dan mata mereka ... walaupun dikala darurat, dikala komunis menyerang wajah mereka kelihatan tersenyum dan mudah ketawa.. tidak seperti kini.. bangsa malaysia terlalu sukar tersenyum dibibir apatah lagi dimata mereka. mereka kelihatan terkejar-kejar sesuatu yang tidak pasti. Yang pasti 50 tahun yang lalu kita tidak punya apa-apa tapi wajah mereka mengambarkan keyakinan, kemakmuran dan kesenangan yang tidak ada tolok bandingnya dizaman nie. Mungkin setelah 50tahun merdeka kita lupa bagai mana untuk tersenyum !!!

Wednesday, April 25, 2007

MAKLUMAT DIHUJUNG JARI ANDA!!


Hari ini saya mencuba sesuatu yang baru di tempat kerja.

"Learning become so fun, the company intorduced us new area of Learning Management System which entails the use of on global general skill curriculum which is accessible to all employees all over the world. "

Kini di office kami sudah menyediakan satu system pembelajaran yang boleh dicapai melalui maya. Canggih ya dan saya teruja melihat begitu banyak module yang ingin saya pelajari terdapat didalam system dan yang paling mengembirakan adalah ianya PERCUMA. Bersyukur kerana mendapat kemudahaan sebegini baik. Tidak dapat saya bayangkan harga yang perlu saya bayar jika saya pergi keseminar atau kelas.
Yang lebih menarik lagi system yang diajar diambil dari seluruh dunia seperti US dan Singapura(ya nampaknya saya sudah GOKAL) jangan GOBLOK sudahlah. Kini ilmu betul-betul dihujung jari kita. Saya tidak perlu keluar negara untuk mempelajari system negara lain. Seperti gadis diatas kelihatan bebas begitulah kebebasan keilmuan yang saya kecapi ketika ini. Walaupun nampak canggih dan menarik tetapi setiap system yang dicipta manusia pasti ada kekurangannya. System yang kami amalkan ini juga masih ada kekurangan seperti saya akan menjadi terlalu induviual . saya tidak berjumpa secara nyata dengan guru mahupun pelajar yang lain. Saya tidak dapat merasa helaian kertas atau merasa nikmat mencatat setiap nota yang diberi oleh falistor. Mungkin system ini akan diupgrade kelak dimana kami boleh bertemu dan berbual dimaya secara terus dan itu tentu lebih menarik. Saya cuma perlu berada di bilik tidur duduk berbincang dengan rakan-rakan di merata dunia tanpa kos dan masa terbuang. Kini saya menuju satu lagi elovasi pendidikan.
30 April adalah tarikh akhir untuk kita semua memulangkan kembali Borang E kepada LHDN. Seperti biasa rakyat malaysia terkenal dengan sikap suka buat kerja last minute. Hari nie masih ada yang terhegeh-hengeh nak hantar boroang dahlah besok cuti ... cuma tinggal jumaat dan isnin. kalau lambat kena bayar denda. kalau tak sampai nanti salahkan lah pak posman ya
Dulu saya pun begitu.. saya tak suka isi borang. Bukan LHDN saja semuanya ... saya tak suka pi buat kad pengenalan, saya tak suka pi buat update buku bank. Semua suami saya yang lakukan. Tapi sejak akhir-akhir nie saya terfikir kalau lah besok suami saya tiada mungkin kerana allah sayang kan dia atau dia dah menyampah kan saya kerana dok kena buat kerja perempuan maka dia tinggal kan saya sebatang kara maka saya perlu belajar untuk membereskan kerja kerja saya sendiri. Ya mungkin dioffice dok buat kan semua untuk bos maka saya tidak larat untuk membuat hal-hal saya sendiri. Salah satu azam saya di tahun 2007 adalah untuk mengsettelkan segala kerja saya yang tertangguh. Diantara nya mengisi borang E saya sendiri dan menghantar nya sebelum tarikh akhir.... dah saya berjaya walaupun suami saya sudah selangkah kehadapan ...ya dia hanya perlu mengisi borangnya secara maya ... mungkin tahun depan saya akan mengisi borang saya juga secara maya. nampaknya dunia semakin canggih ... kita tidak perlu lagi terkejar kejar ya ...
Pernah kah anda terfikir walaupun kita seakan cuba membuat semuanya dengan mudah dan cepat tetapi nampaknya masa bergerak juga begitu pantas...kita tidak cukup waktu untuk segalanya....mungkin kita perlu berhenti seketika untuk menghirup udara dan mengeluarkannya kembali ... dan biar dunia ini berhenti seketika ... kerana semakin dikejar semakin jauh ianya lari dari kita....



Friday, April 20, 2007

KEBAKARAN DIMENARA TELEKOM

Oleh Lelasari

BANGSAR 20 April 2.30 petang – Warga kerja di Menara Telekom, Jalan Pantai Baru, Bangsar terpaksa ‘berperang’ dengan asap dan ketakutan petang tadi.

Kebakaran yang dipercayai berpunca daripada letupan ditingkat 48 menara tersebut telah menyebabkan kepulan asap memenuhi ruang disebelah selatan bangunan tersebut. Walaupun letupan itu berlaku di tingkat 48, bau asap boleh dihidu dari tingkat 30. Pihak pengurusan bangunan didakwa lewat mengerakkan system kebakaran dan telah menyebabkan para pekerja mengambil bertindak secara individu turun melalui tangga walaupun tidak diarahkan.

Sistem pengurusan menara yang tidak efisien telah menyebabkan warganya dalam tertanya-tanya dan tidak selesa kerana tidak diberitahu keadaan yang sebenarnya. Adalah agak memalukan yang dikatakan bangunan ke-2 tertinggi didalam negara dan ke-19 tertinggi didunia dan dilengkapi dengan alatan tercanggih dan rekabentuk terpintar tetapi tidak mempunyai sistem gerak kebakaran yang berkesan. Dikatakan warga nya terpaksa mendapat kepastian dari pihak pengurusan berkali-kali dan pihak pengurusan mengambil masa hampir satu jam untuk mengenal pasti apa yang berlaku.

"Walaupun tidak system gerak tidak berfungsi dan tidak ada amaran mahupun pemberitahuan, kami boleh menghidu bau asap ditangga kecemasaan dan dari tandas dan lif dan ketika sudah di bawah kami boleh melihat dengan jelas kepulan asap hitam dari udara" kata seorang pekerja wanita dalam lingkungan 30an.

"Bayangkan bagaimana jika kebakaran merebak dengan cepat, sepatutnya walaupun ianya kebakaran yang kecil banguan ini mesti dikosongkan dengan segara. Bagaimana agaknya jika asap telah memenuhi ruang dan kami yang dari tingkat 40 terpaksa menghidu dengan asap?" kata seorang lelaki yang mempunyai berat badan yang agak gempal.

"Bagaiman menara yang begini tinggi yang kita ketahui mempunyai risiko boleh membenarkan lab dan barang kimia didalamnya" tanya seorang wantia kepada kami

"Pihak pengurusan menara perlu membuat laporan dan mengedarkan kepada semua para penyewa kerana para penyewa ada hak untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Kami menyewa disini kerana ingin prestigi dan kemudahan dan keselamatan yang terjamin ...jika begini layanan yang diterima ... lebih baik kami menyewa tempat yang lebih murah dan selamat " kata seorang penyewa dari syarikat luar negara.

Friday, April 13, 2007

MENDERMA DARAH

Setitis darah
Seribu nyawa
Sejuta harapan.

Kita terkejar-kejar untuk pulang dari pejabat tapi terhenti sebenar dek menunggu pintu lif yang lama benar untuk terbuka. Dari puncak menara kelihatan kepulan gemawan bercantum menjadi besar dan gelap… Inilah suasana ditanah katulistiwa paginya yang segar, tengahari yang hangat membahang dan petangnya pula akan disirami hujan bersama laungan halilintar dan guruh membawa hujan rahmat. Dikota lumpur ini, hujan petang bukan lagi rahmat tetapi malapetaka yang ditakuti , takut banjir kilat atau terperangkap dengan kesesakan yang tiada penghujungnya.

Ketika terhenti didepan pintu lift kita terpandang poster ditampal didinding mamar hitam (mengapalah bangunan secanggih nie ditampal sana sini – mengapa tidak diletakkan dipapan kenyataan yang begitu canggih disetiap lif – this is a very high intelligent building but yet … hoooooo potong steam bila melihat poster didinding, atau mungkin warganya begitu malas untuk membaca maka mesti disuapkan sehingga keanak mata baru lah proses boleh mengproses ke otak …. Ataupun arketika bangunan ini terlupa meletakkan posisi terbaik untuk papan kenyataan dapat dibaca secara stragetik.

Poster memohon agar sesiapa yang berdarah jenis “O” untuk tampil menderma darah seikhlas hati kerana hospital kekurangan darah jenis tersebut. Ohhh tidak … melihat jarum dan darah kita sudah tidak keruan apa lagi untuk duduk hampir sejam melihat darah pekat mengalir melalui tuib lut sinar … kita pandamkan saja niat murni itu, biar warga lain yang memikirkannya.

Keesokannya kata seperti biasa … kita lupa akan poster yang ditampal meminta perhatian, pergi kerja dengan tidak bersarapan dengan harapanan badan yang sudah mengebu ini boleh dikurangkan 1kg setiap minggu … ditengah-tengah kekalutan bergusti sokmo dengan pelanggan dan supplier tiba-tiba rakan sekerja mengajak kita kebawah … ya dia ingin menderma dan kita tidak mahu menjatuhkan air muka kita sendiri. Lela seorang yang wanita berani (kononnyalah…) bagai mana mahu kemedan perang jika jarum dan darah ditakuti … maka dengan gaya dan rasa seorang pahlawan kita turun kemedan perang untuk berbakti kepada nusa dan bangsa (cayalah )

Untuk mendaftar nama sahaja sudah direject dengan alasan tidak sarapan pagi… Doctor suruh pi makan dulu … nak makan, memang tak selera ketika ini… akhirnya kuatkan hati dan rasa ambil sayur dan sepotong ikan.. Gatah macam kucing, sebelum semangat kita dipadamkan … terus turun pi jumpa doctor yang reject kita tadi… sampai je doctor tanya makan apa … geram lah pulak …ko nak darah ke tak nie ? karang tak bagi baru tahu … heheheheheh last last sampai lah ke katil … punya lah kecut hati kita… rasa nak meloncat turun dari tapi sebab tak nak kemaluaan … tutup mata … pandang kiri … memang tak larat nak tengok jarum sebesar pen … ingat dan dicucuknya … rupanya kerana dek kegebuaan kulit ku … adik jururawat tu tak dapat cari lah pulak urut nak keluar kan darah …ditepuk tepuk hampir 10 min … last last di suruh nya meneran .. baru lah terkeluar urat saraf (dah macam nak beranak lah pulak) siap mereka perli tak pernah buat keje berat nie dek oiiii … kita pun terkebil kebil je lah … memang lah tak pernah kebendang ataupun menganggkat air dari perigi … tapi cuba akak akak tolong tengok betis ku … naik tangga lrt tu … berdiri hampir berjam jam setiap hari, apa kata akak akak ambil darah tu dari betis … hahahahhaha

Last last dapat lah jugak … 300ml dalam masa 5 min ….huhuhuhuuu membuak buak darah tu keluar …sampai yang lain terperanjat … mana tak nya 10 orang dikatil … kita yang last sekali masuk jarum kita yang paling awal keluar dari bilik …hahahhahahaha itu tandanya jantung kita sihat (kuat mengepam) … darah tak pekat (kurang kalestorel) … hehehheheeheh kalau ambil dari kaki mesti seminit je kot …. Hahahhahaha… lega & syukur dapat juga lela menderma. Yalah nak menderma duit berjuta memang tak delah … yang dapat cumalah menderma apa yang ada … darah, baju, dan sedikit wang .. boleh?

Dan lela juga happie sebab merasai pengalaman … lela tak pernah lagi menderma darah … this is my frist experience … tapi lepas keluar darah nie badan ada rasa lemah sikit … rasa macam nak demam pun ada gak… rasa sengal sengal pun ada gak … tapi tak pelah … You GO GIRL …. HEHEHEHEHEH... 6 bulan lagi boleh derma lagi ...

Sunday, April 08, 2007

KEHIDUPAN INI ...



Segala puji bagi Allah semesta alam. Syukur kepadanya, mentari masih terbit cerah disebelah barat dan bahangnya mengganas seawal jam tujuh lagi. Sudah seminggu aku dah suami tidak tentu rasa, kembung perut, tercirit dan demam panas. Mungkin alam sudah tidak sesejuk dulu. Suhu bumi ini sudah tidak menentu lagi. Tapi manusia masih leka berbuai mimpi mengejar duniawi yang tidak habis. Pesan Tok kepada kami - "Dunia ini jangan dikejar kelak dia akan lari dan mengganas lebih jauh dan kejam. "

Ketika menghantar Tok pulang dipuncak banjaran aku melihat bagaimana rakus nya manusia berhati iblis merogol hutan dan gunung atas alasan kemajuan. Ku lihat daun daun kering kelayuan, monyet dan rimau mati dilanggar tanpa rasa belas , sudah tidak ada lagi titisan air di hujung daun, pokok pokok yang dahulunya hidup beribu tahun juga sudah kering dan mengeras. Kelak jangan kita salahkan Tuhan jika sesuatu terjadi dibumi tercinta nie kerana kita sebagai kalifah sudah lupa kepada tanggungjawab menjaga alam.

Sejak akhir-akhirnya ini aku pening memikirkan tentang kehidupan. Betul kata orang tua jauh perjalanan luas pengalaman. Hujung minggu yang lalu kami pergi melawat seorang kenalan yang hidupnya agak sukar ketika ini. Sebuah keluarga entah mana silapnya Ayah & Emak bersama 8 orang anak yang masih kecil dan bersekolah. Boleh kah anda bayangkan dengan 8 orang anak suami hanya bekerja sebagai buruh kasar dan isteri nya menjual kuih di tepi air terjun?? Betapa beruntungnya kehidupan aku ketika ini. Ya kehidupan ini sungguh misteri. Entah mengapa sehingga kehari ini setiap kali kami menyuap nasi kemulut terbayang 8 pasang mata-mata sayu dan kuyu terbayang diruang mata. Betapa mewahnya aku boleh makan 4 kali sehari dan kadang kala tidak perlu membayar makan yang aku makan. Mungkin kita telah dikurniakan ilham untuk berbuat sesuatu dan mungkin Dia yag sudi mengingatkan kami dari kelalain yang tiada penghujungnya.

Kepada mu, Sang Tuhan yang Maha Kaya ku mohon agar semangat untuk terus hidup kepada mereka yang duga dengan dugaanmu itu akan terus segar mekar dan membara untuk meneruskan kehiudpan yang entah bila penghujungnya. Agar nanti mungkin esok dan lusa warna dunia yang ceria akan datang menyegarkan kehidupan mereka, agar kelak ia menjadi pelita menerangi jalan yang lurus.

Aku tahu perjalanan disini sangat sukar bagi mereka yang tuduk kepada keesaanmu ya Allah ya rahman tapi jangan lah engkau menduga mereka sebegini hebat ... hendaknya permudahkan lah perjalananan hidup mereka demi ugama mu yang indah ini... Amin ..

Monday, April 02, 2007

GAYA HIDUP SIHAT

senaman yang terbaik - berjalan

Dari segi kesihatan saya boleh dikotegorikan agak tidak selamat . Keluraga kami mempunyai berbagai jen penyakit keturuanan yang agak kroni. Cukup segalanya … Darah tinggi , kencing manis, jantung, cancer. Umur keluarga kami pun tidak panjang … arwah datuk meninggal kerana kakinya dipotong akhibat kencing manis… nenda pula kerana darah tinggi. Arwah bapa meninggal ketika umurnya terlalu muda 40tahun akibat serangan jantung dan arwah ibu menderita hampir 20 tahun kerana kencing manis dan meninggal akibat barah rahim dan kegagalan gindalnya untuk berfungsi. Makcik dan pakcik saya juga begitu … sehingga kini hampir setiap bulan mesti ada yang masuk hospital lah, dipotong kaki lah tak pun dipotong dada mereka.

Saya juga tidak lari dari mewarisi dari keturunan saya … sejak kecil saya sudah menghidap penyakit asma yang sangat kroni, … darah saya juga tidak kuat… selalu saja demam, kulit saya begitu senstifi…mudah benar kena alahan tak boleh salah sikit pasti bernanah-nanah kulit saya…hormon tubuh saya pun tidak stabil . Semasa saya berusia 17 tahun … keadaan saya semakin buruk … muka penuh dng jerawat yang bernanah-nahah, PMS saya tidak teratur … segugut yang sangat teruk … dan saya juga mengalami masalah kegemukaan … dan mungkin itulah prestatsi pelajaran saya tidak memuaskan… dan semasa remaja saya mempunyai perasaan rendah diri kerana saya merasakan diri saya tidak menarik .

Masa berlalu … dan syukur dengan kerahmatannya saya dibuka hati dan minda untuk memperbaiki diri dan kesihatan saya. Bermula dengan saya mengenali Pak Ali. Dia mengajar saya mandi air limau untuk mengurangkan panas badan saya … kemudian dia mengajar saya mandi bunga (bukan tujuan berbomoh ya)… ya mungkin dia tahu saya tidak mampu untuk ke spa yang mahal … maka saya boleh membuat spa dirumah secara percuma .. sekali sekala apabila bertemu Tok dia ajarkan saya minum air herba dan berbekam … sedikit demi sedikit kesihatan saya pulih … kalau dulu saya sering sakit-sakit seperti demam dan sering ponteng kerja … payah untuk bangun pagi … tapi syukur segalanya sudah dapat diatasi. Kini kulit saya tidak lagi terlalu sensitive seperti dulu .. tidak ada nanah yang keluar diliang liang peluh atau darah di telinga mahupun mata … Dan yang lebih menarik … setelah saya menghadiri kelas Yoga setiap isnin , masalah sakit tulang belakang yang saya hidapi sejak hampir 10 tahun sudah pulih …


Ada sesuatu yang saya pelajari dari segalanya ini… kesihatan itu penting untuk kita merasa bahagia dengan kehidupan yang sedang kita lalui nie. Tak guna duit berkepuk tak mengapa asalkan kita sihat dan cergas. Dan untuk mendapat mendapat badan yang sihat dan cergas … TIDAK ADA JALAN PINTAS ATAU MUDAH… ianya bukan kerja sehari atau sebulan … tetapi ia memakan masa bertahun untuk meng yah semua kotoran didalam tubuh kita. Dan bukan itu saja … setelah proses meng yahkan kita perlu maintenance … itulah yang paling sukar … ianya satu proses berterusan sehingga kehujung nyawa… bak kata orang tua tua … selagi dikandung badan …

Sejak akhir-akhir nie terlalu banyak barang barang keperluan kesihatan yang dijual. Yang terbaru ada lah cakra piring terbang atau lebih dikenali dengan Bio-dics , ada juga gelang tangan manget utk kesihatan … peredaran darah dan untuk lebih oksigen … ramai yang percaya bahawa benda-benda ini semua boleh mengubati segala penyakit . Segalanya karut … benda-benda ini semua boleh menolong tetapi kita perlu menjaga cara pemakanan dan juga cara kehidupan kita. Untuk kekal sihat kita perlu selalu bersenam kerana inilah satu-satunya cara yang terbaik dan termurah untuk tubuh kita. Begitu juga dengan cara pemakanan kita. Boleh makan nasi lemak, roti canai dan sebagainya tapi selayaknya lah.